Anda di halaman 1dari 13

CONTOH KUANTITI BAHAN MASAKAN UNTUK 25 ORANG MURID PRASEKOLAH

NASI GORENG Sukatan 1 1/2 kilo beras 1/2 ekor ayam 5 biji telur 250gram sawi 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 sudu besar cili mesin Perasa mengikut sesedap rasa

MEE GORENG Sukatan 3 kilo mee kuning 1/2 ekor ayam 5 biji telur 250gram sawi 1/2 kilo taugeh 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 sudu besar cili mesin Perasa mengikut sesedap rasa

NASI AYAM Sukatan

1 1/2 kilo beras 1 1/2 ekor ayam 2 biji timun 1/2 biji salad 3 biji tomato 10 biji lada besar di mesin 15 ulas bawang putih (untuk nasi dan sup) 4 inci halia

MEE KARI Sukatan 3 kilo mee kuning 1/2 ekor ayam 1 bungkus fishcake (200g) 1 bungkus fishball 1 biji kelapa (santan) 1 bungkus kecil rempah kari 250 gram sawi 1/2 kilo taugeh 10 ulas bawang putih 2 sudu besar cili mesin Perasa mengikut sesedap rasa

MEE SUP Sukatan 3 kilo mee kuning 1/2 ekor ayam 1 bungkus fishcake (200g) 1 bungkus fishball 1 1/2 bungkus rempah sup 250 gram sawi 1/2 kilo taugeh 2 biji lobak merah 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih Perasa mengikut sesedap rasa

NASI MINYAK Sukatan

1 1/2 kilo beras 2 ekor ayam 2 biji timun (acar) 1 biji lobak merah (acar) 1 1/2 biji kelapa (santan) 2 bungkus kecil rempah kari Sedikit campuran kulit kayu manis, buah pala, cengkih dan bunga lawang (tumis) 3 sudu minyak sapi 2 sudu butter 15 ulas bawang merah (nasi dan kuah) 8 ulas bawang putih (nasi dan kuah) Perasa mengikut sesedap rasa

MEE HAILAM Sukatan 3 kilo mee kuning 1/2 ekor ayam/ udang 1 bungkus fishcake 1 bungkus fishball 250 gram sawi 1/2 kilo taugeh 4 sudu tepung jagung 6 sudu kicap manis lemak 5 sudu sos tiram 10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih Perasa mengikut sesedap rasa

NASI LEMAK AYAM Sukatan 1 kilo beras 2 ekor ayam 2 biji timun 1 biji kelapa 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 sudu besar cili mesin 1 inci halia Perasa mengikut sesedap rasa

LAKSA LEMAK Sukatan 2 bungkus laksa (lebih kurang 1 kg) 1 kilo ikan (direbus dan diambil isinya) 1 biji kelapa (santan) 2 biji timun (dicincang) kilo taugeh 150 gram kacang pjg (potong halus) 3 sudu besar lada hitam (ditumbuk/mesin halus) 10 ulas bawang merah 5 keping asam keping Perasa mengikut sesedap rasa

JEMPUT UDANG

Sukatan 1 kilo tepung gandum kilo udang basah/ ayam / ikan bilis 1 bungkus mauripan 3 biji telur 50 sen daun bawang kilo taugeh 2 biji bawang besar (dimayang) Perasa mengikut sesedap rasa

APAM DOT DOT

Bahan-bahan 3 biji telur - dari peti sejuk 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus - hana kurangkan 150gm susu segar 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovallete Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. 2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa. 3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 5. Picitkan blueberry filling secukupnya. 6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. 7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. NOTE dr Hana: Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D). Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Blended Orange Cake

Salam dan selamat sejahtera buat semua pengunjung hanamemories.... nampaknya aura membaking sudah mula berbunga2..... tp jgn sangka terlalu jauh panas hingga ke petang.. takut mendung di tengahri.. hihi..... akceli ramai yang kene demam kek oren nih kan.. nak join jugak la wpon duk ranking tercorot! haha.... disebabkan senang main blender ajer tertingin pulak nak mencuba.. mixer mmg takde lagipong! hihi.. lgpon nak pulangkan mangkuk jiran yang dah berkurun lama tuh, tak geti2 ker makcik bedah nih nak memulang! haha.... resepi nih jelin2 dari dapur kak.Nur SG... makin mengancam food kak.nur skrg ye.. terpegun gtu! and thanx to kak.fida myresipi.. aku buat ikut sukatan yang tertera tuh yer.. tp agak geseng sket coz lom geti lg nak baca 'mood' oben baru yang di terima secara pree.. hahahaa... kek nih mmg sedap dan moist lebih2 lagi sbb aku campurkan dengan butter... Bahan-bahan 1 bji buah limau - hana perah ambil jus, kulit ambil yg kaler oren shj utk elakkan kek pahit 1 cawan minyak - hana letak 1/2 cwn butter cair, 1/2 cwn myk msk biasa

2 cawan gula halus- hana letak 11/4 cwn - next time nk kurangkan 1 cwn je 3 biji telur 2 cawan tepung gandum* - hana guna tepung SRF + 1sk baking powder 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

MUFFIN CHOCLATE OREO


Bahan-Bahan 1 biji telur 120 ml susu segar 55 gm mentega di cairkan 170 gm tepung gandum 2 camca teh baking powder 1/2 camca teh garam 80 gm gula pasir 70 gm biskut oreo di patah-patahkan 70 gm chocolate chips

Cara-Cara

1. Susunkan muffin casing ke dalam muffin pan.


2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam, lalu ketepikan.

3. Panaskan oven pada suhu 200c atau 190c (mengikut suhu oven sendiri). 4. Pukul telur dengan menggunakan whisker bersama susu dan mentega sehingga sebati.

5. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi bersama chocolate chips ke dalam adunan. Kacau rata bahan itu.

6. Akhir sekali masukkan biskut oreo dan kacau rata.

7. Jika suka boleh lah di taburkan dengan chocolate chips dan bakar selama 15 atau 20 minit.

..

RESEPI POPCORN CHICKEN source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam *1/2 sk serbuk lada sulah *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb *sedikit garam dan gula *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur *1-2 sb susu segar 3/4 cawan breadcrumbs olive oil utk spray - jika bakar gune oven lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng

Cara-cara Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu. Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak. Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan. Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak. Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.

Jemput-jemput Ikan Bilis & Kentang

jemput-jemput jerrr... jemput sarapan jemput-jemput... jemput semua jemputttt... hehehehe *sila kira berapa perkataan jemput dalam n3 nih...adiahnya jemput2..hihihi Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 1/2 biji kentang - potong dadu kecil 1/2 biji bawang besar - hiris segenggam ikan bilis kopek - basuh dan tumbuk kasar daun bawang atau hirisan lada - jika suka 11/2 (-+) cawan air garam

Cara-cara Campurkan semua bahan kering. Masukkan air sedikit demi sedikit. Panaskan minyak. Jemputkan sejemput demi sejemput ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan dan masak. Hidangkan dengan sambal kicap atau sos atau sambal kegemaran masing2. Nota: Boleh tambahkan dengan sesenduk nasi yang diblend dengan air sukatan (kurangkan sedikit tepung). Hasilnya lagi lembut walaupon dah sejuk.