Anda di halaman 1dari 2

Hadith solat tarawih...?

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Mediamedia elektronik,medi a-media cetak serta mediamedia massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkanny a melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam,

Jab. Mufti N. Terengganu, Tingkat 1, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu 21100 Terengganu Tel : 09-6252525 ext. | Fax : 09-6235411 Email : mufti_terengganu@hotmail.com

risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya: Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orangorang yang membaca kitab Taurat, Zabur,

Anda mungkin juga menyukai