P. 1
alat artikulasi

alat artikulasi

|Views: 876|Likes:
Dipublikasikan oleh Suganthi AnnieGal

More info:

Published by: Suganthi AnnieGal on Aug 13, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/15/2013

pdf

text

original

Sections

  • Separuh Vokal
  • Diftong
  • Vokal Rangkap
  • Vokal [ i ]
  • Vokal [ ε ]
  • Vokal [ a ]
  • Vokal [ u ]
  • Vokal [ o ]
  • Konsonan Letupan
  • Konsonan Letusan
  • Konsonan Geseran
  • Konsonan Sisian
  • Konsonan Sengau

Bab 5 : Alat Artikulasi

Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasiialah bibir atas dan bibir bawah, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Huraian alat – alat artikulasi ini diberikan di sebelah (sila lihat Rajah 4.1)

Daerah Artikulasi
Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Walau bagaimanapun, daerah – daerah ini dapat disentuh oleh alat – alat artikulasi tertentu. Daerah – daerah artikulasi ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan venum (iaitu bahagian atas lelangit lembut).

Rajah 4.1 1. 2. 4. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi bawah Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 14. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Epiglotis Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI ALAT ARTIKULASI
a) Bibir Atas Dan Bibir Bawah Kedua – dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi – bunyi i, b, dan w. b) Tulang Rahang Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi – bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

c)

Lidah Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah

– daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi –bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dibahagikan kepada lima bahagian berikut :
1. Hujung lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. 2. Daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. 3. Depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan

lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah.

4. Belakang lidah, iaitu bahagian lidah yang paling belakang. 5. Akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan

berfungsi mengubah keluasan rongga tekak. d) Lelangit Lembut Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru – paru dapat keluar melalui rongga tekak. Jika lelangit lembut diturunkkan, udara akan keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi – bunyi sengau. Kelihatan bahawa peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau. e) Pita Suara Peti suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot – otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan dan dirapatkan hingga tertutup sama sekali. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dengan kata lain, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jika glotis dirapatkan serapat –rapatnya dan tekanan udara dari paru – paru yang kuat mengakibatkan rapatan itu dilepaskan dengan serta – merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru – paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [a]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnys, [s].

Rajah 4.2

Peranan Udara
Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi serentak dengan gerakan udara yang keluar dari patu – paru. Paru – paru digerakkan oleh otot – otot untuk mengeluarkan dan memasukkan udara. Lazimnya bunyi – bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru – paru, melalui rongga – rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung.

Penggolongan Bunyi Bahasa
Bunyi – bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyi – bunyi vokal dan bunyi – bunyi konsonan.  Bunyi – bunyi Vokal

dan 5. iaitu lidah dan bibir. bunyi – bunyi vokal mempunyai ciri – ciri berikut : 1. Keadaan bibir. 3. tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. iaitu sama ada depan lidah atau belakang lidah. sepatuh vokal tidak digolongkan ke . diftong. Oleh sebab itu. alat – alat artikulasi. iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru – paru pita suara bergetar. 2. dan 3. Bersuara. dinaikkan sedikit atau diturunkan. iaitu sama ada dinaikkan. iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan. Bahagian lidah yang terlibat. Sewaktu menghasilkan bunyi – bunyi separuh vokal. iaitu: 1. 4. Selain vokal. iaitu sama ada dinaikkan setinggi – tingginya. Dengan kata lain.Bunyi – bunyi vokal ialah bunyi – bunyi yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru –paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Turun naik lidah. berada pada suatu kedudukan vokal. terdapat juga separuh vokal. Keadaan lelangit lembut. dan vokal rangkap. Penghasilan bunyi – bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu. Udara keluar dari paru – paru berterusan. Separuh Vokal Bunyi separuh vokal mempunyai ciri –ciri bunyi vokal. Udara keluar tanpa sekatan atau geseran. 2. Keadaan glotis. kemudian dengan segera berubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. dan udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi – bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi – bunyi vokal yang disengaukan).

Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal. tetapi sebagai konsonan. a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata.dalam golongan vokal. misalnya. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula –mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/. Diftong Diftong ialah urutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan yang lainnya geluncuran. Dalam daun. Vokal [ i ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Vokal Rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh. bahagian hadapan lidah dinaikkan ke bahagian hadapan . Misalnya daun dan lain.  Cara menghasilkan bunyi – bunyi Vokal. Untuk menghasilkannya. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. iaitu da dan un./ou/ dan /au/. dan tiap – tiap vokal merupakan vokal pebuh yang tersendiri. misalnya /ai/.

Glotis dirapatkan.rongga mulut. tetapi tidak menyekat arus udara dari paru – paru. Bibir dihamparkan. udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. lelangit lembut dinaikkan. Vokal [ e ] .

Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar.Vokal ini juga dikenali sebagai vokal depan separuh sempit. Bibir dihamparkan dan glotis dirapatkan. Untuk menghasilkannya. hujung lidah diturunkkan kira – kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit [ i ] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru – paru. Lelangit lembut dinaikkan. .

Bibir dihamperkan. hujung lidah diturunkkan kira –kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit [ i ].Vokal [ ε ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan separuh luas/lapang. dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru –paru. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. . Untuk menghasilkannya. Udara ditekan keluar dari paru –paru dan pita suara bergetar.

. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.Vokal [ a ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan luas/lapang. Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. depan lidah diturunkkan serendah –rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru – paru lalu tanpa sekatan. Bibir dihamparkan. Untuk menghasilkannya.

tetapi tidak menyekat arus udara dari paru – paru. . Untuk menghasilkannya.Vokal [ u ] Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang sempit. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. belakang lidah dinaikkan setinggi – tinggi mungkin. Bibir dibundarkan. Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar.

dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru – paru. Untuk menghasilkannya.Vokal [ o ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh sempit. . belakang lidah diturunkkan kira – kira 1/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [ o ]. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Bibir dibundarkan. Udara ditekan keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar.

Bibir dibundarkan. Udara ditekan . Untuk menghasilkanny. dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru – paru. glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.Vokal [ ‫]כ‬ Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh luas/lapang. belakang lidah diturunkan 2/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [ u ].

keluar dari paru – paru dan pita suara bergetar. Vokal [ ε ]. vokal [ ‫ ]כ‬hadir dalam dialek – dialek dan dalam bahasa baku merupakan kelainanbagi vokal [ o ]. misalnya [‫כ‬l εh] untuk [oleh]. Di hadapan Belakang Orang Oleh [‫ כ‬rang] [‫ כ‬leh] Di Tengah golok [g ‫ כ‬l ‫ כ‬k] bolot [b ‫ כ‬l ‫ כ‬t] Di teko [tek [ ‫כ‬ soto [s ‫ כ‬t ‫]כ‬ Vokal [з] .

Untuk menghasilkan vokal ini. Bibir berada dalam keadaan biasa. . bahagian tengah lidah dinaiikan pada kedudukan antara menghasilkan vocal separuh luas dan vocal separuh sempit. Udara ditekan dari paru – paru dan pita suara bergetar. glotis dirapatkan dan lelangit nlembut dinaiikan. tetapi tidak menyekat arus udara dari paru – peru.

Arus udara yang keluar dari paru –paru menerima sekatan atau geseran. bunyi –bunyi konsonan mempunyai ciri –ciri berikut: 1. yang berlaku dalam rongga mulut. atau glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. menghasilkan bunyi suara. bunyi yang terhasil ialah bisikan. menghasilkan bunyi tidak bersuara. bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau. Bunyi –bunyi konsonan Bunyi – bunyi konsonan ialah bunyi – bunyi selain bunyi vokal. Kesimpulannya. Keadaan glotis. Seperti vokal. iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar dari paru – paru. penghasilan bunyi – bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa perkara. rongga tekak atau rongga hidung. 3. bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Keadaan glotis semasa menghasilkan bunyi adalah seperti rajah di bawah: . sama ada bersuara atau tidak bersuara. 2. Perlu diingat bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru – paru melaluinya. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara. seperti yang berikut: 1. dan 4. yang ketika menghasilkannya udara dari paru – paru menerima sekatan atau geseran.

konsonan sisian. Arus udara keluar dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. konsonan gelungan. yang boleh dinaikturunkan. menghasilkan bunyi – bunyi sengau atau bunyi nasal.merta . dan separuh vokal. Jika lelangit lembut diturunkan. konsonan lelangit lembut. konsonan sengau. yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. dan konsonan anak tekak. sekatan itu dilepaskan dengan serta . udara dari paru – paru dapat keluar melalui rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan. konsonan geseran.  Cara menghasilkan bunyi – bunyi Konsonan Konsonan Letupan Letupan Dua Bibir [ p ] dan [ b ] menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan Cara merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. konsonan gusi – lelangit keras. yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan.2. konsonan getaran. antaranya konsonan dua bibir. konsonan bibir gigi. Kemudiannya. konsonan letusan. bunyi – bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi –bunyi oral. Cara arus udara keluar dari paru – paru. 4. konsonan gigi. 3. Keadaan lelangit lembut. iaitu konsonan letupan.

dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iaitu [ p ]. pita suara tidak bergetar. . yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan.

. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iaitu [ t ]. sekatan itu dilepaskan dengan serta merta. pita suara tidak bergetar. yang terhhasil ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Kemudian.- Letupan Gusi [ t ] dan [ d ] Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan.

Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut. bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].- Letupan Lelangit Lembut [ k ] dan [ g ] Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan menemukan belakang lidah dengan lelangit lembut. bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Kemudiannya. . Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. sambil menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. sekatan tersebut dilepaskan dengan derta merta.

terhasillah bunyi hentian glotis. . Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta – merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru. Hentian glotis hadir di akhir – akhir perkataan yang dieja dengan huruf k.- Hentian Glotis [ ? ] Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat – rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru – paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara.

menghasilkan bunyi letusan. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru – paru.Konsonan Letusan Konsonan letusan (atau afrikat) dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. . Kemudiannya. sekatan ini dilepaskan perlahan – lahan.

Berikut ialah cara menghasilkan konsonan – konsonan ini. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. terdapat hanya sepasang konsonan letusan. maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [ c ].Dalam bahasa melayu. Kemudiannya. Konsonan letusan lelangit keras dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan dengan daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. sekatan itu dilepaskan perlahan – lahan. maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ] Konsonan Geseran Konsonan Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] . Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan lelangit keras. iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan bersuara [ j ].

Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. . Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [ s ].

tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran. Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah ke arah gusi dan menggetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Konsonan Getaran Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut. . Arus udara dari paru – paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi – bunyi vokal.- Konsonan Geseran Glotis [ h ] Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. iaitu konsonan getaran gusi [ r ].

Arus udara dari paru – paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). dan arus udara dari paru – paru keluar melalui sisi lidah. Dalam bahasa melayu terdapat hanya satu konsonan sisian. Glotis dirapatkanndan pita suara bergetar. iaitu sisian gusi. . [ l ] Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Konsonan Sisian Konsonan sisian dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.

. lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung.Konsonan Sengau Konsonan Sengau Dua Bibir [ m ] Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

- Konsonan Sengau Gusi [ n ] Konsonan sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. . Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

- Konsonan Sengau Gusi .Lelangit Keras [ ‫] ת‬ .

Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Oleh sebab lambang [ ‫ ] ת‬tidak ada pada mesin taip. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iaitu ng.Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengandepan lidah ditemukan ke lelangit keras. . dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf.

- Konsonan Sengau Lelangit Lembut [ ŋ ]. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iaitu ng. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. . konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf. Dalam system ejaan Rumi bahasa Melayu. Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.

iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. .Separuh Vokal Separuh Vokal Dua Bibir [ w ] Separuh vokal dua bibir dihasilkan dengan cara bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ u ]. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Kemudian.

berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. .- Separuh Vokal Lelangit Keras [ j ] Separuh vokal lelangit keras dihasilkan dengan cara bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ i ]. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian.

Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas. Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi tak bersuara. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Cara menghasilkan bunyi – bunyian Konsonan Pinjaman. maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir – gigi bersuara. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. pita suara tidak bergetar. - Konsonan Geseran Bibir – Gigi – [ f ] dan [ v ] Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengancara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi sempitan. iaitu f. v. . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan.

yang dilambangkan dengan dh. iaitu th.- Konsonan Geseran Gigi . yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf. bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara.[ th ] dan [ dh ] Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. th dan dh telah diubah menjadi s dan d. Dalam ejaan Rumi baharu. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan di daerah gigi. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara. .

Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Gusi – Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ] Konsonan gusi – lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras.- Konsonan Geseran Bersuara [ z ] Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. . Arus udara dari pura – pura keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Lelangit lembut dinaikkan rapat ek dinding belakang rongga tekak.

Dengan kata lain. bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [ i ]. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Dalam ejaan Rumi.  Cara menghasilkan diftong - Cara menghasilkan diftong [ ai ] Untuk menghasilkan diftong ai. - Konsonan Geseran Lelangit Lembut – [ kh ] dan [ gh ] Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus .sy.Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara depan lidah dengan sempadan gusi – lelangit keras. bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf. Hujung lidah menyentuh bahagian gigi bawah. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut. tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut. lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ].

- Cara menghasilkan diftong [ au ] Untuk menghasilkan diftong au. Carta di bawah menunjukkan kedudukan lidah dalam penghasilan ketiga – tiga diftong di atas. Cara menghasilkan diftong [ oi ] Untuk menghasilkan diftong oi. Pada mulanya.udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. . Pada mulanya. bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Bibir dihamparkan. lidah berada kira – kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [ u ]. Anak panah menunjukkan arah geluncuran. lidah mula – mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [ i ]. tetapi kemudian menjadi semakin hampar. bibir dibundarkan.

.

ii. . Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Bhd. Kamus Bahasa Melayu. iii. i. Bhd. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim. (2007). (1999). (2007).BIBLIOGRAFI. Arbak Othman. Norlidza Shamsuddin. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2.

Dalam bahasa Melayum. kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal lain. Diftong didefinasikan sebagai huruf difting dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. i. DIFTONG Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani yang bermakna suara atau disuarakan. Dalam bahasa Melayu. terhasillah diphthong yang bermakna dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata. diphthong disebut sebagai diftong. tetapi disebut sebagai satu bunyi. [au] dan [oi]] Dalam bahasa Melayu. Ace Ahead Bahasa Malaysia kertas 1 dan 2. . terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ai]. diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal. Diftong mempunyai puncak kelantangan dan terdapat cirri geluncuran dalam membunyikannya. iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana hendak membunyikan sesuatu vokal.RUJUKAN. Daripada makna tersebut.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->