Anda di halaman 1dari 8

Ahli-ahli falsafah purba kala telah lama hairan melihat pergerakan benda-benda di dunia ini; sebiji batu apabila

dilepaskan dari tangan, ia sentiasa akan jatuh ke bawah. Ambil batu itu, lepaskan lagi dengan cara yang sama macam tadi, batu itu pasti akan jatuh sama macam cara ia jatuh tadi. Tidak kira berapa kali dicuba, hasilnya batu itu tetap jatuh dengan cara yang sama jika ia dibuang dengan cara yang sama. Sebiji bola digulingkan di atas lantai, ia akan bergerak ke arah yang tertentu, dengan kelajuan yang tertentu dan akan berhenti di tempat yang tertentu. Bola itu digulingkan sekali lagi dengan cara yang sama pada tempat yang sama; bola itu akan bergerak ke arah yang sama, dengan kelajuan yang sama, dan berhenti di tempat yang sama. Ulangilah berapa kali pun, hasilnya tetap sama.

Semua ini menampakkan bahawa semua benda di dunia ini hanya akan bergerak mengikut cara yang tertentu, mereka tidak akan bergerak mengikut cara yang lain; atau boleh dikatakan pergerakan semua benda di dunia ini mempunyai pattern yang tetap; semua benda bergerak mengikut pattern itu. Semua benda bergerak mengikut pattern yang tertentu boleh juga dikatakan sebagai semua benda bergerak mengikut law yang tertentu; dan perkataan law lebih sering digunakan berbanding perkataan pattern. Kesedaran wujudnya law yang menguasai semua pergerakan di dunia membuatkan ramai ahli falsafah obsess mencarinya.

Ramai ahli falsafah yang telah mengeluarkan teori masing-masing; pergerakan ditentukan oleh api, pergerakan ditentukan oleh angin dan roh, pergerakan ditentukan oleh air dan banyak lagi teori yang kurang masuk akal. Walaubagaimanapun, satu percubaan yang agak berjaya telah dibuat oleh Aristotle, yang terkenal sebagai bapa logik. Dia mengulingkan sebiji bola di atas lantai, bola itu pun bergerak buat seketika, kemudian ia berhenti. Dia melihat sebuah perahu yang sedang bergerak, apabila berhenti dikayuh, kapal itu akan berhenti. Kemudian dia berjalan-jalan meninjau sekelilingnya; lalu dia berasa penat dan mahu berhenti. Maka Aristotle pun terfikir, rupanya semua benda yang bergerak mempunyai kecenderungan untuk berhenti.

Kemudian dia terfikir pula, kalau semua benda mempunyai kecenderungan untuk berhenti, jadi apa pula yang membuat mereka bergerak? Apa yang membuat benda yang bergerak kekal bergerak? Aristotle pun memperkenalkan konsep force. Force ialah sesuatu yang menyebabkan suatu benda itu mempunyai pergerakan yang tidak natural. Pergerakan yang natural ialah pergerakan yang dari cepat menjadi lambat, kerana semua benda cenderung untuk berhenti. Sebuah kapal layar bergerak dengan kelajuan yang tetap, itu pergerakan yang tidak natural; jadi mesti ada force yang dikenakan(exerted) ke atasnya; dan force itu ialah angin yang menolak layarnya. Maka dia pun cakap jadi aku sudah jumpa law yang pertama! Semua benda tidak akan bergerak melainkan ada force dikenakan ke atasnya, ataupun dalam bahasa Inggeris Every body will stay at rest unless acted upon by a force.

Falsafah Aristotle ini mendapat sambutan baik dan telah digunapakai untuk jangka masa yang lama sehinggalah Galileo Galilei muncul hampir 2000 tahun kemudian. Galileo tidak setuju dengan law yang Aristotle kemukakan, begitu juga dengan konsep force Aristotle. Apa bezanya angin yang menolak kapal itu ke depan, dengan air yang cuba menghentikan kapal itu? katanya. Kalau angin yang menolak layar itu ada exert force pada layar itu, sepatutnya air itu pun ada exert force pada dasar kapal itu!

Ketika itu, Galileo telah pun ada falsafahnya sendiri, iaitu theory of relativity. Dia melihat bola yang dilepaskannya ke atas tanah, seperti biasa, bola itu jatuh lurus ke bawah. Kali ini dia naik ke atas yang sedang bergerak; dia lepaskan bola itu dan lihat; bola itu pun jatuh lurus ke bawah, sama seperti semasa ia dilepaskan semasa dia tidak bergerak. Maka Galileo pun berfikir, apa bezanya bergerak atau tidak bergerak? Kalau saya tertidur sebentar di dalam kabin dan bangun, saya tidak akan tahu kapal in ada bergerak atau tidak. Lalu kalau saya melihat sebuah kapal mendekati dengan kelajuan yang tetap, saya tidak akan tahu samada kapal saya yang sedang bergerak ke arahnya ataupun kapal itu yang sedang bergerak ke arah saya. Maka Galileo pun mendapati, bergerak pada kelajuan yang tetap tidak ada bezanya dengan tidak bergerak; mereka adalah benda yang sama! Saya boleh kata yang kapal saya tidak bergerak dan kapal itu yang bergerak ke arah saya; saya juga boleh kata yang kapal itu tidak bergerak dan kapal saya yang bergerak ke arahnya; saya pun boleh kata yang kedua-dua kapal pun sedang bergerak menuju satu sama lain dengan kelajuan yang telah dibahagi kepada dua!

Menggunakan theory of relativitynya itu, Galileo pun cuba memperbetulkan idea Aristotle. Dia melihat sebiji batu di atas tanah yang tidak bergerak, dan tiada pun force dari kiri kanan depan belakang. Memandangkan tidak bergerak adalah sama dengan bergerak pada pergerakan yang tetap, maka sepatutnya force tidak diperlukan untuk mengekalkan suatu objek bergerak pada kelajuan yang tetap. Jadi bagaimana pula dengan dua force pada kapal itu? Mengapa kapal itu bergerak dengan kelajuan yang tetap walaupun ada force dikenakan ke atasnya. Oh ini samalah macam menghimpit sebuah buku dengan kedua-dua belah tangan; kalau dua-dua belah tangan menolak dengan sama kuat, buku itu pun tidak bergerak. Ini bermakna, force dari angin itu adalah sama kuat dengan force dari air itu

Persoalan yang seterusnya ialah kalaulah force itu bukan sesuatu yang menyebabkan suatu benda itu kekal bergerak, jadi apalah itu force? Galileo dengan pantas mendapat jawapannya, itu senang saja. Apa yang membuat kapal itu mengalami perubahan dari tidak bergerak, kepada bergerak pada kelajuan yang sama, itulah dia force! Jadi force ialah sesuatu yang mengubah kelajuan sesuatu benda. Maka dia pun mengkonklusikan bahawa force ialah sesuatu yang menyebabkan suatu benda itu mengalami acceleration.

Kini, Galileo dapat merumuskan bahawa law Aris totle yang mengatakan every body remains a rest unless acted upon by a force patut digantikan dengan every body remains moving at a constant speed unless acted upon by a force. Tunggu dulu! Force bukan saja mengubah kelajuan pergerakan, malah ia juga mengubah direction pergerakan, jadi dia pun menggantikan perkataan speed kepada velocity. Sebabnya ialah, sesuatu yang bergerak pada speed yang sama ke arah yang berlainan mempunyai velocity yang berbeza. Ini bermakna, kalau force itu mengubah sama ada speed atau direction pergerakan, velocity akan berubah sama. Jadi dengan menggantikan speed kepada velocity, dia telah sekaligus merangkumi direction dalam penyataannya itu.

Galileo juga banyak memberi sumbangan lain; dia telah membuktikan bahawa objek yang berlainan berat mengambil masa yang sama untuk jatuh ke tanah jika dilepaskan dari ketinggian yang sama, dia telah menyumbang kepada perkembangan matematik, dia telah membuktikan yang bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya, dan dia juga telah dihukum bunuh; kerana asyik mencabar pihak gereja. Pada hari Galileo mati, seorang budak yang bernama Isaac Newton telah dilahirkan.

Newton telah mengkaji karya Galileo dan cuba untuk melengkapkan the law of motions. Jelas sekali baginya, penyataan Galileo every body remains in a constant velocity unless acted upon by a force boleh terus digunapakai; maka dia pun beralih kepada persoalan seterusnya, iaitu mengenai force. Galileo telah mendapati bahawa lagi kuat force yang dikenakan pada suatu benda, lagi kuat benda itu akan accelerate. Namun Newton mendapati satu perkara lagi, iaitu makin berat benda yang ditolak itu, makin kurang pula accelerationnya apabila force yang sama dikenakan; dalam kata lain, force yang lebih kuat diperlukan untuk benda yang lebih berat melalui acceleration yang sama. Maka Newton pun terfikir, itu dia second law of motions Dia pun menyatakan apabila suatu objek dikenakan force, ia akan mengalami acceleration yang directly proportional kepada kekuatan force itu dan inversely proportional kepada mass objek itu. Sekarang buat pertama kalinya, persoalan yang kuno ini dapat dijelaskan dan ditranslatekan kepada bahasa matematik; dan force dapat diterangkan dalam bentuk equation, iaitu equation saintifik yang dikatakan kedua terkenal di dunia:

Force = mass x acceleration, F = ma

Newton pun terus berfikir lagi, kali ini tentang perkara yang lain mengenai force. Bayangkan dua kapten kapal baru terbangun dari tidur(tidak tahu kelajuan kapal) dan dua kapal itu merempuh satu sama lain. Kalau kedua-dua kapten itu beranggapan yang kapal mereka sendiri itu tidak bergerak, dan sangka kapal yang satu lagi yang bergerak dan melanggarnya, mereka akan kata yang kapal yang satu lagi yang mengenakan force ke atas kapalnya. Kapten Jack akan kata kapal Kapten Hook yang exert force ke atas kapalnya dan Kapten Hook akan kata kapal Kapten Jack yang exert force ke atas kapalnya. Jadi Newton pun kata, sebenarnya bukannya siapa langgar siapa, tapi mereka berlanggar; bukanlah mana satu yang sedang exert force ke atas yang satu lagi, tapi kedua-dua mereka exert force ke atas satu sama lain. Newton pun melihat kakinya yang sedang memijak tanah, ini bermakna kaki saya exert force pada tanah, dan tanah pun exert force pada kaki saya. Tapi betapa kuat pula setiap force itu? Mestilah sama kuat, kalau force dari tanah lebih kuat, aku akan accelerate ke atas, menurut lawnya sendiri.

Newton pun menyatakan satu lagi law of motion, iaitu force muncul secara berpasangan; ia takkan muncul bersendirian! Dan pasangan force ini mempunyai magnitut yang sama tapi dengan direction yang bertentangan. Ini juga telah menjelaskan keadaan pada kapal layar yang dibincangkan sebelum ini; jelas sekali force dari air itu berbeza sedikit dengan force dari angin; force dari air itu semakin kuat apabila kapal layar itu bergerak dengan lebih pantas manakala force dari angin pula kekal sama. Sebabnya ialah, makin pantas kapal layar itu bergerak, makin kuat ia melanggar air di hadapannya; air itu pun melanggar balik kapal itu dengan kekuatan yang sama. Jadi makin pantas kapal itu bergerak, makin kuat force dari air itu, dan akhirnya force dari air itu akan menjadi sama kuat dengan force dari angin; dan pada masa itulah, kapal layar itu akan berhenti accelerate.

Nanti dulu! Newton teringat lawnya yang sebelum ini, F = ma. Baru saya teringat, penyataan saya yang sebelum ini hanya valid sekiranya cuma ada satu force saja yang dikenakan pada objek itu; jadi bagaimana pula kalau ada banyak force dikenakan pada objek itu? Tukar saja force kepada resultant force, habis cerita. Maka Newton pun mengemukakan tiga law of motionnya yang telah lengkap itu.

Newtons 1st Law of Motion Every body remains at a constant velocity unless acted upon by a force. Credits to Galileo Galilei

Newtons 2nd Law of Motion When a body with mass, m is exerted upon by a NET force, F, the body will undergo an acceleration in the direction of the force with magnitude that is directly proportional to the magnitude of the NET force and inversely proportional to the mass of the body.(F = ma)

Newtons 3rd Law of Motion Forces come in pairs where they are equal in magnitude but opposite in direction.

Versi alternatif bagi 3rd law di atas ialah when a force is acted upon a body, the body exerts a force back with the same magnitude but toward the oppsite direction

Maka itulah dia, penemuan yang paling penting dalam sejarah sains. Membuatkan Newton orang yang kedua paling berpengaruh dalam sejarah. Walaupun begitu, Newton ada banyak lagi penemuan lain, contohnya optics, differentiation & intergration, conservation of momentum dan gravity. Newton telah berjaya menjelaskan kenapa planet-planet bergerak seperti yang kita lihat sekarang dengan Newtons Law of Gravitation yang mana katanya force tarikan wujud antara dua objek dan force diterangkan dalam equation di bawah.

Gravitational force = mass1 x mass2 x Universal Constant / the distance2 between two bodys centre of mass,

ataupun

F = Gm1m2/r2

Namun syllabus sekolah menengah di Malaysia tidak merangkumi Newtons Law of Gravitation, yang diajar hanyalah mengenai kesan gravity ke atas objek-objek pada paras ketinggian yang rendah. Kalau pasal itu, kita hanya perlu gunakan Newton 2nd Law. Bayangkan sebiji bola yang jatuh dari langit, dan katakanlah tiada geseran dengan udara, jadi hanya ada satu saja force yang dikenakan pada bola itu,iaitu force gravity; ini bermakna, force gravity itu adalah sama dengan net force yang dikenakan pada bola itu. sekarang kita bolehlah gunakan Newton 2nd Law. Galileo telah mendapati semua benda jatuh dengan -2 acceleration yang sama, iaitu 9.81ms , maka force gravity yang dikenakan pada bola itu, ialah massnya darab dengan 9.81.

Force of gravity = mass x 9.81ms-2

Sebenarnya kalau kita juga boleh derive equation di atas ini dengan menggunakan F = Gm1m2/r2. m1 ialah mass objek itu, gantikan m2 dengan mass bumi = , gantikan r dengan radius bumi = dan G =. Kamu akan dapat equation yang sama dengan di atas.

Newton juga telah memberi sumbangan dalam konsep momentum. Sebenarnya konsep momentum telah lama wujud; momentum dikatakan sebagai kecenderungan untuk kekal bergerak atau the tendency to stay in motion. Ia telah lama didapati bahawa makin berat dan makin laju sesuatu objek bergerak. Maka,

momentum = mass x velocity, P = mv

Memandangkan force yang membuat sesuatu objek berubah dari tidak bergerak menjadi bergerak, jadi force jugalah yang membuat sesuatu objek mempunyai momentum. Makin lama force dikenakan pada sesuatu objek, makin banyak momentum objek itu akan dapat. Newton menggelar perubahan momentum yang disebabkan oleh force itu sebagai impulse. Konsepnya simple saja, sesuatu objek mempunyai initial momentum yang tertentu, kenakan impulse padanya, maka momentumnya akan meningkat menjadi final momentum.

Initial momentum + impulse = final momentum

Kita telah tahu yang force yang membuatkan sesuatu objek accelerate, dan acceleration ialah kadar perubahan velocity. Disebabkan momentum bergantung kepada velocity objek itu, jadi ini force lah yang juga menentukan kadar perubahan momentum objek itu.

Force = the change in momentum / time taken

Pelik sungguh dalam buku teks ia diajarlagi sebagai impulsive force sedangkan sememangnya ia bukan satu force yang special. Ia sama saja!

Namun perkara yang paling penting mengenai momentum yang didapati oleh Newton ialah jumlah momentum di sesebuah sistem itu akan kekal sama. Dengan ini kita boleh kata jumlah momentum dalam setiap objek di alam semesta ini kekal sama sejak permulaan dunia. Ini dikenali sebagai The Principle of Conservation of Momentum. Prinsip ini paling berguna diaplikasikan dalam situasi perlanggaran, kerana berbekalkan infomasi yang cukup, saintis boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan pergerakan sesuatu objek. Contohnya kalau ada asteroid yang menuju ke bumi dan perlunya untuk menghantar sesuatu untuk melanggarnya dan memesongkannya; macammana perlanggaran itu perlu dilakukan boleh dirancang berpandukan The Principle of Conservation of Momentum. Untuk dua objek yang berlanggar, prinsip tersebut boleh dinyatakan dalam equation di bawah:

initial momentum of object A + initial momentum of object B = final momentum of object A + final momentum of object B

PinitialA + PinitialB = PfinalA + PfinalB

memandangkan momentum = mass x velocity, jadi

m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2

Selepas itu Newton mendapati bahawa perlanggaran antara dua biji guli dan antara anak panah dengan buah tembikai adalah berlainan sekali. Satu berpisah selepas berlanggar, satu lagi bercantum selepas berlanggar. Newton pun menggelarnya elastic collision dan inelastic collision. Memandangkan kedua-dua mereka bercantum selepas berlanggar, jadi final velocity mereka adalah sama. Jadi dengan sedikit perubahan pada equation yang tadi, kita dapat:

m1u1 + m2u2 = (m1 + m2)v

Namun konsep umumnya tetap sama tidak kira elastic collision mahupun inelastic collision, total momentum is constant, iaitu yang dalam equation yang tadi:

PinitialA + PinitialB = PfinalA + PfinalB

Physics mementingkan konsep yang umum, iaitu menyelesaikan banyak perkara yang berbeza hanya dengan satu equation yang sama; physics bukannya hendak mengemukakan banyak equation yang berbeza untuk situasi yang berbeza.

Newton pun mempublishkan Law of Motions, Law of Gravitation dan The Principle of Conservation oof Momentum dalam hasil karyanya yang paling berpengaruh, Principia.

Tidak sampai satu minggu selepas Principia diterbitkan, ada orang datang mencari Newton.

Newton, kau silap di sana! Silap di mana? Sini. 3rd law kau bermasalah. Cuba kita menolak satu sama lain, kalau saya menolak lebih kuat dari kau, kau akan terpelanting ke belakang. Jadi? Tapi 3rd law kau cakap kita exert force yang sama kuat ke atas satu sama lain, makin kuat saya tolak kau, makin kuat kau tolak aku balik. Tapi sekarang jelas sekali aku tolak lebih kuat dari kau, itulah kau accelerate ke belakang. Tidaklah. Aku exert force ke atas kau sama kuat dengan kau exert force ke atas aku. Kalau benar kau exert force ke atas aku sama kuat dengan aku exert force ke atas kau, macamana pula kau boleh accelerate ke belakang? Kan net force kosong, F = ma, maka sepatutnya acceleration pun kosong dan kita akan kekal tidak bergerak. Sebenarnya aku rasa kau telah terconfuse. Kalau begitu manalah yang saya terconfuse? 2nd law saya menyatakan yang sesuatu objek akan accelerate jika net force yang dikenakan padanya bukan kosong. Tapi kalau kita tolak satu sama lain sama kuat, net force akan jadi kosong. Tidak! Net force hanya mengambil kira force yang dikenakan pada benda itu, ia tidak termasuk force yang dikenakan oleh benda itu. Sekarang ada berapa force horizontal yang dikenakan pada kau apabila kita saling menolak? Dua. Tolakan dari kau dan friction dari lantai.

Semasa kau tolak aku, friction dari lantai lebih kuat dari tolakan aku, jadi net force kau bukan kosong! Dan semasa aku ditolak, friction dari lantai lebih lemah dari tolakan kau, jadi net force aku pun bukan kosong. Itulah kita berdua telah accelerate, dan kau telah menggerakkan aku ke belakang. Oh macam tu... Lain kali lukislah free body diagram dulu sebelum kau datang cari aku!

Pada abad yang sama selepas Principia diterbitkan, Gottfried Wilhelm Leibneiz membuat experimentnya sendiri dan mendapati sesuatu yang pelik. Dia mendapati dalam kebanyakan perlanggaran, jumlah mv2 sebelum dan selepas perlanggaran boleh dikatakan sama. Macam The Principle of Conservation of Momentum. Tapi ini jelas sekali bukan momentum, ini mv2. Dan berbeza dengan momentum, jumlah mv2 sebelum dan selepas perlanggaran berbeza dalam inelastic collision. Malah sebenarnya hanya dalam perfectly elastic collision, nilai mv2 akan betuk-betul kekal sama. Thomas Young menggelar mv2 sebagai energy.

Pada masa yang sama, Gaspard-Gustave dan Jean Victor bermain-main dengan konsep work Newton. Work yang sedia maklum, merupakan force x distance. Kita dikatakan telah melakukan work sebanyak 10J ke atas sesuatu objek selepas kita mengenakan force sekuat 5N dan objek itu bergerak sejauh 2m, ke arah yang sama dengan force. Mereka ingin mengira, berapa work yang telah dilakukan ke atas sebiji bola untuk menggerakkannya dari at rest hingga ke final velocitynya. Menggunakan equation

v2 = u2 + 2as

terbalikkan menjadi

a = ( v2 u2) / 2s

gabungkan dengan F = ma, mereka dapat

F = m( v2 u2) / 2s

Gabungkan dengan W = Fs, mereka dapat

W = m(v2 u2) / 2 = 1/2m(v2 u2)

Memandangkan u = 0, kita dapat

W = 1/2mv2

Lalu mereka mendapati, ini macam sama dengan benda energy yang Leibniz cakap tu. Pada masa itulah buat kali pertamanya, work dikaitkan dengan energy. Energy pun didefinisikan semula sebagai 1/2mv2 untuk menstandardkan kuantitinya. Maka para saintis pun teruskan mengembangkan konsep energy ini. Mereka ingin membuat The Principle of Conservation of Energy. Tapi mereka tahu yang jumlah 1/2mv2 hanya akan kekal sama dalam perfectly elastic collisions, jadi apa jadi dalam

perlanggaran yang lain, terutamanya inelastic collision, di mana jumlah 1/2mv2 selepas perlanggaran jelas sekali kurang dari yang sebelum perlanggaran; mana perginya energy yang hilang itu?

Masa itu ahli-ahli fizik dan ahli-ahli kimia mula terfikir, adakah energy yang hilang itu telah berubah menjadi heat? Kalau perkara ini benar, maka energy boleh bertukar bentuk, berubah dari energy pergerakan ke heat energy. Maka, 1/2mv2 didefinisikan semula menjadi kinetic energy, kerana ia hanya merupakan salah satu jenis energy, jadi perlu dinamakan semula.

Kemudian persoalan timbul, kalau betul energy is conserved, jadi masa sebiji batu dibuang ke atas, kinetic energynya yang makin berkurang itu bertukar jadi energy apa? Kalau dalam perlanggaran, kinetic energy yang bertukar menjadi heat energy membuat objek itu menjadi lebih panas, jadi semasa apa perubahan pada batu itu yang menunjukkan ada penukaran energy? Ahli-ahli sains menjadi bingung. Sehinggalah...

Kita buat saja satu energy yang baru! Buat macam mana? Makin tinggi batu itu bergerak, makin banyak kinetik energynya bertukar menjadi energy yang baru ini. Saya namakan energy yang baru ini potential energy. Sebab makin banyak potential energynya, ia berpotensinya untuk bergerak dengan lebih laju nanti. Bantahan! Kenapa pula? Kalau heat energy, kita boleh tahu kewujudannya dengan merasakan panasnya. Potential energy pula apa benda? Kita tidak boleh ukurnya directly Kenapa pula energy itu mesti boleh diukur directly? Kan kita hanya mahu sempurnakan The Principle of Conservation of Energy? Jadi perlulah kita berbuat macam ini supaya principle tiada masalah Bah suka hati kau lah

Maka wujudlah potential energy. Potential energy difahami sebagai berapa banyak energy lain yang boleh diperhatikan directly yang boleh dihasilkan. Potential energy ialah energy yang paling pelik dalam classical mechanics sebab tidak boleh diperhatikan, tidak dapat dirasa, manakala kinetic energy boleh diperhatikan terus kehadirannya, iaitu pergerakan; heat energy pula boleh dirasa terus melalui kepanasannya. Jadi bila-bila saja energy boleh diperhatikan directly telah hilang, ia dikatakan telah bertukar kepada potential energy; dan bila-bila saja ada energy yang boleh diperhatikan directly yang extra entah datang dari mana, ia dikatakan bertukar dari potential energy.

Contohnya, batu yang dibuang ke atas mempunyai kinetic energy yang boleh kita perhatikan directly, lepas tu kinetic energy itu berkurang tapi batu itu tidak menjadi panas, bermaksud kinetic energy telah bertukar kepada potential energy. Dan apabila batu itu bergerak turun semula, potential energy bertukar semula menjadi kinetic energy. Dengan adanya Principle of Conservation of Energy ini, maka Classical Mechanics pun boleh dikatakan telah lengkap. Dengan The Principle of Conservation of Momentum kita tahu bahawa there is something about motion in this universe is always unchanging, that is the product of total mass and total velocity(momentum). Dengan The principle of Conservation of Energy pula, kita tahu bahawa there is something about EVERYTHING in this universe that is always unchanging, that is the CHANGE itself. Sekarang kita simpulkan semua yang telah dibincangan mengenai classical mechanics.Alam semesta ini mempunyai entiti yang tidak pernah berubah kuantitinya, iaitu energy dan momentum. Momentum hanya untuk pergerakan saja, manakala energy mempunyai kesannya ke atas semua benda. Energy dan momentum ditransferkan dari satu objek ke objek yang lain dengan force, kita exert force agar energy dan momentum is transfered. Manakala proses mentransfer energy itu digelar melakukan work, apabila kita melakukan work, kita sedang mentransfer energy.

Energy bagaikan minyak kepada perubahan di dunia ini. Itulah ia sangat penting. Apabila kita ingin bergerak, posisi dan kelajuan badan kita perlu berubah, jadi kita perlu energy. Masa kita pasang air con, udara berubah dari panas ke sejuk, jadi perlukan energy. Semua benda perlukan energy. Memandangkan penggunaan energy satu perkara yang penting, maka muncul lagi satu konsep baru; power. Power ialah the rate of transfer of energy, boleh dikatakan macam kadar penggunaan minyak. Power ini mudah saja, jadi malas mahu cakap banyak. Bah itu ja. Bye.