Anda di halaman 1dari 21

ELECTRICAL INSTALLATION

5.0 PERLINDUNGAN LITAR


PENGENALAN
Oleh sebab elektrik sangat merbahaya tetapi sangat mustahak di dalam kehidupan moden maka perlindungan merupakan satu aspek penting di dalam pemasangan elektrik. Peraturan IEE telah menjelaskann tentang semua aspek keselamatan dan perlindungan. Nota ini hanya membincangkan sebahagian aspek penting perlindungan sahaja. Tujuan utama perlindungan pada pemasangan elektrik ialah ; i. ii. iii. Melindungi nyawa manusia. Melindungi bangunan dan harta benda dan kebakaran. Melindungi peralatan elektrik dari kerosakan dan kebakaran.

Jenis-jenis perlindungan yang diberikan kepada pemasangan elektrik ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. Arus lebih Beban lebih Arus bocor ke bumi Panahan kilat Perlindungan Mekanikal Perlindungan Kebakaran

BPLK

88

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Tujuan pembelajaran ini adalah untuk: 1. Mengenali jenis-jenis perlindungan. 2. Mempelajari binaan da konsep kendalian alat perlindungan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat: 1. Jelaskan jenis-jenis perlindungan. 2. Nyatakan jenis-jenis alat perlindungan. 3. Terangkan konsep kendalian alat perlindungan.

BPLK

89

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.1

SIFAT SIFAT SISTEM PERLINDUNGAN

Sifat-sifat yang perlu ada bagi sistem perlindungan yang berkesan:

5.1.1 KEBOLEHARAPAN
Bekerja hanya apabila diperlukan (iaitu apabila rosak berlaku dalam kawasan perlindungan yang dilindungi). Tidak bekerja bila tidak dikehendaki (tidak rosak atau rosak di luar kawasan).

5.1.2 MEMILIH
Mengasingkan hanya bahagian yang rosak dan tidak menggangu bahagian lain. Seimbang

bagi rosak di luar kawasan.

5.1.3 KEPANTASAN
Bertindak dengan cepat selepas kerosakan dikesan untuk mengurangkan kesan buruk dan mengekalkan keseimbangan sistem.

5.1.4 KEPEKAAN
Dapat mengesan kerosakan pada peringkat awal walaupun perubahan arus, voltan dan lain-lain isyarat adalah kecil.

BPLK

90

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.2

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
5.2.1 ARUS LEBIH
Arus lebih disini bermaksud nilai arus dalam kilo ampere (KA). Arus lebih berlaku akibat dari berlakunya litar pintas diantara fasa ke fasa, fasa ke neutral atau fasa ke bumi. Disebabkan rintangan kerosakan terlalu rendah maka arus kerosakan menjadi terlalu tinggi. Arus lebih tidak boleh ditanggung oleh pemasangan walaupun seketika kerana nilai arusnya tersangat tinggi dan akan merosakan pemasangan. Pemutus litar mestilah bertindak secepat yang mungkin, iaitu kurang dari satu saat. Kalau tidak kerosakan atau kebakaran boleh berlaku. Diantara alat-alat perlindungan yang digunakan ialah Fius, MCB, MCCB, ACB, Fius Suis, Suis Fius.

5.2.2 BEBAN LEBIH


Beban lebih akan menghasilkan kesan yang sama iaitu arus lebih tetapi nilai arusnya tidaklah setinggi seperti arus lebih yang disebabkan oleh litar pintas. Punca beban lebih adalah beban elektrik (kilowatt atau KVA) yang berlebihan dari yang sepatutnya ditanggung oleh sesuatu pemasangan. Beban mekanikal yang berlebihan juga boleh menyebabkan beban lebih elektrik. Beban lebih yang tidak berapa tinggi dan tidak membahayakan selalunya boleh ditanggung oleh pemasangan untuk beberapa ketika, hingga beberapa minit atau beberapa jam. Ia bergantung kepada berapa tinggi arus tersebut. Selalunya beban lebih dihadkan kepada maksima 150% sahaja daripada beban penuhnya (beban MD). Itupun untuk selama satu saat sahaja. Manakala beban lebih sebanyak 120% secara berterusan dihadkan selama maksima 5 minit sahaja. Alat-alat perlindungan yang digunakan sama seperti untuk arus lebih.

BPLK

91

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.2.3 ROSAK KE BUMI


Rosak ke bumi bermaksud telah berlaku litar pintas diantara pengalir hidup dengan pengalir bumi atau bahagian-bahagian logam yang dibumikan. Ini disebabkan sentuhan pengalir hidup dengan bahagian-bahagian yang dibumikan iaitu bahagian-bahagian yang boleh mengalirkan arus elektrik terutamanya logam. Sentuhan ini ada yang secara terus, tanpa bahan penebat (direct contact). Ini samalah dengan litar pintas.

5.2.4 BOCOR KE BUMI


Ada juga sentuhan pengalir fasa/neutral dengan pengalir bumi atau logam yang dibumikan secara tidak terus (indirect contact), dan ini selalunya disebabkan penebatan telah rosak atau lemah. Kerosakan jenis ini dipanggil juga sebagai kerosakan berintangan tinggi. Disebabkan penebatan tidak cukup baik terdapat arus yang dipanggil sebagai arus bocor mengalir ke bahagian-bahagian logam yang dibumikan. Nilai arus ini tidaklah begitu besar dan ia bergantung kepada nilai penebatan itu sendiri. Walaupun arus tersebut tidak begitu besar tetapi apabila mencapai tahap tertentu ia boleh menimbulkan bahaya jika tersentuh logam-logam yang terlibat. Kemungkinan voltan melebihi 50V wujud pada logam tersebut dan ini boleh menyebabkan kejutan elektrik jika berlaku sentuhan. Alat perlindungan bocor ke bumi ialah RCCB, MCCB dan ACB. RCCB boleh bertindak sendiri tanpa bantuan alat tambahan, manakala MCCB dan ACB memerlukan alat tambahan untuk terpelantik apabila berlaku bocor ke bumi. MCCB yang berkadar 400A dan kurang memerlukan Earth Leakage Relay (ELR) dan shunt trip coil untuk beroperasi bila berlaku arus bocor. ACB pula memerlukan Earth Fault Relay dan juga shunt trip coil untuk terpelantik.

BPLK

92

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.2.5 LAMPAU PANAS


Peralatan elektrik akan menghasilkan haba bila beroperasi. Bila tahap kepanasan itu melebihi daripada tahap normalnya ini akan merosakkan alatan tersebut dan memungkinkan berlaku kebakaran. Geganti lampau panas selalunya menggunakan prinsip bi metal strip dimana ia akan membengkok bila sampai kepada suhu tertentu. Selalunya digunakan apabila nilai arus tidak begitu tinggi seperti thermal overload relay yang digunakan didalam pemula motor. Ada juga yang menggunakan prinsip perubahan rintangan terhadap haba. Apabila rintangan berubah arus yang mengalir juga akan berubah dan apabila sampai tahap tertentu geganti akan bertindak. Penggunaan alat perlindungan lampau panas adalah terhad kepada peralatan yang banyak mengeluarkan haba serta mahal sahaja. Contohnya motor, alatubah yang besar dan janakuasa.

5.2.6 SINGLE PHASING


Single phasing bermakna bekalan tiga fasa kehilangan satu atau dua fasa. Contohnya motor tiga fasa berkemungkinan mendapat bekalan dua fasa sahaja. Motor tersebut mungkin tidak boleh dihidupkan atau berjalan dengan tidak sepenuh kuasa dan kehilangan daya kilas. Jika litar kawalan pemula diambil dari fasa yang tiada bekalan tentulah motor tidak dapat dihidupkan. Alat perlindungan yang digunakan ialah single phasing relay. Ia akan melepaskan penyentuh apabila single phasing berlaku.

5.2.7 TURUTAN FASA TERBALIK


Jika atas apa-apa sebab turutan fasa terbalik maka motor tiga fasa akan berpusing terbalik. Keadaan ini boleh menimbulkan bahaya atau kerosakan kepada sesetengah peralatan dan kos pembaikan mungkin sangat tinggi. Oleh itu sesetengah pemula motor dilengkapkan dengan reverse phase sequence relay dimana apabila turutan fasa terbalik pemula tidak dapat berfungsi.

BPLK

93

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.2.8 PANAHAN KILAT


Panahan kilat boleh merosakan pemasangan dan peralatan elektrik kerana voltan yang tinggi dan percikan api yang kuat. Surge diverter atau surge suppressor digunakan untuk menyalurkan arus dari panahan kilat kebumi.

5.2.9 PERLINDUNGAN MEKANIKAL


Selain dari perlindungan elektrik, perlindungan mekanikal perlu juga diberikan kepada pemasangan elektrik. Contohnya penggunaan sesalur logam, pembuluh dan pengadang adalah untuk mengelakkan hentakan, gegaran atau himpitan supaya pengalir tidak rosak.

5.2.10 PERLINDUNGAN KEBAKARAN


Pemasangan elektrik terutamanya bilik suis, bilik janakuasa mestilah mempunyai perlindungan kebakaran dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti halon.

5.2.11 PERLINDUNGAN ARUS PUSUAN (SURGE PROTECTION)


Arus pusuan yang lazimnya disebabkan panahan petir boleh merosakkan pemasangan elektrik. Oleh itu pemasangan Surge protection device adalah perlu untuk perlindungan kepada peralatan sensitive terutamanya komputer. Ia bertindak hampir menyerupai fius. Ia dipasang disetiap peringkat litar, papan suis utama, papan suis kecil dan papan agihan dan mempunyai nilai KA yang berbeza-beza disetiap peringkat litar.

BPLK

94

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.3

JENIS-JENIS ALAT PERLINDUNGAN


5.3.1 FIUS

Alat perlindungan yang paling mudah, murah dan baik. Sekiranya terdapat arus yang berlebihan elemen fius akan terputus. Dari segi senggaraan ianya sangat mahal dan mengambil masa yang lama untuk menukarnya. 5.3.1.1 Jenis jenis fius a) Fius HRC atau HBC ( High Rupcturing Capacity/ High Breaking Capacity) i. fius yang paling baik .

ii. nilai KA yang tinggi sehingg 80KA dan 100KA. iii. Tiada kesan hitam apabila terbakar.

Rajah 5.1 : Fius HRC

BPLK

95

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

b) Fius Catridge i. ii ii. iii. mempunyai elemen fius tetapi tidak berada didalam serbuk fius. Sarung diperbut daripada glass. Kadaran yang kecil kurang daripada 5Amp. Digunakan dalam peralatan-peralatan elektrik.

Rajah 5.2: Fius Catridge

c) Fius dawai i. fius dawai adalah golongan dawai yang telah dibuat untuk lebur apabila nilai arus tertentu mengalir melaluinya. ii. Tidak mempunyai melting point.

Rajah 5.3 : Fius dawai

BPLK

96

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.3.2 PEMUTUS LITAR


6.3.2.1 MINIATURE CIRCUIT BREAKER (MCB)-PEMUTUS LITAR KENIT a) b) c) berfugsi seperti fius tetapi digunakkan setakat 60Amp. Menggunakan prinsip medan magnet. Biasanya digunakan untuk 1 fasa.

Rajah 5.4 : Miniature circuit breaker

Rajah 5.5 : binaan miniature circuit breaker

5.3.2.2 MOULDED CASE CIRCUIT BREAKER (MCCB) a) b) c) menggunakan prinsip medan magnet dan haba. Berkadar melebihi 60Amp. Kegunaan untuk 3 fasa.

BPLK

97

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.3.2.3 RESIDUAL CURRENT CIRCUIT BREAKER (RCCB) Rintangan Uji ( Test Button ) Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus disertakan dengan butang uji .Tujuannya ialah untuk menentukan pemutus litar bocor ke bumi itu . boleh beroperasi sekiranya ada berlaku arus bocor ke bumi . Pengujian ini di buat dengan tujuan rintangan yang disambung sebagai kerosakan yang dibumikan (artificial fault ) sebagai pengganti kepada arus bocor sebenar. Untuk menguji trip mekanisma dapat beroperasi atau tidak kepada pengguna , ujian ini harus dibuat dengan menekan butang uji dari masa ke semasa. a) b) untuk pemasangan yang tidak melebihi daripada 100Amp. Tujuannya memberi perlindungan untuk arus bocor ke bumi.

RCCB mempunyai kepekaan tertentu seperti berikut: a. b. c. d. 10mA untuk soket alir keluar bagi bekalan kepada alat permainan kanak-kanak. 30mA untuk soket alir keluar 13Amp ( berasingan atau berkumpulan). 100mA untuk pemasangan 1 fasa 40Amp atau 60Amp ( lampu dan soket) 300mA untuk pemasangan 3 fasa yang tidak melebihi 100Amp.

Rajah 5.6: RCCB 1 fasa

Rajah 5.7: Binaan dalam RCB

BPLK

98

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

Rajah 5.8: Litar skematik RCCB 1 fasa

Rajah 5.9: RCCB 3 fasa

BPLK

99

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

Rajah 5.10: Litar skematik RCCB 3 fasa Konsep operasi RCCB Ketika bekalan disambungkan kepada alat ini . arus akan mengalir melalui gelung utama.

Lazimnya arus di kedua - dua konduktor hidup dan neutral adalah sama ( seimbang ) dan kedudukannya adalah bertentangan di antara satu sama lain . Oleh yang demikian voltan aruhan (flux ) tidak terhasil pada gelung pengesan ( sekunder). Apabila berlaku kebocoran, arus pada gelung utama akan-menjadi tidak seimbang , dengan itu gelung pengesan akan mendapat voltan aruhan ini menyebabkan gelung pelantik beroperasi dan seterusnya menarik suis pemutrs litar kedudukan mati. Ini akan memutuskan litar daripada mendapat bekalan.

BPLK

100

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

Arahan pekeliling Jemaah Pemeriksaan Elektrik berkaitan dengan penggunaan Pemutus litar bocor ke bumi .

Jenis pemasangan

kepekaan PLBK Operasi arus maksima

kehendak

A . Pepasangan Pendawaian Fasa Tunggal 1. Pendawaian keseluruhan 2. Litar bawahan terakhir bagi kuasa 3. Litar pembekal radas mainan Kanak-kanak B. Pepasangan Pendawaian 3 Fasa 1. Pendawaian keseluruhan 2. Pendawaian agihan bawahan 3. Litar pembekal radas 300mA 100mA 30mA Diwajibkan Diwajibkan Diwajibkan 100mA (0.1A) 30mA (0.3A) 10mA (0.01A) Diwajibkan Pilihan Diwajibkan

BPLK

101

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.3.2.4

AIR CIRCUIT BREAKER (ACB)

Pemutus litar udara yang asasnya adalah satu alat untuk memutuskan dan menyambungkan litar dalam udara atau disebut juga sebagai pengasing sahaja. Tetapi apabila ianya dilengkapkan dengan komponen perlindungan seperti alat ubah arus, geganti, shunt trip coil ianya dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara automatik. Perlindungan yang boleh diberikan oleh ACB ialah arus lebih, beban lebih dan arus bocor kebumi. Perlindungan udara bermakna sesentuhnya berada didalam udara biasa. ACB selalunya digunakan untuk pemasangan yang melebihi 400A. Saiz ACB yang kecil terdapat dipasaran ialah 600A. Dengan penatahan (setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah kepada kadaran arus kurang daripada 600A, contohnya 200A, 400A dan sebagainya. Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 2500A dan lebih.

Rajah 5.11 : Air Circuit Breaker

BPLK

102

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.3.2.5 PEMUTUS LITAR JENIS ISIAN MINYAK (OIL CIRCUIT BREAKER) Pemutus litar jenis ini biasa digunakan untuk perlindungan arus beban lebih yang kecil pada kadar 400VA hingga 2500MVA, seperti di stesen pencawang dan kilangkilang perusahaan yang besar. Sesentuh direndamkan dalam minyak galian untuk mengurangkan percikan bunga api apabila berlaku arus lebih sewaktu sesentuh itu dibuka. Disamping itu minyak ini dapat juga menyejukkan punca-punca sambungan. Minyak galian yang digunakan itu mempunyai dielektrik yang tinggi. Biasanya pemutus litar jenis ini mamainkan dua peranan sekaligus iaitu sebagai pelindung arus lebih dan pengasing. Terdapat juga pemutus litar jenis pancutan minyak yang mangunakan satu pam khas bagi menyalurkan minyak ini ke sesentuh bertambah cepat. Seterusnya kadar kemampuan pemutus litar itu dapat ditambah.

5.4

JENIS-JENIS GEGANTI PERLINDUNGAN


5.4.1 GEGANTI BOCOR KE BUMI ELR (EARTH LEAKAGE RELAY) Geganti ini adalah khusus untuk perlindungan bocor ke bumi. Berbeza dengan geganti kerosakan ke bumi, ia mempunyai nilai kebocoran yang terhad kepada 1000 miliampere sahaja dan lewat masa yang terhad (0.1saat). Lazimnya ia adalah jenis sertamerta tetapi terdapat juga jenis lewat masa. ELR selalunya digunakan pada papan suis yang berkadaran kurang dari 500A. ELR hendaklah disambungkan dengan alatubah arus jenis Z (balanced core c.t). Z c.t pula akan merangkumi keempat-empat konduktor (fasa dan neutral).

Rajah 5.12 : litar Earth Leakage Relay


BPLK

103

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

5.4.2 GEGANTI KEROSAKAN KE BUMI (EARTH FAULT RELAY) Biasanya terdapat dalam 2 jenis iaitu: a) Jenis Sertamerta (Instantaneous) Geganti ini akan menyebabkan pemutus litar terpelantik sertamerta sebaik sahaja nilai kerosakan yang telah ditentukan (set value) mencapai tahapnya tanpa sebarang kelewatan. Geganti jenis ini selalunya menggunakan prinsip electromagnetik.

b) Geganti lewat masa (inverse definite minimum time IDMT relay) Geganti jenis ini pula digunakan apabila nilai arus beban lebih boleh dibenarkan berlaku untuk beberapa ketika. Jika keadaan tersebut berlaku untuk jangkamasa yang pendek dan tidak memudaratkan pemasangan, maka tidak perlulah pemutus litar terpelantik. Contohnya arus permulaan untuk motor adalah tinggi, tetapi ia tidak memudaratkan pemasangan, oleh itu tidak perlulah pemutus litar memutuskan bekalan. Jangka masa beban lebih yang dibenarkan berlaku boleh jadi beberapa saat atau beberapa minit. Ia bergantung kepada setinggi mana beban lebih tersebut. Lebih tinggi beban lebih tersebut maka makin cepatlah geganti akan bertindak, begitulah sebaliknya. Geganti jenis ini ada yang menggunakan prinsip haba, seperti thermal overload relay, dan ada yang menggunakan prinsip electromagnetic. Jenis electromagnetik perlukan alat tambahan iaitu induction disc untuk melewatkan trip contact menutup (closing). Terdapat juga geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri tersebut. Geganti ini bertujuan untuk mengesan kerosakkan mana-mana fasa kebumi pada pemasangan elektrik di mana akan 'trip" C/B jika arus kerosakkan earth fault current mencapai pada tatah yang telah di ''setkan. Pada prinsipnya , geganti ini berfungsi apabila berlakunya "unbalance current pada mana-mana fasa sewaktu berlakunya kebocoran arus ke bumi.

BPLK

104

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

Prinsip Operasi Geganti Kerosakkan Ke-Bumi Jika arus beban maksima ialah 600A dan geganti E/F di-setkan pada 0.5A pesamaan dengan 10%. 1- Dalam keadaan normal. Prinsip Operasi Geganti Kerosakkan Ke-Bumi Arus primary =11+12+13=0 =600+(-300)+(-300)=0 Arus secondary =11+12+13=0 =3+(-1.5)+(-1.5)=0 Dengan itu tiada arus yang mengalir untuk "energize"kan gegelong E/F kerana arus pada C.T secondary iaiah (0)

2 . Apabila berlaku E/F sebanyak 100A pada fasa L1 (rujuk rajah 6.13)

Rajah 5.13

BPLK

105

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

Arus primary =11+12+13=0 =700+(-300)+(-300)=1 OOA Arus secondary =11+12+13=0 =3.5+(1.5)+(-1.5)=0.5A Fault =0.5A

Geganti E/F akan trip C/B kerana arus kerosakan ialah 0.5A di mana ia mencapai pada tatah yang disetkan pada geganti E/F iaitu 0.5A

BPLK

106

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

LATIHAN

1. Nyatakan sifat-sifat yang perlu ada pada setiap alat perlindungan. 2. Senaraikan jenis-jenis perlindungan yang biasa diberi pada sesuatu pepasangan. 3. Namakan jenis-jenis alat perlindungan yang memberi perlindungan seperti senarai di atas. 4. Kenapakah perlindungan perlu diberikan pada setiap pepasangan? 5. Lukiskan gambarajah binaan Risidual Current Circuit Breaker (RCCB) dan jelaskan bagaimana RCCB beroperasi. 6. Nyatakan perbezaan diantara Earth Fault Relay dan Earth Leakage relay. 7. Senaraikan jenis-jenis fius yang biasa digunakan. 8. Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan mekanikal. 9. Alat perlindungan apakah yang digunakan untuk melindungi pepasangan daripada arus lebih. 10. Apakah yang dimaksudkan dengan single phasing?

BPLK

107

EEV 1016

ELECTRICAL INSTALLATION

RUMUSAN
Dalam tajuk ini kita telah mempelajari mengenai tujuan sebenar mengapa perlunya alat perlindungan dipasang bagi setiap pepasangan domestik dan industri. Sebelum menggunakan alat perlindungan tersebut kita hendaklah mengenali sifat-sifat yang mesti ada pada peranti itu. kita perlu jelas dengan maksud perlindungan dan alat perlindungan apakah yang sesuai digunakan bagi melindungi sesuatu peasangan itu. Oleh itu, perkara penting untuk menguasai tajuk perlindungan itu beroperasi. ini adalah mengetahui sesuatu alat

RUJUKAN
1. Buku Teknologi Elektrik Tingkatan 4 , Abd Samad bin Hj. Hanif,Mohd Nazi bin Hj Mustafa, Aminuddin bin Abdullah, 1995. 2. Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik, Abd Samad Hanif, 1997. 3. Nota UiTM, Power Utilization (KEK 363), Prof. Madya Zaki, Uitm Pulau Pinang. 4. Nota Ikram.

BPLK

108

EEV 1016

Anda mungkin juga menyukai