Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Nama : NORAZIMA BINTI MOHAMED SHOAIB. KELAS : PISMP 2B NO.

K/P : 890324-08-5694

Pada... kami, pelajar PISMP 2A dan 2B telah menerima tugasan pergerakan asas daripada Encik Mustapha Kamal. Pada tugasan kerja kursus kali ini kami dikehendaki menjalankan sebuah permainan kecil kanak -kanak. Kami diminta

membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada enam orang pelajar. Seterusnya kami perlu merancang bagi mencipta sebuah permainan kanak -kanak yang diinspirasikan daripada permainan berasaska n pukulan, sasaran, dan jaringan. Kumpulan kami mendapat tema permainan berasaskan pukulan. Maka kami telah berbincang bagi memilih permainan sebenar yangsesuai dijadikan inspirasi. Setelah beberapa cadangan diberikan, kami bersetuju untuk memilih permain an softball sebagai permainan yang akan kami olah menjadi permainan kecil kanak kanak kami. Permainan ini menggunakan konsep yang sama. Kami telah menukarkan pemukulnya kepada raket tenis dan bola pula kami menggunakan bola kertas yang kami hasilkan. Bagi gelanggang permainan, kami menggunakan gelung rotan sebagai bes dan kami juga telah menyediakan dua halangan pada bes kedua dan bes ketiga. Untuk permainan ini yang kami gelar....... pemain perlu memukul bola yang dihantar oleh pitcher(pihak lawan) kemudian pemain perlu berlari ke bes pertama dan seterusnya ke bes dua. Di bes kedua, pemain perlu berlari secara zig zag dan kami telah menyediakan halangan berskitel. Seterusnya untuk ke bes ketiga pemain perlu skip. Dan akhirnya mereka akan berlari ke home bes.

System pemarkahan yang kami gunakan ialah, pemain akan mendapat satu mata jika berjaya sampai ke bes kedua. Manakala satu mata lagi akan diberikana sekiranya pemain berjaya menghabiskan larian. Bagi pihak lawan pula mereka perlu menjadi pengadang dan untuk mematikan pemain mereka perlu menghantar bola ynag dipukul kepada pitcher. Pada hari karnival yang telah kami rancang, permainan yang di anjurkan oleh kumpulan saya telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kekeliruan namun hal tersebut berjaya kami atasi. Kami telah merancang dan melaksanakan permainan ini secara berkumpulan dan saya dapat merasakan semangat berkerjasama yang tinggi dalam kalangan kami. Saya berasa amat berpuas hati dengan permainan yang telah kami anjurkan. Tidak terdapat sebarang rasa tidak puas hati diantara kami sepanjang merancang dan melaksanakan tugasan ini. Dengan itu saya amatlah berharap agar Encik Mustapha berpuas hati dengan tugasan ini. Diharapkan agar pada yang dikehendaki. masa akan datang kami berpel uang untuk

memperbaiki kelemahan yang telah kami lakukan dan mampu mencapai objektif