Anda di halaman 1dari 6

Lawatan Akademik ke MIDA dan SME Corp.

Kuala Lumpur

13 Julai 2011

LATAR BELAKANG PROGRAM

Tarikh: Lokasi: Bilangan Pelajar:

13 Julai 2011 MIDA dan SME Corp 104 orang (31 orang, DBS5C),(30 orang, DBS5D) ,(18 orang DIB4A),(25 orang DBS5E).

Bilangan Pensyarah:

4 orang 1)Puan Maymunah Ismail 2)Puan Ros Anita Yahya 3)Puan Siti Mariam Ali 4)Puan Maizatul Saadiah Mohamad

Tarikh Laporan: Peruntukan:

28 Julai 2011 RM1,086.00

1.0 Pengenalan

Lawatan Akademik ini diadakan untuk memenuhi tuntutan penilaian kursus Ekonomi Malaysia (ECO 261) sebanyak 10 peratus. Semua pelajar dikehendaki menulis laporan lawatan Akademik ini mengikut cara yang telah ditetapkan untuk membolehkan pelajar mendapat markah tersebut.

Lawatan ini juga bertujuan:


1. Memberi pengetahuan meninjau dasar dan polisi MIDA didalam sektor

perindustrian di Malaysia
2. Untuk meninjau dasar dan polisi SME Corporation didalam membantu Industri

Kecil dan Sederhana di Malaysia.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah mempelajari tentang kepentingan pelaburan Domestik dan juga pelabur asing serta kepentingan pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana ini kepada pertumbuhan sektor perindustrian di Malaysia

2.0 Latar Belakang Seramai 104 orang pelajar mengikuti lawatan ini yang disertai dengan 4 orang pensyarah pengiring. 3 buah bas digunakan untuk tujuan lawatan ini.

3.0 Objektif Lawatan


3

a) MIDA (Malaysian Investment Development Authority): 1. Memahami peranan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) di dalam

menggalakkan dan menyelaras pembangunan sektor perindustrian di Malaysia. 2. Memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar akan kepentingan pelaburan Domestik dan juga Pelaburan Luar Asing didalam membantu pertumbuhan sektor perindustrian. 3. Memberi pemahaman kepada pelajar tentang pencapaian sektor perindustrian Malaysia dibandingkan dengan Negara ASEAN yang lain. 4. Melengkapkan tugasan yang merupakan keperluan silibus kursus Ekonomi Malaysia.

b) SME CORP: 1

Memahami peranan SME Corporation di dalam menggalakkan dan menyelaras pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia. Memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar akan kepentingan pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana ini kepada pertumbuhan sektor perindustrian di Malaysia. Memberi pemahaman kepada pelajar tentang pencapaian Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia dibandingkan dengan Negara ASEAN yang lain. Melengkapkan tugasan yang merupakan keperluan silibus kursus Ekonomi Malaysia.

2 3 4

Tentatif Program MASA AKTIVITI

7.00am 10.30am 10.30am-1.30pm 1.30pm 2.30pm 2.30pm-5.00pm 5.00pm

Berkumpul di UiTM Lendu, Melaka Tiba di MIDA, KL Sentral, Kuala Lumpur Sesi penerangan oleh pihak MIDA Makan tengah hari dan bertolak ke SME Corp, Kuala Lumpur Tiba di SME Corp, Kuala Lumpur Sesi penerangan oleh pihak SME Corp. Bertolak ke UiTM Lendu, Melaka

5.0 Pencapaian aktiviti :


Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar. Para pelajar memberi maklum balas yang baik dalam lawatan ini kerana ingin mempelajari ilmu-ilmu tambahan yang bermanfaat. Pelajar dapat melihat perkembangan ekonomi Malaysia dan juga dasar dan polisi yang digunakan kerajaan dalam membantu rakyatnya dari segi ekonomi.

6.0 Gambar aktiviti (lampiran)

7.0 Rumusan aktiviti :

Program lawatan ini telah memberikan kesan yang baik kepada pelajar dimana pelajar melihat sendiri dasar dan polisi MIDA didalam sektor perindustrian di Malaysia. Disamping itu juga, pelajar mengetahui dasar dan polisi SME Corporation didalam membantu Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia. Selain itu, pelajar juga dapat menjalani aktiviti-aktiviti yang menarik dan pendedahan yang amat berguna kepada para pelajar.
5

Anda mungkin juga menyukai