Anda di halaman 1dari 24

Bab 4

VISUAL TAYANG

HASIL PEMBELAJARAN
1. Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: Menyatakan penyediaan ruang dan kelengkapan dalam persembahan audio visual Mengenal pasti format-format untuk menayangkan visual dan membandingkan kelebihan dan batasannya. Menggunakan .....

2. 3. 4.

Menggunakan ......

4.1 PENGENALAN
Media unjuran atau media tayang merupakan format media yang perlu dibesarkan dan ditayangkan pada sesuatu skrin. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan filem transparen (contohnya, transparensi, slaid dan juga filem jalur (filmstrips)), membesarkan imej melalui kanta dan seterusnya memaparkan imej tersebut pada skrin. Jenis media unjuran berlainan memerlukan alat projektor yang berlainan. Jenis-jenis media unjuran yang sering digunakan dalam pendidikan ialah seperti: Transparensi Slaid Filem Jalur (Filmstrips)

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Sistem Multimedia Tayangan overhed dan legap (overhead and opaque projection), slaid (slides), dan filem jalur (filmstrips) adalah media audio visual tradisional yang berkaitan dengan bilik darjah. Peralatan ini digunakan setengah abad yang lalu sebagai alat bantu mengajar yang terkenal pada ketika itu. Gambar yang besar dan jelas dapat menarik perhatian audien dan tiada teknologi lain yang dapat menandinginya ketika itu. Cabarannya ialah untuk menjadikan alat bantu mengajar ini dapat mengekalkan perhatian audien, menyampaikan maklumat dengan jelas, menarik, mudah dibaca dan mengambarkan poin yang hendak disampaikan. Menyediakan bahan dalam bentuk overhed dan slaid adalah mudah. Komputer membantu memudahkan kita untuk menunjukkan teks dan tayangan visual, dan dengan menggunakan perisian persembahan grafik anda boleh membuatkan grafik yang dipaparkan menarik dan mempunyai nilai seni seperti seorang yang profesional. Media pengajaran dan teknologi untuk pembelajaran menyediakan anda sebagai seorang bakal guru dengan alat bantu mengajar untuk menarik perhatian pelajar dengan berkesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelbagai format media dan bahan pengajaran yang berkualiti boleh digunakan oleh guru masakini semakin bertambah. Sebagai seorang guru anda perlulah bersedia untuk memilih alat bantu mengajar yang terbaik untuk pelajar anda yang sesuai dengan situasi dan dalam melaksanakan matlamat pembelajaran yang berbeza-beza.

PENYEDIAAN RUANG DAN KELENGKAPAN DALAM PERSEMBAHAN AUDIO VISUAL


Selepas seseorang pendidik menentukan media yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, suatu persoalan akan timbul iaitu adakah media yang dihasilkan boleh digunakan di lokasi yang akan dituju (bilik darjah misalnya). Sebenarnya, sebelum sesuatu media pengajaran itu dipilih, faktor lokasi atau ruang penggunaanya perlulah terlebih dahulu diambil kira bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Faktor ruang dan kelengkapan juga amat penting ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu sesi pengajaran pembelajaran dilaksanakan bagi memastikan seseorang pendidik

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud. Berikut dibincangkan beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan dalam menyediakan ruang dan juga kelengkapan bagi sesuatu sesi persembahan audio visual.

4.2.1

Penyediaan Ruang Bilik Tayangan

Pembinaan bilik tayangan perlu menitikberatkan kepada perkara berikut: (i) (ii) Kesesuaian penggunaan peralatan dan bahan audio visual; Penempatan peralatan tayangan yang tersedia untuk kegunaan bila-bila masa; Sudut pandangan yang jelas dan berkesan bagi setiap individu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan; Dapat menghindarkan bunyi dari luar untuk memastikan pemusatan pengamatan murid yang lebih berkesan; Perlu dirancang agar dapat menempatkan sebuah kelas yang cukup selesa dengan kerusi dan meja berlipat; Perlu menyediakan alat penghawa dingin, dan bilangan serta kekuatan alat penghawa dingin perlu sesuai mengikut keluasan bilik, suhu bilik perlu di antara 18 hingga 20 centrigrade sahaja; dan Habuk dan kulat perlu dihindarkan agar tidak merosakkan perjalanan peralatan audio visual.

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

4.2.2 Penyediaan Peralatan dalam Persembahan Audio Visual

Berikut merupakan peralatan yang diperlukan dalam persembahan:

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

( )

Penunjuk Laser (Laser Pointer)

Penunjuk laser sangat penting digunakan untuk menunjuk sesuatu perkara yang mustahak di layar putih atau skrin. Murid akan memfokuskan tumpuan mereka ke arah yang ditunjukkan di atas layar putih atau skrin. Sebagai contoh, Penunjuk Laser model LaserMed DP-2 yang menggunakan teknologi diod yang mampu menayangkan dot berwarna merah di skrin atau di permukaan putih sejauh 300 kaki. Pada jarak 50 kaki di antara pengguna penunjuk laser (guru) dan skrin dot berwarna merah yang dihasilkan di skrin adalah sebesar 1 inci (diameter). Penunjuk laser ini cuma menggunakan dua bateri jenis AAA dan masa penggunaannya boleh tahan lebih 5 jam.

()

Projektor Legap (Direct/Opaque Projector)

Projektor jenis ini membenarkan seseorang penceramah itu menayangkan bahan legap seperti buku, gambar foto dan objek tiga dimensi dan bahan sebenar yang diletak di atas permukaan skrin projektor. Ini bermakna penceramah akan menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam menyediakan bahan persembahan seperti transparensi. Dengan menggunakan projektor legap juga, penceramah yang diberikan masa yang singkat untuk menyediakan sesuatu persembahan tidak perlu panik sebab penceramah perlu hanya meletakkan nota bartaip dan bahan bercetak daripada buku terus ke permukaan skrin projektor legap.

()

Liquid Crystal Display (LCD) Palette

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Guru mampu menayangkan bahan yang telah dihasilkan dan disimpan dalam komputer peribadinya ke layar putih atau skrin dengan menggabungkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette, kad antara muka (yang diselitkan dalam komputer peribadi) dan projektor lutsinar. Alat ini telah mula popular di akhir tahun 1980-an dan cara mengendalikannya adalah agak mudah. Guru cuma perlu meletakkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette di atas projektor lutsinar. Seterusnya guru cuma memfokus imej yang ditayangkan di atas skrin menggunakan teknik penggunaan projektor lutsinar. Model yang terawal cuma boleh menayangkan high contrast monochrome display yang menunjukkan shades of grey sahaja. Model seterusnya mampu menayangkan imej yang berwarna warni. Liquid Crystal Display (LCD) Palette ini adalah sebesar 12 inci x 15 inci dan beratnya cuma 6 paun. Ini menyebabkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette mudah alih dan boleh dibawa kemerata tempat dalam usaha membuat persembahan yang menarik lagi berkesan.

()

Sistem Penayangan Video dan Data (Video and Data Projection System)

BARCO merupakan alat penayangan video dan data yang pertama diperkenalkan di universiti-universiti Malaysia pada lewat tahun 1980-an. Ia menggunakan tiga tiub gambar yang berbeza (berwarna merah merah, hijau dan biru) dan teknik penayangan ini berpandukan kepada refractive optic system yang menggunakan electron beam untuk mengimbas tiub yang bersalut phosphor (phosphor-coated tubes) untuk menayangkan cahaya. Semasa mula diperkenalkan, alat penayangan video dan data tersebut kurang berkesan daripada aspek penayangan di skrin kerana sudut pandangannya adalah kecil. Ini mengakibatkan kurang sambutan pada peringkat permulaannya. Tetapi kini alat ini sering digunakan dan selalunya alat ini dipasang di atas dinding untuk mengelakkan daripada gangguan seperti terlanggar oleh manusia dan sebagainya. Sekiranya

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

ada gangguan, biasanya memerlukan masa yang agak lama untuk memperbaikinya seperti membuat allignment ke atas alat tersebut.

()

Liquid Crystal Display (LCD) Projector

Projektor jenis ini terdapat dalam pelbagai saiz. Jenis yang kecil amat berguna bagi penceramah yang banyak membuat persembahan ke merata tempat. Ini bermakna jenis projektor yang mudah alih dan ringan amat diperlukan. Ciri lain seperti zoom digital. Gambar yang jelas dan terang serta ANSI lumens yang tinggi seperti 3200 ANSI lumens juga sesuai untuk penceramah yang sering bergerak dari satu tempat persembahan ke tempat persembahan yang lain.

4.2.3

Strategi dalam Membuat Persembahan Berikut merupakan langkah yang dicadangkan dalam membuat persembahan: (a) Bersedia dan mengetahui tujuan pembentangan (taklimat)

Pastikan tujuan pembentangan mengikut tahap tertentu seperti bertujuan memberi pengetahuan, pemahaman, analisis, aplikasi, sintesis atau penilaian kepada audien (peserta atau pendengar). Ini adalah kerana kehadiran audien di sesuatu pembentangan dengan tujuan berbagaibagai. Walaupun begitu, pembentang boleh memberitahu lebih awal kepada audien tentang tujuan sebenar penerangan yang akan diberikan supaya peserta tidak akan sesat, tidak mempunyai arah dan hala tuju serta bosan dengan apa yang akan disampaikan.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(b)

Melengkapkan bahan taklimat pembentangan

Bahan taklimat adalah daripada data berkaitan dengan aspek yang akan disampaikan kepada audien. Ada maklumat yang boleh disampaikan dengan menunjukkan audio dan visual tertentu seperti berbentuk grafik dan gambar rajah. Pendekatan sedemikian dapat memudahkan penyampaian maklumat. Penerangan yang meleret tanpa bahan bantu penerangan akan menyebabkan penyampaian taklimat terlalu panjang dan ini selalunya akan menyebabkan audien berasa bosan.

(c)

Peralatan taklimat dan susun atur peralatan

Bahan bantu penerangan mestilah disuaikan dengan peralatan yang disediakan oleh penganjur atau pembentang perlu membawa peralatan yang sesuai ke bilik pembentangan. Sebelum pembentangan, seseorang pembentang perlu memastikan peralatan berjalan dengan baik dan tidak rosak. Seelok-eloknya peralatan dicuba dahulu dan lihat kesesuaian alat dengan bahan isi kandungan yang hendak disampaikan misalnya daripada aspek saiz teks, warna teks dan grafik serta kedudukan peralatan di tempat pembentangan.

(d)

Audien (peserta)

Pembentang juga perlu mengambil kira siapa audien yang akan hadir dalam sesi pembentangan nanti seperti bidang kepakaran. Isi kandungan yang hendak disampaikan perlu yang terkini agar audien tidak merasa

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

bosan dengan fakta lama yang mereka tahu. Juga bahasa yang digunakan perlu mengikut tahap audien. Elakkan menggunakan bahasa yang terlalu tinggi atau teknikal semasa membentang penerangan kepada audien yang bukan dalam kalangan orang yang berpendidikan tinggi dan bukan profesional. Oleh itu guna bahasa yang mudah, padat, tepat dn intonasi yang sesuai.

(e)

Pilihan teknik penyampaian

Pelbagai cara penyampaian perlu selari dengan maklumat yang akan disampaikan. Bahan teknikal perlu ditunjukkan dengan menggunakan audio visual kepada audien agar maklumat yang disampaikan lebih jelas. Maklumat yang lebih mudah dan lebih cepat diberikan secara lisan tidak memerlukan bahan audio visual.

(f)

Masa pembentangan yang optima

Setiap pembentangan mesti dibuat latihan terlebih dahulu dan cuba anggarkan masa pembentangan yang optima agar audien dapat maklumat sepenuhnya tanpa berasa bosan. Sesi pembentangan perlu dimulakan dengan pengenalan (seperti tujuan ringkas pembentangan dan jangka masa pembentangan), sepintas lalu mengenai isi kandungan yang hendak disampaikan, penerangan keseluruhannya, rumusan dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

4.3

CIRI-CIRI DAN APLIKASI-APLIKASI TAYANGAN VISUAL

Tayangan visual (projected visuals) didefinisikan sebagai format media dimana imej pegun dibesarkan dan ditayangkan pada skrin. Sebahagian tayangan biasanya dihasilkan dengan melalukan cahaya yang sangat terang terus ke filem transparen (tranparensi overhed, slaid, filem jalur), membesarkan imej melalui beberapa siri lensa, dan memancarkan imej tersebut di atas permukaan yang reflektif. Tayangan legap (opaque projection) juga termasuk dalam kategori ini, dalam tayangan legap, cahaya dipancarkan pada imej legap (sesuatu yang tidak membenarkan cahaya menembusinya), seperti gambar di majalah dan gambar yang bercetak. Cahaya dipantulkan daripada bahan di atas cermin yang menghantar pembalikan melalui satu siri lensa ke atas skrin. Peralatan-peralatan elektrik bagi tayangan visual yang lazim terdapat untuk tujuan pendidikan termasuklah :

Projektor Lutsinar /Overhead Projektor Projektor Slaid Projektor Legap Projektor LCD

4.3.1

Projektor Overhed (Overhead Projector)

Terciptanya Projektor Overhed (Overhead Projector (OHP)) dan transparensi serta perkembangan penggunaannya, secara tidak langsung membantu pendidik dalam

10

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar secara efektif. Ianya menjadi penghubung antara guru dan murid di dalam kelas secara efektif. Penggunaannya bukan sahaja di bilik-bilik darjah malahan di bilik kuliah, di dewan seminar. OHP ini bukan bertujuan menggantikan tempat atau peranan guru tetapi lebih kepada alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan melakukannya dengan penggunaan OHP dan tranparensi yang rapi dan sistematik oleh guru. Menurut kemp (1980), penggunaan transparensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan fakta-fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkan topik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensi bertindih (overlays). Projektor overhead mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedahkaedah persembahan informasi visual yang lain kerana audien dapat memberikan tumpuan yang penuh berbanding dengan kaedah dimana guru menyampaikan maklumat menggunakan kapur atau pen penanda (maker pen). Ia juga merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan menerusi komunikasi secara lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum balas daripada audien lebih bersifat semesta. Sekiranya perancangan bahan transperansi dibuat dengan baik, ia akan dapat menyediakan semua gambaran yang ingin disampaikan dan panduan sebagaimana yang diperlukan sewaktu proses pembelajaran. Penggunaannya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan adanya penggunaan warna dan ilustrasi selain daripada penghurufan yang pelbagai bentuk. Disamping itu ia bersifat senang digunakan, bersih, menjimatkan masa dan tenaga serta tidak memerlukan bilik gelap yang memudahkan pelajar mengambil nota sewaktu penayangan dilakukan.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

11

Projektor Overhed merupakan satu peranti seperti sebuah meja yang mempunyai permukaan yang mendatar (10 x 10 inci) dimana bahan yang ingin diujurkan diletakkan ke atasnya. Cahaya dari mentol yang dipancarkan dari bawah meja tersebut dikelompokkan (condensed) oleh lensa khas yang dikenali sebagai lensa Fresnel. Cahaya tersebut kemudiannya dialirkan menerusi kepingan lutsinar (8 x 10 inci), difokuskan dan dibalikkan 90 darjah menerusi sistem lensa yang dipasangkan pada tiang atau dipasang dengan pendakap (bracket) di atas meja berkenaan (Romiszowski, 1988). Transparensi biasanya digunakan bersama-sama dengan Projektor Overhed merupakan kepingan lutsinar yang diperbuat sama ada daripada filem gambar foto (foto-graphic film), acetate lutsinar, atau sebarang bahan transparen yang boleh dicetakkan imej ke atasnya melalui proses kimia atau haba. OHP dapat menayangkan sesuatu paparan pada transparensi dengan lebih besar dan jelas. Antara kebaikan penggunaan OHP dalam proses P & P ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Boleh disediakan sama ada dalam bentuk hitam putih dan juga warna; Membolehkan seseorang guru mengajar dengan lebih tenang dan memberikan sepaenuh perhatian terhadap isi pengajaran; Transparensi boleh digunakan berulangkali dan penyampaian bole dilakukan secara lebih teratur dan sistematik. Penyampai sentiasa dapat berada berhadapan dengan pelajar atau audien.

12

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(v)

Mudah digunakan serta lebih bersih berbanding penggunaan papan hitam dan kapur.

Antara perkakasan dan peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan transparensi adalah seperti berikut: (a) Perkakasan Perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan transparensi adalah seperti Transparensi Maker/Thermofax, Mesin Pendua (Photostate Machine), dan Pencetak (Printer).

(b)

Peralatan

(i) Filem Transparensi


Plastik/Alas Meja Transparensi Write On Asetat PVC Thermal Black on clear background Black on colour background Colour on clear background Reverse Image Assorted colours on clear PPC (Filem elektrostatik untuk mesin pendua) PPC (Plain Paper Copier) Filem Adhershif (Self Adhershif Colour Film) (ii) Pen Transparensi

Jenis Kekal (permanent) Jenis Larut (soluble / non permanent) (iii) Pemadam Kain atau tisu lembab untuk pen jenis larut

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

13

Pen pelarut kimia (solvent marker) atau getah pemadam khas untuk dakwat jenis
kekal (iv) Alat-alat Grafik Reka bentuk visual dan layout Bentuk, ruang, garisan, tektur, warna dll. Kaedah penghurufan Huruf pindah kering, stensil, huruf potong, pencetak dan sebagainya. Transperansi boleh digunakan tanpa pemidang atau bingkai. Walaubagaimanapun dalam pelbagai keadaan, penggunaan pemidang ini amatlah digalakkan. Ini memandangkan, bingkai pada transperansi dapat memudahkan proses penggunaan dan penyimpanan. Antara kelebihan bingkai transperansi ialah : (i) (ii) (iii) (iv) Ianya keras dan memudahkan transperansi untuk digunakan; Tidak menampakkan kesan jari pada transperansi; Boleh disimpan dengan transperansi lain tanpa melekat.; dan Bingkai transperansi boleh digunakan untuk mencatitkan maklumat penting.

Bingkai transperansi boleh dibeli atau pun boleh dihasilkan sendiri daripada kertas kadbod atau manila yang dipotong mengikut ukuran piawai 27cm x 32 cm. Kemudian dipotong di bahagian tengah mengikut ukuran piawai 19 cm x 24 cm dengan lebar bingkai 4 cm.

Rajah 4. : Kepingan Transparensi yang Berbingkai

Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan transparensi antaranya ialah:

14

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(a)

Cara lukisan dan tulisan tangan Proses ini memerlukan beberapa keping transperansi jenis write-on seperti asetat atau PVC yang murah dan senang didapati. Segala maklumat dituliskan dipermukaan plastik transperansi tersebut sama ada menggunan pena felt, pena penanda atau pena overhead sama ada bentuk kekal atau tidak kekal. Penghasilan transperansi ini lebih menarik sekiranya diwarnakan bahagian-bahagian tertentu dengan pena felt bermata tebal. Bagi penjagaan permukaan transperansi tersebut, biasanya helaian kertas kosong yang bersih diletakkan di atasnya semasa ianya disimpan. Penulisan kaedah ialah dengan menggunakan pindah kering yang diwarnakan dengan pita berwarna. Dengan menggunakan pita berwarna ini, bukan sahaja dapat mewarnakan penghurufan tetapi juga mewarnakan ilustrasiilustrasi yang terkandung di dalamnya. Penggunaan pita berwarna ini, adalah sangat bersesuaian bagi memfokuskan pandangan kepada objek utama yang hendak ditekankan.

(b)

Transparensi jenis Thermal Terdapat banyak jenis thermal yang boleh digunakan untuk menyediakan transparensi. Antara jenama yang boleh digunakan seperti Fordifax Transparency Maker, 3M, Riso, Zufra-Asthrotherm dan sebagainya. Walau apa pun juga jenama mesin, thermal tersebut, kaedah menggunakannya hampir sama. Berikut merupakan antara langkah-langkah asas semasa menggunakan mesin thermal bagi menghasilkan transparensi:

(i) (ii) (iii) (iv)

Tentukan kawalan dedahan (exposure control) kepada peringkat yang diperlukan; Sediakan bahan yang hendak di salin ke transparensi di atas kertas yang sama saiznya; Letakkan bahan master atau utama itu dibawah transparensi sebagaimana arahan yang disediakan; dan Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin dan dalam beberapa saat sahaja bahan itu akan tersalin ke transparensi.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

15

Rajah 4. : Proses Thermal (Insfra-merah) (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1992)

(c) Transparensi daripada mesin pendua / fotostat Cara penyediaan tranparensi ini juga memerlukan jenis transparensi khas. Antara yang terdapat di pasaran adalah Stabilo Transparensies DIN A4 (12mm) dan Photocopy Quality (Plain Paper Copier (PPC)). Teknik yang digunakan bagi menghasilkan transparensi bagi menggunakan mesin fotostat sama seperti anda membuat salinan kertas biasa. Antara langkah asas yang perlu diikuti ialah :

(i) (ii)
(iii)

Sediakan bahan yang sama saiz dengan transparensi ; Masukkan plastik transparensi di tempat kertas penyalin; dan Prosesnya sama seperti menyalin kertas biasa.

(d)

Cara pemindahan gambar Teknik ini merupakan satu cara memindahkan gambar daripada majalah, akhbar, jurnal dan lain-lain media cetak kepada plastik transparensi. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kualiti cetakan transparensi yang baik, imej-imej yang hendak dipindahkan haruslah daripada kertas jenis berkapur. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut :

(i) (ii) (iii)

Gambar asal yang dicetak dengan kertas berkapur (clay based); Filem untuk lapisan atau laminasi (laminating), contohnya seal laminating filmvistafoil; Air sabun panas atau sejuk digunakan untuk melembutkan kertas;

16

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(iv) (v)

Varnish untuk gambar (untuk menguatkan gambar yang terlekat di transparensi); dan Kapas untuk menggosok gambar tersebut. Cara menyediakan transparensi dengan cara pemindahan gambar adalah:

(i) (ii) (iii) (iv)

Pilih gambar yang sesuai dan potong ianya. Seterusnya potong vistafoil sama saiz dengan gambar yang telah dipotong; Tanggalkan lapisan pada foil dan lekatkan pada gambar. Gosok permukaan supaya tidak terdapat gelembong udara; Rendam ke dalam air sabun selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu, tanggalkan kertas daripada filem secara perlahan-lahan; dan Bersihkan habuk kertas dengan menggunakan air dan kapas. Akhir sekali keringkan diudara dan semburkan dengan varnish apabila kering. Melalui proses cetakan menggunakan pencetak Salah satu tenik terbaru di dalam menghasilkan transparensi ialah dengan terus mencetaknya dengan menggunakan pencetak (printer). Pencetak utama yang boleh digunakan bagi mencetak transparensi ialah pencetak jenis semburan dakwat (ink jet) dan juga pencetak jenis laser. Transparensi yang dihasilkan boleh dalam bentuk cetakan hitam putih dan juga cetakan yang berwarna-warni. Plastik transparensi yang digunakan adalah khas untuk pencetak dan ianya boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual aksesori komputer. Biasanya terdapat plastik transparensi yang dihasilkan khas untuk sesetengah jenama pencetak dan ada juga plastik transparensi yang boleh digunakan merentasi jenama pencetak. Plastik transparensi biasa sama ada plastik jenis thermal, write on, fotokopi dan sebagainya tidak boleh digunakan pada pencetak kerana ianya tidak mampu menampung atau memegang dakwat yang digunakan. Sekiranya digunakan pada pencetak jenis laser pula, ianya akan cair dan merosakkan pencetak. Transparensi buatan tangan dan transparensi buatan mesin ada kelebihan dan kekurangannya. Antara kelebihan transparensi buatan tangan ialah ia tidak memerlukan mesin yang mahal, kos yang murah, mudah dibuat perubahan dan senang digunakan. Kekurangannya pula termasuklah ianya mengambil masa, kurang berkualiti, tidak boleh dibuat salinan, tidak kekal lama dan jika bahan itu rumit ia memerlukan kemahiran yang tertentu. Manakal

(e)

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

17

kelebihan transparensi buatan mesin pula ialah ia cepat, berkualiti, boleh disalin dan terdapat dalam berbagai jenis manakala kekurangannya ialah ia mahal, susah untuk diperbaiki dan kadangkala memerlukan kos yang agak tinggi. Selain daripada itu, terdapat mesin yang melibatkan proses penyediaan yang rumit, dengan itu latihan dan kemahiran yang tertentu amatlah diperlukan. Sesuatu persembahan pengajaran yang menggunakan transparensi memerlukan persediaan yang teliti. Berikut merupakan panduan yang dapat membantu anda semasa merancang penyediaan transparensi dalam pengajaran. (i) (ii) (iii) (iv) (v) Apakah objektif yang boleh dicapai melalui penggunaan transparensi tersebut. Apakah faktor-faktor penting yang hendak ditekankan agar pelajar dapat memberikan penumpuan. Adakah transparensi tersebut sesuai digunakan dan dapat mencapai objektif Bolehkah transparensi tersebut boleh digunakan bersama-sama dengan media lain supaya lebih berkesan Adakah isi kandungannya telah disusun dengan rapi dan disediakan lakaran bagi menunjukkan apa yang hendak diisikan ke dalam setiap transparensi Sudahkah anda menyediakan nota-nota yng berkaitan yang akan dipersembahkan kelak.

(vi)

Terdapat pelbagai teknik persembahan menggunakan transparensi dalam P & P, antaranya ialah: (a) Teknik berperingkat-peringkat (i) Urutan

Teknik ini hanya mengggunakan sekeping kertas untuk diletakkan di atas lutsinar dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga keseluruhan maklumat disampaikan kepada pelajar.

(ii)

Masking

18

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Teknik ini digunakan dengan menutup bahagian yang belum dipaparkan kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan pada pelajar dan juga memudahkan para pelajar memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang sedang ditunjukkan sahaja. Dari masa kesemasa bahagian-bahagian lain yang ditutup akan dipaparkan secara berperingkat. Bahagian yang telah diterangkan bolehlah ditutup semula.

Rajah : Teknik Bertingkap (Razali Nor, 1996)

(iii)

Tindan-tindih

Teknik ini menambah bahagian dengan menindih dengan lapisan transparensi lain untuk melengkapkan persembahan. Teknik ini diperkembangkan dengan perbagai cara berdasarkan kreativiti guru.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

19

Rajah 4. :Teknik Tindan Tindih (Razali Nor, 1996) (iv) Pasang tutup

Teknik ini digunakan dengan memasang dan mematikan suis OHP pada ketika yang dirasakan bersesuaian. Misalnya untuk menarik perhatian pelajar kepada perkara atau isu yang hendak ditujukkan, suis OHP dihidupkan. Sekiranya guru mahukan pelajar memberikan perhatian terhadap apa yang hendak guru perkatakan, suis OHP dimatikan. (v) Menulis terus

Teknik ini sama seperti penggunaan papan pengajaran yang mana seseorang guru boleh terus menulis pada helaian transparensi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kelebihannya ialah guru dapat berhadapan dengan pelajar semasa menulis atau memberi penekanan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dirasakan penting.

(b)

Teknik pergerakan Penunjuk (Pointer) Teknik ini menggunakan sebarang bahan legap seperti pen misalnya unuk dijadikan penunjuk. Penunjuk diletakkan di atas transparensi atau digerakkan

(i)

20

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

mengikut keadaan. Teknik ini dapat membantu guru menunjukkan sesuatu aliran pergerakan secara perlahan-lahan. (ii) Bentuk-bentuk potongan Bahan lutsinar atau bahan legap boleh digunakan dalam bentuk-bentuk tertentu. Selain itu, bahan-bahan sebenar seperti daun, bulu ayam dan sebagainya juga dapat ditunjukkan untuk mengkaji bentuknya. (iii) Lutsinar gulung Teknik ini menggunakan transparensi gulung yang dipasangkan kepada roller attachment pada mesin OHP. (iv) Wayang kulit Bahan diperbuat daripada kotak dan dipotong mengikut bahagian yang dikehendaki dan dipersembahkan menggunakan kaedah yang sesuai seperti pertunjukkan wayang kulit. Teknik ini sesuai bagi persembahan bagi sesi bercerita. (v) Sangga Sangga digunakan untuk membuat pergerakan seperti jarum pada jam.

(c)

Teknik Demonstrasi

(i)

Penghabluran dan medan magnet

Pentas OHP boleh digunakan bagi menunjukkan eksperimen sains yang mudah seperti proses penghabloran di dalam bekas kaca atau pembentukan medan magnet dengan menggunakan lapisan asetat.

(ii) Pergerakan gelombang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

21

Pergerakan gelombang dapat ditunjukkan dengan menggunakan bekas kaca yang mengandungi air. Pergerakan ombak juga dapat dilihat pada skrin secara berulang-ulang. Bagi pengguna baru, berikut adalah panduan yang boleh membantunya mengoperasi mesin OHP dan transparensi untuk menyampaikan pelajarannya dengan efektif. Langkah-langkahnya adalah:

(i) (ii) (iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

Pastikan kedudukan OHP stabil. Jika diletakkan di atas meja, mejanya hendaklah berada pada jarak imej fokus yang baik; Sambungkan plug wayar OHP ke punca kuasa elekterik. Kabel yang panjang perlu diuruskan agar ia tidak jadi halangan pergerakan; Kaca datar dan lensa OHP dibersihkan. Gunakan tisu khas atau kain kapas yang lembut atau pencuci lensa yang dilembabkan atau gunakan methylated spirit; Buka penutup lensa kemudian hidupkan suis OHP dan buat penyelarasan kejelasan imej dengan meletakan sampel transparensi atau meletakan satu objek legap di kaca datar OHP tersebut dan memutarkan tombol untuk buat penyelarasan jelas; Apabila imej dan teks yang terdapat di layar tayang itu jelas, matikan suis dan bersedia untuk pengajaran.( susun transparensi ikut urutan sebagaimana yang hendak disampaikan); Tutup suis, jika OHP tidak digunakan terutamanya semasa kita menerang atau menggunakan papan hitam atau alat bantu yang lain. Hidupkan semula jika diperlukan kembali; Guru perlu ingat bahawa selepas satu sesi penyampaian, ia perlu matikan suis lampu OHP. Jika hendak menunjukkan sesuatu fakta elok gunakan objek legap sebagai penunjuk di transparensi dan BUKAN di layar tayang. Selain dari itu penunjuk laser (laser pointer) juga boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu penerangan di layar tayang; dan Setelah tamat pengajaran guru perlu lakukan perkara berikut; o Matikan suis, biarkan kipas OHP berpusing sebelum dicabut plugnya dari punca elektrik

(viii)

22

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

o Simpulkan kabel OHP pada bahagian atau ruang yang telah disediakan untuk kabel,

o Tutup penutup lensa, o Biarkan beberapa minit untuk OHP sejuk sebelum dianjakkan ke tempat lain.
Prinsip Rekabentuk Menerbitkan Transparensi. Untuk menerbitkan medium transparensi yang baik , beberapa prinsip penyediaannya perlu dipatuhi. Prinsip-prinsipnya adalah :

(i)

Maklumat yang terdapat di medium transparensi itu seelok-eloknya memuatkan hanya satu idea bagi satu helai transparensi. Kurangkan unsur pantulan dengan meng-asingkan beberapa gambar atau imej yang kompleks kepada komponen atau mesej utama yang hendak kita sampaikan sahaja sebagaimana di rajah sebelah. Bila menggunakan teks yang menggunakan fon 14 poin tahoma atau arial, pastikan bilangan perkataan yang digunakan pada satu-satu barisan itu dihadkan pada 6-10 perkataan sahaja. Bilangan barisan yang sesuai bagi sehelai transparensi dihadkan juga pada 6-9 barisan (v)
Rajah 4.5 : Unsur Pantulan yang diasingkan

(ii)

(iii)

(iv)

Warna yang digunakan selain dari tujuan untuk mengcantikkan medium transparensi, kita gunakan juga untuk memberi tumpuan pada elemen yang difokuskan. Pilih warna yang harmoni dan kontras seperti, Kuning dengan Hitam,

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

23

Biru dengan Putih Putih dengan Hitam Rajah 4.6 : Penggunaan Warna pada grafik (v). Hurufan yang digunakan juga perlu dipilih dari jenis hurufan San Serif seperti Arial, Tahoma. dan Century Gothic. Elakan dari menggunakan hurufan yang berunsur dekoratif atau italic. Skrip hurufan yang terdapat pada komputer antaranya terdiri dari jenis ,
MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Serif Hurufan Monotype Corsiva MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Dekoratif Hurufan Impact MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat Hurufan Arial MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Hurufan Arial Narrow MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Hurufan Comic Sans MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat

Hurufan Times New Roman

(vi)

Medium transparensi yang telah siap disediakan perlu mempunyai bingkai. Ini adalah bertujuan untuk :

Memudahkan kita menggunakan transparensi dengan mencatitkan penanda pada setiap transparensi mengikut urutan. Tidak menampakkan kesan jari pada transparensi Boleh disimpan dengan transparensi yang lain agar tidak melekat . Boleh dibuat secara tindantindih Rajah 4.7 : Kepingan Transparensi yang Berbingkai Maklumat penting boleh dicatitkan di bingkai untuk rujukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

24

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Projektor Overhed mempunyai kelebihan dan kekurangan, antara kelebihannya adalah: (a)

1.5 Kelebihan dan Kekurangan Projektor Overhed


Text...

1.6 TUGASAN
Text...

1.7 RINGKASAN
ACTIVITY
Text...