Anda di halaman 1dari 10

Kemahiran asas membuat servis Membuat servis merupakan kemahiran asas yang utama yang harus diketahui oleh

setiap pemain badminton. Jika seseorang itu tidak dapat membuat servis, tidak mungkin dia boleh mencapai kemenangan. Setiap mata yang dipungut bermula daripada servis. Lazimnya servis merupakan pukulan pertahanan. Tetapi ia boleh menjadi pukulan serangan jika dilakukan denagn baik dan betul. Perubahan taktik dan penggunaan jenis servis yang berbeza-beza akan menyebabkan pemain lawan tidak dapat mengembalikan servis itu dengan baik. Penerima mempunyai kelebihan kerana dia tahu bulu tangkis akan dipukul ke atas dan terhad pada petak servis yang ditetapkan. 1. Cara membuat servis

a) Kedudukan badan dan kaki

Kedudukan kaki hendaklah sejarak bahu. Pemain hendaklah berdiri dengan menggerakkan kaki antara 30-38 cm dengan kaki kiri di hadapan sedikit. Keduadua kaki berada pada sudut 45 darjah ke garis tengah agar bahu kiri menghala ke arah penerima. Lutut dibengkokkan sedikit dan berat badan adalah sama pada kedua-dua belah kaki. Pandangan hendaklah pada gelanggang lawan dan juga bulu tangkis yang akan dibuat servis.

b) Memegang bulu tangkis

Tangan kiri atau kanan akan memegang bulu tangkis pada jarak kira-kira satu hasta dan sedikit dibawah bahu. Bulu tangkis hendaklah dipegang pada hujung bulu di antara tapak tangan dengan jari telunjuk. Dengan cara begini, kemungkinan untuk bulu tangkis terjatuh adalah tipis. Sementara itu tangan yang memegang raket hendaklah bersedia dengan kedudukan yang betul dan selesa.

1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

c) Memegang raket i. ii. iii. iv. Pegang raket mengikut keselesaan sendiri Dalam pegangan depan,ibu jari pada sebelah depan raket. Dalam pegangan kilas,ibu jari di sebelah sisi raket pastikan cengkaman yang sesuai agar raket dapat digerakkan dengan bebas.

d) Membuat pukulan Sisi kiri badan diputar menghala petak servis yang akan dituju oleh bulu tangkis. Kaki kiri di hadapan kaki kanan dan pukulan boleh dilakukan. Raket hendaklah diayun dibawah paras siku. Kepala raket mesti berada di bawah paras tangan dan pukulan dibuat di bawah paras pinggang. Dalam melakukan ayunan ke belakang, sedikit berat badan dipindahkan ke kaki kanan, lengan ditarik ke belakang. Raket dibawa ke bawah siku yang dibengkokkan, dan pergelangan tangan menegak apabila gerakan hamper tamat. Jarak bagi ayunan ke belakang bergantung pada pemain dan jenis pukulan. Semasa membuat ayunan ke depan, berat badan dipindahkan ke kaki kiri, dan lengan kanan diayun sehingga raket dapat menggerakkan bulu tangkis. Permukaan raket mengena bulu tangkis di depan badan pemain, sementara mata pemain difokuskan pada bulu tangkis.

e) Selepas membuat servis Ramai pemain, terutama pemain yang baru bermain badminton, merasakan tugasnya sudah selesai setelah berjaya membuat servis. Anggapan ini adalah ini adalah tidak benar. Tugasnya selepas ini ialah mengatur serangan daripada hantaran kembali oleh pemain lawan. Mungkin juga tugasnya menjadi sebagai pertahanan. Bagaimanapun serangan yang bakal dibuat bergantung pada hantaran kembali oleh pemain lawan. Ini kerana adakalanya servis yang dibuat terus dimatikan oleh lawan atau pemain lawan mengatur serangan daripada servis yang diterimanya. Yang penting pemain yang telah membuat servis hendaklah bersedia untuk menerima kembali hantaran lawan.
1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

2. Jenis servis

Umumnya terdapat empat jenis servis yang biasa digunakan dalam permainan badminton. Jenis-jenis ini boleh digunakan untuk acara perseorangan dan juga bergu. Ia termasuklah servis rendah, servis kuis, servis deras dan servis tinggi. Kita akan lihat secara terperinci semua jenis ini seperti dari segi penggunaan, cara dan kelebihan masing-masing.

2.1. Servis rendah a) Servis rendah (depan/forehand) Objektif servis jenis ini ialah untuk menolak bulu tangkis melepasi jaring serapat atau serendah mungkin. Tujuannya ialah agar bulu tangkis terjatuh dekat dengan garis servis pendek di kawasan lawan, dan seterusnya memberikan kesukaran kepadanya untuk mengembalikan servis tersebut.

Cara membuat servis rendah: 1. Berdiri antara 30 cm di belakang garis depan dan hampir dengan garis tengah gelanggang sendiri. 2. Letakkan kaki kiri ke depan dan arahkan ke kawasan permainan lawan. 3. Pegang bulu tangkis di tangan kiri, jauh dari badan. Lepaskan bulu tangkis secara menjunam ke bawah. 4. Halakan raket pada bulu tangkis dan pukul dengan tolakan ke depan ke arah pita putih di bahagian atas jaring.
1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

5. Pastikan kepala raket menghala ke bawah, dan di bawah seluruh pemegang raket apabila bulu tangkis dipukul. 6. Lakukan latihan membuat servis jenis ini daripada kedua-dua kawasan membuat servis anda, iaitu kawasan servis kiri dan kawasan kanan. 7. Bagi pemain yang sudah berpengalaman, mana-mana kawasan

sepanjang garis servis pendek lawan boleh diarahkan pukulan.

b) Servis rendah (pukulan kilas)

Objektif dan tujuan servis ini samalah dengan servis rendah pukulan rendah. Bezanya, pembuat servis akan berdiri beberapa cm dari garis depan kawasannya. Servis dilakukan dengan kedudukan badan hampir mengiring ke arah jaring. Bahagian pemegang raket mengarah ke atas, dan jari di belakang pemegang raket akan memberikan tenaga dan tolakan untuk kilas. Pastikan bulu tangkis tidak berada di atas pinggang semasa memukul. Ada beberapa had, umpamanya lebih sukar membuat servis pada sisi anda yang tiada beraket, dan tidak dapat mengagak dengan tepat tempat yang ingin dihantarkan bulu tangkis di kawasan lawan.

1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

2.2 Servis kuis

a) Servis kuis (pukulan depan/ forehand) Objektif servis ini ialah menghantar bulu tangkis laju ke belakang kawasan lawan. Servis kuis adalah servis biasa untuk servis rendah. Bagaimanapun biasanya servis ini disambut oleh pemain lawan tanpa banyak masalah. Bagi memberikan kesan kepada servis ini, dan memberikan tekanan kepada lawan, pembuat servis harus menguis bulu tangkis sepantas yang boleh.

Cara Membuat Servis 1. Pastikan bulu tangkis benar-benar rendah dan pantas. 2. Jika pemain lawan berada di bahagian hadapan kawasannya semasa menerima servis, tolakan bulu tangkis supaya ia melepasi kepala pamain berkenaan. 3. Kedudukan pembuat servis adalah sama seperti kedudukan dalam servis rendah. 4. Yang penting ialah keupayaan pembuat servis menempatkan bulu tangkis ke merata bahagian dalam kawasan permainan lawan

1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

b) Servis Kuis (Pukulan Kilas) Servis ini adalah sama seperti servis depan. Namun ada juga sedikit perbezaan, khususnya kedudukan pembuat servis dan cara melakukannya.

Cara Membuat Servis 1. Bulu tangkis dipegang di hadapan badan pembuat servis. 2. Kedudukan raket ialah di sisi badan pemain dengan permukaannya menghala ke depan. 3. Pukulan servis ini agak pantas dan pergerakan bulu tangkis juga adalah pantas dan jarak penerbangannya lebih dekat daripada servis rendah. 4. Adalah lebih mudah mengarahkan bulu tangkis hampir ke garis tengah kawasan permainan lawan atau mana-mana kawasan yang agak sukar untuk servis lain. 5. Kedudukan bulu tangkis di tangan pembuat servis boleh dilakukan dalam berbagai-bagai cara seperti terbalik, mengiring atau kedudukan biasa. 2.3 Servis deras Servis jenis ini mempunyai objektif untuk mendapatkan pukulan yang licin dan jauh ke belakang gelanggang lawan. Bulu tangkis pukulan servis ini biasanya akan meluru deras dan meninggi ke belakang gelanggang lawan. Walaupun servis ini mudah diambil dan dikembalikan oleh lawan, namun pemain lawan terpaksa menggunakan pukulan jauh.

Ada beberapa tempat di kawasan lawan yang boleh diarahkan oleh pembuat servis. Umpamanya, di sebelah kiri atau kanan belakang gelanggang. Perlu diingat, iaitu bulu tangkis hendaklah dipukul deras, tetapi jangan pula sampai terkeluar kawasan permainan lawan. Servis ini sering digunakan dalam acara bergu.

1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

Servis ini boleh membahayakan pembuat servis sekiranya pemain lawan berjaya memotong atau memintas untuk mengembalikan bulu tangkis. Oleh itu, pembuat servis perlu berhati-hati agar pembuat lawan tidak berpeluang untuk memintas pukulan yang dibuat. 2.4 Servis tinggi Objektif servis ini ialah untuk menghantar bulu tangkis ke bahagian hujung gelanggang lawan. Bulu tangkis yang dipukul akan meluru jauhdan meninggi melepasi pemain lawan, dan akan jatuh menjunam. Kelebihan servis ini ialah bola yang dihantar jauh ke belakang lawan, tidak mudah dismesy atau dipatahkan lawan, walaupun ia agak tinggi. Ini kerana tidak mungkin dia boleh melakukannya pada jarak yang jauh.

Cara Membuat Servis 1. Lakukan satu pusingan penuh lengan dan raket, dengan pergelangan tangan melepaskan tangan kunci tangan sejurus sebelum memukul bulu tangkis. 2. Ayunan tangan bersama raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan dengan kepalanya ke bawah. 3. Kedudukan kaki dan badan adalah sama seperti dalam servis deras. 4. Pastikan bulu tangkis melepasi gelanggang dan aturkan pertahanan diri.

Servis ini sesuai untuk bahagian perseorangan dan juga bergu lelaki. Perkara penting dalam servis ini ialah pastikan bulu tangkis betul-betul diarahkan ke bahagian belakang gelanggang lawan. Jangan sekali-kali ditengah atau di hadapannya kerana dengan demikian akan memberi peluang yang baik untuknya membuat smesy.
1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

Kemahiran Pukulan Dalam Badminton Membuat pukulan atau stroke play merupakan kemahiran asas ketiga yang terpenting di dalam permainan badminton selepas kemahiran membuat servis dan kemahiran menerima servis. (Badminton, Syed Hashim Mohamed Alkhred,Siri Sukan Popular Fajar Bakti ). Terdapat lapan jenis pukulan yang perlu dikuasai untuk menjadi pemain badminton yang handal iaitu; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pukulan hadapan ( forehand). Pukulan kilas ( backhand). Pukulan lob ( lob shot). Pukulan smesy ( smash). Pukulan deras ( drive). Pukulan junam (drop shot). Pukulan ke jaring ( close net shot). Pukulan clear.

Pukulan Hadapan (Forehand) Pukulan hadapan juga dikenali sebagai pukulan bulu tangkis lebih ke ruang di sebalah tangan yang memegang raket badminton ( Teng, 2001). Pukulan ini biasanya dimainkan ke atas bulu tangkis pada kedudukan separuh gelanggang. Bulu tangkis dipukul kuat dan mendatar melepasi jaring serendah yang mungkin dan diarah ke bahagian belakang atau tepi gelanggang lawan. Cara melakukan pukulan ini ialah pertama, pemain hendaklah berdiri di garis tengah dan di tengah-tengah gelanggang. Keluarkan kaki di sebelah yang beraket daripada garisan tengah. Ayunkan raket ke belakang dan tolakkan ke depan secra mendatar tetapi laju dengan memukul bulu tangkis semasa ia berada tinggi di udara menggunakan sepergelangan penuh. Arah perjalanan bulu tangkis ditentukan oleh titik sentuhan , lagi jauh pemain memukul bulu tangkis, lagi jauh dan laju pergerakannya ke kawasan lawan. Bawa berat badan anda bersama dengan pukulan dan kembalikan kedudukan serta berat badan anda dengan mengerakkan ke belakang kaki di sebelah yang beraket.

Pukulan Kilas ( Backhand) Pukulan kilas merupakan pukulan bulu tangkis lebih kepada tangan yang bebas (Teng,2001). Semasa melakukan pukulan ini , pemain berdiri di garis tengah dan di
1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

tengah-tengah gelanggang kemudian kaki di sebelah tangan yang beraket digerakkan merintang sisi kilas. Pastikan bahu selari dengan garis tepi kilas. Semasa menarik tangan dan raket ke belakang, siku hendaklah mengarah ke bulu tangkis. Bawalah berat badan anda bersama supaya berat turut bersama pukulan. Kedudukan raket pemain hendaklah pada paras bahu. Jika pemain telah membuat pukulan secara terus ditepi, bulu tangkis akan terus ke sisi gelanggang dab jauh serta menjunam ke belakang gelanggang lawan.

Pukulan Lob ( Lob Shot ) Pukulan lob adalah tindakan memukul bulu tangkis daripada bawah pita jarring iaitu depan jaring, tinggi ke belakang gelanggang secara pukulan depan atau kilas dengan tujuan memaksa pihak lawan bergerak ke belakang gelanggang ( Syed Hashim Mohamed Alkhred, 1989). Pemain melakukan lob supaya mendapat masa untuk bersedia semula di tengah-tengah gelanggang ( Teng,2001).

Pukulan Smesy ( Smash) Smash adalah pukulan tinggi kencang yang menjunam ke dalam gelanggang pihak lawan. Pemain melakukan smash untuk mengalahkan pihak lawan yang terkeluar dari posisi atau terganggu keseimbangannya. Pemain boleh melompat untuk menghasilkan smash yang tajam, pantas dan sukar dibalas pihak lawan (Teng,2001). Cara melakulan smesy ialah pemain harus berada sedikit di belakang bulu tangkis untuk membuat pukulan kuat dan deras. Titik sentuhan antara bulu tangkis dengan raket ialah di hadapan dan di atas kepala pemain.

Pukulan Deras ( Drive Shot ) Pukulan deras merupakan pukulan sisi badan ketika bulu tangkis berada pada kedudukan di aars bahu dan pinggang. Cara membuat pukulan deras ini dianggap sebagai satu pukulan bertahan dan boleh digunakan sebagai tindakan menyerang pihak lawan ataupun untuk melambatkan kadar permaian (Teng,2001). Gerakan bulu tangkis adalah laju dan mendatar menuju di tepi atau bahagian belakang lawan ( Aziz Mohammed, 1993).

Pukulan Junam ( Drop Shot )

1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.

Pukulan junam merupakan satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Bulu tangkis itu akan menjunam di bahagian depan gelanggang antara jaring dan garisan servis pendek pihak lawan.

Pukulan Ke Jaring ( Close Net Shot ) Pukulan ke jaring digunakan untuk mengelirukan pemain lawan ketika membuat serangan. Pukulan ini sesuai dilakukan ketika pemain lawan berada di bahagian belakang gelanggang dan memaksanya bergerak ke hadapan jarring.

Pukulan Clear Pukulan clear adalah tindakan memukul bulu tangkis tinggi ke garis tepi atau bahagian belakang gelanggang lawan ( Syed Hasim Mohamed Alkhred, 1989). Pukulan ini boleh dilakukan dengan pukulan depan atau pukulan kilas.

1. http://www.scribd.com/doc/19336494/Kemahiran-Asas-Badminton 2. http://daniawan.wordpress.com/2007/05/23/teknik-dasar-badminton/ 3. Tony Grice (2007).badminton, utusan publications & distributor sdn.bhd.