Anda di halaman 1dari 15

PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN BAKAL GRADUAN: SATU PERBANDINGAN GENDER DI UiTM

CAWANGAN JOHOR

Abdul Halim bin Ramli


Dr. Ahmad bin Che Yaacob

Universiti Teknologi MARA Johor

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dan tahap persediaan awal
bakal graduan UiTM Cawangan Johor dalam membuat pemilihan kerjaya bertujuan untuk
mengenalpasti adakah wujud perbezaan gender dalam persoalan tersebut. Kajian telah
mengemukakan soal selidik kepada 200 pelajar meliputi semua kursus dan bahagian.
Kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara gender dari aspek
faktor pemilihan kerjaya dan tahap persediaan bakal graduan dalam menempuh alam
kerjaya. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan antara gender
berhubung dengan faktor nilai material, di mana pelajar perempuan didapati lebih
dipengaruhi oleh nilai material berbanding dengan pelajar lelaki. Kajian juga
mendapati faktor pensyarah dan kakitangan universiti tidak mempengaruhi pelajar
dalam pemilihan kerjaya mereka berbanding dengan faktor media massa dan faktor-
faktor lain. Kajian juga mendapati nilai keagamaan merupakan faktor yang paling
mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya mereka.

1. PENDAHULUAN

Pemilihan kerjaya merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang individu
kerana kerjaya yang dipilih sebanyak sedikit akan menentukan corak peranan yang
akan dimainkan oleh seseorang individu dalam masyarakat nanti. Parson (Sidek Mohd
Noah, 2002) menyatakan bahawa pemilihan kerjaya adalah satu proses yang paling
penting dalam kehidupan seseorang individu apabila seseorang itu mula memikirkan
untuk memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Sehubungan dengan itu, pemilihan
kerjaya merupakan satu permasalahan terbesar yang sering dikemukakan oleh pelajar.
Para pengkaji gelagat kerjaya seperti Holland, Super dan Nowak berpendapat
pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan keinginan dan minat individu. Pemilihan
kerjaya yang selaras akan dapat mengurang dan mengelakkan daripada berlakunya
pertukaran kerja atau pertukaran bidang pengajian dalam masa yang singkat.
Pemilihan kerjaya adalah satu proses berterusan bermula dari persepsi kanak-kanak
terhadap pekerjaan sehinggalah ke peringkat sekolah, pengajian tinggi dan dewasa
seperti yang dikemukakan oleh Super (Ishamumudin Hj.Ismail, 1997). Bakal Graduan
adalah rata-rata berada dalam lingkungan umur 19-24 tahun yang menurut Super masih
dalam tahap penerokaan bidang kerjaya. Dalam pemilihan kerjaya banyak faktor yang
menjadi asas pemilihan sesuatu kerjaya di kalangan pelajar atau bakal graduan.
Kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menjadi asas pemilihan kerjaya
di kalangan bakal graduan dengan melihat sekali sama ada wujud perbezaan gender
dalam aspek faktor pemilihan, orentasi kerjaya, bidang, sikap dan minat kerjaya.

2. DEFINISI OPERASIONAL

2.1. Kerjaya
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1996), kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau
kemajuan seseorang dalam satu lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesional
atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara untuk mencari nafkah. Gybers (1984) pula
mendefinisikan kerjaya sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk meneruskan
kehidupan, menyalurkan kemahiran, mempunyai ramai kawan dan untuk memenuhi rasa
( Nor Hanita Mohd Shariff, 1997). Tolbert (1994) mendefinisikan kerjaya sebagai
satu rangkaian yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu
mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara yang
lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Arthur, Hall dan Lawrence ( Osipow dan
Fitzgerld, 1996) mendefinisikan kerjaya sebagai perkembangan babak atau urutan
pengalaman kerjaya individu sepanjang masa.

2.2. Pemilihan Kerjaya


Pemilihan kerjaya merupakan satu aspek penting dalam kehidupan individu, kerana
kerjaya yang dipilih sebanyak sedikit akan menentukan corak peranan yang akan
diamalkan oleh seseorang individu itu dalam masyarakat nanti. Caplow (1954)
menyatakan pemilihan kerjaya merupakan suatu penentu yang penting bagi taraf dan
kedudukannya dalam masyarakat dan taraf ini mempunyai kesan ke atas nilai hidup,
sikap, gaya dan personalitinya. Walaupun terdapat beribu-ribu jenis pekerjaan yang
boleh dipilih, tetapi proses pemilihannya adalah amat sukar sekali. Amir Awang
(Sidek Mohd Noah, 2002) merumuskan terdapat tiga sebab utama mengapa berlakunya
kesukaran membuat pilihan kerjaya di kalangan pelajar:

i. Kesukaran membuat keputusan disebabkan seseorang itu mempunyai minat dalam


pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap
apa-apa bidang kerjaya
ii. Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu pelajar tidak dapat
mengagak minat, kebolehan dan personalitinya dengan baik dan kerana itu pilihan
kerjaya yang dibuat tidak sepadan dengan sifat-sifat peribadinya
iii. Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang
akhirnya menimbulkan masalah identiti.

E.G.William ( Osipow dan Fitzgerld, 1996) seorang ahli psikologi Minnesota dalam
kajiannya tentang permasalahan pemilihan kerjaya telah membahagikan permasalahan
kerjaya kepada empat faktor besar, iaitu tidak mempunyai pilihan, pilihan yang
tidak pasti, pilihan yang tidak tepat dan percanggahan antara minat dengan
keupayaan. Justeru itu, Zunker (1986) menyarankan supaya setiap individu mempunyai
career planning (rancangan kerjaya). Proses dalam career planning bergantung
kepada kemahiran seseorang mempelajari dan menganalisa kemahiran yang wujud dalam
diri sendiri dan mempertingkatkannya melalui program pembelajaran. Ia bergantung
kepada bagaimana untuk membangunkan opsyen dan alternatif diri serta membuat
keputusan yang efektif untuk diikuti. Seseorang itu juga harus mengenalpasti
keinginan personal dan lain-lain pertimbangan dan bagaimana untuk
mengintergrasikan keinginan-keinginan tersebut ke dalam rangka kerja. Seseorang
itu bukan sahaja membuat rangka kerja tetapi berupaya untuk mengubah rangka kerja
tersebut mengikut kemahuannya sendiri dan perubahan suasana jika memerlukan.

2.3. Bakal graduan


Bakal graduan ialah mana-mana pelajar yang mendaftar sebagai pelajar di institusi
pengajian tinggi yang masih berlajar dan belum menamatkan pengajian mereka serta
belum dianugerahkan sebarang sijil, diploma atau ijazah.

2.4. Gender
Dalam dua dekad yang lalu terdapat banyak kajian yang dilakukan bagi melihat kesan
gender terhadap perkembangan kerjaya. Teori traditional tentang pemilihan dan
kesesuaian kerjaya telah dikritik kerana ia bersifat androcentric dan melupakan
realiti kehidupan wanita. Teori baru telah dibangunkan oleh Betz & Fitzgerald,
1987, Fassinger, 1985, 1990, dan lain-lain yang boleh digunakan untuk kedua-dua
jantina. Teori tersebut telah diformulasikan semula bagi menyesuaikannya dengan
variables gender. Gender secara jelasnya merupakan salah satu pengaruh yang besar
dalam gelagat kerjaya (Osipow dan Fitzgerld, 1996). Banyak kajian telah dilakukan
sama ada di luar negara dan dalam negara mengenai pengaruh gender terhadap
kematangan pemilihan kerjaya, antaranya kajian Rathburn (dalam Crites 1978),
Crites (1978), Neely (1980), Kammer (1987), Chua Kwee Lan (1995) dan lain-lain.
2.5. Teori Pemilihan Kerjaya
Teori pemilihan kerjaya juga dikenali sebagai teori pendekatan struktur. Teori ini
memberikan penekanan kepada proses yang terlibat dalam pemilihan kerjaya yang
mempunyai struktur yang amat jelas. Antara teori tersebut ialah teori teori
kerjaya Islam, Tret dan Faktor, teori Holland, teori Anne Roe, teori Super dan
teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt (Sidek Mohd Noah, 2002, Zunker, 1986, Osipow,
1973, 1996).

3. SOROTAN KAJIAN BERTULIS

3.1. Kajian Luar Negara

Banyak kajian telah dijalankan bagi menilai pemilihan kerjaya dengan membuat
perbandingan dari segi gender. Kajian McNair dan Brown (1963) mendapati bahawa
aspirasi pekerjaan, jangkaan pekerjaan dan kematangan kerjaya signifikan berbeza
antara pelajar lelaki dan perempuan berkulit putih dan hitam. Hasil kajian mereka
juga menunjukkan bahawa pengaruh status sosio-ekonomi dan konsep kendiri juga
signifikan dengan kematangan kerjaya (Nor Hanita Mohd Shariff, 1997). Hasil kajian
Rathburn (Crites, 1978) juga menunjukkan bahawa sikap perempuan terhadap kerjaya
menjadi matang dengan kadar yang lebih cepat daripada lelaki apabila umur semakin
meningkat. Dalam kajian ini, beliau telah menggunakan Ujian sikap Inventori
Kematangan Kerjaya di mana kebolehpercayaan alat ukuran tersebut ialah .82.
Crites (1978) turut menyatakan bahawa perbezaan sikap kematangan kerjaya dan
kecekapan memilih kerjaya antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan wujud di
awal sekolah menengah. Tahap sikap kematangan kerjaya dan kecekapan memilih
kerjaya pelajar-pelajar perempuan bertambah dengan kadar yang lebih cepat daripada
lelaki. Kenyataan ini diperkuatkan lagi oleh MacCoby (1969) dan Kifer (1975) yang
membuktikan bahawa memang terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki
dan perempuan dalam perkembangan dan pembentukan sikap mereka (Ishammudin
Hj.Ismail, 1997).
Kajian Currie (1982) terhadap pelajar-pelajar di Australia Barat mendapati mereka
memilih pekerjaan mengikut kecenderungan stereotaip jantina yang wujud secara
tradisi. Pekerjaan utama yang dipilih oleh kaum wanita adalah bidang perguruan,
kejururawatan dan terapi manakala pelajar lelaki cenderung memilih bidang
perakaunan, kejuruteraan dan sains fizik. Kajian ini menyimpulkan memang wujud
perbezaan yang signifikan di antara pemilihan kerjaya lelaki dan wanita. Kajian
Olive (1973) di New Jersey menunjukkan remaja wanita lebih banyak memilih
pekerjaan yang berstatus tinggi jika dibandingkan dengan golongan remaja lelaki.
Remaja wanita lebih mementingkan prestij dan status dari remaja lelaki. Sebab
utama wujudnya gender-stereotyped work mengikut Schaffer ( Zunker, 1986) adalah
signifikan dipengaruhi oleh sistem pendidikan yang diterima. Pelajar perempuan
lebih digalakkan kepada kursus bahasa, ekonomi rumahtangga dan menaip, manakala
pelajar lelaki lebih digalakkan kepada kursus matematik dan sains. Dalam kajian
yang dibuat pada tahun 1978 di USA, pelajar perempuan yang memasuki program
kerjaya lelaki hanya 11% sahaja. Disamping itu, wujudnya perbezaan gender dalam
pemilihan kerjaya juga disebabkan oleh pengaruh ibubapa. Kajian Moss (1967),
M.Lewis dan Freedle (1973) mendapati perbezaan sikap dan layanan ibubapa terhadap
anak lelaki dan perempuan pada waktu kecil mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka.
Kajian Hoffman (1977) di seluruh Amerika mendapati ibubapa menanamkan sifat yang
berbeza antara anak lelaki dan perempuan. Anak lelaki ditanamkan sifat bekerja
keras, pintar, jujur, bercita-cita tinggi, agresif, berdikari dan berjaya,
manakala anak perempuan ditanamkan sifat menjadi ibu yang baik, perkahwinan yang
bahagia, mengasihi dan menarik. Layanan dan sikap yang ditanamkan secara berbeza
mengikut gender anak telah mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka (Rosenwasser,
1982).
Bagaimanapun terdapat kajian-kajian yang menyanggah dapatan yang telah dihuraikan
mengenai perbezaan kematangan kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan.
Antaranya kajian Gilliland (1968), Vriend (1969) dan Baird (1969) mendapati tiada
perbezaan yang signifikan daripada segi kematangan kerjaya antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan. Dapatan kajian Karayani (1981) adalah sama seperti kajian
di atas. Kajian beliau menambah bahawa sebab tidak wujudnya perbezaan kematangan
kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan adalah kerana berlakunya perkembangan
dalam penyebaran maklumat kerjaya yang pesat di kalangan wanita, walaupun beliau
menjangkakan kematangan kerjaya pelajar lelaki lebih tinggi berbanding dengan
pelajar perempuan.
Disamping faktor gender mempengaruhi faktor pemilihan dan kematangan pemilihan
kerjaya, banyak kajian yang dijalankan mendapati berbagai faktor lain lagi
mempengaruhi pemilihan kerjaya. Kajian Ginsberg, Axelbas dan Herma (1951),
menyetujui bahawa terdapatnya pengaruh ibu bapa terhadap pemilihan kerjaya anak-
anak. Kajian yang dijalankan oleh Becker dan rakan-rakan ke atas 3,921 pelajar
mendapati pengaruh utama dalam pemilihan kerjaya ialah ibubapa. Begitu juga kajian
yang dijalankan oleh Martimer dan Jaylen J. ke atas 700 pelajar lelaki di Michigan
College dari tahun 1962-1967, mendapati ada perkaitan antara pekerjaan bapa semasa
proses pemilihan kerjaya pelajar (Law Choon Yin, 1991). Tetapi kajian Thomason dan
Winer (1994) yang menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar baru di sebuah kolej
mendapati tidak ada hubungan yang signifikan antara kebergantungan keluarga
terhadap kematangan pemilihan kerjaya.
Zunker (1986) berpendapat status kelas sosial atau sosio-ekonomi (SES) didapati
amat kuat sebagai penentu kepada gelagat kerjaya. Ini telah dibuktikan melalui
kajian klasik yang telah dilakukan pada pertengahan tahun 1950-an oleh Sewell,
Haller dan Straus (1957) yang menunjukkan faktor kelas sosial menyumbang kepada
aspirasi kerjaya dan pendidikan pelajar lelaki sekolah tinggi melebihi faktor yang
mempunyai hubungan dengan faktor keupayaan pelajar. Smith (1983) telah menegaskan
bahawa daripada 8 juta atau lebih individu yang kebanyakannya berkulit hitam,
Hispanic dan peribumi Amerika yang dikenali sebagai kelas bawahan telah terkeluar
dari arus perdana Amerika dan mereka tidak dianggap sebagai sebahagian dari
struktur kelas masyarakat. Glasgow (1980) mengambarkan golongan bawahan sebagai
“already earmarked for failure” dan mereka tidak berpendidikan, tidak mempunyai
pekerjaan dan tidak mempunyai kemahiran sosial yang boleh membawa mereka memasuki
arus perdana masyarakat Amerika. Kajian lain yang mendukung pandangan di atas
ialah kajian Hewer (1965). Beliau telah mengkaji hubungan latarbelakang sosio-
ekonomi pelajar baru yang memasuki Universiti Minnesota pada tahun 1959. Sosio-
ekonomi ditentukan melalui penilaian terhadap pekerjaan dan pendidikan bapa
pelajar. Kajian tersebut mendapati kebanyakan pelajar baru yang memasuki
Universiti Minnesota datang dari kelas pertengahan (Osipow, 1973). Kajian ini
membuktikan pemilihan kerjaya yang bermula dari sistem pendidikan adalah dicirikan
oleh kelas masyarakat dan kedudukan sosio-ekonominya. Dapatan kajian Blau dan
Duncan (1967) mengukuhkan pandangan di atas dengan beliau menyimpulkan bahawa
kedudukan atau taraf sosial keluarga menjadi penentu kepada jenis kerjaya yang
diceburi.

3.2. Kajian Dalam Negara


Terdapat beberapa kajian dalam negara yang telah dilakukan untuk mengkaji tentang
kaitan antara gender dan minat kerjaya. Kajian Abu Bakar (1986) terhadap pelajar-
pelajar tingkatan empat mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan
secara keseluruhannya antara minat kerjaya pelajar lelaki dan perempuan tetapi
sebaliknya terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya pelajar bandar
dan luar bandar.
Kajian Hanita Mohd Shariff (1997) terhadap pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, juga mendapati tidak terdapat perbezaan
kematangan kerjaya yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Terdapat beberapa faktor tiada wujudnya perbezaan kematangan kerjaya antara
pelajar lelaki dan perempuan. Antaranya disebabkan pendedahan kepada pengalaman
yang sama boleh menyebabkan pelajar mempunyai kematangan kerjaya yang sama.
Kajian Hushim Hj. Salleh ( Ishammudin Hj. Saleh, 1997) mendapati pengaruh
keluarga terutamanya ibu bapa adalah jelas telah mempengaruhi pemilihan kerjaya
pelajar-pelajar. Taraf pendidikan ibu bapa, kekerapan berbincang dan bertanya
tentang bidang kerjaya dan nasihat ibu bapa tentang kerjaya telah mendorong anak-
anak memilih pekerjaan profesional. Disamping itu, kajian beliau juga mendapati
bahawa pencapaian akademik pelajar sangat mempengaruhi pemilihan kerjaya iaitu 75%
daripada pelajar-pelajar memilih pekerjaan profesional terdiri daripada pelajar
yang mendapat pangkat A dan B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kajian Dimyati (1981) dan Amir Awang (1982) menyimpulkan bahawa pilihan
kerjaya pelajar-pelajar adalah ditentukan oleh minat mereka. Justeru itu, untuk
kerjaya pilihan mereka menjadi kenyataan, mereka perlu mengisi program yang
berkaitan dengan kerjaya tersebut.
Kajian Nor Saidatul Rajeah (2000) terhadap pelajar tahun akhir Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS) mendapati terdapat perbezaan tahap kepentingan faktor-faktor
pemilihan kerjaya di kalangan pelajar lelaki dan perempuan universiti tersebut.
Analisa menunjukkan sebanyak 77.5% pelajar lelaki bersetuju dengan faktor minat
terhadap kerjaya, manakala pelajar perempuan 90.1% bersetuju dengan faktor minat.
Kajian tersebut dilakukan ke atas 49 pelajar lelaki dan 41 pelajar perempuan.
Kajian Lum Oi Lee (Law Choon Yin, 1991) telah mendapati faktor-faktor berikut
mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar-pelajar: rakan sebaya 15.8%, sekolah 9.2%,
media massa 53.6% dan keluarga 21.4%. Beliau juga berpendapat wujudnya faktor-
faktor yang mendorong pelajar dari aliran yang berbeza iaitu sains, sastera dan
perdagangan dalam membuat keputusan kerjaya. Kajian beliau dilakukan terhadap 148
orang pelajar di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

4. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mensasarkan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
a) Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi bakal graduan dalam
membuat pemilihan kerjaya.
b) Untuk mengenalpasti orentasi dan gelagat bakal graduan dalam pemilihan
kerjaya.
c) Untuk mengenalpasti tahap persediaan bakal graduan dalam pemilihan kerjaya.
d) Untuk menilai kesan perbezaan gender dari aspek faktor-faktor pemilihan
kerjaya dan tahap persediaan bakal graduan.

5. KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting untuk menilai persediaan bakal-bakal graduan UiTM Cawangan
Johor sebelum menempuh alam pekerjaan. Kajian ini juga penting untuk mengetahui
sejauhmana pembelajaran dan pengalaman di universiti digunakan dalam membuat
pemilihan dan membentuk kerjaya seseorang. Kajian ini penting untuk mengetahui
bidang-bidang kerjaya yang menjadi tumpuan bakal-bakal graduan dan dengan itu
pihak universiti dapat membuat perancangan untuk membantu para pelajar mencapai
hasrat dan kecenderungan mereka.
Di samping itu, kajian ini juga penting untuk mengenalpasti bentuk latihan dan
kursus yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Kajian ini juga penting untuk
melihat kesan perbezaan gender terhadap pemilihan kerjaya. Ini bertujuan untuk
menilai sejauhmana kebenaran kajian-kajian yang telah dibuat sebelumnya dengan
realiti di UiTM Cawangan Johor.

6. HIPOTESIS KAJIAN
Kajian telah membuat hipotesis-hipotesis seperti berikut:
H0 : Faktor ibubapa dan keluarga mempunyai pengaruh yang sama terhadap bakal
graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Faktor ibubapa dan keluarga mempunyai pengaruh yang berbeza terhadap bakal
graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.

H0 : Faktor nilai kepuasan material seperti gaji mempunyai pengaruh yang sama
terhadap bakal graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Faktor nilai kepuasan material seperti gaji mempunyai pengaruh yang berbeza
terhadap bakal graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H0 : Faktor nilai keagamaan seperti persoalan halal dan haram mempunyai pengaruh
yang sama terhadap bakal graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Faktor nilai keagamaan seperti persoalan halal dan haram mempunyai pengaruh
yang berbeza terhadap bakal graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.

H0 : Faktor media massa mempunyai pengaruh yang sama terhadap bakal graduan lelaki
dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Faktor media massa mempunyai pengaruh yang berbeza terhadap bakal graduan
lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.

H0 : Faktor kawan-kawan mempunyai pengaruh yang sama terhadap bakal graduan lelaki
dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Faktor kawan-kawan mempunyai pengaruh yang sama terhadap bakal graduan lelaki
dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.

H0 : Faktor pensyarah dan kakitangan universiti mempunyai pengaruh yang sama


terhadap bakal graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Faktor pensyarah dan kakitangan universiti mempunyai pengaruh yang berbeza
terhadap bakal graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.

H0 : Faktor pengetahuan terdahulu mempunyai pengaruh yang sama terhadap bakal


graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Faktor pengetahuan terdahulu mempunyai pengaruh yang berbeza terhadap bakal
graduan lelaki dan perempuan dalam pemilihan kerjaya.

H0 : Bakal graduan lelaki dan perempuan mempunyai tahap persediaan yang sama
dalam pemilihan kerjaya.
H1 : Bakal graduan lelaki dan perempuan mempunyai tahap persediaan yang berbeza
dalam pemilihan kerjaya.

6. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan teori yang telah diubahsuai daripada gabungan
teori-teori yang telah dihuraikan dalam kajian sorotan karya bertulis. Kajian ini
berasaskan kepada soal selidik yang telah diedarkan kepada pelajar Universiti
Teknologi MARA Cawangan Johor dari berbagai bidang dan semester pengajian.
Penyelidik telah mengedarkan 200 soal selidik dan seramai 179 mengembalikannya.
Pengukuran data dilakukan melalui teknik deskriptif dan ujian t dimana paras
signifikan yang digunakan ialah .05. Frude (1987) dan Norusis (1990) menyatakan
nilai kebarangkalian yang kurang dari .05 menunjukkan bahawa keputusan kajian
adalah signifikan. Analisa tersebut dibuat melalui perisian komputer The
Statistical for Social Science for MS Windows, Version 11.5.
Maklumat soal selidik meliputi bahagian A tentang aspek demografi pelajar,
bidang pengajian, semester pengajian, jantina, latarbelakang pendidikan keluarga
dan lokasi kediaman. Manakala bahagian B soal selidik pula adalah untuk
mendapatkan maklumat tentang pemilihan kerjaya pelajar. Terdapat 6 pembolehubah
bebas yang ditanya bertujuan untuk melihat orientasi atau gelagat pemilihan
kerjaya oleh kalangan pelajar mengikut gender dan bidang kerjaya yang mereka
minati.
Bahagian C pula mengandungi 7 pembolehubah bebas untuk menentukan faktor-faktor
yang menjadi asas kepada pemilihan kerjaya pelajar yang diubah suai mengikut
kesesuaian kajian ini. Faktor-faktor tersebut diubahsuai dari beberapa teori
seperti teori Roe (ibubapa dan keluarga mempengaruhi kerjaya), teori Islam (nilai
keagamaan), teori Super (pengaruh persekitaran iaitu, kawan-kawan, media massa dan
pensyarah) dan teori Parson (pengetahuan tentang kerjaya).
Bahagian D pula mengandungi 10 pembolehubah bebasr yang bertujuan untuk mengkaji
sikap pelajar, bidang kerjaya yang diminati, keyakinan dan persediaan diri pelajar
untuk menceburkan diri dalam kerjaya dan perancangan kerjaya pelajar mengikut
gender.
Bahagian C dan D diukur melalui skala iaitu; 1: amat sangat tidak bersetuju, 2:
amat tidak bersetuju, 3:tidak setuju, 4:tidak tahu, 5:berkecuali, 6: tidak pasti,
7:kurang pasti, 8:setuju, 9:amat setuju dan 10:teramat sangat bersetuju. 10 tahap
ini dibahagikan kepada tiga iaitu, tahap 1; iaitu dari skala 1 hingga 3
digabungkan kepada tidak bersetuju, manakala tahap 2; iaitu dari skala 4 hingga 7
digabungkan kepada tidak pasti, manakala tahap 3; iaitu dari skala 8 hingga 10
digabungkan menjadi setuju.

7. ANALISA KAJIAN
7.1. Jantina
Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Peratusan jantina responden yang
terlibat adalah seperti di jadual 1.

Jadual 1 : Latarbelakang Responden mengikut jantina


Jantina Bilangan Peratusan
Lelaki
Perempuan 85
94 47.5
52.5
Jumlah 179 100%
Jadual 1 menerangkan bahawa daripada 179 pelajar yang terlibat, majoriti responden
adalah terdiri daripada pelajar perempuan iaitu sebanyak 52.5% (94 orang) manakala
47.5% (85 orang) adalah terdiri dari pelajar lelaki. Taburan yang tidak seimbang
ini adalah disebabkan pelajar perempuan adalah majoriti di UiTM Cawangan Johor.

7.2. Bidang Pengajian


Pelajar-pelajar yang terlibat adalah mewakili semua bidang pengajian yang terdapat
di UiTM Cawangan Johor, iaitu pelajar DIA, DIB, DBS, DIIA, DIIM, B.Account, B.
Finance. dan B.Marketing. Taburan pelajar mengikut bidang ditunjuk dalam jadual 2.

Jadual 2: Latar belakang Responden Mengikut Bidang Pengajian


Kajian Bilangan Peratusan
DIA
DIB
DBS
DIIA
DIIM
B.Acc.
B.Fin.
B.Mkt. 32
24
39
17
5
36
25
1 17.9
13.4
21.8
9.5
2.8
20.1
14.0
0.6
Jumlah 179 100
Jadual 2 menunjukkan taburan yang tidak seimbang jumlah pelajar mengikut kursus
pengajian mereka. Majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar Diploma
Bisness Studies (DBS) iaitu 21.8 % (39 orang), diikuti pelajar Bachelor
Accountancy iaitu 20.1% (36 orang) dan lain-lain. Jumlah responden tidak seimbang
mengikut bidang pengajian mereka bukanlah disebabkan pengagihan yang tidak
seimbang borang kaji selidik tetapi pemulangan borang tersebut tidak seimbang
mengikut bidang pengajian mereka.

7.3. Semester Pengajian


Responden dalam kajian ini terdiri daripada semua semester pengajian yang terdapat
di UiTM Cawangan Johor. Kajian ini tidak memfokuskan kepada pelajar pengajian
semester tertentu kerana tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor pemilihan
kerjaya dan perbandingan gender dari bakal graduan. Bakal graduan meliputi semua
pelajar yang masih berstatus pelajar di UiTM. Hasil kajian ini menunjukkan,
pelajar semester 06 adalah majoriti responden iaitu 30.7 % (55 orang), diikuti
semester 05 iaitu 21.2% (38 orang) dan yang paling kecil bilangannya terdiri dari
semester 03 iaitu 6.7 % (12 orang). Taburan latar belakang semester pengajian ini
menunjukkan pelajar semester 06 adalah paling ramai menjawab borang soal selidik,
disebabkan mereka adalah pelajar semester akhir dan mula meneroka bidang kerjaya
masing-masing. Menurut teori Super, peringkat umur dari 15 hingga 24 tahun adalah
tahap penerokaan kerjaya.

7.4. Orientasi dan gelagat pemilihan kerjaya di kalangan pelajar mengikut gender.

7.4.1. Jenis Pekerjaan yang diminati


Jenis kerjaya yang diminati pelajar dalam kajian ini dibahagikan kepada beberapa
jenis seperti bekerja sendiri, kakitangan kerajaan dan kerja swasta. Hasil kajian
mendapati terdapat seramai 22 orang pelajar lelaki memilih bekerja sendiri
berbanding 13 orang pelajar perempuan. Bekerja sebagai kakitangan kerajaan, 21
pelajar lelaki memilihnya, manakala pelajar perempuan 31 orang. Manakala bekerja
di sektor swasta, bilangan untuk memilih kerjaya dalam sektor ini adalah lebih
ramai berbanding dengan kedua-dua jenis pekerjaan yang lain, iaitu 46 orang
pelajar lelaki manakala pelajar perempuan seramai 48 orang. Hasil kajian ini jelas
menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih menyukai bekerja di sektor swasta
kemudian diikuti dalam sektor awam atau kerajaan. Manakala pelajar lelaki lebih
menyukai bekerja di sektor swasta kemudian diikuti dengan bekerja sendiri. Kajian
ini juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan perempuan UiTM Cawangan Johor lebih
menyukai bekerja di sektor swasta berbanding dengan lain-lain sektor.

7.4.2. Bidang Pekerjaan Yang Ingin Diceburi


Bidang pekerjaan yang ingin diceburi oleh bakal graduan di Universiti Teknologi
MARA Cawangan Johor mengikut gender dalam kajian ini dibahagikan kepada bidang
perniagaan/pemasaran, perbankan, pendidikan, perindustriaan dan lain-lain. Hasil
kajian ini memperlihatkan bidang pekerjaan yang ingin diceburi oleh pelajar lebih
cenderung kepada bidang perniagaan/pemasaran atau mengikut kategori Holland adalah
bidang Enterprising (E). Dimana terdapat masing-masing 41 orang pelajar lelaki dan
perempuan yang memilih bidang pekerjaan ini. Manakala bidang perbankan pula atau
Conventional (C), 24 orang pelajar lelaki memilih bidang tersebut, manakala
pelajar perempuan 25 orang. Bidang pendidikan atau social (S), pelajar perempuan
lebih ramai memilih bidang ini iaitu 22 orang berbanding hanya 12 orang pelajar
lelaki memilih bidang pendidikan. Bidang perindustrian atau Realistik (R) hanya 9
orang pelajar lelaki memilihnya, manakala pelajar perempuan 3 orang. Dapatan
kajian ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan ketara pemilihan kerjaya di
antara pelajar lelaki dan perempuan dalam bidang perniagaan/pemasaran
(Enterprising) dan perbankan (Conventional), manakala wujud sedikit perbezaan
pemilihan dalam bidang pendidikan (social) dan perindustriaan (Realistik). Secara
umumnya bakal graduan di UiTM Cawangan Johor lebih menyukai bidang Enterprising
(81 orang), Conventional (49 orang), Sosial (34 orang) dan sedikit bidang
Realistic (12 orang). Ini disebabkan bidang pengajian yang terdapat di UiTM
Cawangan Johor lebih mengarah ke arah bidang-bidang tersebut berbanding bidang
Realistic. Kajian ini menunjukkan bahawa hanya 19 orang (10 lelaki dan 9
perempuan) yang ingin menceburi bidang yang lain dari yang tersebut di atas.

7.4.3. Kepastian Pemilihan Bidang Kerjaya


Kajian ingin mengetahui apakah bakal graduan telah membuat pemilihan bidang
kerjaya yang diminati oleh mereka ataupun tidak. Hasil kajian ini menunjukkan dari
176 orang pelajar yang menjawab soalan ini, 106 (60.3%) daripadanya telah menjawab
bahawa mereka telah membuat pemilihan kerjaya secara pasti, manakala 70 (39.6%)
orang lagi menjawab tidak pasti. Seramai 58 (69%) pelajar lelaki menjawab dengan
pasti manakala pelajar perempuan seramai 48 orang (52.2%). Ini menunjukkan pelajar
lelaki lebih pasti dalam memilih kerjaya mereka berbanding pelajar perempuan.

7.4.4. Kaitan Kursus Dengan Bidang Kerjaya


Hasil kajian mendapati 141 pelajar (80.45%) pelajar UiTM Cawangan Johor menyakini
bahawa kerjaya yang ingin mereka ceburi mempunyai kaitan dengan bidang kursus yang
sedang diikuti manakala 34 orang pelajar (19.54%) tidak merasa pasti. Responden
lelaki kebanyakkannya merasa pasti dengan bidang kerjaya yang ingin mereka ceburi
mempunyai kaitan dengan kursus yang sedang mereka ambil iaitu 71 orang (84.52%),
manakala hanya 13 orang (15.47%) tidak pasti. Bagi responden perempuan pula, 70
orang (76.66%) merasa pasti, manakala 21 orang (23.33 %) tidak pasti.

7.4.5. Persediaan Awal Pemilihan Kerjaya


Hasil kajian ini mendapati dari 166 responden yang menjawab soalan ini, hanya 56
orang pelajar (33.93%) yang telah membuat persiapan awal untuk memilih bidang
kerjaya yang diminati seperti menghadiri seminar dan kursus kerjaya, berbanding
110 orang pelajar (66.06%) yang tidak membuat persiapan awal untuk memilih kerjaya
masing-masing. Dari bilangan ini, 31 orang (38.27%) responden lelaki telah membuat
persediaan awal pemilihan kerjaya, manakala responden perempuan 25 orang (25%).
Manakala 50 orang (61.72%) responden lelaki tidak membuat persiapan awal pemilihan
kerjaya dan 60 orang (70.23%) responden perempuan.

7.4.6. Kekerapan Mengikuti Kursus


Hasil kajian mendapati dari 179 responden yang menjawab soal selidik ini, hanya 66
orang (36.87%) pelajar yang pernah mengikuti seminar atau kursus kerjaya, manakala
bakinya sebanyak 113 orang (63.12%) tidak pernah mengikuti sebarang kursus atau
seminar kerjaya. Dari 66 orang responden yang pernah mengikuti kursus/seminar
kerjaya, 17 orang daripadanya pernah mengikuti kursus/seminar kerjaya sebanyak 1
kali, 15 orang 2 kali, 12 orang 3 kali dan 22 orang lebih dari tiga kali. Dapatan
ini menunjukkan majoriti pelajar tanpa mengira gender tidak pernah mengikuti
sebarang kursus atau seminar kerjaya.

7.5. Analisa Faktor-Faktor Pemilihan Kerjaya Bakal Graduan Mengikut Gender


Kajian telah mendapati terdapat tujuh (7) faktor yang dikenalpasti boleh
mempengaruhi bakal graduan untuk memilih sesuatu bidang kerjaya. Faktor-faktor
tersebut telah dikenalpasti melalui kajian sorotan bertulis iaitu:
a) Faktor ibubapa dan keluarga
b) Faktor nilai kepuasan material
c) Faktor nilai keagamaan
d) Faktor media massa
e) Faktor kawan-kawan
f) Faktor pensyarah dan kakitangan Universiti
g) Faktor pengetahuan terdahulu.
Dengan menjalankan ujian t test, kajian akan dapat mengenalpasti sama ada
hipotesis-hipotesis dapat diterima atau ditolak. Ujian dibuat berdasarkan ukuran
skala likert scale. Kajian juga akan dapat mengenalpasti apakah faktor yang paling
mempengaruhi bakal graduan di dalam membuat pemilihan kerjaya mereka.
Jadual 3. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya.
Jantina N Mean Std. Deviation
Ibubapa dan keluarga banyak mempengaruhi saya dalam memilih kerjaya
Lelaki 83 6.2289 2.85984
Perempuan 91 6.5385 2.59618
Nilai kepuasan material seperti gaji mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu
kerjaya
Lelaki 83 7.1807 2.54781
Perempuan 91 8.0769 1.73993
Nilai keagaman seperti halal dan haram mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu
bidang kerjaya
Lelaki 85 8.8941 1.77297
Perempuan 94 8.8830 1.51591
Faktor media massa seperti akhbar, majalah dan televisyen mempengaruhi saya
memilih sesuatu kerjaya

Lelaki
Perempuan 85
94 7.0824
7.5426 1.96524
1.94917

Kawan-kawan mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu bidang kerjaya Lelaki


83 5.4699 2.29707
Perempuan 91 5.7033 2.46529
Pensyarah dan kakitangan universiti mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu bidang
kerjaya
Lelaki 85 6.0706 2.27715
Perempuan 94 6.4255 2.30702
Pengetahuan saya mengenai sesuatu bidang mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu
bidang kerjaya
Lelaki 83 8.2530 1.28636
Perempuan 88 8.3864 1.34277

(#Ukuran dibuat mengikut skala berikut iaitu; 1: amat sangat tidak bersetuju, 2:
amat tidak bersetuju, 3: tidak setuju, 4: tidak tahu, 5: berkecuali, 6: tidak
pasti, 7: kurang pasti, 8: setuju, 9: amat setuju dan 10: teramat sangat
bersetuju. 10 tahap ini dibahagikan kepada tiga iaitu, tahap 1; iaitu dari skala 1
hingga 3 digabungkan kepada tidak bersetuju, manakala tahap 2; iaitu dari skala 4
hingga 7 digabungkan kepada tidak pasti, manakala tahap 3; iaitu dari skala 8
hingga 10 digabungkan menjadi setuju).

a) Faktor Ibubapa dan Keluarga. Berdasarkan dapatan dari Jadual 3, kajian


mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan tidak pasti bahawa ibubapa telah
mempengaruhi mereka untuk memilih kerjaya, iaitu mengikut skala 6.2 bagi lelaki
dan 6.5 bagi perempuan. Walaubagaimanapun tidak wujud perbezaan yang signifikan di
antara pelajar lelaki dan perempuan seperti yang diterangkan di dalam Jadual 4.
Oleh itu hipotesis H0 diterima.
b) Faktor nilai kepuasan material. Berdasarkan dapatan dari Jadual 3, kajian
mendapati terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Skala
menunjukkan bahawa pelajar lelaki tidak pasti (mengikut skala 7.1), sebaliknya
pelajar perempuan bersetuju (mengikut skala 8.0) bahawa nilai kepuasan material
telah mempengaruhi mereka dalam memilih kerjaya. Jadual 4 pula menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan. Oleh itu hipotesis H1 diterima.
c) Faktor nilai keagamaan. Berdasarkan dapatan dari Jadual 3, kajian mendapati
pelajar lelaki dan perempuan bersetuju bahawa nilai keagamaan mempengaruhi mereka
di dalam pemilihan kerjaya iaitu mengikut skala 8.89 bagi lelaki dan 8.88 bagi
perempuan. Jadual 4 pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara mereka. Oleh itu hipotesis H0 diterima.
d) Faktor media massa. Berdasarkan dapatan dari Jadual 3, kajian mendapati
pelajar lelaki dan perempuan tidak pasti bahawa media massa telah mempengaruhi
mereka di dalam pemilihan kerjaya iaitu mengikut skala 7.0 bagi lelaki dan 7.5
bagi perempuan. Jadual 4 pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
di antara mereka. Oleh itu hipotesis H0 diterima.
e) Faktor kawan-kawan. Berdasarkan dapatan dari Jadual 3, kajian mendapati
pelajar lelaki dan perempuan tidak pasti bahawa kawan-kawan telah mempengaruhi
mereka di dalam pemilihan kerjaya iaitu mengikut skala 5.4 bagi lelaki dan 5.7
bagi perempuan. Jadual 4 pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
di antara mereka. Oleh itu hipotesis H0 diterima.
f) Faktor pensyarah dan kakitangan universiti. Berdasarkan dapatan dari Jadual
3, kajian mendapati pelajar lelaki dan perempuan tidak pasti bahawa pensyarah dan
kakitangan universiti telah mempengaruhi mereka di dalam pemilihan kerjaya iaitu
mengikut skala 6.0 bagi lelaki dan 6.4 bagi perempuan. Jadual 4 pula menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di anatra pelajar lelaki dan
perempuan. Oleh itu hipotesis H0 diterima.
g) Faktor pengetahuan terdahulu. Berdasarkan kepada dapatan dari Jadual 3,
kajian mendapati pelajar lelaki dan perempuan bersetuju bahawa pengetahuan mereka
telah mempengaruhi pemilihan kerjaya iaitu mengikut skala 8.2 bagi lelaki dan 8.3
bagi perempuan. Jadual 4 pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara mereka. Oleh itu hipotesis H0 diterima.

Jadual 4. Signifikan Perbezaan Faktor Pemilihan Kerjaya dan Gender.


t-test for Equality of Means
t df P Value Mean Difference
Ibubapa dan keluarga banyak mempengaruhi saya dalam memilih kerjaya Equal
variances assumed -.748 172 .455 -.3095
Equal variances not assumed -.745 166.099 -.3095
Nilai kepuasan material seperti gaji mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu
kerjaya Equal variances assumed -2.730 172 -.8962
Equal variances not assumed -2.684 143.020 .008### -.8962

Nilai keagaman seperti halal dan haram mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu
bidang kerjaya Equal variances assumed .045 177 .964 .0111
Equal variances not assumed .045 166.175 .0111
Faktor media massa seperti akhbar, majalah dan televisyen mempengaruhi saya
memilih sesuatu kerjaya Equal variances assumed -1.571 177 .118 -.4602
Equal variances not assumed -1.571 174.904 -.4602
Kawan-kawan mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu bidang kerjaya Equal
variances assumed -.644 172 .520 -.2334
Equal variances not assumed -.646 171.918 -.2334
Pensyarah dan kakitangan universiti mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu bidang
kerjaya Equal variances assumed -1.034 177 .302 -.3549
Equal variances not assumed -1.035 175.633 -.3549
Pengetahuan saya mengenai sesuatu bidang mempengaruhi saya untuk memilih sesuatu
bidang kerjaya Equal variances assumed -.662 169 .509 -.1334
Equal variances not assumed -.663 168.957 -.1334
###Signifikan pada tahap .05.
7.6. Analisa Tahap Persediaan Bakal Graduan Di dalam Pemilihan Kerjaya
Kajian telah mengemukakan 8 variables untuk mengenalpasti tahap persediaan bakal
graduan di dalam membuat pemilihan kerjaya mereka. Perkara tersebut dinyatakan di
dalam Jadual 5 seperti di bawah.

Jadual 5. Tahap Persediaan Bakal Graduan Mengikut Gender


Jantina N Mean Std. Deviation
Saya telah mempunyai bidang kerjaya yang khusus yang saya minati Lelaki 83
7.0843 2.31224
Perempuan 90 7.1889 1.99378
Saya percaya sijil, dan ijazah sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan pekerjan
yang baik Lelaki 85 8.0824 2.08858
Perempuan 94 8.3298 1.76214
Saya sentiasa mementingkan disiplin diri seperti menjaga masa dan menghormati
peraturan universiti Lelaki 83 7.8313 1.76566
Perempuan 91 7.9670 1.62925
Saya mementingkan penampilan diri supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik
Lelaki 85 8.3882 1.48880
Perempuan 94 8.4681 1.71459
Saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan terkini mengenai bidang kerjaya
yang saya ingin ceburi Lelaki 83 7.3976 1.72457
Perempuan 91 7.2418 1.62166
Saya telah berbincang dengan pihak yang berkenaan dengan kerjaya seperti kaunselor
atau wakil pejabat buruh untuk mendapatkan khidmat nasihat
Lelaki 84 5.7381 2.11773
Perempuan 90 5.5000 2.08930
Saya telah menghubungi pihak yang berkenaan seperti wakil syarikat atau pegawai
yang terbabit dari institusi/badan mengenai peluang-peluang kerjaya di tempat
mereka
Lelaki 85 5.5059 2.15817
Perempuan 94 5.8298 2.32628
Saya telah membuat perancangan yang perlu seperti menyiapkan resume/biodata
peribadi Lelaki 85 5.8706 2.40925
Perempuan 94 6.4681 2.45257

(#Ukuran dibuat mengikut skala berikut iaitu; 1: amat sangat tidak bersetuju, 2:
amat tidak bersetuju, 3: tidak setuju, 4: tidak tahu, 5: berkecuali, 6: tidak
pasti, 7: kurang pasti, 8: setuju, 9: amat setuju dan 10: teramat sangat
bersetuju. 10 tahap ini dibahagikan kepada tiga iaitu, tahap 1; iaitu dari skala 1
hingga 3 digabungkan kepada tidak bersetuju, manakala tahap 2; iaitu dari skala 4
hingga 7 digabungkan kepada tidak pasti, manakala tahap 3; iaitu dari skala 8
hingga 10 digabungkan menjadi setuju).

Jadual 6. Signifikan Perbezaan Tahap Persediaan Pemilihan Kerjaya


t-test for Equality of Means
T Df P Value Mean Difference
Saya telah mempunyai bidang kerjaya yang khusus
Equal variances assumed -.319 171 .750 -.1046
Equal variances not assumed -.317 162.579 -.1046
Saya percaya sijil, dan ijazah sahaja tidak mencukupi Equal variances
assumed -.859 177 .391 -.2474
Equal variances not assumed -.852 165.141 -.2474
Saya sentiasa mementingkan disiplin diri
Equal variances assumed -.527 172 -.1357
Equal variances not assumed -.525 167.033 .600 -.1357
Saya mementingkan penampilan diri
Equal variances assumed -.331 177 .741 -.0798
Equal variances not assumed -.333 176.720 -.0798
Saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa
Equal variances assumed .614 172 .540 .1558
Equal variances not assumed .612 168.025 .1558
Saya telah berbincang dengan kaunselor
Equal variances assumed .746 172 .457 .2381
Equal variances not assumed .746 170.826 .2381
Saya telah menghubungi wakil syarikat
Equal variances assumed -.963 177 .337 -.3239
Equal variances not assumed -.966 176.879 -.3239
Saya telah menyiapkan resume
Equal variances assumed -1.641 177 .103 -.5975
Equal variances not assumed -1.643 175.776 -.5975

Jadual 5 dan 6 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara


pelajar lelaki dan perempuan dari segi persediaan untuk memilih kerjaya. Oleh itu
hipotesis H0 diterima.

8. KESIMPULAN DAN SARANAN


Kajian mendapati secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara gender di dalam pemilihan kerjaya. Akan tetapi kajian mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan di antara bakal graduan lelaki dan perempuan dari aspek
faktor nilai material, di mana pelajar perempuan lebih dipengaruhi oleh nilai
material seperti gaji berbanding dengan pelajar lelaki. Suatu perkara yang patut
diberikan perhatian di sini bahawa kajian telah mendapati faktor pensyarah dan
kakitangan universiti tidak banyak mempengaruhi pelajar di dalam pemilihan
kerjaya. Malah kajian mendapati faktor media massa lebih mempengaruhi pelajar di
dalam memilih kerjaya. Oleh itu, kajian menyarankan supaya para pensyarah dan
kakitangan universiti bertindak lebih pro-aktif untuk membantu pelajar memilih
kerjaya mereka. Para pensyarah tidak sepatutnya hanya mahu menghabiskan silibus
kursus sahaja tanpa tidak menghiraukan potensi dan bidang kerjaya yang boleh
diceburi oleh para pelajarnya. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka
adalah golongan yang hampir dengan pelajar yang sewajarnya menjadi career
counselor kepada pelajar dalam memilih kerjaya mereka pada masa hadapan.
Kajian juga mendapati bahawa nilai keagamaan merupakan faktor yang paling
mempengaruhi pelajar di dalam pemilihan kerjaya mereka. Walaupun mereka
mementingkan faktor nilai material akan tetapi nilai keagamaan adalah lebih
diutamakan. Oleh itu kajian menyarankan supaya kefahaman Islam yang betul dan
tepat serta bersesuaian dengan realiti semasa perlu diberikan kepada para pelajar.
Ini untuk mengelakkan pelajar dari mengambil tindakan yang terburu-buru tanpa ilmu
yang sebenar. Contohnya isu bekerja di bank yang mengamalkan riba. Mengikut fatwa
yang dibuat oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi (1994), hukum bekerja di bank riba adalah
harus kerana urusan yang melibatkan interest adalah sedikit berbanding dengan
urusan perbankan yang lain. Ini kerana seandainya orang Islam tidak dibenarkan
bekerja di bank tersebut, sudah pasti ekonomi umat Islam akan lebih teruk ditindas
dan dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Berdasarkan hujah-hujah ini, Dr. Yusuf al-
Qardhawi mengharuskan pendapatan yang diperolehi dari bekerja di bank riba.
Perkara seperti ini perlu diperjelaskan kepada pelajar untuk mempastikan mereka
dapat membuat keputusan yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak sebenar Islam.
Kajian ini menjadi perintis kepada kajian-kajian lain, kerana ia turut meletakkan
dimensi agama sebagai salah satu aspek yang perlu dilihat dalam mengkaji faktor-
faktor pemilihan kerjaya pelajar. Sebelum ini belum ada lagi satu kajian yang
menggunakan kerangka teori kerjaya Islam sebagai asas penting kajian mereka dan
kebanyakan pengkaji-pengkaji menjadikan teori pemilihan kerjaya Barat sebagai asas
kerangka utama kajian mereka.
Kajian ini juga mendapati majoriti bakal graduan tanpa mengira gender tidak
membuat persiapan awal untuk menghadapi alam kerjaya bahkan wujud ketidakpastian
di kalangan mereka apakah bentuk kerjaya yang ingin mereka ceburi selepas
menamatkan pengajian mereka. Bakal graduan juga tanpa mengira gender tidak merujuk
kepada kauselor dan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat kerjaya.
Sedangkan sebagai seorang pelajar institusi pengajian tinggi, bimbingan dan
pengetahuan tentang alam pekerjaan adalah perlu supaya pelajar tidak membuat
pilihan yang kurang tepat. Kajian Brown & Brooks (1991), mendapati proses
pemilihan kerjaya yang sesuai melibatkan beberapa langkah iaitu menilai diri
sendiri melalui ujian inventori, mengkaji beberapa pekerjaan untuk mengetahui
kesesuaian pekerjaan dan ciri peribadi sendiri dan membuat keputusan memilih
sesuatu pekerjaan.

RUJUKAN

Ahmad Mahzan Ayob. 1991. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Al-Qardhawi, Yusof. 1994. Fatwa-Fatwa Semasa. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Chek Mat. 2000. Pengurusan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Crites. J.O. 1969. Vocational Psychology. New York: McGraw-Hill.

Crites. J.O. 1978. Career Maturity Inventory: Theory and Research Handbook.
California: McGraw-Hill.

Dewan Bahasa & Pustaka. 1996. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Ishammudin Hj.Ismail. 1997. Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Berkaitan dengan


Pemilihan Kerjaya Pelajar-Pelajar Di Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Thesis Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tidak diterbitkan.

Isaacson, L.E. & Brown, D. 1993. Career Information, Career Counseling & Care
Development, 5TH Edition. Massachusetts: Allyn and Bacon

Karayani.M. 1981. Career Maturity of Emotionally Maladjusted High School Students.


The Vocational Guidance Quarterly, 29:213-219.

Law Choon Yin. 1991. Hubungan Bangsa Dan Jantina Dengan Pemilihan Kerjaya I
Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat: Satu Kajian Kes. Thesis Sarjana Muda
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.

Nor Saidatul Rajeah Zam Zam Amin. 2000. Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya
Kepada Pelajar-Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Dalam pemilihan
kerjaya: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak. Tidak
diterbitkan.

Nor Hanita Mohd Shariff. 1997. Tahap Kematangan Kerjaya Di kalangan Pelajar-
Pelajar sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Thesis
Ijazah Becelor Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Tidak diterbitkan.

Osipow.Samuel H. 1973. Theories of Career Development. Second Edition. New Jersey:


Prentice –Hall, Inc.

Osipow Samual H. dan Fitzgerald. Louise F. 1996. Theories of Career Development.


Fourth Edition. Needham Heights: Allyn & Bacon.

Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Zunker, Vernon G. 1986. Career Counseling: Applied Concepts of Life Planning.


Second Edition. California: Wadsworth, Inc.