Anda di halaman 1dari 39

Karangan Pembuangan bayi...

isu semasa yang hangat


Masalah pembuangan bayi makin menjadi-jadi akhir-akhir ini terutama dalam kalangan remaja. Ulaskan pernyataan ini.

Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburuburu mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini? Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kitaa tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini. Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi. Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah. Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Rumah perllindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan.

Paradigma masyarat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka. Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

Kempen nilai-nilai murni yang dijalankan oleh kerajaan mula mendapat perhatian masyarakat. Pelbagai kempen yang dilaksanakan memang baik. Huraikan kepentingan memupuk nilai murni ini.
Usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam hati nurani rakyatnya telah mula menampakkan hasil. Usaha melalui iklan, kempen, dan dasar kerajaan telah memberi satu nafas baru kepada masyarakat untuk menjadi satu masyarakat bertamadun yang mampu menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami. Jadi, memang nilai-nilai murni memiliki kepentingan dalam pembentukan masyarakat. Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua peraturan atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Naluri generasi muda yang suka memberontak dapat dikawal melalui nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin dalam usaha mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, memang satu perkara baik kalau nilai murni mampu menjadikan generasi muda sebagai satu golongan yang mematuhi peraturan negara. Lantaran sikap generasi muda yang mematuhi peraturan dapat dijelmakan melalui sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur jenayah atau tidak bermoral. Kita tidak lagi mendengar remaja terbabit dalam peras ugut, terbabit dalam dadah, atau menjadi mat rempit. Remaja akan menjadi satu golongan yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Bukankah ini satu kejayaan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh kerajaan? Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukan nilai murni memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semua kaum akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpa menimbulkan sebarang isu sensitif kepada kaum lain. Keadaan ini menjamin keadaan negara dalam suasana yang harmoni dan sesuai untuk pertumbuhan ekonomi. Orang memberi, kita berasa, orang berbudi, kita berbahasa. Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unik kerana moden tetapi mengekalkan budaya yang baik. Masyarakat juga masih mempunyai disiplin dan berpeibadi mulia. Semua ini akan memberi satu tanggapan positif kepada negara kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-mana tempat mereka berada. Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif untuk membendungnya. [ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p] [merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan] Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka. (Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p) PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan

begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1] Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan? ( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p) PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini . ( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p) Walau bagaimanapun / namun begitu Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan

memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p ) PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. (ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p) Konklusinya / oleh itu,. [PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa. (4 ayat, lebih kurang 72 p.p)

Isu 1. Remaja dan Kesalahan Juvana


Penglibatan golongan remaja dalam masalah juvana
Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah". Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun 1997-1998, 685 kes, bulan Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlah tangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999 sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala pada tahun 1998 (439 orang), dan antara bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang). Kesalahan jenayah yang amat ketara dilakukan oleh golongan remaja ialah kesalahan yang melibatkan jenayah harta benda (80 peratus), misalnya mencuri kenderaan, terutama motosikal (Seksyen 379A). Jumlah keseluruhan tangkapan dalam kes ini, 113 kes (1997), 142 kes (1998), 37 kes (Jan.-Mei 1999). Terdapat peningkatan yang tinggi dalam kes ini. Adakalanya remaja yang pernah tertangkap mengulang melakukan jenayah yang sama. Keseluruhan tangkapan yang dilakukan ke atas golongan remaja yang melibatkan kes kecurian kenderaan bagi tempoh 1997 hingga Mei 1999 adalah sebanyak 447 orang. Dari segi perbandingan, pada tahun 1997 kes siasatan yang dijalankan berjumlah 269, manakala tangkapan yang dapat dibuat pula berjumlah 463 orang; pada tahun 1998, jumlah kes siasatan adalah 416, manakalah jumlah tangkapan 660 orang. Terdapat peningkatan sebanyak 147 kes siasatan, 54.6 peratus. Kecurian motosikal melibatkan pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga empat. Sesetengah mereka mencuri untuk main-main sahaja, sesetengahnya memang untuk mendapatkan lebih wang saku dengan menjual bahagianbahagian motosikal. Perbuatan ini semakin lama membudaya dalam hidup mereka. Oleh sebab itulah ada antara mereka yang sudah tertangkap, melakukan jenayah ini lagi setelah dibebaskan atau setelah dijamin oleh ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menentukan corak kehidupan anak-anak. Ibu bapa mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak. Baru-baru ini berlaku peristiwa dua kumpulan pelajar semasa makan-makan di medan selera di kawasan Jalan Kelang Lama bergaduh sehingga meragut nyawa dua orang

pelajar daripada satu kumpulan. Apabila disiasat puncanya cuma kerana tindakan ejek-mengejek antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain disebabkan kehadiran perempuan. . Didapati salah satu kumpulan meminta bantuan samseng. Dalam siasatan lanjut terhadap gadis-gadis yang ada bersama-sama sehingga pukul dua hingga tiga pagi, Ibu bapa mereka sendiri memberi kebenaran kepada mereka berada di luar rumah pada tempoh waktu itu. Pada awal tahun ini berlaku kematian seorang pelajar. Apabila dibuat tangkapan didapati pelajar tingkatan 4 terlibat dalam kejadian ini, anak-anak sekolah yang masih berkeliaran di luar rumah meskipun sudah pukul 2.30 pagi.Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak kita berada di rumah pada pukul 11 malam, misalnya, kalau masih bersekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh memainkan peranan memberi panduan kepada ibu bapa dalam mengatur pendidikan anak di luar sekolah. Kawalan disiplin di sekolah berasrama boleh dijadikan panduan. Peraturan sekolah mengawal waktu pelajarnya, belajar, berehat, mengulang kaji, bersembahyang, dan tidur boleh digunakan oleh ibu bapa. Mereka tidak dibenarkan langsung ke mana-mana.Ibu bapa perlu mendapatkan panduan bagaimana memantau anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa mesti peka dan mengambil berat tentang perkembangan sosial anak. Dengan cara ini kadar jenayah akan dapat dikurangkan. Pergaduhan kecil-kecilan antara pelajar yang melibatkan kaum yang berbeza ditangani oleh pentadbiran sekolah. Tentang pergaduhan antara pelajar dari sekolah yang berlainan ada juga berlaku, dan polis dapat diatasi dengan mengadakan pemuafakatan dengan ibu bapa dan pihak sekolah. Kes yang disebut tadi hingga melibatkan kematian, yang pertama pergaduhan sesama pelajar Cina, manakala yang kedua adalah antara pelajar Melayu. Sebenarnya pergaduhan berlaku bukan disebabkan kaum. Sekarang pihak polis mengambil tindakan untuk mengadakan Kelab Pendidikan Jenayah di sekolah untuk mendidik anak-anak sekolah dari peringkat usia yang masih muda supaya menghormati orang dan tidak melibatkan diri dengan jenayah.

ANALISIS MASALAH REMAJA


Beberapa masalah yang melanda remaja masa kini boleh dikenal pasti dengan mudah daripada masalah yang kecil hingga kepada masalah yang besar dan yang sukar ditangani. Secara amnya masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: MASALAH DISIPLIN Masalah yang dihadapi oleh remaja ketika di bangku sekolah seperti: o Ponteng o Merokok o Vandalisme @ Pugut MASALAH PERGAULAN Masalah yang melibatkan pergaulan dihadapi oleh remaja pada semua peringkat sama ada di bangku sekolah mahupun di luar sekolah. Contoh masalah pergaulan ialah: o Gangsterisme o Lepak o Pergaulan Bebas o Permaian Video dan Mesin Slot Haram o Bahan Lucah MASALAH JENAYAH Masalah jenayah juga dihadapi oleh remaja pada semua peringkat dan kategori ini melibatkan jenayah yang berat dengan hukuman yang lebih berat seperti: o Peras Ugut o Pukul o Curi o Rogol o Bunuh

PONTENG
CONTOH Ponteng sekolah:tidak hadir ke sekolah Ponteng kelas:tidak mengikuti sesi pembelajaran walaupun hadir ke sekolah

Ponteng perhimpunan, sembahyang dan kuliah


SEBAB Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan

Perkara lain lebih seronok untuk dilakukan selain belajar


KESAN CARA MENGATASI Kemunduran di dalam pelajaran. Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah. Ibu bapa memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran anaknya. Ibu bapa seharusnya mendengar dan menyiasat maklumat yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai anaknya. Kerjasama masyarakat dalam memaklumkan pihak ibu bapa dan sekolah sekiranya terjumpa pelajar yang ponteng.

Kaunseling bagi remaja yang ponteng MEROKOK


CONTOH Membawa rokok ke sekolah.

Mencuri-curi menghisap rokok di dalam kawasan sekolah.

Menghisap rokok di luar kawasan sekolah.


SEBAB Ingin kelihatan 'kool' dan lebih dewasa. Terpengaruh dengan rakan sebaya dan lebih dewasa.

Ingin mencuba sesuatu yang baru.


KESAN Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokok ke sekolah. Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wang untuk membeli rokok.

Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru.


CARA MENGATASI Menyedarkan remaja mengenai bahaya merokok menerusi kaunseling dan ceramah. Mengadakan kempen anti-rokok di peringkat sekolah.

Ibubapa tidak seharusnya memberi wang saku yang berlebihan. VANDALISME @ PUGUT
CONTOH Mengoyakkan buku-buku teks dan perpustakaan. Menconteng dinding bangunan, bas dan tempat-tempat awam. Merosakan bangku, meja, telefon dan pondok telefon awam, tandas awam, papan tanda dan lain-lain lagi.

Memecahkan tingkap dan pintu sekolah.


SEBAB Golongan remaja yang terlibat mempunyai konsep kendiri atau 'self esteem' yang rendah. Ingin mendapatkan perhatian daripada sesiapa jua kerana merasakan dirinya terbiar.

Melepaskan perasaan marah dan geram akibat tertekan.


KESAN Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain.

Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakan kata-kata kesat dan lucah.
CARA MENGATASI Mengenal pasti pelajar yang sering memberontak di dalam kelas. Ibu bapa dan guru perlu meluangkan masa untuk berbual dan bertanya masalah dengan remaja agar mereka merasakan diri mereka dihargai. Memberi kesedaran menerusi kaunseling mengenai kepentingan menjaga harta benda sama ada harta benda sendiri mahupun harta

benda awam. GANGSTERISME


CONTOH Kumpulan samseng sama ada di kalangan remaja lelaki atau

perempuan.

10

SEBAB

Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang menyebabkan remaja mencari tempat untuk meluahkan perasaan. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Sikap suka membuli orang lain.

Tidak senang dengan kesenangan orang lain.


KESAN Remaja memiliki sifat-sifat negatif. Remaja terpesong pegangan hidup. Pemikiran remaja dipenuhi keburukan. Menimbulkan pergaduhan.

Berlakunya peras ugut.


CARA MENGATASI Pihak sekolah handaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis. Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranannya kerana kegiatan gangsterisme ini menular dalam masyarakat bukan sahaja di sekolah. Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anak mereka. Perubahan tingkah laku biasanya menunjukkan anak-anak terlibat di dalam sesuatu yang tidak diingini.

Melatih anak-anak dari kecil untuk menghormati dan menghargai orang lain. LEPAK
CONTOH SEBAB

Menghabiskan dan membazir masa di kompleks-komples beli-belah.


Bosan terhadap pelajaran. Kurang mendapat perhatian guru. Pengaruh persekitaran dan pergaulan.

Sikap tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
KESAN Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebih buruk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka.

Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akan menjatuhkan martabat negara.
CARA MENGATASI Ketahui masalah remaja melepak dan fahami perasaannya. Memberi galakan dan semangat untuk membentuk nilai-nilai positif dalam diri.

Menasihati remaja melalui forum, seminar disiplin dan media massa yang berkesan contohnya internet. PERGAULAN BEBAS
CONTOH Mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti pawagam, disko dan lainlain lagi.

Keluar mengikut sesiapa sahaja kenalan mereka tanpa mengira lelaki atau perempuan. 11

SEBAB

Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa di rumah. Ibu bapa tidak prihatin terhadap pergaulan anaknya dan membiarkan mereka keluar dengan sesiapa sahaja. Mencari tempat untuk mendapatkan kasih sayang. Terpengaruh dengan budaya barat.

Ingin mendapatkan keseronokan bersama rakan-rakan.


KESAN Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang. Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah. Berlakunya gejala bohsia. Berlakunya kes pembuangan bayi.

Melarikan diri dari rumah.


CARA MENGATASI Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar rumah. Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenai keburukan dan akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah

Terangkan kepada mereka mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual seperti AIDS. PERMAINAN VIDEO & MESIN SLOT HARAM
CONTOH Permainan komputer di pusat Kafe Siber.

Mesin-mesin judi atau komputer yang diubahsuai bagi tujuan perjudian.


SEBAB Ketagihan dengan keseronokan bermain permainan video. Bosan di rumah dan ingin mencari keseronokan.

Pengaruh rakan sebaya.


KESAN Menjejaskan prestasi pelajaran Terjebak dalam jenayah mencuri Melupakan tanggungjawab sebagai pelajar

Lalai dengan keseronokan dunia


CARA MENGATASI Tidak membenarkan remaja di bawah umur masuk ke pusat-pusat permainan video Rampasan 'chip' yang terdapat di dalam mesin oleh pihak yang berkuasa Tidak membenarkan pengusaha Kafe Siber memuatkan permainan video di komputer.

Ibu bapa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak. BAHAN LUCAH
CONTOH VCD lucah. Gambar-gambar lucah.

12

Buku dan majalah yang memuatkan gambar dan cerita yang mengghairahkan.

Halaman WEB lucah di Internet.


SEBAB Suka mencuba sesuatu yang baru. Sifat ingin meniru aksi-aksi yang tidak sewajarnya. Menyukai sesuatu yang adventure dan menonjol. Tiada kawalan ke atas bahan bacaan dan tontonan.

Penggunaan Internet yang tidak diawasi.


KESAN Menyebabkan remaja ingin mencuba dan meniru aksi-aksi yang tidak wajar. Menyebabkan hubungan seks secara rambang.

Gejala-gejala yang berkaitan dengan seks rambang juga akan timbul.


CARA MENGATASI Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi anak. Guru memberi kesedaran kepada pelajar agar tidak hanyut dengan hawa nafsu sendiri.

Membanteras penjualan VCD dan bahan-bahan lucah yang lain secara besar-besaran. PERAS UGUT
CONTOH SEBAB Meminta wang daripada pelajar yang lemah kononnya sebagai wang

perlindungan.
Wujud akibat dari melibatkan diri di dalam gangsterisme. Memeras ugut kenara handak mendapatkan wang bagi membeli rokok, dadah dan lain-lain. Sikap suka membuli pelajar lain.

Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan


KESAN Menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah Boleh menyebabkan pergaduhan.

Pelajar yang diugut mungkin akan dibelasah sekiranya enggan memberikan wang.
CARA MENGATASI Gangsterisme perlu dibanteras dari peringkat awal. Siasat sebab-sebab anak-anak takut hendak ke sekolah. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu bekerjasama.

PUKUL
CONTOH SEBAB Memukul atau membelasah beramai-ramai

kolah
Mungkin timbul kerana rasa dendam Perasaan cemburu atau kecewa dengan asmara juga membawa kepada kes ini. Gagal mendapatkan sesuatu yang diminta daripada pelajar yang diperas ugut

13

Sikap suka menunjuk pada setengah-setengah remaja


KESAN Pelajar yang dipukul mengalami kecederaan teruk. Kadang kala mangsa yang dipukul boleh menemui ajal. Ibu bapa terpaksa menukarkan mangsa yang dipukul ke sekolah lain

bagi mengelakkan kejadian berulang.


CARA MENGATASI Aktiviti samseng atau gangsterisme perlu di banteras.

Pelajar yang suka berkumpul sesama sendiri dan jauh dari pelajar lain perlu diberi perhatian. CURI
CONTOH SEBAB Pelajar mencuri beg tangan guru di sekolah.

Terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.


Sebab utama remaja mencuri adalah untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang atau untuk membeli rokok atau dadah.

Kekurangan wang disebabkan kesempitan hidup seperti kemiskinan.


KESAN Menyusahkan mangsa. Menimbulkan rasa benci dan dendam di hati mangsa terhadap si pencuri.

Remaja yang mencuri akan terus dianggap bahaya dan disisih oleh masyarakat. Akhirnya mencuri menjadi tabiat atau habit mereka.
CARA MENGATASI Sebab-sebab remaja mencuri perlu dikenal pasti dan langkah-langkah perlu diambil bagi menghapuskan punca-punca tersebut.

Sekiranya yang mencuri adalah seorang pelajar yang miskin, dapatkan bantuan kewangan untuknya dan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak berbelanja secara berjimat cermat. ROGOL
CONTOH SEBAB

Dua pelajar cabul kehormatan kanak-kanak berusia 4 tahun


Keruntuhan akhlak dan tidak dapat megawal nafsu. Sikap suka menggoda pada setengah-setengah remaja perempuan juga membawa kepada masalah ini. Cabaran daripada teman atau rakan sebaya. Pengaruh media massa dan bahan-bahan lucah.

Akibat dari pergaulan bebas.


KESAN Menimbulkan kesan yang buruk ke atas mangsa sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Mangsa yang tidak berpendirian tetap atau tidak menghiraukan diri sendiri mungkin terjebak ke dalam gejala bohsia. Pembuangan bayi menjadi-jadi. Perogol mungkin akan mengulangi perbuatannya ke atas mangsa lain.

Pembunuhan ke atas mangsa.


CARA MENGATASI Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya. membentuk harga diri remaja melalui aktiviti kokurikulum.

14

Mengadakan ceramah kerohanian untuk mencari arah yang betul dalam kehidupan. BUNUH
CONTOH SEBAB Menikam pelajar lain

Memukul pelajar lain sehingga maut


Salah satu aktiviti kumpulan samseng atau gangsterisme Perasaan dendam dan cemburu

Kecewa dalam asmara


KESAN CARA MENGATASI Amat memilukan dan menyedihkan bagi keluarga mangsa

Menimbulkan budaya takut di kalangan pelajar lain


Masalah gangsterisme perlu dibanteras.

Hukuman berat perlu dilaksanakan walaupun yang terlibat hanya berusia belasan tahun.

Isu 2. FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA: TREND, PUNCA DAN PENYELESAIAN


PENDAHULUAN Remaja selalu menjadi fokus perbincangan para cendikiawan, penggubal dasar dan anggota masyarakat umum terutama sekali apabila berkaitan dengan isu-isu permasalahan sosial. Perhatian seumpama ini menjadi lebih ketara sejak kebelakangan ini kerana banyak masalah

15

sosial telah dikaitkan dengan gaya hidup dan perilaku para remaja. Artikel ini akan menumpukan perbincangan kepada fenomena keruntuhan akhlak remaja dari sudut trend gejala sosial ini, punca dan strategi penyelesaiannya. MENTAKRIFKAN REMAJA Siapakah Remaja? Rata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawa maksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi, zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan (Mahmood 1990). Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976). Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Sering juga diperkatakan bahawa remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak boleh kita nafikan. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. STATISTIK MENGENAI GEJALA SOSIA1 REMAJA Di negara kita, remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan , dengan kelompok ini juga banyak. Satu daripadanya ialah masalah keruntuhan akhlak yang mana ia bukannya berlaku di negara ini sahaja malah dialami oleh semua negara di dunia. Data statistik banyak menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Penolong ; Penguasa Siasatan Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September ii 1993) di antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37,602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3,450 atau 9.17% adalah remaja. Dari ka1angan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan keapda jenayah kekerasan dan harta benda. Ini dinyatakan dalamJadual I. Perangkaan Polis seterusnya menunjukkan bahawa antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja ialah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salahguna dadah dan mencuri basika1 atau, motosikal (Utusan Malaysia, 6 Januari 1992). Jadual I: Kategori Jenayah oleh Remaja 1990 -1992 Bilangan Peratus Kategori Jenayah 507 14.7% Jenayah kekerasan termasuk bunuh, samun, rogol dan mencederakan manusia 2,943 85.3% Jenyah harta benda membabitkan pecah rumah, mencuri kenderaan serta pelbagai kecurian Jenayah yang dilakukan oleh para remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandaraya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata negara. Sebagai contoh, di negeri Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah yang berlaku sepanjang tahun 1991 melibatkan remaja di bawah umur. Daripada jumlah ini 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Daripada jumlah ini juga, seramai 204 ada1ah jenayah yang diakukan oleh remaja Melayu, 54 oleh remaja Cina dan 47 oleh remaja IndIa.

16

Satu kenyataan yang tidak boleh diketepikan ialah ramai di kalangan remaja yang rosak akhlak adalah merekayang masih berada di bangku sekolah. Umpamanya, pada tahun 1991 sahaja, 124 pelajar ditangkap kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah dan bilangan yang ditangkap ini meningkat dari tahun ke tahun. Berdasarkan statistik yang terkumpul, kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan ketara di antara tahun-tahun 1990 hingga 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti dengan 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang ditemui kembali setelah lari atau menghilangkan dari rumah menurun. Ini mungkin berlaku kerana tidak ramai remaja diketemui selepas mereka melarikan diri dari rumah, ataupun jumlah remaja yang lari dari rumah semakin berkurangan. Maklumat mengenai kesalahan ini adalah seperti yang dicatatkan di dalamJadua12 (Sumber : Utusan Malaysia, 4 Ogos 1993). Jadua1 2 : Bilangan Remaja yang hilang atau lari dari rumah dan yang diketemui kembali Tahun Hilang Jumlah Jumpa kembali Lelaki Perempuan 1990 1,578 543 1,035 1991 1,981 677 1,305 1,169 1992 2,221 765 1,450 1,452 1993 1,485 656 Dari segi jenayah yang melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, di antara tahuntahun 1990 hingga 1992, daripada seramai 22,912 penagih dadah yang ditahan 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Jadual 3 membekalkan maklumat mengenai peratusan penagih dadah remaja yang dikenalpasti berbanding dengan penagih keseluruhannya di Malaysia. Jadual 3 : Peratus penagih dadah remaja berbanding dengan penagih dadah di Malaysia 19901992 Peratus Penagih Dadah Remaja Tahun 11.01 % 1990 13.14% 1991 13.16% 1992 Statistik seterusnya ialah berkaitan dengan kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu dari segi perbuatan maksiat di kalangan remaja. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiatjuga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Mengikut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar, bilangan remaja yang rosak akhlak masih tinggi (Berita Harian, 3 Februari 1993). Pada tahun 1988, sebanyak 3,978 kes dicatatkan, 4,111 pada tahun 1989,3,763 pada tahun 1990 dan 2,658 kes sehingga bulan Oktober, 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung ialah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan masa kini ialah "budaya lepak ". Kajian yang diusahakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (Utusan Malaysia, 16 November, 1993) mendapati sebanyak 74% daripada responden dalam penemuan kajian awal budaya lepak di bandaraya Kuala Lumpur terdiri daripada remaja bawah umur 21 tahun. Secara khususnya 44.8% daripada responden yang lepak berada di peringkat umur di antara 15 hingga 18 tahun, manakala 7.3% berada di peringkat umur 18 hingga 21 tahun. Berapa gejala lain telah diperhatikan sebagai berkaitan dengan fenomena budaya lepak di kalangan remaja. Satu kajian yang berasingan mengenai kehidupan remaja berumur 15 tahun di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati bahawa sebanyak 90% remaja Cina terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah; sebanyak 72% remaja India berbuat demikian tetapi hanya sekitaran 5.8% Melayu terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah (Utusan Malaysla, 11 Mac, 1993). Hal inil menunjukkan bahawa remaja Melayu lebih banyak terdedah kepada persekitaran luar jika dibandingkan dengan remaja kumpulan etnik lain.

17

Banyak persoalan ditanya mengapa remaja Melayu banyak terdedah kepada suasana persekitaran yang negatif berbanding dengan remaja kaum lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh keadaan keluarga yang tidak harmonis, tarikan di luar yang lebih menarik dari apa yang ditawarkan oleh ibu bapa, ataupun mereka kurang menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang memanfaatkan diri. Ini ada kesahihannya kerana mengikut laporan Bahagian Belia, Kementerian Belia dan Sukan, walaupun Malaysia mempunyai antar struktur organisasi belia yang terbaik di dunia, hanya 24% daripadajumlah keseluruhan iaitu sebanyak 7.19 juta belia di negara ini menjadi ahli persatuan. Golongan belia Melayu adalah di kalangan mereka yang paling kurang menjalankan aktiviti berpersatuan. Secara amnya, boleh dirumuskan bahawa cara kehidupan remaja kini berbanding dengan remaja dahulu sudah banyak berbeza. Walaupun mereka mempunyai keperluan hidup yang sama dengan remaja masa dahulu, tetapi apa yang berbeza di antara kedua kelompok remaja ini ialah keadaan persekitaran ketika mereka membesar dan cara kehidupan dalam ruang dan masa yang khusus ini. Faktor ini adalah di antara faktor utama yang harus diberikan perhatian. PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA Daripada data dan statistik yang dibentangkan, secara umumnya trend menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dan disiplin kalangan remaja masih berada pada paras yang tinggi. Keruntuhan akhlak remaja boleh dilihat dari pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah mengenalpasti masalah ini adalah penting kerana hanya dengan mengetahui punca- punca masalah tersebut, strategi penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut boleh diatur dengan rapi. Hubungan kekeluargaan Salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja ialah penglibatan mereka dalamjenayah. Remaja atau pelajar secara khususnya yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah kehidupannya, malah sebilangan signifikan adalah di antara mereka yang mempunyai latar belakang, keluarga yang baik dan berada (Phelps, 1976; Cohen, 1975). Justeru itu, boleh diandaikan bahawa salah satu punca keruntuhan akhlak ialah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial, menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain, dan malah jarang berpeluang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan, sementara remaja itu pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup sempurna (Bettelheim, 1950; Redl, r966). Remaja itu akan membawa cara hidup bersendiri. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain untuk bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak. Remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka (Phelps, 1976; Dass, 1992). Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan ialah alam rumahtangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumahtangga yang tidak harmonis dan tenteram dan ketidakupayaan pihak penjaga mengawas pendidikan anak-anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak. Justeru itu, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan peranan yang besar untuk merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan serta menyediakan pelbagai kernudahan supaya golongan remaja mendapat panduan yang cukup untuk menghadapi zaman dewasa mereka. Pengaruh Persekitaran

18

Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media-media masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam cabaran hidup. Pelbagai doroogan yang kurang sihat di paparkan melalui persekitaran ini, yang seterusnya menyebabkan para remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran untuk memenuhi keinginan untuk tahu akibat dari dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snooker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada pergaulan yang kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti inijuga banyakjuga dipengaruhi oleh media masa (Cohen, 1975). Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri mereka. Pengaruh yang negatif ini boleh dilihat dari majalah- majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Jika dilihat, kebanyakan akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku- buku cerita yang terdapat dalam pasaran sekarang lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong yang boleh mendorong sikap yang negatif seperti suka mengelamun, berfoya- foya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial yang lain. Pengaruh di Sekolah Selain daripada media, keruntuhan akhlak remaja atau pelajar juga berpunca dari faktor sekolah atau guru. Keadaan pelajar yang duduk sesak dalam sesuatu bilik darjah yang kecil ukurannya juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka ( Case, 1985) .Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah, setiap guru seharusnya menggunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin seluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Masalah remaja juga boleh dikaitkan dengan kerjaya. Kebanyakan golongan pelajar atau remaja hari ini tidak faham hubungan di antara pelajaran dengan kerjaya. Akibatnya mereka berada di sekolah semata-mata untuk lulus peperiksaan atau sebab ibu bapa mereka mahu mereka ke sekolah. Secara tidak langsung maka ramailah yang kurang bermotivasi di sekolah. Mereka tidak mempunyai matlamat hidup dan tidak ada rancangan masa depan (Case, 1985). STRATEGI PENYELESAIAN Perbincangan mengenaifenomena keruntuhan akhlak remaja banyak berkisar di sekitar isu pelajar remaja. Justeru itu kebanyakan daripada strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini akan memberi tumpuan kepada golongan pelajar remaja. Pertama ialah pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan lagi aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolahsekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang lain dan teknik pengajaran luar kelas. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar di sekolah (Case, 1985). Strategi ini boleh menarik minat pelajar remaja untuk menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memanfaatkan perkembangan mereka. Kedua ialah mengenai aspek perundangan di sekolah. Strategi ini harus diberikan tumpuan kerana ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam berbagai kegiatan disiplin atau jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia akan dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Namun ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan unit kawalan tambahan dan mungkin ada penentangan daripada ibu bapa, memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil untuk remaja mereka. Sehubungan dengan aspek perundangan ialah penguatkuasaan undang- undang oleh polis. Ini bermakna bidang kuasa polis boleh diperluaskan untuk merangkumi kegiatan para pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan

19

disiplin perlu ditubuhkan di peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara agar segala kegiatan pelajar dapat diawasi di dalam dan di luar sekolah. Satu lagi langkah pencegahan yang baik ialah khidmat nasihat. Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunselingjuga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan "peer kaunseling" di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik untuk membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab di antara satu sama lain. Menurut kajian seperti yang dicatatkan dalam Cohen (1975) dan Phelps (1976), remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka di kalangan rakan sebaya dengan mereka. Oleh itu program ini bermanfaatjika dirancang dengan teliti dan mengambil mereka yang berpengalaman dan mempunyai asas-asas kaunseling remaja untuk menganjurkan dan memantapkan program tersebut. Lanjutan dari itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman "pergolakan " yang amat serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku pada ketika baligh banyak mempengaruhijiwa, perasaan dan fikiran para remaja (Chais, 1976). Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan membentuk identiti diri. Bagi strategi umum, satu pendekatan yang wajar ialah melalui ceramah- ceramah sivik yang boleh dilakukan di peringkat sekolah. Walaupun demikian, ada1ah wajar jikalau program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Sebagai contoh, pada "Hari Ibu Bapa dan Guru " yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah boleh memberikan keterangan yangjelas tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu pengetahuan agama harus ditekankan di dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama akan memberi satu garispanduan bagi individu untuk bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan mengenai diri dan cara-cara bersosialisasi harus disampaikan para remaja dan juga ibu-bapa. Penglibatan ibu bapa ada1ah penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa semua berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak surat-surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan kepada guru besar dan para guru mengenai pengurusan disiplin pelajar. Namun, secara umumnya, disiplin pelajar di sekolah-sekolah di dapati semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat panduan ini tidak diberikan perhatian yang serius. Ada pula guru-guru yang tidak bekerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utama masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatifjuga mempengaruhi sikap dan tanggapan pelajar terhadap konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru itu, pentadbiran sekolah harus memastikan bahawa sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi sesi-sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham mengenai hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul. Adakala sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia merupakan wadah yang paling baik untuk menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan moral memberi pengaruh sangat besar dalam mencorak sikap dan akhlak seseorang dan seterusnya akan mempengaruhi nilai-nilai sosialnya. Oleh kerana pendidikan moral disampaikan kepada seseorang itu sejak ia kecil-kecil lagi akan sedikit sebanyak dapat mewujudkan sikap dan nilai yang positif pada diri individu berkenaan. Oleh itu para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas mengenai alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai kedewasaan. Ini boleh dilakukan melalui ceramah dan majlis penerangan mengenai masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar bukanlah masalah pelajar, ibu bapa dan guru tetapi merupakan masalah masyarakat. Dengan itu pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi untuk membantu dan bekerjasama bagi menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak daripada anggota masyarakat umum kepada ketua masyarakat amatlah perlu kerana masalah akhlak remaja atau pelajar merupakan masalah masyarakat. Kawalan sosialperlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap "tidak apa atau tidak ambil tahu " perlu diubah demi kepentingan masyarakat.

20

Satu lagi aspek pencegahan yang harus diberikan perhatian ialah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua aktiviti telah dirancang dengan telitidan teratur. Dengan itu program atau aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja akan membekalkan kemahiran-kemahiran tertentu agar para remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping kemahiran, pusat- pusat ini juga boleh memberikan ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan untuk perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya pertukaran belia antara negeri dan juga antara negara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja. Terdapat 86 Jawatankuasa Kebajikan Juvana di seluruh negara dengan keahlian 1,009 orang. Melalui jawatankuasa-jawatankuasa ini semua kegiatan untuk membantu remaja dapat dirancang dengan sempurna dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Buat masa kini juga, sudah pun wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Di Raja Malaysia denganJabatan Pendidikan Negeri untuk memerhatikan perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang patut sebelum pelajar-pelajar erjehak dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun keherkesanan jentera ini holeh dipertingkatkan lagi dengan memhuat kajian dari masa ke sama tentang aktiviti, program, serta pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja. Juga, program pemulihan dalam komuniti dan pemulihan di institusi di hawahJahatan Kehajikan Masyarakat harus dikaji dari semasa ke semasa agar perancangan dan program-programnya adalah selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja. Peranan media juga harus diherikan perhatian yang serius dalam usaha memhendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lehih mudah menganjurkan program yang herkaitan dengan personaliti remaja yang herjaya. Remaja yang herjaya dalam satu-satu lapangan holeh memberi contoh yang positif kepada remaja secara keseluruhannya. Gambargambar remaja yang berjaya di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca juga boleh merangsang pembaca remaja agar turut herjaya dalam kegiatan yang mereka sendiri ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutama sekali yang mempunyai sasaran pembaca remaja hendaklah lebih sedar dan peka akan tanggungjawab sosial untuk menerbitkan lebih banyak bahan bacaan yang bercorak pengetahuan untuk melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang baik. KESIMPULAN Pelbagai jalan penyelesaian boleh dilaksanakan dengan segera seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sekolah-sekolah umpamanya disiplin pelajar harus ditingkatkan melalui perancangan kegiatan yang holeh memupuk nilai yang baik dan mulia. Ini penting kerana tujuan pelaksanaan disiplin hukan setakat menghukum atau mendenda sahaja, malah hertujuan menggalakkan seseorang mematuhi, menghormati, dan bekerjasama dengan masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini, ia amat memerlukan penglibatan dan rasa tanggungjawab para guru, Persatuan Ibu Bapa-Guru serta penyelarasan aktiviti hadan disiplin, Badan Bimbingan dan Kerjaya, Jawatankuasa Bimhingan Pelajar dan Jawatankuasa Sekolah sebagai institusi masyarakat. Di samping itu, pengaruh persekitaran yang telah lama dikenalpasti menyehahkan masalah akhlak di kalangan remaja harus dihendung. Ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan dasar yang tegas di samping penguatkuasaan di semua peringkat. Sebagai rumusan, strategi penyelesaian boleh mengambil model "Komponen Perkhidmatan Akhlak" seperti yang tertera di bawah ini. Komponen Perkhidmatan Akhlak Kerajaan; Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat & lain-lain Jabatan Komuniti ; Penasihat Mahkamah Juvana, Jawatankuaa Kebajikan Juvana, Lembaga Pelawat & Persatuan/Badan Sukarela Agensi Swasta Keluarga dan Masyarakat RUJUKAN Baron, R.A. (1977) .Human Aggression. New York: Plenum. Berita Harian, 17 November 1989

21

Berita Harian, 22 September 1993. Berita Harian, 3 Februari 1993. Bettleheim, B. (1950) Love is not enough. New York: Free Press. Case, R. (1985) Intenectual Development: Birth to Adulthood. New York: Academic Press. Chais, GJ. (1976), Human Development, Englewood Cliffs, NJ. : Prentice Han. Cohen, A.K. (1975) .Delinquent Boys. New York: The Free Press. Dass, M.B. ( 1992) .Juvenile Delinquent: The Causes and Remedies. Jurnal Kebajikan Masyarakat. 15,1,9 -14. Keney, H.H. ( 1979) .Personal Relationships. Hinsdale, N .1.: Lawrence Erlbaum. Mahmood Nazar Mohamad. (1989). Masalah Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Remaja di Sekolah. Jurnal Kebajikan Masyarakat. 10, 12,32- 42. Mahmood Nazar Mohamad (1990) Pengantar Psikologi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Phelps, T.R. (1976). Juvenile Delinquency: A Contemporary View. Santa Monica, Ca: Gooedyear Publishing Company Inc. Redl, F. (1966) .When We Deal With Children. New York: MacMinan Publish- ing Co. Utusan Malaysia, 11 Mac 1993. Utusan Malaysia, 16 November 1993. Utusan Malaysia, 22Januari 1993. Utusan Malaysia, 4 Ogos 1993. Utusan Malaysia, 6Januari 1993.

BUDAYA LEPAK

Zaman remaja adalah suatu jangkamasa yang sangat berharga bagi setiap daripada kita. Pelbagai cabaran dan keghairahan yang menanti kita sewaktu kita melalui proses evolusi umur antara zaman kanak-kanak dan dewasa.. Jesteru itu,usia remaja bukanlah suatu tiket untuk kita mengabaikan tanggungjawab samada terhadap diri,keluarga,lebihlebih lagi agama. Banyak kejanggalan perilaku yang dikaitkan dengan kehidupan remaja kita. Antara penyakit sosial yang sering diperkatakan sejak sekian lama ialah budaya lepak. Gejala ini seolah-olah telah menjadi lumrah,dan kita dapat melihat remaja kita berpeleseran

22

dipusat-pusat membeli belah, pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan sebagainya.Secara purata remaja di negara kita membazirkan masa mereka kira-kira 16.3 jam seminggu atai kira-kira 847.6 jam sebulan.Biar apapun yang diperkatakan oleh semua pihak berkaitan dengan soal ini, namun yang pasti gejala ini terus berlarutan. Dalam hal ini, tindakan kita menuding jari terhadap golongan remaja dengan menyalahkan mereka adalah suatu tindakan yang tidak resional. Sebenarnya jika diperhalusi banyak faktor yang membantu kepada berkembang suburnya budaya lepak ini. Faktor persekitaran contohnya keadaan fizikal rumah yang sempit serta hubungan kekeluargaan yang rapuh mendorong remaja kita keluar rumah dengan alasan mencari ketenangan. Ditambah dengan pengaruh rakan-rakan serta pelbagai bentuk hiburan yang sedia menunggu di luar rumah, jesteru itu tidak menghairankan jika ia mendorong remaja kita terlibat dalam aktiviti tersebut. Disamping itu faktor ketandusan ilmu agama di kalangan remaja juga dilihat sebagai elemen yang bertanggungjawab menyuburkan budaya ini. Hal sedemikian tidak menghairankan kerana ramai di kalangan ibubapa hari ini yang gagal memberikan didikan agama yang terbaik buat anak-anak mereka. Kegagalan ibubapa memainkan peranan mereka menjadikan golongan remaja kehilangan arah dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Mereka merasa jiwa mereka kosong dan terbiar, lalu mereka memilih jalan mudah untuk melarikan diri dari kemelut yang dihadapi. Masalah lepak juga menjadi pemangkin kepada penyuburan pelbagai penyakit sosial yang sedang kita hadapi sekarang. Statistik memperlihatkan peningkatan jumlah golongan muda yang terjebak dalam kebejatan sosial dari tahun ke tahun. Gejala-gejala ini tidak sekadar menyerang mereka yang tinggal di bandar-bandar, malah turut merebak ke kawasan kampung dan juga kawasan Felda. Rujuk statistik di bawah: 1.13% kes buang bayi 40% - menonton bahan lucah 16% - judi 70% - merokok 14% - Penyalahgunaan dadah 25% - minuman keras 18 % - seks bebas Berdasarkan kajian yang dilakukan, umumnya mereka yang terlibat dalam gejala melepak ini terdiri daripada golongan yang lemah pelajaran dan kerjaya. Mereka ini mempunyai ikatan yang kukuh dengan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti ini. Golongan ini memandang mudah soal tanggungjawad terhadap diri,keluarga, agama dan masyarakat. Apa yag malang,mereka seolah-olah tiada cita-cita yang keinginan merancang kejayaan hidup mereka pada masa mendatang.Hiburan adalah menifestasi mereka untuk melepaskan diri dan fikiran dari soal-soal kehidupan. Tekanan yang diberikan oleh masyarakat ke atas mereka memungkinkan golongan ini memberontak kerana enggan menerima sesuatu yang berbentuk paksaan. Sebenarnya apa yang berlaku menuntut penyertaan semua masyarakat tanpa mengira status sosial mereka.Sebagai aset remaja untuk meneruskan kelangsungan pembangunan negara,perlu bagi kita memastikan golongan berada pada landasan yang sebenar dalam hidup mereka.Menjelang 2020, 42.7 peratus rakyat Malaysia adalah

23

terdiri daripada mereka yang berumur 13 hingga 39 tahun. Golongan ini dilihat sebagai berpotensi untuk terlibat dalam pelbagai kebejatan sosial. Pada 1995,kira-kira 7300 orang disahkan positif dengan HIV.Pada 1994 pula,kira-kira 325 remaja perempuan dilapurkan terlibat denga maksiat dan jumlah ini meningkat secara mendadak kepada 8509 pada 1995 yang lalu.Sekiranya perkara ini berterusan,pastinya ia melumpuhkan institusi keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Program pencegahan dan pemulihan perlu dilakukan secara terancang dan digerakkan dengan lebih efektif lagi. Semua pihak harus memainkan peranan mereka samada secara individu,lebih-lebih lagi secara individu,keluarga,masyarakat bahkan institusi yang ditubuhkan khusus persepakat dalam menangani masalah ini. Sekarang bukanlah masa untuk menghasilkan slogan yang muluk-muluk atau menuding jari mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya sekarang adalah masa untuk bekerja mencari penyelesaian terhadp soal ini. Ada baiknya mencegah sebelum penyakit ini menjadi barah masyarakat yang sukar untuk disembuhkan. Namun semua usaha yang dijalankan ini tidak akan lengkap dan berjaya sekiranya individu itu sendiri tidak mahu berubah. Tidak dinafikan zaman remaja adalah suatu zaman yang serba indah dan menarik. Namun adalah tidak wajar untuk kita meracuni zaman yang seketika itu dengan aktiviti-aktiviti yang menjerumuskan kita ke lembah yang menghancurkan. Dalam hal ini,apa yang penting perlunya kita bermuhasabah diri dan menginsafi diki dengan keterlanjuran yang berlaku. Rujukan Majalah Ogos Siti 2001/Jamidulawal Bil 1422 4

hakpihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, pihak sekolah, pihak berkuasa perlu berganding bahu untuk menangani masalah ini sebelum menjadi lebih kronik.

24

PENDAHULUAN JENIS BERITA Memasukkan tajuk utama berita yang disiarkan di media massa dalam sesebuah karangan Contoh; Dua remaja ditahan, Lima remaja dibuang sekolah. Itulah antara tajuk berita yang disiarkan di media tempatan yang berkait rapat dengan kes salah laku dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini Pendahuluan jenis statistik Memasukkan statistik atau perngkaan daam pendahuluan karangan. Contoh; Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa kes salah laku dalam kalangan pelajar meningkat sebanyak 1.5 peratus pada tahun 2005 berbanding tahun 2004. Pendahuluan jenis Peribahasa Memasukkan peribahasa yang sesuai dalam pendahuluan. Contoh; Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara. Itulah peribahasa yang paling sesuai dengan golongan remaja pada hari ini. Namun harapan tersebut berkecai ekoran sikap remaja hari ini yang terjebak dalam kancah salah laku Pendahuluan jenis definisi Memberikan definisi tajuk karangan dalam pendahuluan Contoh; Salah aku boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang menyalahi undangundang sama ada undang-undang negara antara sesuatu organisasi.Terdapat beberapa jenis salah laku yang dilakukan oleh remaja masa kini antaranya ialah Pendahuluan jenis Persoalan Menimbulkan persoalan yang sesuai dalam pendahuluan. Pada bahagian pendahuluan juga perlu dinyatakan jawapannya. Contoh; Apa itu salah laku? Kenapakah remaja sering dikaitkan dengan gejala ini? Siapakah yang harus dipersalahkan? Pendahuluan jenis Sejarah Mengaitkan tajuk karangan dengan isu yang telah berlaku. Contoh; Perbuatan salah laku bukanlah perkara baru yang beraku di Malaysia cuma kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu. Namun, sejak kebelakangan ini media sama ada media cetak atau media elektronik telah menyiarkan kegiatan salah laku dalam kalangan remaja telah membimbangkan semua pihak.

25

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:1. Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasankawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anakanak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku. 3. Hakisan sungai. Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

4. Hutan tadahan. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan

26

dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

5. Sistem perparitan tidak terancang. Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1. Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

3. Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

27

4. Kematian
Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya: Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

28

Memelihara Hutan Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

PERISTIWA-PERISTIWA BANJIR DI SABAH

Tahun 1996 Ribut Greg yang membawa hujan ribut ke Sabah pada 26 December 1996 telah menyebabkan banjir di bahagian utara timuran Sabah (Keningau) dan telah mengorbankan banyak nyawa. Kebanyakan mangsa adalah rakyat Indonesia yang bekerja di daerah tersebut. Hujan lebat berserta dengan angin kencang telah mengakibatkan air Sungai Liawan, Sungai Pampang, Sungai Sinagang dan Sungai Bayayo melimpah tebingnya. Kawasan-kawasan lain yang turut menerima ancaman ribut ini adalah Tuaran, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tawau dan Sandakan.

29

Tahun 1997 Banjir kilat yang melanda ibu negeri dan Penampang pada 17 Mei 1997 menyebabkan kebimbangan dan kesusahan serta kesesakan lalulintas di dalam dan sekitar bandar berikutan hujan lebat bermula selepas jam 3.00 petang. Ia berterusan hingga lewat petang dan pada jam 8.00 malam. Ramai pemandu terkandas di jalan-jalan, manakala para pejalan kaki enggan menaiki perkhidmatan pengangkutan awam dengan pulang berjalan kaki. Kebanyakan lokasi yang terlibat ialah kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir seperti Putatan, Penampang, Luyang, Likas, Inanam dan Menggatal. Banjir ini berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna. Keadaan yang sama turut berlaku di Sandakan. Banjir ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pembinaan jalan yang menyebabkan parit-parit tersumbat. Kawasan yang terjejas adalah kawasan perumahan yang mengakibatkan banyak perkakas rumah musnah.

Tahun 1999 Banjir yang paling teruk melanda Sabah berlaku pada 6 Januari 1999. Lebih 2000 penduduk di tujuh daerah di Sabah telah dipindah ke beberapa pusat pemindahan sementara. Hujan lebat turun lebih 10 jam tanpa berhenti mengakibatkan banjir besar. Daerah Penampang yang merupakan kawasan yang paling teruk dilanda bencana tersebut. Mengikut laporan, 57 kawasan di tujuh daerah terlibat itu adalah Kota Kinabalu sebanyak 12 kawasan, Penampang (22), Papar (10), Kota Belud (7), Tuaran (5), Beaufort (3) dan Keningau (3).

PELANCONGAN
A. Sepintas Lalu

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri

30

pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong. Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong. Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan mengatakan bahawa fungsi dan tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya sahaja. Namun, kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan penting dalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang menarik dan menggembirakan dari Malaysia. Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini. Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah. Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

31

Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini. Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempattempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri. Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu. Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

B. Pelancongan Desa (Homestay).

Pelancongan Desa atau 'Homestay' merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung. 'Homestay' diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi tersebut di kalangan penduduk kampung. Pelancongan desa dapat memajukan pelancongan eko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasan desa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatan Pelancongan desa yang berasaskan pertanian misalnya, dapat memberi pengalaman kepada pelancong merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi dengan melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya. Projek ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemimpin masyarakat, individu dan warga desa tentang pendapatan sampingan yang boleh diperoleh daripada aktiviti homestay di tempat mereka. Untuk menggalakkan pelancong datang dan mendiami kawasan luar bandar, penduduk luar bandar perlu diberi panduan atau orientasi dan persiapan mental untuk sedia menerima pengunjung luar secara yang lebih professional dan sistematik. Secara tidak langsung, pelancongan desa mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Persediaan Ke Arah Menjalankan Projek Homestay

32

Menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan seperti rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik, jambatan gantung dan kemudahankemudahan asas yang lain. Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan, memerhati burung, melawat ladang, kebun buah-buahan, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik. Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada para pelawat daripada dalam dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta (agensi pelancongan). Membangunkan kawasan-kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera. Projek Homestay adalah satu konsep penginapan yang unik dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu. Kampung-kampung yang terlibat di dalam projek ini sangat komited dalam memberikan gambaran sebenar cara hidup masyarakat Melayu. Di samping itu. projek ini memastikan setiap pengujung yang memilih penginapan secara 'Homestay' memperoleh pengalaman yang menggembirakan selain dapat meningkatkan pemahaman mengenai budaya Melayu. Contoh Projek Homestay : Banghuris Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris. Banghuris merupakan program homestay pertama bagi Daerah Sepang. Setiap kampung mempunyai jentera pentadbiran yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang berasingan. Nama 'Banghuris' mula diiktiraf pada 14 Mac 1997 dengan Jawatankuasanya terdiri daripada wakil setiap kampung yang bertanggungjawab mengendalikan program bersama dalam aspek yang lebih menyeluruh bagi ketiga-tiga kampung. Projek ini terletak di dalam Mukim Sepang dengan jarak 50 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur dan 30 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Keseluruhan jumlah penduduk Banghuris adalah seramai lebih kurang 6,500 orang dengan keluasan tanah lebih kurang 1,200 hektar (3,000 ekar). Kampung-kampung ini telah dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, klinik, rangkaian jalan kampung, sekolah rendah dan sekolah menengah, sekolah agama, masjid, klinik kerajaan, balairaya, tadika dan sebagainya. Hampir 90% tanah di Banghuris digunakan untuk projek-projek pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi. Sumber pencarian penduduk di sini ialah sektor pertanian, kerajaan, kontraktor, pekerja kilang, nelayan, industri kecil dan perniagaan runcit.

33

Banghuris merupakan pengeluar terbesar industri makanan ringan di daerah Sepang dengan pengeluaran seperti kerepek ubi, pisang, keledek, tempe, cakar ayam serta kuih tradisional. Pada masa ini, projek pelancongan "Homestay Banghuris" adalah lebih menonjol dengan pelbagai promosi telah diadakan di dalam dan luar negeri bagi menarik lebih ramai pelancong menyertai program ini untuk menikmati suasana kehidupan kampung serta adat istiadat. Buat masa ini, purata kehadiran pelancong dalam dan luar negara melawat dan tinggal di homestay lebih kurang 2,500 orang pada tahun 2000.

C. Pelancongan Eko
Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berasaskan alam semula jadi, seperti menjelajah hutan, melihat hidupan liar dan aktiviti penerjunan. Tarikan kepada pelawat adalah interaksi dengan alam semula jadi. Pelancongan berasaskan alam semula jadi mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil keuntungan negara bergantung kepadanya. Namun demikian, pembangunan pelancongan berasaskan alam semula jadi juga boleh bercanggah dengan sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah untuk mendapatkan imbangan yang betul, iaitu, pelancongan eko yang diurus dengan rapi dapat membantu melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan tersebut. Profesor Kennedy menjelaskan bahawa rangka kerja dasar pelancongan seharusnya suatu yang berasaskan relatif kos dan faedah. Objektif dasar seharusnya bukan untuk mengelakkan semua jenis impak alam semula jadi. Oleh itu, dasar harus mendapatkan imbangan sewajarnya antara faedah pembangunan pelancongan dan akibat daripada sebarang kesan yang berkaitan dengan alam semulajadi. Dasar juga tidak digalak mengambil tempat kuasa pasaran di dalam industri pelancongan tetapi untuk campurtangan dalam mewujudkan hasil pencapaian pasaran yang lebih baik. Industri pelancongan eko menawarkan pelbagai produk kepada pelancong eko. Produk ini berbeza berdasarkan kaitannya dengan alam semula jadi dan kesan alam sekitar berkenaan.

D. Pelancongan Sambil Belajar (Edutourism)


34

Pembelajaran secara sambil belajar atau bersifat kontekstual memerlukan pelajar berfikir secara tabii, melihat perkara yang konkrit, bukan abstrak. Seorang guru perlu bijak memanfaatkan perkara-perkara yang ada, atau yang berlaku di sekelilingnya, dan seterusnya menuntut satu kemahiran supaya pelajar dapat berfikir melalui pengalaman, atau memaksimumkan tujuh kecerdasan. Konsep pembelajaran secara edutourism telah lama dipraktikkan di negaranegara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun. Di AS suasana pembelajaran pakej bermodul dikenali dengan beberapa nama, misalnya Summer Camp atau perkhemahan musim panas. Terdapat pelbagai definisi untuk pelancongan pelajar ini, bergantung kepada kemudahan yang sedia ada atau keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran sesuatu komuniti. Di negara-negara yang lebih maju, yang kaya dengan aktiviti - yang kemudian dimajukan sehingga menjadi sumber alam yang menjana pendapatan - konsep pelancongan pelajar telah dipecahkan kepada beberapa subbahagian. Ini selaras dengan banyaknya subbidang ilmu yang terdapat di negara-negara maju. Di mana-mana bahagian dunia pun, setiap bentuk pelancongan pelajar yang diajar pasti akan cuba menyelitkan nilai-nilai murni di dalam pakejnya. Misalnya, kesan memfitnah dan tindakan menghukum secara membuta tuli yang berlaku pada Mahsuri. Edutourism ialah pelancongan berasaskan tarikan semula jadi sesuatu kawasan. Matlamatnya adalah untuk menempuh pengalaman dan mempelajari keunikan flora dan fauna serta budaya yang menjurus kepada pertanggungjawaban ekologi, ekonomi yang mapan, menjana kemakmuran dan pendapatan kepada komuniti setempat. Sekaligus, program-program yang akan diatur oleh guru boleh mengembangkan konsep pelbagai kecerdasan dan kemahiran berfikir. Di sini, sekali lagi kreativiti guru memupuk pendidikan alam sekitar amat diperlukan. Pelancongan ini juga ditakrifkan sebagai satu cara bersiar-siar untuk tujuan pendidikan dan latihan training) di sesuatu kawasan yang mempunyai keunikan alam semula jadinya dan penduduknya pula berbilang bangsa. Banyak program yang boleh diatur bermula dengan program survival sehinggalah santai. Program-program yang boleh diatur oleh guru-guru perlulah bebas dan menyeronokkan, berkisar kepada pelbagai aspek . Aktiviti-aktiviti di bawah topik ini boleh menjangkaui penerokaan taman lautan atau batu karang di Pulau Payar (sekiranya melawat Pulau langkawi) sehinggalah ke Makam Mahsuri dengan dipandu oleh guru-guru yang menterjemahkan sifat-sifat semula jadi serta budaya dalam persekitaran hutan hujan.

D. Info Ringkas
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN
Bentuk muka bumi: Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung. Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang

35

menghijau. Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi. Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi. Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi. Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi. Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya. Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik. Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai. Iklim: Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai. Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski. Pemandangan yang menarik: Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia. Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit. Gua yang menarik + cth gua. Kesan sejarah + cth lokasi. Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai. Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.

Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.


Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing. Ketersampaian - kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi / jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan. Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong. Peranan agensi + (nama agensi + peranan). Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa. Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN . Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat. Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta + Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth. Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong. Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? . Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar. Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth. Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas. Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.

36

Menggalakkan industri kraftangan / desa. Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth. Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai. Kepupusan pokok berharga + cth pokok. Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari. Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan. Kemusnahan kawasan tadahan hujan. Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah. Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku. Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai. Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan. Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai. Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata. Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising. Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PERLANCONGAN


Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth. Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth. Menambah lesen agensi pelancongan. Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth. Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik. Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong. Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha). Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth. Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa. Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana.

37

Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong. Kerjasama serantau.

38

39

Anda mungkin juga menyukai