Anda di halaman 1dari 8

1 Takeru merapati Nodoka yang tampak kesedihan sambil duduk keseorangan di taman berhampiran kantin sekolah.

Dia cuba menegur adik juniornya yang sangat sedih. Mungkin dia mendapat C lagi dalam Sains, bisik hati Takeru. Kenapa diam? Takeru cuba menegur sekaligus memecah kesunyian yang menyelubungi Nodoka sedari tadi. Nodoka mengangkat kepala. Dia memandang wajah Takeru yang kerisauan. Dia hanya menggeleng perlahan. Takeru pula menggeleng-geleng melihat kerenah adik juniornya. Dia mengimbas kembali pertemuannya dengan Nodoka pagi tadi. Ketika itu, Nodoka baru tiba dari sekolah. Nodoka seperti cuba mengelak daripada berjumpa dengannya. Tak ada apa-apa. Saja duduk sini seorang, balas Nodoka sambil berganjak ke tepi di atas bangku batu panjangnya. Duduklah, dia memberi ruang kepada Takeru. Tak apalah, Takeru menolak. Baik adik bagitahu abang kenapa diam saja sejak pagi ini, Takeru umpama mendesak. Kedengaran Nodoka mengeluh kecil. Dia menunduk merenung tanah berdebu di bawah kakinya. Berat mulut rasanya mahu memberitahu masalah yang menimpa. Sebenarnya adik bimbang. Baru malam tadi, adik ada tanya ibu adik, kenapa dia diam sejak dia ambil adik dari sekolah. Nodoka teringat kembali saat dia bertanya kepada ibunya malam tadi. Ibunya menjadi terlalu diam dan banyak termenung sejak dia mengambil Nodoka dari sekolah petang semalam. Seingatnya, baru pertama kali dia menemukan ibunya dengan Takeru sewaktu pulang dari sekolah semalam. Adakah kehadiran Takeru yang membuatkan dia menjadi begitu berat mulut? Kenapa dengan ibu adik? soal Takeru kurang puas hati dengan jawapan Nodoka yang baginya agak tergantung itu. Dia telah memberitahu rahsianya yang terbesar kata ibu begitulah, Nodoka sengaja melambat-lambatkan kata-katanya. Rahsia? Apa rahsia tu? Katanya Nodoka terdiam. Dia masih tidak mahu memberitahu Takeru tentang perkara yang diberitahu ibunya malam tadi. Perlakuannya membuatkan Takeru tertunggu-tunggu.

Nodoka, ayah Nodoka belum meninggal sebenarnya, ibunya, Pn. Eri, meletakkan majalah yang dibacanya di atas meja. Nodoka yang menantikan respon ibunya terkejut dengan jawapan Pn. Eri. Dia sama sekali tidak menyangka ayat itu yang diluahkan Pn. Eri kepadanya. Nodoka mulai serba salah. Dia mula menyalahkan dirinya kerana terlalu celopar tadi. Apa maksud ibu? Nodoka tak faham, Nodoka menginginkan kepastian. Ayah Nodoka masih hidup, dan ibu selalu berjumpa dengannya, suara Pn. Eri mengendur. Maafkan ibu kerana merahsiakan hal ini daripada kamu, Nodoka. Sebenarnya ibu telah berpisah dengan ayah kamu ketika kamu berumur 2 tahun. Ibu tidak mahu kamu menderita seperti ibu. Pn. Eri menunduk seraya mengalirkan air mata jernih. Baru-baru ini, maksud ibu sejak kita berpindah ke sini, ibu telah berjumpa dengannya. Nodoka terangguk-angguk; memahami perasaan ibunya yang baru berjumpa dengan orang tersayang. Jikalau Nodoka menjadi ibu, sudah tentu dia akan mengalami perasaan yang sedemikian rupa. Ibu juga bertemu dengan abang kamu, Nodoka. Ayat terakhir yang terpacul keluar dari mulut Pn. Eri berjaya membulatkan mata Nodoka sebesar mungkin tanda dia terkejut. Nodoka ada abang? Nodoka menyoal lantas memeluk lutut ibunya yang duduk di atas sofa manakala dirinya di atas lantai berkarpet tebal. Ada. Ketika berpisah, ibu bersetuju untuk membiarkan ayah kamu mengambil abang kamu. Dan kini, kami bertemu kembali. Sekarang, abang kamu sudah berumur 17 tahun. Wah, seronoknya! Siapa abang Nodoka? Siapa namanya? Boleh jumpa dia tak? Betul ke ni? Nodoka menyoal bertubi-tubi. Dia benar-benar gembira. Sangkanya dia cuma anak tunggal Pn. Eri dan En. Yamamoto. Dia terus melupakan kesedihan yang membelenggu sanubari ibunya. Baginya, khabar itu agak menggembirakan. Itu lain kali ibu akan bagitahu, Pn. Eri menggoyang-goyangkan jari telunjuknya berulang kali. Sekarang waktu tidur, bukan? Pergi tidur dulu. Apabila sudah tiba masanya, ibu akan bagitahu. Pn. Eri mengelap pipinya yang berbekas air mata.

Betul ke ni? sayup-sayup terdengar suara Takeru menyampuk. Nodoka tersentak. Dia mengangkat kepala dan melihat Takeru yang kehairanan memandangnya. Rupa-rupanya, dalam keadaan sambil mengelamun, dia telah memberitahu segala-galanya tentang perbualannya malam tadi bersama Pn. Eri. Yalah, dan sekarang adik hanya perlu tunggu untuk berjumpa dengan ayah dan abang adik tu. Nodoka bangkit dari duduknya setelah terdengar loceng berbunyi menandakan waktu rehat telahpun tamat. Nodoka dan Takeru berjalan bersama-sama ke kelas masing-masing dengan suasana sepi menemani. Mereka hanya tunduk sambil berjalan. Tiba di suatu tempat, Takeru dan Nodoka saling mengucapkan selamat tinggal. Percaya tak kalau abang kata abang tahu ayah dengan ayah adik tu? sebaris ayat itu jelas kedengaran di telinga Nodoka saat dia mula mengorak ke blok akademi. Nodoka terhenti. Dia berpusing dan memandang Takeru dengan pandangan seperti singa yang mahu memakan mangsanya; penuh tajam dan fokus. Abang jangan main-main. Seriuslah! Abang selalu tipu adik! Hehe, gurau je, Takeru tersengih menampakkan barisan giginya yang kemas. Nampak sangat keterujaan adik tu, usik Takeru. Nodoka mendengus meninggalkan Takeru yang masih tersengih-sengih. Dia berasa malas mahu melayan kerenah Takeru yang suka bercanda. *** Nodoka? Nodoka tersedar. Dia melihat sekelilingnya. Barulah dia sedar, kini dia sedang terbaring di atas katil putih; dia berada di wad hospital. Kepalanya terasa berdenyutdenyut. Tadi Nodoka pengsan. Nodoka okey? Pn. Eri merapati katil Nodoka. Kepalanya berpusing-pusing. Puas Nodoka memerah setiap sel otak memikirkan perkara yang telah berlaku sebenarnya. Dia memicit-micit kepala.

4 Satu-persatu bayangan wajah insan yang disayanginya menerjah fikiran. Ibu, mana abang Takeru? Pn. Eri nampak terkejut dengan soalan Nodoka. Abang Takeru? Nodoka bertambah terpinga-pinga. Terpisat-pisat dia menggosok matanya dengan belakang tapak tangan. Mana abang Takeru? ulangnya. Pn. Eri menunduk, menyembunyikan kesugulan wajahnya. Abang Takeru itu sebenarnya itulah abang kamu, Nodoka, mata Pn. Eri mula ditakungi air mata. Apa? Nodoka terkejut. Ibu tipu, kan? Takkanlah Abang Takeru tu abang Nodoka yang terpisah sejak kecil tu, Nodoka seolah-olah kehilangan kata-kata. Biar betul! Takkanlah Abang Takeru itu abangnya yang terpisah sejak kecil itu. Tak mungkin Tak mungkin! Hatinya memberontak menafikan kata-kata ibunya. Dadanya mula berdebar kencang. Jadi, kalau begitu, mana Abang Takeru? Mana dia? soal Nodoka lagi. Dia mendesak ibunya memberitahu perkara sebenar. Sangkanya, Pn. Eri bergurau lantaran dia baru tersedar dari pengsannya Pn. Eri tidak menjawab, namun hanya menuding ke arah katil di sebelah Nodoka yang serba putih. Perlahan-lahan Nodoka bangun dari baringnya dan berpaling melihat. Siapa tu, ibu? Itukan mayat. Itulah abang kamu, Nodoka. Dia dah meninggal Pn. Eri mengalirkan air mata. Dia menekupkan mulutnya dengan sehelai sapu tangan merah jambu. Tinta jernih mengalir lebat, bergulir di pipi. Bagaikan halilintar menyambar ke bumi, Nodoka tergamam. Dunia dirasakan umpama berhenti berputar sebentar. Tidak sangka itulah jawapan yang dibalas untuk soalannya tadi. Jantungnya berdegup kian kencang. Ah, tidak betul tu!

5 Ibu main-main. Nodoka bermonolog, menenangkan kalbu dan fikirannya yang sudah mula bercangkaliwang. Ibu, bagitahu Nodoka yang Abang Takeru di luar, sedang menunggu Nodoka sedar dari pengsan. Nodoka mendesak ibunya memberitahu perkara yang sebenar. Dia menggoyang-goyangkan bahu ibunya semampu mungkin. Pn. Eri tidak berganjak, sebaliknya terus-menerus menangis. Tak, Nodoka! Itu memang Abang Takeru kamu. Nodoka bungkam. Dia cuba mengimbau kembali insiden yang telah menimpanya sehingga dirinya pengsan tidak sedarkan diri. Baru Nodoka teringat. Waktu itu Takeru dan Nodoka berjalan pulang dari sekolah pada pukul tiga petang. Mereka pulang lewat kerana Takeru ingin menemani Nodoka yang menghadiri kelas violin yang diadakan di sekolah. Kenapa abang tak balik? Tak payahlah menunggu Nodoka sampai tamat kelas. Tak apalah, buat terakhir kali. Lepas ini, entah bila pula abang dapat tunggu Nodoka balik sekolah macam ni. Takeru mengulum senyum manis. Nodoka mencebik. Tapi, nanti kalau balik lambat, mesti ayah abang marah. Nanti, tak pasal-pasal Nodoka jadi subjek nak elak kena marah. Takkanlah, ayah abang tahu. Dont worry about that, Takeru tersenyum lagi. Amboi, sejak bila pula main speaking ni? Tak boleh jadi ni, Nodoka menggenggam buku lima dan menumbuk tangannya yang satu lagi. Nak kenakan oranglah ni. Mentang-mentanglah orang tak pandai speaking macam dia! Saja. Lagipun, abang tak pernah nampak Nodoka marah. Comellah Nodoka ni. Marah comel, sedih comel, tengah tahan marah pun comel, ketawa pun comel. Apa yang agaknya boleh membuatkan Nodoka nampak tak comel? usik Takeru. Ni berjangkit dari abanglah ni. Abang tu yang berpakej lengkap. Nodoka pun terkena tempiasnya. Nodoka akui, sejak dia mengenali Takeru, dia sentiasa berasa selamat dan gembira. Takeru tertawa kecil. Kemudian, dia terdiam. Mereka terus berjalan.

6 Dalam hidup ni cuma ada dua dunia. Takeru memecah kesunyian yang membelenggu mereka sedari tadi. Hidup dan mati. Mati adalah satu-satunya halangan dalam hidup. Takeru terhenti. Dan doa adalah penghubung antara kedua-duanya. Entah kenapa, Nodoka berasa seram sejuk mendengar kata-kata Takeru itu. Dia berpaling memandang wajah bersih Takeru yang menunduk sambil berjalan; meminta sedikit penjelasan. Kenapa pandang macam tu? Tanya Takeru setelah merasai dirinya diperhatikan. Tak ada apa-apa. Tadi abang kata lidah Nodoka dengan sendirinya kelu untuk berkata-kata. Tak ada apa-apa. Mereka terus berjalan. Tiba di lorong rumah Nodoka, tiba-tiba Takeru memberhentikan langkahnya dan mencengkam dada. Wajahnya berpeluh-peluh; seperti orang yang sedang menahan sakit. Dia menjadi lemah lalu rebah ke bumi. Nodoka cemas melihat Takeru ketika itu dan segera pulang ke rumahnya dan memanggil ibu, Pn. Eri. Pn. Eri tiba dengan memandu. Dia dan Nodoka membawa Takeru ke hospital terdekat. Pn. Eri juga turut menghubungi ayah Takeru memaklumkan perihal anaknya yang pengsan di tepi jalan. Nodoka pula duduk di atas bangku di ruang menunggu dengan penuh ketidaksabaran. Kalau diikutkan hati, mahu saja dirempuhnya pintu bilik kecemasan, menolak doktor yang merawat Takeru ketika itu, dan membawa Takeru pergi dari tempat yang berbau kurang enak itu. Seorang doktor lelaki keluar dari bilik di mana Nodoka mula menganggap bilik yang kedua menakutkan dalam senarai bilik paling menakutkan itu. Doktor itu menemui Pn. Eri dan bercakap-cakap dengannya. Kelihatan Pn. Eri menangis semahu-mahunya. Dia terlampau sedih sehingga terduduk di sebelah Nodoka. Nodoka kehairanan. Kenapa, ibu? Abang Takeru kamu tu dia dah meninggal Apa?! Selepas itu, Nodoka dapat merasakan kegelapan menyulami pandangannya.

7 *** Abang Takeru meninggal sebab kanser paru-paru? Pn. Eri mengangguk. Dia kecewa dengan ayah kerana ayah telah lama merahsiakan perihal kamu daripadanya. Dia melepaskan geram dengan merokok. Pn. Eri mengelap matanya. Dia pergi memeriksa tubuhnya apabila suatu hari dia terasa sakit dada. Doktor sendiri mengesahkan yang dia menghidap kanser akibat ketagihan merokok. Dia telah merahsiakan perkara ini daripada ayah, sebab tak mahu buat ayah sedih. Nodoka terkaku mendengar cerita Pn. Eri. Abang Takeru rupa-rupanya abanglah abang Nodoka yang terpisah itu. Nodoka menangis teresak-esak. Dari mana ibu tahu semua ini? Abang Takeru sendiri yang cakap. Nodoka turut mengalirkan air mata. Dia terkilan kerana tidak dapat bergembira dengan abangnya yang terpisah sejak kecil itu. Dia baru sahaja selesai mencongak aktiviti yang mungkin akan dilakukan bersama apabila menemui abang kandungnya nanti. Malangnya, kegembiraan yang dirancang hanya tinggal kenangan; berlalu bersama roh Takeru yang baik hati, pandai, dan susah untuk dicari ganti. Abang Takeru Nodoka mengesat air mata di pipi. Dia menangis sehingga tersedu-sedan. Barulah terlintas di fikiran

Dalam hidup ni cuma ada dua dunia. Hidup dan mati. Mati adalah satu-satunya halangan dalam hidup. Dan doa adalah penghubung antara kedua-duanya.

Mungkin itu bermaksud Takeru ingin Nodoka mendoakan keselamatannya di sana. Nodoka berazam untuk sentiasa mendoakan Takeru sehingga ke akhir hayatnya. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

NUKILAN OLEH; SHIDAH AMIN @ TK SHI 11 OKTOBER 2010

Anda mungkin juga menyukai