Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN MENULIS KARANGAN (Bahagian 1)

Sumbangan EN. NASIR JOHAN


B.A HONS

SMK DP KEDIT BETONG

Penulisan karangan Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan: memilih satu tajuk meyakini tajuk yang dipilih mendefinisikan tajuk dengan tepat memikirkan isi dan subtopik menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan

Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan ringkas tepat padat menarik minat pembaca menggambarkan idea keseluruhan karangan

Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan: berikan penilaian kamu huraikan pendapat bincangkan (umum) terangkan (penerangan) cadangkan (cadangan) ceritakan jawablah surat tuliskan sepucuk surat sediakan satu laporan gambarkan tuliskan komen tuliskan surat permohonan bincangkan tema/isu bahaskan tajuk anda sebagai pembahas pertama dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang sediakan sebuah rencana tentang sediakan syarahan sediakan ucapan tuliskan butir-butir mengapa.. tuliskan sebuah rencana (umum) tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian jelaskan pendapat anda dan sebab..

sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah tuliskan temuramah tuliskan keadaan dan suasana ceritakan pengalaman anda tuliskan ucapan sepenuhnya tuliskan rencana tentang tuliskan wawancara tuliskan laporan tuliskan laporan minit mesyuarat tuliskan pengalaman semasa tuliskan laporan dalam majlis itu gambarkan peristiwa

Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah. Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek: Pendidikan - disiplin - kemasyarakatan - adat resam sesuatu kaum - perindustrian -penyalahgunaan dadah - bencana alam -kejiranan - telekomunikasi -kemiskinan -kesihatan-kebudayaan -jenayah tenaga / kuasa -perkembangan sains dan teknologi -keruntuhan akhlak - pencemaran -peranan belia - gerakan koperasi-kempen-kempen kerajaan - peristiwa-peristiwa bersejarah -peranan akhbar aspek tradisional- peranan media elektronik - permainan rakyat dan soal-soal semasa . Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji para pelajar dari segenap aspek seperti aspek penulisan pemikiran kekemasan kerja ( tanggungjawab) teknik tatabahasa pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan yang dihasilkan. *** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM. Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan adalah 100 markah. iaitu daripada markah keseluruhan kertas.

Perhatian: Guru-guru lain juga dipelawa menyumbangkan bahan untuk membantu pelajar. Bahan-bahan yang dihantar akan dimuatkan jika didapati sesuai. Seboleh-bolehnya biarlah ringkas dan padat. Terima kasih. Ke Menu Utama

Anda mungkin juga menyukai