Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang dihormati Pengacara Majlis Yang Berusaha Puan Thiyya Slyia , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Sitiawan ,Yang Berbahagia Puan Hanisah binti Azhar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Sitiawan, para guru

Sekolah Kebangsaan Sri Sitiawan dan para pelajar yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera . Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sri Sitiawan kerana berbesar hati menjemput saya untuk menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Nilam di sekolah ini . Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia dan izin -Nya dapat kita bersamasama bertemu di majlis yang mulia pada pagi ini. Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian, Tahniah dan syabas kepada Guru Besar sekolah ini kerana telah menganjurkan program pada hari ini. Saya juga berasa amat bertuah ker ana telah dijemput hadir bukan untuk merasmikan majlis penyampaian anugerah nilam malah saya juga mengenali para guru dan pelajar pelajar sekolah Sri Sitiawan . Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian Saya difahamkan bahawa program nilam ini telah dilancarkan sejak awal tahun ini dan mendapat mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar sekolah ini terutama pelajar tahap 2. Saya berasa bersyukur mengetahui perkara ini kerana para pelajar sekolah ini telah berjaya memupuk minat untuk membaca buku. Hal ini kerana dengan membaca buku kita dapat menimba banyak ilmu. Bak kata pepatah melayu membaca jambatan ilmu. Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian Adakah anda semua mengetahui apakah sebe narnya dimaksudkan oleh program nilam ini. Perkataan NILAM itu sendiri mempunyai maksud tersirat. N untuk nadi, I untuk ilmu, A untuk amalan, M untuk membaca. Nilam bermaksud

satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca di

kalangan pelajar. Program ini dijalankan bermula dari Januari hingga September setiap tahun. Matlamat program ini ialah untuk membudayakan amalan membaca di kalangan murid sepanjang hayat. Objektif program Nilam ini ialah untuk menyemai amalan membaca di kalangan murid. Untuk menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif dan inova tif.kita juga dapat menyemai sifat cintakan ilmu ke dalam jiwa murid. Tambahan pula,kita dapat memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid. Di samping itu, kita dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan.Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah dan mewujudkan sudut bacaan di tempat-tempat yang sesuai di kawasan sekolah. Tambahan pula, kita

dapat mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela. Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian Rasional program ini dilancarkan ialah kerana membaca adalah sumber ilmu. Dengan banyak pembacaan akan memperkembang dan membina minda seseorang untuk maju dan berdaya saing . Dengan ini, para pelajar dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan akhlaknya. Tambahan pula, ianya bersesuaian dengan misi negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Saya dengan lafaz bismillahirahmanirahim merasmi kan Majlis Penyampaian Anugerah Nilam peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Sitiawan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai