Anda di halaman 1dari 3

Setup Cybercafe menggunakan OS Windows XP.

Perkara-perkara yang di ambil kira :


-

Plan Layout Perkakasan Peralatan Sambungan Setup sambungan internet Setup File Sharing Pemasangan program utama Pemasangan program lain & games Pemasangan program untuk mengurus penggunaan dan kewangan cybercafe

1) Plan Layout (Kertas Kerja)

Membangunkan sebuah Cyber Cafe

Tujuan :
-

Untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak bank dan sebagainya.

Pengenalan :
-

H.K DIGITAL INFORMATION terletak di sekitar kawasan Bandar Baru Semariang Kuching, Sarawak.

Syarikat ini mempunyai seorang pekerja yang menjaga H.K Digital. Syarikat ini adalah perniagaan jenis melayari internet.

Objektif Syarikat :
-

Syarikat cyber ini ditubuhkan adalah untuk mendidik individu-individu setempat mahir menggunakan komputer dan IT. Selain itu, ia memudahkan pelajar yang berhampiran membuat dan mencari kerja mereka dengan menggunakan computer.

Justeru dengan penggunaan IT masyarakat setempat dapat meluaskan pemikiran tentang dunia IT.

Antara kebaikan wujudnya H.K Digital adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan memiliki komputer melayari internet dan memperolehi maklumat. Kami juga ingin mewujudkan persaingan secara sihat antara sebuah cyber cafe yang terdapat di sini. Dengan ini perniagaan akan bertambah maju dengan adanya persaingan.

Selain itu, masyarakat setempat juga akan mahir dalam bidang IT dan mahir juga dalam penggunaan computer.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya H.K Digital di Bandar Baru Semariang, ini akan menarik perhatian minat para pelajar dan masyarakat setempat untuk melayari internet serta menggunakan computer, dengan ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan lebih luas tentang dunia luar.

2) Perkakasan
-

6 buah PC yang telah siap dan sedang beroperasi dengan baik

3) Peralatan
-

Switch Hub DSL Modem Wireless AP Kabel LAN Printer

4) Sambungan
-

Buat kabel network. Sambungkan setiap kabel ke PC dan Switch Hub. Sambung Modem DSL ke PC 1 (PC1 mesti mempunyai 2 network kad). Wireless AP disambung kemudian (jika perlu).

5) Setup sambungan Internet


-

Untuk membuat sambungan internet, sila guna PC1 untuk setup dan sambungkan dengan jaringan internet.

PC2 sehingga PC6 boleh share internet mealui PC1.

6) Setup File Sharing


-

Gunakan Wizard untuk membolehkan semua PC bersambung dalam LAN. Pasang IPX Protocol.

7) Pemasangan program utama


-

Untuk pemasangan program utama, pasang program MagicISO + Virtual Drive dalam semua PC.

Pasang program DeepFreeze dalam semua PC.

8) Pemasangan program lain dan games


-

Gunakan DeepFreeze dan MagicISO untuk pemasangan program tersebut.

9) Pemasangan Program untuk mengurus penggunaan dan kewangan Cybercafe


-

CyberCafe Pro merupakan program yang digunakan untuk mengurus penggunaan dan kewangan program.

Anda mungkin juga menyukai