Anda di halaman 1dari 2

1.

Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Pengurusan Kelas 1.1 Murid Menurut., individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang mereka yang berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, pandangan, perasaan dan pembawaan. Menurut Marcelle, DuPraw dan Axner, corak asas budaya terbahagi kepada enam yang dapat memberikan implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap pengurusan kelas. Pertama ialah berbeza dalam gaya komunikasi. Gaya komunikasi merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal. Murid-murid yang berlainan latar budaya, malah dalam budaya yang sama boleh mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza. Contohnya, murid yang berbangsa Melayu yang berasal dari utara bersuara lantang dan bernada tinggi semasa berbual dengan murid-murid lain adalah diterima. Justeru, murid-murid dalam sesebuah kelas membawa gaya komunikasi yang berbeza di dalam bilik darjah. Pemahaman akan kelainan terhadap pelbagai budaya ini perlu disedari agar dapat menghindari sebarang masalah antara individu yang berpunca daripada salah faham gaya komunikasi. Kedua, berbeza sikap terhadap konflik. Murid-murid yang terdidik dalam keluarga yang mengamalkan perbincangan akan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi masalah konflik iaitu pendangan yang berbeza di dalam kelas semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Penyelesaian dalam bentuk berbincang secara bersemuka adalah bersesuaian bagi murid-murid seperti ini. Ini boleh

menimbulkan sifat kerjasama bagi memupuk perpaduan di kalangan murid. Ketiga, berbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugasan. Setiap budaya mempunyai cara atau gaya tersendiri dalam pendekatan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Antara faktor yang mempengaruhi termasuklah akses kepada bahan sumber, pandangan terhadap ganjaran yang akan diterima setelah selesai tugasan, pandangan terhadap kepentingan masa, pandangan terhadap hubungan kerjasama dalam pasukan dan perkaitannya dengan penyediaan tugasan. Justeru, terdapat murid yang terus berusaha menyiapkan tugasan tanpa mengambil kira hubungan dengan murid-murid lain, terdapat murid yang mendapatkan bahan sumber rujukan dan berkongsi hanya dengan kelompok yang rapat dan terdapat juga murid yang bersungguh-sungguh dalam tugasan sekiranya ada ganjaran markah atau hadiah lain. Begitu juga sebaliknya, terdapat murid yang berlengah-lengah dalam menyiapkan tugasan.

Anda mungkin juga menyukai