Anda di halaman 1dari 6

10.

3 Rencana berkaitan Isu Pendidikan

Konsep Disiplin dan Menyelesai Punca Masalah Disiplin Pelajar Oleh: Nur Ezzati Binti Norizan 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin, Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk -tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita -berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah marcapada ini kian serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata -mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus

melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Persoalannya, mampukah masalah disiplin pelajar ini dibanteras demi mencapai Wawasan 2020? Disiplin merupakan peraturan atau undang -undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama, norma -norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu, sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial (peraturan), bergaduh, membuli, vandalisme, gengsterisme dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut Kamus Oxford Advanced Learners, disiplin didefinisikan sebagai is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not. Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd. (1995), mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan peraturan yang ditetapkan. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1989) mendefinisikan disiplin sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekir anya ini berlaku

sebaliknya hukuman atau denda dikenakan. Mengikut Barbara An Kipler, Ph.D dalam Rogers 21 st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah latihan dan dendaan (training and punishment). Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong berkata, berdasarkan rekod kementerian, 111,484 pelajar terbabit dalam salah laku disiplin, iaitu 72,557 atau 65.08 peratus membabitkan pelajar sekolah menengah, manakala 38,927 atau 34.92 peratus adalah murid sekolah rendah. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 17,959 atau 0.32 peratus terbabit dalam jenayah, ponteng sekolah (19,545 kes), kelakuan kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vandalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). Justeru itu, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekali gus kerajaan? Institusi keluargalah bermulanya peranan ibu bapa mencorak kehidupan anak anak yang dilahirkan bagai kain putih. Bak kata pepatah, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Guru yang pertama bagi seorang insane adalah ibu bapa dan keluarganya sendiri. Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih bersikap materialistik dan mementingkan diri sendiri sehingga alpa tentang tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibu bapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi -jadi. Keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar menjaja h minda pelajar sehingga mereka melakukan tindakan di luar kawalan. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan suatu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Contohnya, datang ke sekolah dengan fesyen dan gaya rambut yang pelbagai, menubuhkan kumpulan mereka yang tersendiri,

membawa bahan-bahan lucah ke sekolah dan banyak lagi (Azizan Bahari, 2003). Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar yang kian menjadi-jadi seperti pisang goreng. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menumbulkan masalah disiplin sama ada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya, menghisap rokok, menyalahgunakan dadah, ponteng kelas dan sebagainya (Ibrahim Mamat, 1997). Kebanyakan pelajar melakukan semua itu supaya mereka diterima di dalam kumpulan yang sengaja diwujudkan oleh pelajar -pelajar bermasalah ini. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Pada suatu ketika, rotan menjadi alat bantuan mengajar paling berkesan berbanding segala alat bantuan mengajar yang lain. Di kebanyakan sekolah, guru yang paling ditakuti ialah guru disiplin. Malah tidak keterlaluan dikatakan jawatan panas ini adalah jawatan yang paling tidak digemari oleh pelajar. Apabila kita terlalu menekankan hukuman sebagai alat penawar untuk masalah disiplin dalam kalangan pelajar, kita seolah -olah mengambil jalan pendek untuk mengatasi masalah ini. Adakah dengan merotan, emosi seseorang pelajar ini boleh terkawal atau semakin memberontak? Lebih ekstrem lagi adakah dengan membuang sekolah, seseorang pelajar itu aka n menjadi insaf atau menjadi penjenayah pada masa depan lantaran masa depannya yang kelam, penuh kemarahan dan dendam? Pendidikan ialah tugas mendidik untuk memberi makna pandangan hidup sebenar kepada seseorang manusia untuk menjadi insan yang sejati. Malah pendidikan juga berfungsi untuk membentuk akhlak manusia. Menurut Prof. Dr. Mohd Nasir Omar dalam bukunya yang bertajuk Akhlak dan Kaunseling dalam Islam mendefinisikan akhlak ialah tabiat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang. Menurut beliau lagi y ang mengutip definisi Ibn Miskawayh di dalam kitabnya Falsafatuhu al-Akhlaqiyya wa Masadiruha, Ibn Miskawayh mendefinisikan akhlak sebagai:

Akhlak merupakan suatu hal atau situasi kejiwaan yang mendorong seseorang insane melakukan sesuatu perbuatan dengan senang tanpa berfikir dan perencanaan yang rapi. Hal ini terbahagi kepada dua jenis iaitu satunya bersifat tabii seperti takut kepada sesuatu, mudah ketawa, mudah menangis dan hiba. Satu lagi jenis akhlak ialah situasi kejiwaan yang diperolehi seseorang melalui adat kebiasaan atau disiplin diri. Akhlak ini mungkin pada peringkat permulaan bermula dengan pemikiran dan diliberalisasi seseorang tetapi kelamaan dan dengan sokongan amalan yang konsisten, ia akan berubah menjadi tabiat dan akhlak seseorang . Daripada definisi akhlak yang diutarakan oleh Ibn Miskawayh ini, sistem pendidikan perlu menekankan soal pembentukan akhlak. Akhlak bukan perkara yang dipaksa-paksa, ia adalah kebiasaan diri. Guru turut memainkan peranan dalam mengatasi masalah disipl in ini. Guru perlu menguruskan bilik darjahnya supaya pelajar tidak bosan di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Guru juga perlu menggunakan pelbagai kaedah ketika mengajar. Menurut Mok Soon Sang (1991), tujuan menggunakan berbagai -bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya dapat mencapai objektif pengajaran guru. Mengikut Shahabudin Hashim et. al (1964), guru juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menjalankan pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlu bersikap demokratik dan sedar tugas mengawal disiplin pelajar adalah tugas semua guru lebih -lebih lagi yang melibatkan waktu pengajaran guru. Penghargaan dan pujian perlu dibe ri kepada pelajar yang berkelakuan baik di samping memupuk nilai -nilai murni dalam kalangan murid. Murid yang mempunyai masalah peribadi perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak menimbulkan masalah disiplin (Abd. Ghafar Mad Din, 2003). Tugas untuk mendisiplinkan pelajar bukan hanya terletak di bahu guru guru, staf dan pentadbir sekolah, namun ibu bapa juga turut memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak -anak supaya menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan seterusnya berkembang m enjadi insan yang sejati.

Disiplin dalam diri pelajar boleh dibentuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Malah, ibu bapa turut menjadi role model kepada anak-anak kerana setiap perbuatan atau perkara yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi teladan atau jejak langkah anak -anak. Pepatah Melayu ada mengatakan, benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika di campak ke laut menjadi pulau. Justeru itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan yang b aik kepada anak-anak agar mereka menjadi seorang insan yang berguna pada masa kelak. Selain itu, ibu bapa juga perlu selalu merujuk kepada pihak sekolah dalam hal disiplin anak anak. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam mesyuarat dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini supaya ibu bapa dan guru dapat berbincang tentang masalah anak -anak dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin. Ibu bapa haruslah menunjukan sikap yang prihatin, bertanggungjawab dan me ngambil berat tentang keperluan anak-anak supaya mereka akan sentiasa rasa dihargai. Didikan agama yang teguh, penerapan nilai murni dan komunikasi interpersonal yang baik mampu menghindari anak -anak daripada terjebak ke dalam kancah kegiatan moral yang bo leh merosakkan diri mereka sendiri. Tambahan pula, sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu disemai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan disemarakkan oleh masyarakat. Jelaslah masalah disiplin pelajar ini hanya akan dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing -masing. Apabila berlaku masalah ini, kita tidak boleh menuding jari menyalahkan mana -mana pihak. Sebaliknya, ibu bapa, guru dan masyara kat perlu saling bekerjasama membantu mengurangkan masalah ini. Masyarakat boleh menjadi mata dan telinga dalam menyelesaikan masalah ini untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan tenteram. Kita harus sedar bahawa generasi muda inilah bakal peneraju mercu kepimpinan tanah air. Cuba fikirkanlah apa yang terjadi kepada negara kita yang tercinta ini jika mereka bijak tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak akhlaknya menjadi pemimpin. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Sama ada sakit jiwa,

sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang jatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan,

Anda mungkin juga menyukai