Anda di halaman 1dari 30

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana
pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah
mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori
pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaran
behaviorisme, sosial dan kognitif.

Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teori
pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori
pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Bab ini menjelaskan tentang teori-
teori ini dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Diharapkan para guru dapat membuat refleksi tentang pendekatan pengajaran mereka
dan mengaitkannya dengan teori-teori pembelajaran yang berkenaan. Bab ini bukan
sahaja berguna untuk guru, tetapi juga untuk pelajar untuk mengetahui cara
pembelajaran sendiri yang efektif.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif;
2. menjelaskan teori-teori pembelajaran Gagne, Ausubel, Bruner dan konstruktivisme;
dan
3. menerangkan pembelajaran langsung, koperatif dan masteri.

6.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Adakah anda pernah memberi hadiah (seperti coklat atau buku) kepada diri
anda atau anak anda apabila anda atau dia mencapai sesuatu (seperti
mendapat A dalam peperiksaan)?

Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses
pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk
membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya
adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku
manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang
kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat

120 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan
tentang apa yang sedang difikirkan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah
ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike
dan Skinner.

6.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.
Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru
atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah,
iaitu apabila guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan
memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah
rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku


akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku
melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat
rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov
terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu (a) sebelum
pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman. Hasil eksperimen Pavlov
dapat dirumuskan dalam Jadual 6.1.

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan


melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah
(a) generalisasi, (b)diskriminasi dan (c) penghapusan.

(a) Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang
sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi
risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran
(kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

OUM 121
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Jadual 4.1: Eksperimen Pavlov

(b) Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing,
didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja,
tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi
risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata
pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.
(c) Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan
rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak
akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan
terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan. Jadual 6.2 menunjukkan rumusan
dapatan kajian Pavlov.

122 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Jadual 6.2: Rumusan Dapatan Kajian Pavlov

6.1.2 Teori Pelaziman Klasik Watson

Selain Ivan Pavlov, John B. Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang
menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku
dalam proses pembelajaran. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan
bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Beliau telah menjalankan
kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert,
yang berumur 11bulan.

Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak-kanak tersebut seekor tikus
putih. Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada
tikus tersebut, tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan
kemunculan tikus tersebut, kanak-kanak tersebut menjadi takut dan menangis.
Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasan takut kanak-kanak
tersebut pada tikus putih.

OUM 123
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Berdasarkan penyelidikannya ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh


mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan
yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan
menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan
pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih
rangsangan yang menyeronokkan.

6.1.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike

E. L. Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep


“pelaziman operan”. Beliau menjalankan kajiannya ke atas haiwan seperti kucing,
ayam, anjing dan monyet. Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang dimasukkan
ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau
mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari
sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “cuba jaya”. Melalui
pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi; dan apabila
terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk
mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali lagi
kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar
tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba
jaya dan pengulangan.

Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil


daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak
balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum
tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini
dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu (a) Hukum Kesediaan, (b) Hukum Latihan dan
(c) Hukum Kesan.

(a) Hukum Kesediaan


Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak
melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa
melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya,
hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada,
sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek
yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.
(b) Hukum Latihan
Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah
kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran
jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya,
dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa
sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa
pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

124 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Rajah 6.1: Hukum pembelajaran Thorndike

(c) Hukum Kesan


Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan
persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat
dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak
balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang
meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen
Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar,
kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar
dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang,
tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.
Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru
bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk
merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang
boleh digunakan oleh guru ialah:

• Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang


menyeronokkan.
• Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
• Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
• Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar.
• Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek
kognitif, fizikal dan afektif.

OUM 125
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Anda perlu mengajar kepada pelajar anda teori behaviorisme. Bagaimanakah


akan anda gunakan tiga hukum Thorndike untuk mengajar teori ini?

(i) Hukum kesediaan


(ii) Hukum latihan
(iii) Hukum kesan

6.1.4 Teori Pelaziman Operan Skinner

B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus
diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks
daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana
tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan
dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam
teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak
diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Rajah 6.2: B. F. Skinner

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak
individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner
membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif.

126 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif,
peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.
(a) Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan
dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan
sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar,
memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan
positif.

Jadual 6.3: Peneguhan Positif

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku


Masa Hadapan
Pelajar kemukakan Guru memuji Pelajar kemukakan lebih banyak
soalan dengan baik pelajar soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja
yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya
tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas
ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif)
yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c)
memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang
spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

(b) Peneguhan Negatif


Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa
memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh
kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja
sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan
yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual 6.4 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan
negatif.

Jadual 6.4: Peneguhan Negatif

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku


Masa Hadapan
Pelajar tidak Guru menegur pelajar Pelajar akan
menyiapkan tugasan menyiapkan tugasan
tepat pada waktunya yang seterusnya tepat
pada waktunya

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah 6.5 menunjukkan jadual
peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual
peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala
berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.

OUM 127
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Jadual 6.5: Jadual Peneguhan

Peneguhan Maksud Contoh Bentuk Gerak Tindakan apabila


Balas peneguhan
diberhentikan

Peneguhan Peneguhan diberi Menonton Cepat memberi Kurang ketekunan dan


berterusan. selepas setiap televisyen kesan. kehilangan tindak balas
gerak balas. dengan cepat.

Peneguhan Peneguhan diberi Kuiz Tahap gerak balas Menunjukkan sedikit


berkala tetap selepas satu mingguan meningkat apabila ketekunan dan penurunan
(fixed-interval) jangka masa diberi peneguhan pada kadar yang pantas
yang ditetapkan. tetapi menurun dalam gerak balas
selepas peneguhan apabila masa peneguhan
diberikan. berlalu.

Peneguhan Peneguhan Pop kuiz Pelajar akan lambat Ketekunan masih tinggi
berkala selepas jangka memberi gerak balas; dan kadar penurunan
berubah masa berubah- berhenti seketika gerak balas yang
(variable- ubah. selepas peneguhan. perlahan.
interval)

Peneguhan Peneguhan Kerja yang Cepat memberi gerak Tiada nilai peneguhan
berkala selepas bilangan dibayar balas; berhenti dimana peneguhan hilang
nisbah tetap set gerak balas mengikut seketika selepas nilainya bila kerap
(fixed-ratio) yang telah kadar. peneguhan. diberikan peneguhan
ditetapkan. yang sama.

Peneguhan Peneguhan Mesin yang Gerak balas yang Kekal tinggi.


berkala selepas mengeluarkan sangat tinggi dan
nisbah beberapa tiket dengan masih menunjukkan
berubah bilangan gerak- memasukkan gerak balas walaupun
(variable balas yang wang ke peneguhan tidak
ratio) berubah-ubah. dalamnya. diberikan.

(c) Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif
yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan.

Jadual 6.6: Dendaan

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku


Masa Hadapan
Pelajar membuat bising Gurumemberi amaran Pelajar berhenti membuat
dalam kelas kepada pelajar bising dalam kelas

128 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan
(jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).
• Dendaan Persembahan
Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu
rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar
tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan
pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan.
• Dendaan Penyingkiran
Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran
rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila
seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan
penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam
tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik.
Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira.
Antaranya ialah:
• Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan.
• Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum.
• Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai
balasan perlakuannya.
• Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan
yang dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang
sama.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi
yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang
keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara
berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa
rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.
(d) Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan
aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan
kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran
ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti
yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer
akan diadakan.
(e) Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
• Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
• Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
• Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak
datang dengan serta merta.

OUM 129
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Aplikasi Teori Skinner dalam Bilik Darjah

Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran dalam


bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

• Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang
diingini hendaklah secara bersistematik.
• Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran
mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
• Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia
mungkin akan dianggap sebagai hukuman.
• Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk
pelaziman.
• Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-
ulang.

Sediakan maklumat berikut untuk 4 jenis teori behaviorisme.

Pavlov Watson Thorndike Skinner

Ciri-ciri

Contoh

Persamaan

Perbezaan

Latihan 6.1

Huraikan beserta contoh cara guru melaksanakan peneguhan positif


dan negatif dalam kelas.

130 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

6.2 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986,
1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai “Teori kognitif
sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa
faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran
(Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya;
sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian
ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.

Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya
membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan
peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa
dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh
persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang
boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh-
mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura,
Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

Albert Bandura (1925-) adalah seorang profesor psikologi di Universiti Stanford dan beliau
telah mengemukakan “Model Determinisme Timbal Balik” (reciprocal determinism model)
dan “Teori Pembelajaran Peniruan”.

Rajah 6.3: Albert Bandura

(a) Model Determinisme Timbal Balik


Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga faktor
utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran (lihat Rajah 6.4). Faktor-faktor
tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat
bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri (kognisi)
dan persekitaran.

OUM 131
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Rajah 4.4: Model Determinisme Timbal Balik


Sumber: Santrock, 2001 Educational Psychology, ms 256

(b) Teori Pembelajaran Peniruan


Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-
kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk
dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit-
jerit ‘sockeroo’. Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika.
Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo
di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan aksi-
aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi. Mengikut
Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan
menjadi model kepada si peniru.
Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan boleh dilakukan:
• Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.
Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat kapal terbang menggunakan kertas
dan pelajar meniru secara langsung.
• Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan
bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut
bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan
memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam
keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi
tersebut.
• Proses tiruan melalui elisitasi timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.
Contohnya, kita melihat jiran kita masak mee untuk berbuka puasa, lalu timbul
keinginan dalam diri kita untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginan
kita untuk meniru timbul setelah melihat jiran melakukan perlakuan tersebut.
Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan,
pengeluaran dan motivasi.

132 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

• Pemerhatian, iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula


dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang
dilaksanakan oleh model tersebut.
• Penyimpanan, iaitu langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan
oleh pelajar.
• Pengeluaran, iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai.
• Motivasi, iaitu sekiranya tingkah laku yang diperlihatkan menerima peneguhan
(motivasi) daripada orang lain, peniruan akan diulangi.

(Rujukan: http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html)

Latihan 6.2

Huraikan beserta contoh langkah-langkah dalam proses peniruan.

6.3 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF


Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif
untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kajian ahli
psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya.
Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan
perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologi
kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran
dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998).

Anderson et al. (dalam Woolfolk, 1998) menyatakan bahawa:

“Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose,


practice, pay attention, ignore, reflect and make many other decisions as they pursue
goals. Older cognitive views emphasized the acquisition of knowledge, but newer ap-
proaches stress its construction”.

Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar,
merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan
pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis
maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan.
Untuk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih mendalam, bahagian
berikut menjelaskan tentang psikologi gestalt, eksperimen Kohler dan model pemprosesan
maklumat.

Ahli-ahli psikologi kognitif yang terdahulu termasuklah Max Wertheimer, Kurt Koffka dan
Wolfgang Kohler (dikenali juga sebagai ahli psikologi Gestalt). Kohler, dalam kajiannya ke
atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah menemui pembelajaran melalui “celik akal” (insight).

OUM 133
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Oleh itu, pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali sebagai Teori
Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson, 1995). Ahli psikologi kognitif yang lain, seperti
Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent, iaitu pembelajaran berlaku tanpa
peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert
Gagne.

Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental
penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne
melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat.
Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner
mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

6.3.1 Teori Pembelajaran Gestalt

Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif.
Psikologi gestalt telah diasaskan di Jerman. Perkataan “gestalt” adalah perkataan dalam
bahasa Jerman yang bermaksud “pola” (pattern atau configuration). Tetapi, fahaman gestalt
lebih mendalam daripada kata-kata tersebut. Ahli-ahli gestalt berpendapat, dalam mengkaji
subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada
personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a whole). Teori gestalt
dirumuskan sebagai “the whole is greater than the sum of its parts”.

Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi
(Sultan) telah mengemukakan konsep ‘celik akal’ (insight). Celik akal bermaksud
penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun,
individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan
yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas.

Dalam kajiannya, Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi bernama Sultan yang lapar dalam
sebuah sangkar. Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang
panjangnya berbeza-beza. Sultan cuba mendapatkan pisang beberapa kali dengan
menggunakan buluh tersebut, tetapi gagal. Sultan duduk berdiam diri seketika, mengamati
buluh-buluh dan memikirkan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalahnya.Tiba-tiba
dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang dikenali sebagai celik akal. Dia
mengambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapat buluh panjang dan
seterusnya menggunakannya untuk mengambil pisang.

Rajah 6.5: Celik akal – tercetusnya idea atau penyelesaian

134 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Pernahkah anda berfikir bagaimana maklumat yang anda terima


umpamanya dari membaca bab ini diproses oleh otak anda?

Kohler, Koffka dan Wertheimer telah menubuhkan psikologi gestalt. Ahli-ahli psikologi gestalt,
seperti Kohler, Koffka dan Wertheimer, banyak memperkatakan tentang persepsi dan
pembentukan konsep. Mereka telah mengemukakan prinsip yang berkaitan dengan organisasi
persepsi dan penanggapan manusia. Walaupun fahaman gestalt ini telah berkubur, tetapi
kebanyakan idea yang telah dikemukakannya telah diguna pakai dan dikembangkan oleh
aliran psikologi kognitif dan aliran psikologi humanistik.

6.3.2 Model Pemprosesan Maklumat

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima
maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Model
memproses maklumat sama seperti model komputer (Lihat Rajah 6.6), iaitu terdiri daripada
ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/
working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory).

(a) Ingatan Deria


Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa
simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ia
akan hilang serta merta.
(b) Ingatan Jangka Pendek
Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara
5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke
stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Salah satu cara untuk menyimpan maklumat
baru ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaran-
pembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya soalan tentang fakta yang telah diterangkan;
selepas pelajar respon, ulang semula penerangan.
(c) Ingatan Jangka Panjang
Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama,
iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Ingatan jangka panjang,
dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada 3, iaitu ingatan episodik, semantik dan
prosedural:
• Ingatan episodik
Ingatan episodic adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang
hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa “jatuh
basikal”.
• Ingatan semantik
Ingatan semantik adalah ingatan tentang “makna”, iaitu menyimpan konsep, fakta,
hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna “semantik”.

OUM 135
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

• Ingatan prosedural
Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu,
terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya, mengingat
bagaimana menaiki basikal, sekiranya anda telah lama tidak menaiki basikal.

Rajah 6.6: Model memproses maklumat


Sumber: Atkinson & Shiffrin, 1968; Gagne, 1985

Perbezaan antara ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang ditunjukkan
dalam Jadual 6.7.

Jadual 6.7: Perbezaan antara Tiga Tahap Ingatan

Ciri Ingatan Deria Ingatan Jangkaan Ingatan Jangka


Pendek Panjang
Kemasukan Pra-perhatian Perlukan perhatian Perlukan pengulangan
maklumat
Pengekalan Tidak boleh Perhatian berterusan/ Ulangan/ Latih-tubi/
maklumat ulangan Penyusunan
Kapasiti Besar Kecil Tiada had
Kehilangan Tidak digunakan - Gangguan - Mungkin tiada
maklumat - Terlalu banyak - Gangguan
- Usang - Usang
Lama ingatan 1 hingga 3 saat 5 hingga 20 saat Beberapa minit hingga
beberapa tahun
Mengingat Automatik Perlu proses mencari
semula

136 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Latihan 6.3

1. Terangkan pendapat ahli psikologi kognitif tentang pembelajaran.


2. Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan ingatan episodik dan
ingatan semantik.

6.3.3 Teori Pembelajaran Gagne

Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan seorang ahli psikologi
eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah
terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis
kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis
tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak
daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan
dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 6.7.

Rajah 6.7: Peringkat pembelajaran Gagne

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

(a) Pembelajaran Isyarat


Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila
seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah
dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka
diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru

OUM 137
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, “Selamat
sejahtera, cikgu!”. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku
tersebut.
(b) Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan
gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas
yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat
80%. Ibunya memberi pujian, “Bagus, Ali pandai !”. Ali akan mengulang tingkah laku itu
lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.
(c) Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti
permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri
tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
(d) Pembelajaran Pertalian Bahasa
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk
mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian
berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.
(e) Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk
memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang
sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding
maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang
berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.
Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini
memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka
panjang.
(f) Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu
mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep
yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan
peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya
dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
(g) Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip
dan generalisasi.
(h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan
hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa
langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,
membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.
Gagne (1974, 1977) dan Gagne dan Briggs (1979) telah mengemukakan satu model
pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat, di mana lapan
fasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin,1997). Fasa-fasa
pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam Rajah 6.8.

138 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Rajah 6.8: Fasa pembelajaran dan pengajaran Gagne

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran


dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

• Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada


yang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu
kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran
asas yang perlu untuk pelajaran baru.
• Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang
pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa
pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

OUM 139
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Latihan 6.4

Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu


dengan menggunakan prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne.

6.3.4 Teori Pembelajaran Ausubel

David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia
memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada
pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel
juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk
pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep
Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai
pembelajaran bermakna.

(a) Model Pembelajaran Ekspositori


Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan
penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan
dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran
sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau
daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
(b) Penyusunan Awal
Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk
menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal
berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah
memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan
struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan
pada hari tersebut.
Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang
perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal
juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi
terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang
apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan
dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan
yang telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan
memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
• Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan)
atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.

140 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

• Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar


mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep
baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting
dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Latihan 6.5

Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu


dengan menggunakan prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel.

6.3.5 Teori Pembelajaran Bruner

Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi
yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental
manusia terbahagi kepada 3 tahap:

• Peringkat enaktif (0-2 tahun)


• Peringkat ikonik (2-4 tahun)
• Peringkat simbolik (5-7 tahun)

Rajah 4.9: Jerome S. Bruner

(a) Peringkat Enaktif


Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik
perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk
menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai
berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang
untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba
meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.
(b) Peringkat Ikonik
Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu
dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya

OUM 141
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”.
Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas
sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.
(c) Peringkat Simbolik
Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti
perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya
penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu
yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.

Adakah tahap perkembangan Bruner sama atau berlainan dari


peringkat perkembangan Piaget? Apakah persamaan dan
perbezaannya?

Pembelajaran Penemuan Bruner

Bruner telah mengemukakan pembelajaran penemuan. Dalam pembelajaran ini, pelajar


diperkenalkan dengan satu fenomena. Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian
luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya. Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar
dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.

Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti buku-buku di


perpustakaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru, membuat
pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut
dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.

Latihan 6.6

Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu


dengan menggunakan teori pembelajaran Bruner.

6.3.6 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A Contemporary
Approach (ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme (constructivism) ialah

“Constructivism is an approach to learning in which learners are provided the


opportunity to construct their own sense of what is being learned by building
internal connections or relationships among the ideas and facts being taught.”

Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan


pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman
terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam
minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga
dikenali sebagai fahaman “binaan”.

142 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology,


“Constructivist perspectives – View that emphasizes the active role of the learner in
building understanding and making sense of information.” Dari kenyataan-kenyataan
ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu
memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau
pengetahuan yang dipelajari.

Sejarah Pendekatan Konstruktivisme

Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah
digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif
dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista
Vico, mengatakan … “one only knows something if one can explain it” (Yager, 1999).

Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima
maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya
dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya
dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek,
1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky,
ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey.

Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan


“belajar dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar
berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey
mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita
menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif
dalam karya terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978)
dalam “Mind in Society” yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam
perkembangan minda kanak-kanak.

Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks
telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah
dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah
dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner.
Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran
sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme.

Pembelajaran dan Pengajaran Konstruktivisme

Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh dilaksana


dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:

• Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.


• Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
• Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka.
• Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.

OUM 143
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

• Menyediakan aktiviti-akativiti berbentuk “hands on” dan “minds on”.


• Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
• Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
• Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
• Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.
• Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
• Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan peljar-pelajar lain.
• Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
• Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

(Ramlah & Mahani, 2002)

Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajaran-pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-
ahli psikologi dan teori-teori ini boleh digunakan oleh guru-guru dalam membantu proses
pengajaran-pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, guru-guru perlulah memahami
pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan berdasarkan teori-teori pengajaran-
pembelajaran yang ada.

Latihan 6.7

Dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme, guru perlu


menggalakkan pelajar supaya aktif. Terangkan ciri-ciri guru yang
mengamalkan konstruktivisme.

Sila lawat laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai teori-teori pembelajaran:

www.funderstanding.com/about_learning.htm
http://tip.psychology.org/theories.html

Lakarkan sebuah peta minda untuk semua teori pembelajaran. Carikan


kelebihan dan kelemahan setiap teori.

144 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

6.4 PENDEKATAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN


Bahagian ini menjelaskan tiga pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan
dalam bilik darjah. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah:

Rajah 6.10: Pendekatan pengajaran-pembelajaran

Anda perlu mengajar sebuah kelas darjah lima mengenai proses


fotosintesis di mana pokok menggunakan klorofil untuk membuat
makanannya. Bagaimanakah akan anda mengajar topik ini? Apakah
pelan pengajaran anda?

6.4.1 Pengajaran Langsung

Pengajaran langsung ( direct instruction) ialah pendekatan pengajaran yang


berorientasikan matlamat (goal-oriented) dan distrukturkan oleh guru (Slavin, 1997).
Ada masanya cara yang paling efektif dan efisien dalam menyampaikan maklumat,
konsep dan kemahiran ialah melalui cara langsung. Pendekatan ini sesuai sekiranya
setiap pelajar perlu menguasai maklumat dan kemahiran tertentu. Ia tidak sesuai
sekiranya pembelajaran memerlukan aktiviti penyiasatan dan penemuan. Langkah-
langkah dalam pengajaran langsung ialah seperti berikut:

• Guru memberitahu objektif pembelajaran dan orientasikan pelajar ke arah pembelajaran


dengan memberitahu apa yang akan mereka pelajari, nyatakan hasil pembelajaran yang
dikehendaki dan timbulkan minat mereka dengan menyatakan faedah pembelajaran
tersebut kepada pelajar.
• Guru meninjau prasyarat (preview prerequisites) yang diperlukan untuk memahami tajuk
yang hendak diajar. Guru perlu membuat ulang kaji sekiranya konsep dan kemahiran
asas prasyarat belum dikuasai pelajar.
• Guru membentangkan bahan baru, yang merupakan pengajaran sebenar di mana guru
mengajar, membentang maklumat, memberi contoh, membuat demonstrasi dan
sebagainya.
• Guru melaksana penyoalan penyiasatan (learning probes), iaitu menyoal pelajar untuk
mendapat maklum balas tentang tahap kefahaman, dan membetulkan kesalahfahaman
konsep (misconceptions), jika ada.

OUM 145
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

• Guru memberi peluang kepada pelajar mempraktis sendiri kemahiran dan konsep yang
baru diperoleh. Guru perlu membantu pelajar, sekiranya mereka menghadapi masalah.
• Guru meninjau perlakuan pelajar dalam praktis kemahiran baru dengan memberi latihan
atau kuiz. Guru memberi maklum balas dan jawapan yang betul serta mengajar semula
konsep dan kemahiran jika perlu.
• Guru memberi peluang pelajar praktis konsep dan kemahiran baru dengan memberi
latihan di rumah atau latihan tambahan.
(Slavin, 1997;ms 23)

Latihan 6.7

Dalam pendekatan pengajaran langsung, guru merancang dan


berperanan penting dalam pengajaran. Berikan beberapa kebaikan dan
kelemahan pendekatan pengajaran ini.

6.4.2 Pembelajaran Koperatif

Vygotsky (1896-1943) menjelaskan pembelajaran koperatif sebagai “… group learning


activity organized on the socially structured exchange of information between learners
in group and in which each learner is held accountable for his or her own learning and
is motivated to increase the learning of others.”

Koperatif bererti bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama. Pembelajaran


koperatif pula ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya
pelajar bekerja bersama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga
rakan-rakan lain.

Dalam kumpulan pembelajaran koperatif, pelajar diberikan dua tanggung jawab, iaitu
mempelajari bahan yang diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan juga mempelajari
bahan tersebut. Oleh yang demikian, seseorang pelajar itu berusaha mencapai faedah
bagi dirinya dan juga ahli kumpulannya. Persepsi pelajar dalam pembelajaran koperatif
ialah mereka hanya akan dapat mencapai matlamat pembelajarannya, sekiranya ahli-
ahli kumpulan belajar bersama. Mereka berbincang dan saling membantu antara satu
sama lain untuk memahami dan saling menggalak supaya bekerja bersungguh-
sungguh.

146 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Rajah 6.11: Pembelajaran Kooperatif: Pelajar dibahagikan


dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu objektif
Sumber: www.edb.utexas.edu/mmresearch/Students96/Doolittle

Aktiviti pembelajaran berlaku dalam kumpulan heterogenus, iaitu tidak sama dari segi kebolehan,
minat, bangsa dan agama (Slavin, 1991). Pembelajaran koperatif biasanya berlaku dalam
kumpulan di mana terdapat pelajar cerdas dan lambat. Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar
cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat secara bersungguh-sungguh, kerana markah
yang diperoleh oleh setiap individu dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan.

Semangat bekerjasama menjadi semakin tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding
dengan kumpulan lain. Kaedah pembelajaran ini menggunakan idea “scaffolding” dalam teori
perkembangan kognitif Vygotsky, di mana pelajar yang cerdas akan membimbing pelajar
lambat dalam zon perkembangan proksimal.

Dalam pembelajaran kooperatif, pelajar dibahagi-bahagikan kepada kumpulan kecil, di mana


setiap kumpulan ditetapkan objektif pencapaiannya. Pembelajaran distrukturkan di mana objektif
kumpulan hanya boleh tercapai jika semua ahli kumpulan dapat menyempurnakan tugas yang
telah diarahkan guru. Gred akhir pelajar diperoleh dengan mengambil kira skor individu-individu
dalam kumpulan. Unsur-unsur kumpulan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:

• Interaksi bersemuka (face-to- face interaction).


• Saling pergantungan positif.
• Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri.
• Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli-ahli kumpulan dapat berfungsi dengan baik.
• Memastikan setiap ahli memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika
kumpulan.
(Woolfolk, 1998; 349)

OUM 147
TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Latihan 6.8

Dalam pembelajaran koperatif, pelajar dikehendaki bekerjasama dalam


kumpulan heterogenus. Terangkan unsur-unsur dalam pembelajaran
koperatif.

6.4.3 Pengajaran Masteri

Pengajaran masteri adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar
boleh menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka diajar jelas dalam
masa yang mencukupi (Bloom et al. dalam Woolfolk, 1998: 334). Pendekatan pengajaran
yang mempunyai ciri-ciri masteri telah lama dilaksanakan, yang boleh dikesan pada zaman
Comenius, Pestalozzi dan Herbert (Bloom 1974). Bagaimanapun, penggunaannya pada
zaman moden ini banyak terhasil dari kajian dan penulisan Bloom.

Aplikasi pengajaran masteri adalah berasaskan model pembelajaran yang dikemukakan oleh
Benjamin Bloom (1968) dan diubahsuai oleh Block. Pendekatan pengajaran masteri, pada
asalnya adalah berasaskan pengajaran berpusat pelajar dan berlaku dalam kumpulan.
Bagaimanapun, terdapat juga strategi pengajaran masteri yang berbentuk individu atau pelajar
belajar sendiri.

Untuk menggunakan pendekatan masteri, guru mesti memecahkan sesuatu unit pembelajaran
kepada tajuk-tajuk kecil. Setiap tajuk kecil ini mengandungi beberapa objektif khusus.
“Masteri” bermaksud mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan
memperoleh skor 80% ke atas dalam ujian. Guru perlu memberitahu pelajar mengenai objektif-
objektif dan kriteria untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Pelajar yang tidak mencapai
tahap minimum dalam ujian atau pelajar yang dapat mencapai skor minimum, tetapi masih
tidak puas hati dengan pencapaian, mereka boleh mengulang semula tajuk kecil tersebut,
sebelum beralih kepada tajuk kecil yang lain.

Dalam pengajaran masteri, peranan guru adalah menyediakan bimbingan atau pelajaran
tambahan kepada pelajar yang belum menguasai sesuatu tajuk kecil. Terdapat beberapa
cara untuk melaksanakannya. Guru boleh mengaturkan supaya pelajar mendapat bantuan
daripada rakan sebaya sesama kelas atau berlainan kelas, atau ahli-ahli lain dalam kumpulan
pembelajaran kooperatif.

Sekiranya tidak terdapat masa atau tenaga (guru atau pelajar), guru boleh mengadaptasi
pengajaran masteri ini dalam bilik darjah biasa, iaitu guru memulakan pelajaran dengan
menegaskan objektif yang perlu dicapai. Selepas pembelajaran, guru memberi ujian untuk
menguji kefahaman pelajar mengenai tajuk kecil tertentu. Pelajar yang telah mencapai tahap
masteri yang ditetapkan, boleh diberi aktiviti pengayaan, seperti memberi tugasan simulasi
komputer, projek kajian atau menyelesaikan masalah kreatif.

148 OUM
TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

RUMUSAN
Bab ini telah menghuraikan beberapa teori pembelajaran dan penggunaan teori-teori ini dalam
pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Teori-teori pembelajaran yang dibincangkan
termasuklah teori pelaziman klasik Pavlov dan Watson, teori pembelajaran Thorndike, teori
pelaziman operan Skinner, teori pembelajaran sosial Bandura, teori pembelajaran kognitif,
teori pembelajaran Gagne, teori pembelajaran Ausubel, teori pembelajaran Bruner dan teori
pembelajaran konstruktivisme. Penggunaan teori-teori ini dalam pengajaran-pembelajaran
dibincangkan melalui pendekatan pengajaran-pembelajaran langsung, koperatif dan masteri.
Terdapat beberapa pendekatan lain yang tidak dibincangkan dalam bab ini.

GLOSARI
Diskriminasi – Dalam psikologi istilah ini merupakan tidak balas individu
terhadap sesuatu rangangan yang tertentu sahaja dan tidak
pada rangsangan yang lain.

Prinsip premack – Prinsiup ini mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan
aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkahlaku
terhadap aktiviti yang kurang diminati.

Teori pembelajaran sosial – Teori ini menyatakan bahawa faktor faktor sosial, kognitif dan
tingkah laku memainkan peranan penting dalam
pembelajaran.

UJIAN 1
Huraikan beserta contoh contoh tertentu langkah langkah dalam proses peniruan.

UJIAN 2
Terangkan pendapat ahli psikologi kognitif tentang pembelajaran.

OUM 149