Anda di halaman 1dari 18

Nama : Jennifer Ricky Kumpulan : PPISMP PSV semester 3

Rencana

Karangan yang bersifat umum dan lebih menonjolkan sikap Dan pandangan penulis.

Untuk menghasilkan penulisan rencana penulis banyak Ruang untuk mengolah idea dan bermain dengan perkataaan untuk menarik minat pembaca.

3 perkara dalam Penulisan Rencana


Perenggan pendahuluan

kemuncak

Kesinambungan perenggan

Dalam penulisan rencana, penggabungan idea perlu diserlahkan. Perlu mencernakan dalam fikiran sejumlah fakta yang diperolehi. Memilih fakta yang menarik untuk tatapan pembaca.

Penyediaan rangkap rencana perlu dilakukan iaitu untuk menyatakan di mana puncak rencana tersebut. Berhati-hati supaya kesinambungan sentiasa wujud antara ayat dan isi atau idea. Rencana biasanya memuatkan unsur jenaka,kasihan dan khayalan. Dalam penulisan rencana, penulis boleh menerapkan segala daya khayal, daya cipta dan keupayaan lain.

Rencana berbentuk tajuk atau isu semasa yang khusus.

Siapa khalayak pembaca?


Mengetahui khalayak pembaca sangat penting. Sebagai penulis anda mesti memahami kehendak khalayak pembaca anda dan menulislah untuk mereka. Perangkaan tentang peringkat umur, pendidikan dan pendapatan khalayak pembaca boleh membantu anda menulis rencana bagi memenuhi keperluan pembaca.

Idea Untuk Penulisan Rencana


Memiilih dan memahami tema rencana amat penting. Topik sepatutnya menjadi tema anda iaitu konsep utama yang dijadikan dasar rencana. Penetapan tema dalam penulisan rencana dapat mengawal pengembangan idea.

Setiap perenggan berupa bungkusan fikiran, dihubungkan dengan perenggan lain menggunakan tema yang konsisten.

Faktor pemilihan tema


Memilih tema yang bekait rapat dengan kehidupan pembaca cukup bererti dalam hidupnya. Memilih tema berkait rapat dengan emosi dan nilai asasi manusia merupakan perkara yang paling banyak mempengaruhi. Memilih tema tentang hal-hal orang yang anda tahu banyak tentangnya. Memilih tema terhadap perkara yang benar.

Pendapat
Kebanyakan rencana ditulis daripada pendapat orang ketiga dia atau mereka. Jikalau anda menulis rencana berbentuk ini, janganlah beralih kepada orang pertama saya. Jangan kelirukan pembaca.

Mengatur bahan
Setelah menetapkan topik dan tema,anda mungkin perlu mencari dan mengumpul bahan. Buat catatan jika perlu. Fikirkan bagaimana untuk menyusun rencana, secara kronologi, secara geografi atau saintifik.

Menyusun rencana
Rencana sama dengan karangan atau esei iaitu memerlukan satu perenggan 1. pengenalan (pendahuluan) 2. Beberapa perenggan isi 3. Satu perenggan kesimpulan ( penutup)

Bagi rencana untuk peringkat SPM dan STPM yang sepanjang 400-600 perkataan. 1. Perenggan pendahuluan 70 perkataan. 2. Lima perenggan isi yang setiap satunya sepanjang 60-70 perkataan. 3. Kesimpulan sepanjang 70-85 perkataan.

Bagi rencana untuk siaran akhbar atau majalah. 1. 1500 perkataan 2.perenggan pendahuluan( 100 perkataan) 3. Perenggan isi lima hingga tujuh (1300 perkataan) 4. Perenggan penutup (100 perkataan) 5.

Pengenalan dalam penulisan esei, eloklah menggunakan kaedah untuk memberitahupembaca tentang perkarayang bakal diperkatakan dengan jumlah isi atau fakta yang berkaitan dan pendekatan yang digunakan untuk diperkatakan. Permulaan rencana memerlukan pendahuluan yang berbentuk takrifan, petik, perwatakan, kiasan pertanyaan,fakta, latar sejarah atau ungkapan menarik dan bersekali dengan pertanyaan tesis.

Isi
Menghuraikan pengenalan rencana. Huraian merupakan hujahan terhadap isi atau fakta yang digunakan untuk menyokong tajuk rencana, dan biasanya beberapa perenggan. Setiap perenggan yang mengemukan isi dan idea perlu mempunyai ayat topik sama ada letaknya dia awal perenggan (deduktif) di tengah atau di akhir perenggan (induktif)

Anda mungkin juga menyukai