Anda di halaman 1dari 5

TERAPI FISIO Mengoyak

Tajuk : Kolaj Pokok Masa : 30 minit

Bahan-bahan

1. Kertas lukisan 2. Alat tulis pensel, pen, gam 3. Kertas warna hijau, coklat, kuning, merah, hitam 4. Bekas

Cara perlaksanaan : 1. Guru menerangkan warna yang boleh digunakan pada bahagian-bahagian pokok dengan menunjukkan contoh kolaj pokok yang sudah siap. 2. Murid diberikan beberapa helai kertas warna. 3. Guru menunjukkan cara mengoyak kertas untuk mendapatkan cebisan kertas yang pelbagai bentuk dengan saiz yang sederhana kecil. 4. Murid dikehendaki mengoyak kertas warna tersebut seperti yang telah ditunjukkan oleh guru dan mengumpulkan cebisan kertas yang telah dikoyak ke dalam bekas yang sediakan. 5. Murid dikehendaki memastikan bahawa cebisan kertas dikumpul mengikut warna masing-masing pada bekas yang telah dilabelkan. 6. Murid diberikan sehelai kertas lukisan yang sudah dilukis gambar sepohon pokok. 7. Murid dikehendaki menampal cebisan kertas pada bahagian pokok mengikut warna yang sesuai.

TERAPI FISIO Menguli


Tajuk : Perkataan KV+KV Masa : 30 minit

Bahan-bahan 1. Kad gambar

2. Kad perkataan 3. Plastesin

Cara Perlaksanaan : 1. Guru menunjukkan perkataan KV+KV berdasarkan gambar. 2. Murid dikehendaki menguli plastesin untuk membentuk huruf-huruf yang terdapat di dalam perkataan KV+KV tersebut. 3. Murid dikehendaki menyusun huruf-huruf tersebut menjadi pekataan KV+KV seperti yang ditunjukkan. 4. Murid dikehendaki menguli plastesin untuk membentuk objek bagi perkataan KV+KV tersebut.

TERAPI CARA KERJA


Tajuk : Gelang Manik Masa : 30 minit

Bahan-bahan

1. Jarum saiz no. 7 2. Benang kait saiz halus 3. Manik saiz sederhana besar

Cara perlaksanaan : 1. Murid diberi bahan-bahan untuk membuat gelang manik masing-masing. 2. Murid dikehendaki memasukkan benang ke dalam lubang jarum dan mematikan hujung benang seperti yang ditunjukkan guru. 3. Murid dikehendaki memasukkan jarum ke dalam lubang manik. Gunakan sebanyak 15 hingga 20 biji manik bergantung kepada saiz gelang yang hendak dihasilkan. 4. Murid dikehendaki mengikat kedua-dua hujung benang untuk dijadikan gelang tangan.

TERAPI CARA KERJA


Tajuk : Sandwich Sardin Masa : 30 minit

Bahan-bahan 1 tin sardin 2 biji tomato 1 biji timun

5 sudu mayonnaise 12 keping roti Mentega 2 biji limau kasturi

Peralatan memasak : 1. Pisau 2. Papan pemotong 3. Mangkuk 4. Pinggan 5. Sudu 6. Garfu

Cara Perlaksanaan : 1. Murid dikehendaki menyediakan bahan-bahan masakan seperti: a. Hiris tomato dan timun b. Potong dan perah limau kasturi untuk mendapatkan jusnya c. Potong bahagain tepi roti untuk membuang kulit tepi roti d. Tapis ikan sardin dan hancurkan di dalam mangkuk e. Gaulkan ikan sardin dan mayonnaise berserta jus limau kasturi f. Sapukan mentega di atas roti

2. Murid dikehendaki meletakkan ikan sardin di atas sekeping roti dan meratakannya. 3. Kemudian, murid dikehendaki meletakkan hirisan timun dan tomato di atas ikan sardin tersebut. 4. Akhir sekali, murid dikehendaki meletakkan sekeping roti di atas hirisan tomato dan timun itu. 5. Murid dikehendaki memotong dua sandwich tersebut mengikut kreativiti masingmasing.