Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI (VOKAL)

Pada 1 April 2010, kami pelajar PPISMP Sem 2 dari kelas muzik J2.7 dan J2.8 telah mengadakan satu konsert muzik di BIlik Recital di Blok Muzik. Aktiviti tersebut merupakan satu bahagian darip ada kerja kursus kami berasakan ilmu. Setiap pelajar dikehendaki membuat satu persembahan vokal. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang. Saya bersama-sama Jia Lyn, Grace Wee, dan Jia En telah mempersembahkan lagu Believe. Korus lagu tersebut terdapat dua lapisan suara. Saya telah menyanyikan lapisan suara kedua. Sebelum itu, kumpulan saya telah menghadapi masalah untuk memilih lagu yang sesuai dan selalu menukar lagu. Akhirnya, kami memilih lagu Believe sebagai lagu persembahan kami. Selain itu, kami juga menghadapi masalah unt uk mendapatkan lagu minus one dan skor lagu tersebut kerana susah mencari sumber dari internet. Oleh itu, kami telah berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menulis skor tersebut dan mencari perisian motasi untuk mengubah lagu asli kepada lagu minus one. Selepas itu, kami memulakan latihan kami masing -masing. Lapisan suara kedua dalam lagu tersebut agak susah dan kami sering tersalah bernyanyi bahagian kami. Tetapi melalui banyak latihan, kumpulan saya akhirnya dapat bernyanyi dengan lancar. Pada hari konsert muzik tersebut, kumpulan saya telah membuat persembahan dengan agak lancar. Hanya muzik latar muzik terlalu kuat dan ada sesetengah bahagian tidak dapat didengarkan. Semasa persembahan, saya berasa gementar kerana tidak biasa bernyanyi di khalayak ramai. Walaupun saya berasa gementar, tetapi sa ya tetap berusaha untuk bern yanyi dengan tenang dan penuh perasaan. Melalui konsert ini, saya dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri semasa bernyanyi di khalayak ramai.

REFLEKSI

(Instrumental II)
Pada 1 April 2010, kami pelajar PPISMP Sem 2 dari kelas muzik J2.7 dan J2.8 telah mengadakan satu konsert muzik di Bilik Recital di Blok Muzik. Aktiviti tersebut merupakan satu bahagian daripada kerja kursus kami berasakan ilmu. Setiap pelajar dikehendaki membuat satu persembahan ensemble kibod dan gitar. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang. Saya bersama-sama Jia Lyn, Ee Wei,dan Putri telah mempersembahkan lagu Disney Under The Sea. Saya mengambil bahagian gitar kedua. Sebelum itu, kumpulan saya telah menghadapi masalah untuk membuat ensemble skor lagu tersebut dengan menggunakan perisan notasi Finale. Nasib baik dengan bantuan pensyarah muzik kami, En. Ghazali, kami dapat menghasilkan skor tersebut dengan betul dan sempurna. Kami telah menghabiskan banyak masa untuk melengkapkan skor lagu tersebut. Setelah itu, saya pun memulakan latihan bahagian saya. Ketika membuat latihan, saya telah banyak menghadapi masalah. Antaranya, saya tidak dapat menekan kord yang betul dan tidak biasa bermain gitar kera na saya masih baru belajar bermain gitar pada semester ini. Oleh itu, saya pun berusaha untuk belajar dan membuat latihan bahagian gitar saya. Selain itu, saya juga menghadapi masalah semasa berlatih secara berkumpulan. Misalnya, tempo lagu terlalu lamba t dan tidak dapat mencapai standard lagu tersebut. Tambahan pula, kumpulan saya kurang mempunyai keseragaman untuk memainkan lagu tersebut. Tetapi melalui banyak latihan, akhirnya kumpulan saya dapat memainkan lagu tersebut dengan agak lancar. Pada hari konsert muzik tersebut, kumpulan saya telah membuat persembahan dengan agak lancar. Semasa persembahan, saya berasa amat gementar dan takut kerana tidak bias a bermain gitar di khalayak ramai. Walaupun saya berasa gementar, tetapi saya masih berusaha untuk b ermain gitar dengan tenang dan penuh perasaan. Kami agak berpuas hati dengan persembahan kami kecuali hanya muzik latar muzik kedengaran amat perlahan. Melalui konsert ini, saya dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri semasa bermain gitar di khalayak ramai.

REFLEKSI

Pada 6 April 2010, kami telah mengadakan satu persembahan dalam kelas . Aktiviti tersebut merupakan satu bahagian darip ada kerja kursus kami berasaskan ilmu. Setiap pelajar dikehendaki memilih sebuah lagu dan menyanyikannya secara berkumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang. Saya bersama-sama Jia Lyn, Grace Wee, dan Jia En telah mempersembahkan lagu Fall For You . Kita perlu mempunyai nilai kerjasama dan tanggungjawab semasa membuat latihan nyanyian. Misalnya, kita perlu bernyanyi bersama-sama dan mendengar arahan ketua kumpulan kita. Selain itu, kita juga patut menepati masa yang telah ditetapkan untuk membuat latihan. Kumpulan saya amat bekerjasama dan telah berkorban banyak masa untuk membuat latihan nyanyian tersebut. Semasa membuat persembahan, kita harus mempunyai budi bahasa seperti kita mengangguk sebelum persembahan mula dan tamat. Di samping itu, kita perlu menggunakan teknik nyanyian yang betul ketika bernyanyi. Kita perlu sentiasa berada dalam postur yang betul dan mengaplikasikan pernafasan dengan baik. Dengan pernafasan yang betul, kita dapat menyanyikan lagu dengan lebih lancar. Saya dapat menggunakan teknik nyanyian yang betul semasa persembahan. Selain itu, kita perlu bernyanyi dengan penuh keyakinan. Walaupun saya berasa gementar, tetapi saya teta p berusaha untuk bernyanyi dengan tenang . Tambahan pula, kita harus menikmati lagu kita dan bernyanyi dengan penuh perasaan. Melalui persembahan ini, saya dapat m eningkatkan keyakinan diri sendiri semasa bernyanyi di khalayak ramai.

NAMA: CHONG CHIA BIN

REFLEKSI

Dalam kerja kursus pendek ini, kami dikehendaki merekacipta satu permainan kecil yang sesuai dengan melibatkan pergerakan asas ,iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Tugasan tersebut dibuat secara kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang. Saya sekumpulan dengan Jia Lyn, Ee Wei,dan Putri. Nama permainan kecil kumpulan saya ialah Skipper Ball. Sebelum itu, kumpulan saya telah menghadapi masalah untuk merekacipta satu permainan kecil yang sesuai atau mengubahsu ai permainan kecil yang sedia ada. Akhirnya, kami dapat mereka satu permainan kecil sendiri , iaitu Skipper Ball

untuk tugasan kami. Permainan kecil ini melibatkan pergerakan asas, iaitu pergerakan lokomotor , bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi meningkatkan tahap kec ergasan yang keseluruhan. Selain itu, saya juga mempelajari pengetahuan dan kemahiran dalam aspek keselamatan dan pencegahan kemalangan se masa aktiviti fizikal dilakukan. Akhirnya, saya ingin mengucapkan syabas kepada kumpulan saya atas kerjasama mereka untuk menyempurnakan tugasan ini. Kami berharap pensyarah berpuas hati dengan hasil kerja kami dan memberi markah yang sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai