Anda di halaman 1dari 43

ASAS AQIDAH ISLAMIAH

RUKUN IMAN

KONSEP RUKUN IMAN


 

Rukun Iman teras utama aqidah Islam Keenam Rukun Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan hati Orang yang tidak yakin atau meragui salah satu daripadanya akan terbatal imannya

RUKUN IMAN
     

Percaya kepada Allah Percaya kepada Malaikat Percaya kepada Kitab Percaya kepada Rasul Percaya kepada Hari Kiamat Percaya kepada Qada' dan Qadar

PERCAYA KEPADA ALLAH


Wajib mempercayai bahawa malaikat makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina serta mentaati segala perintah Allah

CARA MENGENAL ALLAH




erdapat dua cara untuk mengenal Allah :




Dengan menggunakan akal yang untuk memikirkan sesuatu daripada kejadian Allah Dengan mengetahui nama-nama Allah yang elok dan sifat-sifatNya yang agung

AL-ASMA' UL-HUSNA

AL-ASMA' UL-HUSNA
Bererti nama-nama Allah yang indah lagi baik Berjumlah 99 nama Allah

PERCAYA KEPADA MALAIKAT


Wajib mempercayai bahawa malaikat makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina serta mentaati segala perintah Allah

PENGENALAN MALAIKAT


Sejenis makhluk seni yang diutuskan oleh Allah berlainan dengan kejadian manusia Dijadikan daripada cahaya Boleh menjelma dengan pelbagai rupa yang baik Bukan lelaki tetapi bukan juga perempuan Melakukan pelbagai tugas terhadap Allah

 

 

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA


1. JIBRIL : Menyampaikan wahyu kepada para Rasul dan Nabi. Jibril merupakan ketua bagi semua Malaikat. 2. MIKAIL : Menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki. 3. ISRAFIL : Meniup sangkakala pada hari kiamat sebanyak dua kali. 4. IZRAIL : Mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa. 5. MUNKAR : Menyoal orang mati di dalam kubur.

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA


6. NAKIR : Menyoal orang mati di dalam kubur. 7. RIDWAN : Menjaga pintu syurga 8. MALIK : Menjaga pintu neraka. 9. RAQIB : Mencatat amalan baik setiap manusia. 10. 'ATID : Mencatat amalan buruk setiap manusia.

TUGAS-TUGAS LAIN MALAIKAT


1.Malaikat yang menanggung 'Arasy dan berada di sekitarnya 2.Malaikat yang sentiasa bertasbih dan sujud kepada Allah 3.Malaikat yang berdoa memohon rahmat daripada Allah 4.Ada malaikat yang memohon kebajikan dan memohon kebinasaan 5. Ada juga malaikat yang mengucapkan amin bersama orang yang solat berjemaah 6.Terdapat beberapa malaikat yang bergilir-gilir mengawasi manusia di waktu malam dan siang

PERCAYA KEPADA KITAB


Wajib mempercayai bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada rasul-rasul-Nya yang mengandung ajaran yang benar dan menjadi panduan kepada umat manusia

BAHAGIAN-BAHAGIAN KITAB
Terbahagi kepada dua jenis :
1. Suhuf 2. Kitab

BILANGAN SUHUF
Terdapat 100 buah suhuf iaitu : 50 suhuf kepada Nabi Syisy a.s. 30 suhuf kepada Nabi Idris a.s. 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim 10 suhuf kepada Nabi Musa

BILANGAN KITAB
Terdapat 4 kitab yang wajib dipercayai : Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s. Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s. Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s. Kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

PENJELASAN KITAB TAURAT


Diturunkan dalam bahasa Ibrani (Parsi Tua Greek/ Latin) Diterima Nabi Musa di Bukit Torsina Mengandungi sepuluh hukum di dalamnya

HUKUM DALAM KITAB TAURAT


Mengakui keesaan Allah Larangan menyembah patung berhala Larangan menyebut nama Allah dengan sia-sia Memuliakan hari Sabtu Menghormati kedua ibu bapa Larangan membunuh sesama manusia Larangan melakukan zina Larangan mencuri Larangan menjadi saksi bohong Larangan memuliakan hak orang lain

PENJELASAN KITAB INJIL


Diturunkan dalam bahasa Ibrani Menerangkan keesaan Allah dan kebangkitan Nabi Muhammad Juga membenarkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya Kitab Injil sekarang ini tidak ada lagi yang asli

ANTARA KITAB INJIL


Injil Mathew Injil Marke Injil Luke Injil Luke Injil John Injil Barnaba

PENJELASAN KITAB ZABUR


Diturunkan dalam bahasa Siryani Syam Tua Mengandungi doa-doa, zikir-zikir, nasihatnasihat, dan hikmat Menerima perubahan yang sama dengan kitab Taurat dan Injil Ditokok tambah untuk kepentingan ahli agama mereka

BIBLE
Kitab Taurat dan Zabur sekarang pernah dinamakan perjanjian lama Old Testament Kitab Injil dinamakan perjanjian baru New Testament Kumpulan kitab-kitab inilah dinamakan kitab suci orang-orang Kristian Bible

AL-QURAN
Kitab suci yang terakhir sekali Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah) Berjumlah 6666 ayat iaitu terkandung 114 surah Diturunkan dalam bahasa Arab Mengandungi hukum-hukum, petunjuk-petunjuk, ceritacerita sejarah dan pelbagai ilmu yang memandu manusia ke arah kebenaran, kemajuan dan ketinggian Segala kandungan kekal dan relevan hingga akhir zaman

PENGUMPULAN AL-QURAN
Pada peringkat awal, ayat-ayat al-Quran telah dihafaz oleh sahabat dan ada yang ditulis Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar, sebuah jawatankuasa dibentuk yang dikendalikan oleh Zaid bin Thabit untuk mengumpul, menyemak dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di atas belulang kering, pelepah tamar dan tulang-tulang Al-Quran kemudian dikumpul dan disimpan di rumah Hafsah untuk mengelak daripada tercicir dan hilang

PENGUMPULAN AL-QURAN
Sewaktu pemerintahan Khalifah Usman, usaha yang lebih rapi menyalin dan mengesahkan penyusunan dan bacaannya mengikut alQuran yang disimpan sewaktu Khalifah Abu Bakar Al-Quran kemudian ditulis sebanyak enam buah tanpa perubahan seperti yang asal

PENGUMPULAN AL-QURAN
Naskah-naskah itu dihantar ke daerah-daerah Islam bagi : Mengelakkan perselisihan Menjadi panduan kepada ketua-ketua daerah dalam menjalankan tugas masing-masing iaitu ke Basrah, Kufah, Syam, Mekah dan Madinah serta satu naskah untuk Khalifah Usman (mashaf al-Iman)

PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT


Wajib mempercayai bahawa alam ini akan hancur binasa dan seterusnya manusia akan dibangkitkan daripada kubur, dihimpunkan di mahsyar dan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka

PENGENALAN HARI KIAMAT


Kiamat atau Hari Akhirat ialah hari akhir dunia di mana akan berlaku kehancuran seluruh alam dan semua mati semua yang hidup Allah menggantikan pula dengan alam yang baru dan menghidupkan semula semua manusia yang mati untuk dihisab segala amalan

BAHAGIAN KIAMAT
Terbahagi kepada dua bahagian : Kiamat kecil - Apabila seseorang itu mati Kiamat besar - Apabila berlaku kebinasaan dan kehancuran seluruh alam

NAMA-NAMA LAIN HARI KIAMAT


Terdapat banyak nama lain Hari Kiamat :
Yaumus-Saah masa ditetapkan, iaitu masa akan berlaku kemusnahan alam Yaumul Hisab hari perhitungan, iaitu segala amalan manusia akan dihisap pada hari itu Yaumul Waqiah peristiwa yang pasti berlaku, iaitu peristiwa kehancuran alam pasti berlaku Yaumul Haqqah peristiwa yang sebenar akan terjadi, iaitu peristiwa kehancuran seluruh alam Yaumul Qari'ah hari yang menggemparkan, kerana hari itu amat menggerunkan kepada mereka yang menghadapinya

NAMA-NAMA LAIN HARI KIAMAT


Yaumul Zilzalah hari goncangan, kerana pada hari itu berlaku gegaran yang sangat dahsyat Yaumul Jaza' hari pembalasan, kerana pada hari itu segala amalan manusia akan diberi pembalasan Yaumul al-Rajifah hari gempa, pada hari itu berlaku gempa yang hebat Yaumul Tammah hari bencana, segala-galanya akan rosak musnah menjadikan suatu bencana yang amat besar Yaumul Tallak hari pertemuan, seluruh manusia akan bertemu pada hari itu

ALAMAT KIAMAT
Walaupun kiamat suatu yang pasti, akan tetapi masanya tidak diketahui melainkan Allah Namun terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan beberapa alamat kiamat Terbahagi kepada dua : Alamat kecil Alamat besar

ALAMAT KECIL
Kebangkitan Nabi Muhammad Anak-anak yang berketurunan rendah dan hamba menjadi raja, ketua dan pemimpin Orang-orang kampung yang tidak berkasut dan menjadi gembala dapat menjadi hartawan dan membangunkan bangunan yang besar dan tinggi Urusan agama dipegang oleh orang yang bukan ahlinya Negeri-negeri kecil disatukan menjadi negara besar Banyak berlaku pergaduhan dan peperangan Banyak berlaku gempa bumi dan lain-lain lagi

ALAMAT BESAR
Lahir Imam Mahdi dari keturunan Rasulullah yang akan menegakkan syariat Islam Lahir Dajjal yang akan merosakkan agama dan menyesatkan manusia Keluar binatang dari bumi dan boleh bercakap dengan manusia Turun Nabi Isa yang akan membawa kebenaran dan menghapuskan kemungkaran Lahir Yakjuj dan Makjuj yang akan melakukan kerosakan di atas muka bumi

ALAMAT BESAR
Keluar asap yang tebal hingga memenuhi angkasa menyebabkan manusia yang menderhaka Allah menjadi mabuk Matahari naik dari sebelah barat Terhapus al-Quran dari mashaf dan dari dada manusia Akhir sekali, seluruh manusia akan meninggalkan agama

PERTUKARAN ALAM BAGI MANUSIA


Setiap manusia akan menempuh empat alam : Alam semasa dalam kandungan ibu Alam dunia Alam Barzakh Alam Darul-Qarar

PERCAYA KEPADA QADHA DAN QADAR


Wajib mempercayai bahawa Allah yang mengatur segala yang berlaku di alam ini dengan kebijaksaan dan kehendak-Nya

PENGENALAN QADHA DAN QADAR


Pengertian : Qadha Perlaksanaan ketetapan Allah sejak azali Qadar Ketetapan yang ditentukan Allah terhadap makhluk-Nya sejak azali lagi Percantuman perkataan itu bererti suatu ketetapan yang dilaksanakan Allah terhadap makhluk-Nya sejak azali'

BAHAGIAN QADHA DAN QADAR


Qadha Qadar terbahagi kepada dua : Qadha Qadar Mubram telah ditentukan Allah mengikut perancangan-Nya sejak azali dan tidak terubah lagi Qadha Qadar Muaallak Apa-apa yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia

KONSEP QHADA DAN QADAR


Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah :
Menisbahkan kepada Allah di atas segala yang berlaku di dunia ini Beriman bahawa hanya Allah yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah

Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya

HUBUNGAN DI ANTARA SETIAP RUKUN IMAN


Rukun Iman berhubung kait antara satu sama lain Setiap orang Islam wajib mempercayai dan menyakini keenam-enam rukun tersebut Mempercayai hanya sebahagian daripada Rukun Iman boleh merosakkan iman seseorang seperti :
Percaya adanya Allah tetapi tidak percaya adanya Rasul Percaya adanya Allah tetapi tidak percaya dengan al-Quran Percaya adanya Allah tetapi tidak percaya dengan hadis

HIKMAT MEMPERCAYAI RUKUN IMAN


Yakin akan kekuasaan Allah Mentaati segala perintah Allah Mendorong melakukan kebaikan Berakhlak mulia Sentiasa bersyukur

AKIBAT TIDAK MEMPERCAYAI RUKUN IMAN


Terbatal iman Mudah melakukan dosa Terdedah kepada perkara negatif Tidak menghormati orang lain Meragui kebesaran dan kekuasaan Allah

Anda mungkin juga menyukai