Anda di halaman 1dari 39

PROGRAM PEMULIHAN 3M (PROTIM)

Ng Jia Lin Yap Yi Shi Ooi Shing Er Siam Shi Shuang

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN
Program Pemulihan 3M (PROTIM) untuk membantu murid tahun 6 yang masih tidak boleh membaca, menulis dan mengira supaya dapat menguasai ketigatiga kemahiran teras ini.

Program ini merupakan upaya untuk memastikan murid yang menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai 3M, tidak tercicir dari persekolahan serta dapat mengikuti pelajaran di peringkat menengah.

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL


Masalah masih ramai murid tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira amat disedari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Data (31 Januari 2006) menunjukkan 63, 244 orang murid tahap dua kini sedang mengikuti kelas pemulihan dan permasalahan ini perlu diberikan perhatian yang serius.

Selain peranan Jabatan Pendidikan Khas menangani masalah murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, melalui program kelas pemulihan bagi murid tahun dua hingga tahun enam, KPM telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M).

Program yang dipertanggungjawabkan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum bertujuan menggempur permasahan tidak boleh membaca dan menulis kalangan murid tahun satu seawal mungkin supaya boleh membaca dan menulis sebelum naik ke tahun dua.

Untuk mengukuhkan dan melengkapkan program pemulihan 3M, waktu kira-kira dua bulan selepas UPSR sesuai dimanfaatkan untuk membantu murid tahun enam yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam tempoh berkenaan, mereka dilatih tubi dan diberikan latihan intensif supaya pada akhir program tersebut mereka boleh membaca, menulis dan mengira.

Perkara ini diberikan perhatian berat kerana murid yang tidak menguasai kemahiran teras membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

DEFINISI KONSEP
Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merujuk kebolehan mengecam, membunyikan perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup serta membaca dan memahami rangkai kata dan ayat tunggal dan majmuk mudah.

Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kebolehan murid memilih dan menulis huruf untuk membentuk suku kata, perkataan dan ayat yang bermakna. Kemahiran Mengira Kemahiran mengira ditakrifkan sebagai kebolehan melakukan operasi asas aritmetik, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Matlamat program ini adalah untuk memastikan murid tahun enam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam bahasa Melayu, sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke tingkatan satu.

Objektif Program Pada akhir program pemulihan kemahiran membaca dan menulis, murid dapat: mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan membaca, menulis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk mudah.

Pada akhir program pemulihan kemahiran mengira, murid dapat: memahami nombor bulat hingga 10 000; memahami fakta asas darab sehingga 9 9; memahami fakta asas bahagi dalam lingkungan 81 9; dan menguasai tambah dan tolak dalam lingkungan 10 000.

KANDUNGAN PROGRAM

KANDUNGAN PROGRAM
Bahan Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan modul. Modul sebagai bahan pengajaranpembelajaran asas untuk diikuti murid secara tersusun iaitu selama dua bulan.

Dua modul disediakan, iaitu Modul Kemahiran Membaca dan Menulis serta Modul Kemahiran Mengira. Penilaian formatif disediakan pada akhir setiap unit pembelajaran untuk menilai pencapaian murid.

Aktiviti rekreasi membaca dan menulis, serta mengira dijalinkan dalam kandungan modul sebagai unsur didik hibur dalam pembelajaran. Sekolah digalakkan mengadakan perkhemahan pemulihan 3M untuk meningkatkan motivasi murid yang terlibat.

Selain modul yang disediakan, guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar sedia ada yang berkesan.

STRATEGI PELAKSANAAN

STRATEGI PELAKSANAAN
1. Sekolah Program ini akan dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Bagi SJK, program pemulihan kemahiran membaca dan menulis perlu dijalankan, iaitu pada waktu Bahasa Melayu, tetapi diberi pilihan melaksanakan pemulihan kemahiran mengira.

2. Penentuan Murid Pengenalpastian murid tahun enam yang terlibat dalam program ini berdasarkan rujukan guru.

Guru tahun enam diminta menyenaraikan murid tahun enam yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran membaca, menulis serta mengira berdasarkan pemerhatian dalam kelas, laporan guru mata pelajaran serta pencapaian murid berkenaan dalam ujian dan peperiksaan penggal.

Murid yang belum menguasai kemahiran dikategorikan berdasarkan tiga kelompok berikut: Kelompok I: Tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) Kelompok II: Tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M) Kelompok III: Tidak menguasai kemahiran mengira (M3)

Murid tahun enam yang dikenal pasti guru akan menduduki Praujian Pemulihan 3M. Praujian ini diadakan sebaik sahaja selesai UPSR untuk mengesahkan tahap 3M murid yang mendudukinya. (Rujuk Jadual Praujian Pemulihan 3M)

3. Guru Guru yang menjalankan program ini ialah guru Bahasa Melayu dan guru Matematik tahun enam terpilih dan dibantu oleh guru pemulihan. Nisbah guru - murid bagi program tahun enam adalah kecil supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid-murid berkenaan.

4. Pelaksanaan Jangka masa program ialah 10 minggu, dari 12 September hingga 15 November 2006. (Rujuk jadual waktu program)

Program ini dijalankan sepenuh masa, secara intensif dalam waktu pembelajaran di sekolah (7.30 pagi hingga 1 petang). Guru Besar boleh membuat pengubahsuaian jadual waktu, namun perlu memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat.

Pembentukan kelas dan pengajaran dijalankan sebaik sahaja dapatan Praujian Pemulihan 3M diperoleh. Murid berkenaan hanya mengikuti program mengikut jenis kemahiran yang perlu dikuasai.

Murid akan menduduki Pascaujian Pemulihan 3M pada 15 November 2006. Laporan penilaian pencapaian murid dalam program 3M diserahkan kepada Jemaah Nazir Sekolah sebelum/pada 22 November 2006.

5. Bahagian yang terlibat Program ini diterajui oleh PPK dan dibantu oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, PPD, PPG dan Guru Besar.

. Pemantauan Pemantauan pelaksanaan dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Penolong Pengarah Bahasa, Penolong Pengarah Sains dan Matematik di JPN, dan Pegawai Bahasa dan Pegawai Khas Sains dan Matematik di PPD/PPG.

Pegawai Bahasa dan Pegawai Khas Sains dan Matematik di PPD/PPG, Penolong Pengarah Bahasa serta Penolong Pengarah Sains dan Matematik di JPN bertanggungjawab mengumpulkan data dan menyerahkan laporan dari semua sekolah yang terlibat dalam daerah/negeri masingmasing kepada Jemaah Nazir Sekolah pada tarikh yang ditetapkan

PENUTUP

PENUTUP
Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah 3M. Komitmen semua pihak diharapkan untuk memastikan program pemulihan ini berjaya membantu murid tahun enam menguasai 3M.

Sekian, Terima Kasih! o(^_^)o

Anda mungkin juga menyukai