Anda di halaman 1dari 12

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

TUGASAN KURSUS HBLS2203: REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK SEMESTER JANUARI 2010 Nama Pelajar: NGINAN ANAK BENGEM No. Matrik : 700605135221002 Tel. No.: 013-5749234

Nama Tutor : EN. CHAI KIM SHIN Pusat Pembelajaran : SARAWAK LEARNING CENTRE Tarikh Hantar : 7 MAC 2010

1
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

TUGASAN 1: REKA CIPTA PROJEK REKA CIPTA 1. Tajuk Projek: Rostrum Mudah Alih 2. Latar Belakang: Pernyataan Masalah Rostrum merupakan satu platform yang digunakan ketika seseorang memberi ucapan dalam dewan. Biasanya rostrum terletak dalam dewan sekolah atau tempat membuat ucapan. Kebanyakan rostrum yang digunakan adalah berbentuk tetap, berat dan sukar dialihkan. Kadangkala rostrum yang ada dalam dewan itu tidak direka bentuk mengikut ketinggian seseorang. Sekolah anda memerlukan sebuah rostrum yang serba guna untuk diletak dalam dewan yang baru siap dibina. Antara ciri yang dikehendaki pada reka cipta rostrum baru itu termasuklah: (a) mudah dialih; (b) mudah untuk disimpan; (c) penggunaan bahan yang sesuai; (d) tingginya boleh dilaraskan mengikut orang yang menggunakannya; dan (e) ada ruang untuk menyimpan barangan. Sampel Rostrum yang Berat dan Tetap

Gambaran reka bentuk rostrum sedia ada Rostrum yang sedia ada berbentuk tetap. Ia agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak untuk mengalihkannya ke tempat yang dikehendaki. Kanak-kanak tidak berupaya melakukan tugas ini. Rostrum sedia ada dalam dewan itu tidak boleh dilaraskan dan tidak dapat disesuaikan mengikut mengikut ketinggian seseorang. Ketinggiannya direka untuk orang dewasa dan ketinggian tersebut 2
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

tidak sesuai untuk sesetengah orang terutamanya murid-murid yang rendah dan kecil. Walaupun ada ruangan untuk menyimpan barangan tetapi inovasi masih diperlukan kerana mengambil kira keperluan memudahkan penceramah yang membentang menggunakan LCD dan laptop. Selain itu, juga mengambil kira keperluan pengguna orang kurang upaya yang mungkin perlu duduk semasa membuat pembentangan atau berucap. Reka bentuk rostrum baru yang serba guna dan boleh dilaraskan ketinggiannya untuk diletak dalam dewan baru amat perlu. Ciri keistimewaan yang ada pada rostrum itu adalah bersifat mudah alih, mudah untuk disimpan, penggunaan bahan yang sesuai; tingginya boleh dilaraskan mengikut orang yang menggunakannya; dan ada ruang di sebelah kanan untuk menyimpan barangan atau peralatan. 3. Rasional Pemilihan Reka Bentuk Projek Rostrum tersebut dihasilkan sebagai alternatif kepada rostrum sedia ada. Rostrum tersebut bersaiz lebih kecil dan ringan. Ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan. Ia juga bersifat mudah alih dan mudah dibawa oleh murid-murid. Selain itu ia boleh dilaraskan mengikut ketinggian seseorang. Ketinggiannya boleh dilaras dengan mudah dari 90 cm hingga 120 cm dan boleh dilaras dengan mudah oleh pengguna mengikut ketinggiannya. Ia boleh digunakan sama ada secara berdiri atau duduk, menjadikannya lebih mesra pengguna termasuk kepada golongan 0KU. Di samping direka untuk berucap, ada dua ruangan tambahan direka. Ruangan utama boleh digunakan untuk meletak teks, laptop, buku dan sebagainya, manakala ruangan kedua boleh digunakan oleh orang yang berucap untuk meletakkan Pemain CD, bahan ceramah atau tempat menyimpan barangan semasa berucap manalaka ruangan ketiga boleh menempatkan kelengkapan lain misalnya beg dan sebagainya semasa berucap. Antara objektif pemilihan reka bentuk rostrum ini termasuklah: a) kerja penyediaan dan penyimpanan yang mudah; b) menjimatkan ruang; c) mengurangkan penggunaan tenaga; d) pelarasan dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja; e) mesra pengguna dan ketinggian boleh dilaraskan mengikut ketinggian seseorang; f) kos agak murah; g) tahan lasak berbanding rostrum sedia ada, dan h) selamat dan selesa untuk digunakan.

3
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

4. Perihal projek 4.1 Alat alat yang diperlukan adalah seperti berikut: a) Pita pengukur b) Pengukur keluli c) Gergaji besi d) Gergaji kayu e) Sesiku L f) Pemutar skru g) Gerudi tangan h) Tukul i) Penebuk pusat j) Mesin gerudi mudah alih k) Kertas las l) Playar gabung m) Syelek n) Semburan lekar jernih o) Hot glue 4.2 Bahan- bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut: 1 2 3. 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Bahan Kayu berketam ( X 1 inci) Papan lapis 4X8 kaki Akrilik 3X3 kaki persegi Besi Aloi (2 kaki) Roda Gelang pelaras Skru kepala benam Kayu 1X2 inci 10 kaki Kertas las Syelek dan berus syelek Cat besi (jenis sembur, warna hitam) Pemegang Lis Kuantiti 5 kaki 1 keping 1 keping 9 kaki 1 unit 2 unit 1 unit 50 batang 2 batang 2 keping 1 liter/unit 1 liter 2 unit 4 kaki

4.3 Cetusan Idea Rekaan

4
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

Mudah laras

Sesuai dengan ketinggian

Mudah alih

Sumber Idea Rostrum di atas Ia hampir tidaklah bagi

menepati reka bentuk yang dikehendaki. Cuma masih terlalu berat untuk dialih. berat murid-murid. Ciri-ciri

tambahan yang dikehendaki ialah perlu ada roda hadapan agar ia lebih dan agar ia mudah kaki tidak dipindahkan belakang

bergerak semasa seseorang sedang berucap. Selain itu perlu ditambah beberapa tempat untuk menyimpan barang. Besi pemegang perlu dipasang untuk memudahkan rostrum dialih. Meja dibuat daripada akrilik agar ringan dan kelihatan lebih menarik.

5. Langkah-langkah/ proses untuk membuat rostrum 1. Tanda dan potong besi untuk membuat tapak rostrum. Cantumkan besi dengan cara kimpalan. 2. Pasang roda dan kaki juga dengan cara kimpalan. 3. Sukat dan potong papan lapis yang tebal sebagai tapak dan gamkan pada besi. Kemudian ketatkan dengan menggunakan skru. 5
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

4. Sukat, tandakan dan potong papan lapis yang sama untuk dijadikan dinding dan laci rostrum. 5. Sukat dan potong kayu untuk dijadikan tiang dan dasar pada tapak. 6. Kemudian pasang semua komponen daripada kayu tersebut. 7. Selepas itu pasang pemegang rostrum dan pemegang laci. 8. Sediakan bahagian meja (akrilik) dan gamkan menggunakan hot glue. 9. Sediakan komponen pelaras. 10. Buat kerja-kerja kemasan seperti mengecat dengan cat besi, syelek dan semburan lekar jernih. 11. Pasangkan komponen pelaras dan meja daripada akrilik. 12. Periksa untuk pastikan semua komponen kukuh dan berfungsi dengan baik. Buat pembetulan atau pembaikian jika perlu. 13. Uji prototaip dan buat penambahan komponen jika perlu setelah berbincang dengan Guru Besar.

6
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

Tugasan 2 : Lukisan Teknik (a dan b) 7


NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

Tugasan 2 : Lukisan Teknik (c)

8
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

9
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

Tugasan 2 : Lukisan Teknik (d)

10
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

Tugasan 3 : Lukisan Terbantu Komputer (a)

11
NGINAN BENGEM 700605135221002

Tugasan Kursus HBLS 2203: Reka Cipta dan Lukisan Teknik

Tugasan 3 : Lukisan Terbantu Komputer (b)

12
NGINAN BENGEM 700605135221002