Anda di halaman 1dari 22

CONTOH

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH KERIAN 2011


NAMA PROGRAM Perkhemahan Ujian Lencana Keris Gangsa, Lencana Usaha Dan Lencana Tertinggi Pengakap Peringkat Daerah Kerian 2011.

LATARBELAKANG Program perkhemahan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kerian yang diadakan untuk ahli-ahli pengakap sekolah menengah dan rendah berdasarkan Skima Latihan Pengakap yang telah ditentukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur mengikut unit pengakap masing-masing.

MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti penilaian yang terdapat dalam skima latihan pengakap pelbagai unit supaya lebih seragam. Mengelakkan ketidakseragaman penilaian dan pengujian antara kumpulankumpulan pengakap di sekolah. Menghimpunkan para pemimpin pengakap peringkat kumpulan dalam satu aktiviti besar agar mereka dapat belajar dan berbincang ehwal pengakapan. Mempertemukan kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum di bawah konsep 1 Malaysia 1 Perkhemahan. Mendedah dan melatih kanak-kanak asas ikhtiar hidup ( survival ).

OBJEKTIF 1. Memperbaiki tahap pengetahuan pemimpin dan kemahiran pelajar. 2. Menilai hasil pembelajaran ahli-ahli pengakap di peringkat sekolah. 3. Memupuk kerjasama melalui ukhwah Islamiah antara pemimpin, pelajar, ibubapa dan masyarakat setempat. 4. Mendedahkan ahli pengakap khasnya ahli baru terhadap ketahanan mental dan fizikal. 5. Menyemai dan meningkatkan ketahanan jatidiri ahli baru dan lama. . TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Pendaftaran Bersurai : 01 - 03 April 2011 ( Jumaat-Ahad ) 3 HARI 2 MALAM : Jumaat / 4.00 petang : Ahad / 11.30 pagi.

LOKASI Sekolah Kebangsaan Kuala Gula, 34350 Kuala Kurau.

CONTOH

SASARAN Ahli Pengakap Tahun 4. Ahli Pengakap Tingkatan 1 Ahli Pengakap Tingkatan 4 ( 10 tahun ) ( 13 tahun ) ( 16 tahun )

JANGKAAN BILANGAN PENYERTAAN 300 100 30 30 orang pengakap sekolah rendah orang pengakap sekolah menengah orang pemimpin / guru pengiring orang pembantu Sekolah Menengah

PENDAPATAN 400 peserta X RM 0.00 ( Seorang ) =

RM 0.00

PERBELANJAAN BIL 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 BUTIRAN Makan / Minum 0 orang peserta Saguhati pegawai / penguji Saguhati pembantu Sewaan 1 tong sampah MDK Sewaan 1 tangki air LAP Sijil peserta Buku Log Keris Gangsa Sewaan Asrama SK Kuala Gula Saguhati untuk Bil. Elektrik Saguhati untuk Bil. Air Saguhati Kantin Sekolah Hadiah & Cenderahati Fotostat ( Sebelum/Semasa Kem) Urusan setem Banner / Bateri Runcit / Kecemasan JUMLAH KOS 0 X RM 0.00 0 X RM 0 X RM 0 X RM 0 X RM 0 X RM 0 X RM 0 X RM RM RM RM RM RM RM RM RM 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 JUMLAH RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00

AGIHAN BAHAGIAN KUARTERMASTER AGIHAN BAHAGIAN PENGURUSAN

SYARAT PENYERTAAN KE KEM


BARANGAN INDIVIDU

CONTOH

1. Kumpulan dan ahli pengakap yang berdaftar. 2. Memperolehi kebenaran ibubapa / penjaga Bawa Borang Kebenaran Ibubapa yang telah sempurna Bawa Borang Perakuan Kesihatan yang telah lengkap. 3. Tiada paksaan untuk menyertai sesebuah kem. 4. Semua peserta amat digalakkan tidur di dalam khemah PKK sahaja. 5. Bawa beras (300 g dan telur (2 butir yang telah direbus) PKK sahaja. 6. Melengkapkan buku-buku log yang diperlukan mengikut skima lencana. 7. Bawa baju hujan / payung / lampu suluh (jika difikirkan perlu). 8. Bawa alat tulis yang lengkap termasuk pensil warna. 9. Bawa tali pengakap ( 1 - 2 meter ) untuk sesi penilaian. 10. Bawa pakaian yang mencukupi Pakaian seragam pengakap yang lengkap (Forage Cap / Perak / Kerian / No.Kump / Nama Sekawan / Patrol / Talipinggang pengakap/Seluar biru/ Bersetokin hitam atau biru dan Berkasut hitam ) Aktiviti mandi / lasak / riadah / ibadah solat 11. Sekaf pengakap hendaklah bersaiz besar kerana ia juga berfungsi sebagai kain anduh. 12. Bayaran penyertaan RM20.00 seorang 13. Setiap peserta wajib melengkapkan Borang A dan Borang B. Serahkan kepada urusetia kem di tempat program mengikut sekolah. Peserta yang tidak membawa salah satu borang berkenaan tidak akan didaftarkan sebagai peserta. 14. Taklimat Peserta bermula jam 6.00 petang. Sekolah-sekolah yang menyertai diminta datang lebih awal untuk mendirikan khemah.

BARANGAN KUMPULAN 1. Bawalah khemah individu atau khemah kumpulan yang sesuai untuk bermalam. Elakkanlah daripada membawa khemah yang sudah terkoyak, patah tiang, rosak zip atau berlubang di sana sini. 2. Bawa keratan / bilahan buluh yang mencukupi untuk membina sebuah model gajet contohnya : tripod berpelantar dan barangan kraftangan. (Sek Men sahaja) 3. Bawa perkakasan yang sesuai untuk aktiviti memotong / mengerat / membelah. 4. Setiap kumpulan mesti membawa Peti Pertolongan Cemas kumpulan. 5. Setiap sekolah yang menyertai digalakkan membawa bendera pengakap kumpulannya ( Sek Men sahaja ). 6. Bawa peralatan memasak (jika difikirkan perlu).

CONTOH
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Kerian Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Gula Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kerian Penyelia Kokurikulum (PPD Kerian) Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kerian En. Ahmad Muzammal b. Zainol Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Pengerusi Latihan) En. Syamsuri b. Arshad Pen.Pes.Pengakap (Setiausaha Latihan) En. Mohd Khalid b. Mohd Yusuf Pen.Pes.Pengakap (Kewangan)

Pengerusi

: : :

Penyelaras

Setiausaha

Bendahari

Ahli-Ahli Jawatankuasa Semua Pengetua Sekolah Menengah Semua Guru Besar Sekolah Rendah Ahli-ahli Majlis Pengakap Daerah Kerian AJK PIBG dan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kuala Gula Semua Pen.Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kerian Semua Ahli Pasukan Latihan Pengakap Kerian

JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Ketua Kem : :

Pen. Ketua
(Sek Menengah)

Penyelaras Aktiviti

Setiausaha

Bendahari Penempatan Makan & Minum Ketua Aktiviti Ikatan/Simpulan Ketua Aktiviti Anduh / P.Cemas Ketua Aktiviti XPDC

: : : :

CONTOH

Ketua Aktiviti : Permainan/Sukaneka Ketua Unit Keselamatan Pendaftaran Pengacara Majlis Helwani Keagamaan Jurugambar :

: : : : :

Pegawai Bertugas Harian : Hari Jumaat Hari Sabtu Hari Ahad : : :

CONTOH
TENTATIF PROGRAM
JUMAAT
04.00 06.00 06.00 07.00 07.00 08.00 08.00 09.00 09.00 10.00 10.00 11.30 mlm SABTU 06.00 07.00 07.00 08.00 08.00 08.30 08.30 10.15 10.30 12.15 12.15 02.15 02.30 04.15 04.15 05.15 05.15 07.00 07.00 ptg 07.00 09.00 09.00 10.30 10.30 11.30 mlm AHAD 06.00 07.00 07.00 08.00 08.00 08.45 08.45 10.00 10.30 pg 11.30 pg

AKTIVITI
Pendaftaran / Mendirikan khemah / Solat Asar Taklimat Kem Komandan dan Ketua-Ketua Unit Mandi / Solat Maghrib / Berkumpul Pengumpulan Buku Log / Solat Isyak / Makan Malam SESI UJIAN BERTULIS / TEMUDUGA LISAN Aktiviti Pengakap Muda berlangsung seperti biasa Sesi Pengisian Borang / Latihan Nyanyian Mesyuarat Pegawai / Urusetia & Pembantu Urusan peribadi / Tidur AKTIVITI Bangun / Mandi / Solat Subuh & Tazkirah Sarapan pagi Istiadat Bendera / Laung Agung SESI UJIAN 1 SESI UJIAN 2 Rehat / Mandi / Makan tengahari / Solat Zohor SESI UJIAN 3 Rehat / Solat Asar RIADAH / PERMAINAN / XPDC Menurunkan bendera oleh Petugas Mandi / Solat Maghrib / Makan Malam / Solat Isyak Aktiviti Pengakap Muda / Remaja berjalan seperti biasa. MALAM PERSEMBAHAN Mesyuarat Pegawai / Urusetia & Pembantu Urusan Peribadi / Tidur AKTIVITI Bangun / Mandi / Solat Subuh & Tazkirah Sarapan pagi Istiadat bendera / Laung Agung Aktiviti Meruntuhkan Khemah Gotong Royong / Pembersihan kawasan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN SIJIL Bersurai.

TINDAKAN

TINDAKAN

TINDAKAN

CATATAN :
Tentatif program ini merangkumi aktiviti pengakap dan pengakap kanak-kanak. Aktiviti penilaian / pengujian untuk Pengakap Sekolah Menengah mungkin berlarutan dan ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam kerana item-item penilaian amali bagi skima lencana sekolah Menengah lebih banyak berbanding Sekolah Rendah.

CONTOH
MODUL AKTIVITI 1. Sesi Ujian Bertulis 1.1 Dijalankan di kantin atau bilik-bilik darjah yang bermeja / kerusi / bangku. 1.2 Jika tidak mencukupi, para peserta akan duduk di lantai kantin / bilik darjah yang telah dibersihkan. 1.3 Setiap peserta membawa alat tulis dan pensil warna serta menjawab soalansoalan ehwal kepengakapan di peringkat negeri dan daerah sehingga peruntukan masa menjawab tamat. 1.4 Refleksi dilakukan bersama peserta setiap kali sesuatu aktiviti tamat. 2. Sesi Temuduga Lisan ( Bahagian Kesetiaan / Cita-Cita Pengakap ) 2.1 Dijalankan di bilik darjah atau kantin atau tempat-tempat lapang. 2.2 Setiap peserta disoal 2-3 soalan berkaitan ilmu pengakap mengikut skima masing-masing. 2.3 Tempoh masa soal-jawab antara Pemimpin / Penguji dan seorang peserta ialah 1-3 minit. 2.4 Refleksi dilakukan bersama peserta setiap kali sesuatu aktiviti tamat. 2.5 Kaedah soal-jawab 3. Sesi Amali Simpulan / Ikatan ( Bahagian Kemahiran Pengakap ) 3.1 Dijalankan di bilik darjah atau kantin atau tempat-tempat lapang. 3.2 Penilaian mungkin dilakukan secara individu atau kumpulan kecil. 3.3 Sekumpulan peserta akan berbaris atau duduk di hadapan Pemimpin / Penguji dan menanti giliran masing-masing. 3.4 Setiap peserta akan melakukan aktiviti simpulan / ikatan berdasarkan skima lencana masing-masing di hadapan Pemimpin / Penguji. 3.5 Refleksi dilakukan bersama peserta setiap kali sesuatu aktiviti tamat. 3.6 Kaedah demonstrasi, soal-jawab, latih tubi dan cuba jaya. 4. Sesi Amali Anduh / Pertolongan Cemas ( Bahagian Perkhidmatan ) 4.1 Dijalankan di bilik darjah atau kantin atau tempat-tempat lapang. 4.2 Penilaian mungkin dilakukan secara individu atau kumpulan kecil. 4.3 Sekumpulan peserta akan berbaris atau duduk di hadapan Pemimpin / Penguji sambil menanti giliran masing-masing. 4.4 Setiap peserta atau secara berpasangan akan melakukan aktiviti mengikat anduh atau balutan berdasarkan skima lencana masing-masing di hadapan Pemimpin / Penguji. 4.5 Biasanya ahli pengakap menggunakan sekafnya sendiri bagi menggantikan kain anduh segitiga. 4.6 Refleksi dilakukan bersama peserta setiap kali sesuatu aktiviti tamat. 4.7 Kaedah demonstrasi, soal-jawab, latih tubi dan cuba jaya

5. Sesi Kompas / Pandu Arah / Peta Topo 5.1 Bahagian teori dilakukan dalam bilik darjah dan diaplikasikan di kawasan lapang contohnya padang atau kawasan kem dengan pengawasan pegawai. 5.2 Semua peralatan / perkakasan dibekalkan. 5.3 Penilaian dilakukan secara berpasangan atau kumpulan kecil. 5.4 Tempoh masa setiap aktiviti akan ditentukan. 5.5 Refleksi dilakukan bersama peserta setiap kali sesuatu aktiviti tamat. 5.6 Kaedah demonstrasi, soal-jawab, latih tubi dan cuba jaya

CONTOH

6. Sesi Kawad & Kecergasan Diri ( Bahagian Kesegaran Jasmani ) 6.1 Dilaksanakan di hadapan kawasan yang bertiang bendera atau kawasan lapang melalui Istiadat Bendera atau Laung Agung. 6.2 Penilaian berdasarkan skima ujian lencana masing-masing. 6.3 Peserta akan menunjukkan pergerakan kawad secara berpasangan, kumpulan kecil atau besar mengikut keperluan. 6.4 Refleksi dilakukan bersama peserta setiap kali sesuatu aktiviti tamat. 6.5 Kaedah demonstrasi, latih tubi dan cuba jaya. 7. Sesi Ekspedisi ( Berjalan Kaki ) 7.1 Dilaksanakan di kawasan yang berhampiran tapak perkhemahan. 7.2 Jarak perjalanan bergantung kepada skima ujian lencana masing-masing. 7.3 Peserta sekolah Menengah dan Rendah bergerak dalam satu barisan mengikut laluan perjalanan yang sama atau hampir sama. 7.4 Laluan pergerakan peserta tidak menggunakan jalan raya / jalan utama, sebaliknya menggunakan laluan kampung / tebuk. 7.5 Setiap kumpulan kecil peserta diawasi oleh seorang pemimpin (guru), ahli pengakap Kelana dan dua orang Pembantu Sekolah Menengah. 8. Sesi Permainan / Sukaneka 8.1 Dilaksanakan di padang dengan pengawasan semua pegawai kem yang bertugas. 8.2 Aktiviti yang dilakukan adalah untuk tujuan keseronokan dan kecergasan di samping menilai personaliti dan kerjasama kumpulan. 8.3 Permainan yang dimainkan biasanya sama seperti beberapa jenis permainan / sukaneka Tahap 1 yang dilaksanakan di sekolah rendah.

Semua aktiviti penilaian dan pengujian peserta akan dilakukan dalam kawasan tapak perkhemahan berdasarkan skima lencana masing-masing yang mungkin tidak tercatit secara keseluruhannya dalam Kertas Kerja ini. Aktiviti Ekspedisi Berjalan Kaki dilakukan di kawasan berhampiran tapak perkhemahan pada waktu siang melalui jalan tebuk@kampung.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KERIAN PERAK DARUL RIDZUAN BORANG PELEPASAN TANGGUNGAN AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2011
( Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor )

CONTOH
A

Saya / kami (nama ibu bapa atau penjaga) ......................................................................................... bin / binti ......................................................................................................................... Dengan ini memberi kebenaran kepada (nama anak) ........................................................................................ .............................................................................................Tingkatan / Tahun ................................. No. Kad Pengenalan ........... ............................................. dari Sekolah ........................................ ................................................................................................................................. Daerah Kerian, Negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai aktiviti.............................................................. ................................................................................................................................. mulai ................................. hingga ................................. dengan ini mengaku dan sanggup dengan tidak berubah-ubah bagi pihak saya / kami dan pihak anak saya / kami mengikut peraturan SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KP(BS) 8591/JLD.XIV/(24) BERTARIKH 10 OKTOBER 1998, PARA 3(C). Sesungguhnya saya /kami faham bahawa segala langkah keselamatan sepenuhnya akan diambil oleh pihak penganjur / pengelola bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini dan akan melakukan tindakan segera bagi pihak ibu bapa / penjaga di atas apa-apa juga insiden dalam tempoh tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas. Saya mengaku anak saya / jagaan saya telah mempunyai INSURANS TAKAFUL YANG SAH yang diuruskan oleh pihak sekolah tempat di mana anak saya bersekolah. Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : .......................................................................... (R) ........................... ..................................... (P) : .......................................................................... Sekian, terima kasih. Saya yang benar; .............................................................................. (Nama : ) (No. KP : ............................................................. ) Tarikh : .....................................

Diakuikan bahawa No. Pendaftaran Insurans Takaful murid nama di atas adalah seperti berikut : .......................................................................... Disahkan oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah:

................................................................. (Nama: ................................................................. (No. KP:.................................................. ) Cop : ) Tarikh:

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KERIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

CONTOH
B

BORANG PERAKUAN KESIHATAN PENGAKAP SEBELUM MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM KELOLAAN PPM NEGERI ATAU PPM DAERAH
NAMA AKTIVITI TEMPAT AKTIVITI PERINGKAT AKTIVITI TARIKH MULA NAMA PENUH MURID
( HURUF BESAR )

TARIKH AKHIR

JANTINA NO. K.P/S.L TELEFON RUMAH REKOD PERUBATAN:

KETURUNAN

AGAMA NO. INSURANS TAKAFUL


(Dapatkan dari pihak sekolah)

NO. TELEFON TANGAN PENJAGA

Pernahkah anda menerima imunisasi terhadap Tetanus (Tandakan)

Ya

Tidak

Jika pernah, sila nyatakan tarikh terakhir anda menerima imunisasi.


SILA TANDAKAN JIKA YA DAN JIKA TIDAK DI PETAK YANG BERKENAAN:
Pernah Pening atau sakit kepala yang teruk Pernah dilakukan pembedahan pada tubuh Pernah bermasalah pernafasan atau asma Pernah mempunyai sakit sawan (epilepsy) Alahan pada bisa, ubatan atau air laut Pernah alami Diabetes atau tekanan darah tinggi Pernah alami kecederaan pada tulang Pernah mabuk laut atau pergerakan Pernah alami sakit jantung Pernah alami masalah buah pinggang Pernahkah anda dalam tempoh satu bulan yang lalu mengalami sebarang penyakit berjangkit atau cirit-birit?

SILA BERIKAN MAKLUMAT TERPERINCI JIKA MASALAH KESIHATAN DI ATAS BERKAITAN DENGAN ANDA.

Sila maklumkan masalah kesihatan anda kepada jurulatih mana-mana aktiviti yang anda sertai.

Tanda Tangan Peserta & Nama:

Tarikh

Disahkan oleh Pengetua / Guru Besar

.........................................................

................................

.........................................................

10

BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA


1. Pengerusi:

CONTOH

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Memantau perjalanan kem Mempengerusikan majlis rasmi kem

2. Kem Komandan / Ketua Kem Mempengerusikan mesyuarat AJK pelaksana apabila ketiadaan Pengerusi. Memastikan semua aktiviti berjalan lancar Memastikan pengurusan kem teratur Memastikan disiplin peserta dan pegawai dijaga Mempastikan aspek keselamatan diberi keutamaan dalam semua aktiviti.

3. Timb. Kem Komandan / Penolong Ketua Kem Memastikan perjalanan aktiviti kem berjalan lancar Memastikan disiplin peserta dan pegawai dijaga Membantu pengurusan kem Mempengerusikan mesyuarat AJK pelaksana bila Kem Komandan tak hadir

4. Pegawai Bertugas Harian / Jurulatih Bertugas Mengetuai istiadat menaikkan bendera pada setiap pagi. Memanggil dan memberi arahan kepada troop sebelum menyerahkan kepada ketua unit aktiviti. Menurunkan bendera pada jam 6.30 ptg dengan bunyian wisel. Memastikan peserta bergerak ke sesuatu lokasi ujian secara kemas dan berdisiplin. Melayani pelawat, ibubapa dan menerima sebarang aduan dan cadangan yang dikemukakan secara berhemah & bijaksana. Melawat & Memastikan tahap keselamatan di kawasan khemah peserta dan tapak perkhemahan.

Penyelaras Aktiviti. Memastikan semua aktiviti berjalan lancar Berbincang & melantik ketua ketua aktiviti Memantau penyertaan peserta dan pegawai Memberi markah dan laporan atas semua aktiviti Menyediakan jadual bagi semua aktiviti Memastikan semua peralatan berfungsi dan selamat

11

6. Setiausaha

CONTOH

Menjadi S/U kepada Jawatankuasa Pelaksana / Pengelola. Menyediakan laporan lengkap sesebuah kem beserta dokumentasi gambar. Mengedarkan / menyiarkan apa-apa maklumat mengenai sesuatu aktiviti program yang akan dilaksanakan. Menghubungi semua pihak yang berkenaan apabila perlu. Menyediakan sijil atau cenderahati yang perlu disampaikan.

7. Bendahari Menyimpan kira-kira perbelanjaan kem ( sebelum / semasa / selepas kem ) Mengutip semua wang yang berkaitan penyertaan / pendaftaran. Mengeluarkan resit rasmi. Membayar apa-apa tuntutan pembayaran yang betul. Menyediakan penyata kewangan dan membentangkannya pada akhir kem atau hujung tahun mengikut keperluan dan peraturan. Bekerjasama dengan Bhg. Pendaftaran dalam perkara berkaitan maklumat dan rekod berhubung pengeluaran resit.

8. Pendaftaran Menyediakan tempat pendaftaran yang mudah dilihat dan perkhidmatan yang cekap serta cepat. Mendaftar penyertaan setiap pegawai dan peserta. Mengumpul Borang Pelepasan Tanggungan (A) dan Borang Perakuan Kesihatan (B). Memastikan jumlah peserta adalah bersamaan dengan jumlah borang A dan B. Menyerahkan sebarang aksessori seperti tanda pengenalan peserta dan seumpamanya ( jika perlu ). Bekerjasama dengan Bendahari untuk urusan resit, maklumat penyertaan dan sebagainya. 9. Pengangkutan: Mengisi sebarang borang yang diperlukan untuk tujuan membawa pelajar. Memastikan tempahan bas dibuat. Memastikan bas datang mengambil dan menghantar balik peserta seperti yang dijadualkan. Memastikan keselamatan peserta dan pegawai yang terlibat. Jumlah penumpang hendaklah bersamaan jumlah tempat duduk. Pastikan bilangan peserta / pegawai yang mencukupi. Pastikan bas di bayar pada masanya menurut peraturan. Pegawai yang menguruskan ehwal pengangkutan adalah orang yang terakhir pulang selepas semua peserta pulang. Sebarang peraturan yang tidak menyalahi Akta Pengangkutan Jalan.

12

10. Pengurusan Makan-Minum (Kuarter Master)

Pengendali makanan perlu berpakaian kemas. Memastikan makanan disiapkan pada waktu yang ditentukan Memastikan makanan disediakan dengan cermat dan bersih. Memastikan makanan disiapkan dalam kuantiti yang mencukupi Memastikan semua peralatan yang diperlukan ada. Memastikan pembelian barangan masak mencukupi Menyediakan menu yang berkhasiat untuk peserta. Memastikan dapur senantiasa bersih, tersusun dan menepati. peraturan kebersihan premis-premis perniagaan makanan dll.

CONTOH

11. Pengurusan Keselamatan & Risiko Peka terhadap laluan keluar masuk sama ada laluan rasmi atau yang tidak rasmi. Memastikan keselamatan kem dengan mengadakan pengawal, laluan kawalan dan rekod catatan kawalan. Memastikan sistem giliran untuk kawalan keselamatan. Memastikan kawalan terhadap keluar masuk peserta / pegawai dan pelawat. Penggunaan radio komunikasi ( walkie-talkie ) sangat digalakkan. Melengkapkan semua buku rekod laporan yang telah ditetapkan.

12. Ketua-Ketua Aktiviti Bertanggungjawab terhadap pelan dan gerakerja aktiviti berkenaan. Memastikan tempat beraktiviti bersih dan tidak mendatangkan bahaya. Memastikan penglibatan guru / pemimpin dalam setiap sesi aktivitinya. Memastikan aktiviti berlangsung dengan lancar. Memastikan peralatan yang digunakan dalam sesi aktiviti adalah selamat kepada peserta dari pelbagai aspek. Memastikan pengawasan dan kawalan disiplin yang maksima bagi setiap sesi.

15. Helwani: Memastikan tingkahlaku pelajar perempuan diawasi semasa dikem. Memastikan kebajikan dan keselamatan peserta perempuan dijaga. Memberikan taklimat pada pelajar perempuan sebelum kem bermula Memberi bantuan segera terhadap kebajikan / permasalahan yang melibatkan peserta perempuan. Jika terdapat peserta perempuan mengalami histeria, maklumkan kepada pegawai bertugas, tenangkannya, kuarantin pelajar berkenaan dan jika perlu hubungi keluarganya untuk dibawa pulang dengan segera.

14. Kesihatan Menyediakan satu bilik / tempat rawatan sementara. Memastikan kebajikan pelajar dan pegawai. Memastikan setiap pelajar dan pegawai diberikan rawatan yang perlu jika berlaku kecemasan. Menghantar pesakit ke Pusat Kesihatan, klinik atau hospital jika perlu. Pastikan ada kenderaan untuk kecemasan atau rawatan.

13

Pastikan Kotak Pertolongan Cemas disediakan dan kandungannya dan ubat-ubatannya tidak melewati tarikh luput. Bekerjasama dengan Bhg Pengurusan Keselamatan & Risiko.

lengkap

15 Keagamaan

CONTOH

Mengumpulkan semua peserta / pelajar Islam di lokasi solat dan melaksanakan solat berjamaah bersama mereka. Menjalankan sesi kuliah subuh / maghrib & seumpamanya. Menjadi Imam bagi lima waktu sembahyang. Sistem Giliran untuk Imam boleh dilaksanakan ( jika perlu ).

16. Pengacara Majlis Mengenalpasti siapa VIP yang hadir. Peka terhadap protokol, keutamaan dan gelaran. Menyediakan skrip ucapan majlis ( jika difikirkan perlu ). Memastikan semua perkara dalam aturcara disediakan sebelum dimulakan. Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik. Memastikan susunan aturcara berlangsung secara lancar.

17. Penyelaras Malam Pengakap / Kebudayaan Memilih dan Menentukan tempat yang sesuai dan selamat. Melaksanakan proses pengundian giliran persembahan. Digalakkan memulakan aktiviti menurut tradisi pengakap. Menyusun peserta mengikut giliran dan tertib. Menyediakan alatan yang diperlukan bagi menjayakan program Memastikan aktiviti berlangsung mengikut tempoh / peruntukan masa yang ditetapkan. Melantik para hakim / menyediakan borang penghakiman ( jika perlu ).

18. Pemimpin Pengakap Sekolah Yang Menjadi Tuan Rumah Berusaha menyediakan kemudahan yang diperlukan dengan kebenaran Pengetua / Guru Besar / Guru-Guru Kelas. Menyusunatur lokasi untuk para peserta berkhemah, bilik-bilik operasi, label-label tempat, kawasan-kawasan larangan dan tempat-tempat yang berisiko serta membahayakan. Berusan dengan pegawai penjaga / jaga berkaitan bilik suis utama jika berlaku blackout dan seumpamanya. Bekerjasama dengan Ketua Kem dengan memaklumkan kepadanya sebarang hal yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah.

14

PERATURAN & PERINTAH TETAP KEM

SEMUA PEGAWAI KEM.

C CONTOH
DALAM

PROSEDUR / KESELAMATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN PENGURUSAN PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH KERIAN.

Perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian, dimaklumkan dan diperingatkan kepada semua pegawai kem yang bertugas : 1. Tuan/Puan hendaklah merujuk sebarang permasalahan kepada Ketua Kem, Timbalan Ketua Kem I atau II dan Penolong Ketua Kem I atau II sahaja. 2. Tuan / Puan bertanggungjawab untuk mencatit rekod keluar masuk dan rekod bertugas dalam buku-buku rekod yang disediakan. 3. Tuan/Puan bertanggungjawab untuk berada bersama peserta di sesi pengujian sehingga aktiviti tersebut tamat atau waktu bertugas tuan/puan bagi sesi berkenaan telah selesai. 4. Tuan/Puan bertanggungjawab untuk mengenalpasti pegawai-pegawai bertugas mengikut bidang tugasnya yang berada di lokasi aktiviti. 5. Tuan/Puan dinasihatkan supaya memberi taklimat sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan mengenai peraturan, larangan dan tindakan kecemasan. 6. Dapatkan maklumat daripada pemimpin / guru yang menjadi tuan rumah supaya kawasan-kawasan larangan kepada pegawai atau peserta kem dimaklumkan. 7. Tuan/Puan diminta sentiasa peka terhadap keselamatan kawasan perkhemahan khasnya khemah dan tapak mendirikan khemah. 8. Tuan/Puan diminta memantau / memastikan susunatur kerusi /meja dalam bilik darjah tidak mendatangkan risiko kemalangan jika terdapat sekumpulan peserta atau lebih menggunakan bilik darjah sebagai tempat penginapan. 9. Tuan/Puan hendaklah meminta ibubapa atau guru yang hendak membawa peserta keluar daripada kawasan kem supaya melaporkan kepada pegawai yang bertugas, direkod serta dalam pengetahuan urusetia kem. 10. Tuan/Puan dinasihatkan supaya mengelak daripada menyuruh peserta bergerak melakukan sesuatu dalam jangkamasa yang cepat terutama yang melibatkan kiraan 1 - 10 di persekitaran yang boleh mendatangkan kecederaan contohnya kawasan yang berlongkang, kawasan bertangga, di tepi bilik darjah, kawasan penempatan khemah dan seumpamanya.

15

11. Tuan/Puan hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Bertugas / Pihak yang

berkenaan untuk menghantar mana-mana peserta yang mengalami kecederaan / kemalangan ke pusat kesihatan / klinik atau hospital yang paling hampir. Jika kecederaannya parah, jangan mengubah kedudukan / posisi peserta jika ianya

CONTOH

dikhuatiri / dipercayai boleh memburukkan lagi tahap kecederaan itu. Hubungi ambulan apabila keadaan perlu. 12. Tuan/Puan diingatkan supaya mengelakkan para peserta yang mempunyai masalah kesihatan contohnya penyakit lelah daripada mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lasak dan seumpamanya. 13. Tuan/Puan diminta memantau peralatan / perkakasan yang digunakan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar kawasan kem selamat digunakan dan tidak membahayakan peserta. Arahkan supaya ianya disimpan / diletakkan di tempat yang selamat selepas digunakan. 14. Tuan/Puan diminta untuk melaporkan kepada urusetia jika terdapat petugas atau peserta yang sering melanggar disiplin. Mereka ini boleh ditahan dan dikecualikan daripada meneruskan aktiviti atau diarahkan pulang. 15. Tuan/Puan diminta memberikan taklimat / pesanan yang mencukupi terutama ehwal disiplin & keselamatan kepada pegawai dan peserta yang mengikuti ekspedisi. Pemimpin dan Guru Pengiring yang mencukupi hendaklah mengiringi peserta / pelajar dalam aktiviti ekspedisi selain daripada pengakap kelana dan pembantu kem. 16. Mengikut peraturan : Sebarang aktiviti air khasnya berenang yang melibatkan pelajar sekolah mestilah diawasi / diselia oleh seorang Penyelamat Berlesen / Bertauliah. Jika sekadar aktiviti merentasi halangan berair, 16.1 Pegawai kem/ pemimpin / guru pengiring hendaklah

melalui / melintasi dahulu aktiviti itu untuk menilai kesesuaian, kemampuan peserta dan kedalaman air tidak membahaya peserta. Dasar kawasan berair itu selamat daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pegawai atau peserta. Pergerakan peserta semasa aktiviti air itu hendaklah diawasi dan diiringi sepenuhnya oleh pegawai bertugas. 17. Tuan/Puan boleh memantau kesalahan penggunaan lilin atau ubat nyamuk di dalam khemah. Tukarkannya kepada ubat nyamuk jenis berpenutup atau sebarang jenis yang diketahui selamat.

16

18. Tuan/Puan boleh mencadangkan kepada Ketua / Timbalan supaya para peserta

bermalam di kawasan yang lebih selamat jika cuaca buruk / berpetir.. Jika sedang beraktiviti di padang / kawasan terbuka, boleh dihentikan dan laksanakannya di tempat yang bertutup / lebih selamat. 19. Tuan/Puan boleh mengambil / menyimpan perkakasan yang dibawa oleh seseorang peserta yang dianggap berbahaya kepada orang lain dan tiada kaitan dengan aktiviti perkhemahan atau ujian lencana dan dipulangkan kepadanya di penghujung program. 20. Tuan/Puan diminta mengawasi setiap sesi aktiviti para peserta khasnya peserta sekolah rendah supaya dalam keadaan terkawal. 21. Tuan/Puan dinasihati supaya sebarang aktiviti amali yang berisiko diadakan pada waktu siang. 22. Tuan/Puan dinasihati untuk mengelakkan sebarang bentuk dendaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan seumpamanya. 23. Aktiviti-aktiviti pengakap yang berisiko tinggi, tidak wajib dan lebih kepada pilihan (optional) seperti flying fox, repeiling, night tracking dan seumpamanya tidak perlu dilaksanakan kerana memerlukan kebenaran PPD dan pengawasan khas. 24. Tempat-tempat awam termasuk kawasan sekolah merupakan kawasan larangan merokok. 25. Maklumkan kepada urusetia nama pemimpin / guru pengiring sekolah yang tidak hadir bertugas mengikut ketetapan : 25.1 25.2 25.3 25.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 (02 Jan 1985 ). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 24/1998( 10 Okt 1998) Perkara 3(e). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000 (30 Mac 2000) Perkara 4(4.3). The Education Ordinance, 1957 (No.2 OF 1957) The Schools (Tours) Regulations 1957 Perkara 5 ( 5.7)

CONTOH

Arahan JPN (koku) melalui PPD (koku) melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah

17

PERATURAN KEM

CONTOH D

SEMUA PESERTA KEM.


PERKARA-PERKARA BERIKUT HENDAKLAH DI AMBIL PERHATIAN, MENJADI PERINGATAN DAN DIFAHAMI OLEH SEMUA PESERTA SEPANJANG PROGRAM PERKHEMAHAN INI BERLANGSUNG. 1. Semua peserta yang menghadiri / menyertai aktiviti program ini mestilah telah berdaftar keahlian, telah memperolehi kebenaran ibubapa / penjaga dan pemimpin. 2. Semua peserta mesti mematuhi arahan yang diberikan oleh Ketua

Perkhemahan. 3. Semua peserta mesti menyertai semua aktiviti yang dijalankan. 4. Semua peserta mesti berunifom pengakap yang lengkap mulai pukul 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Berbaju T Shirt hanya dibenarkan selepas pukul 12.30 tengahari. 5. Semua peserta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kem tanpa kebenaran Ketua Perkhemahan / Timb. Ketua Kem. 6. Peserta hendaklah mendahului masa iaitu berada di tapak aktiviti 10 minit lebih awal. 7. Semua peserta beragama Islam wajib menunaikan tanggungjawab keagamaan masing-masing kerana masa yang diberikan adalah mencukupi. 8. Semua barangan peribadi yang berharga hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan / kehilangan barangan / peralatan atau perkakasan milik anda. 9. Kebersihan tempat penginapan anda adalah menjadi tanggungjawab anda dan kumpulan untuk membersihkannya pada setiap masa. 10. Peserta Lelaki dilarang berada dalam kawasan peserta perempuan dan sebaliknya. Pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan adalah dilarang. 11. Para peserta kem mesti menjaga tingkahlaku, budi pekerti dan berbudi bahasa sesama peserta dan pegawai kem.

18

12. Tingkahlaku vandalism - iaitu merosakkan harta benda dan kemudahan awam adalah dilarang.

13. Setiap peserta dinasihatkan supaya tidak berlari dalam kawasan penempatan khemah. 14. Setiap peserta mesti berjalan dalam barisan yang teratur apabila menuju ke mana-mana lokasi yang diarahkan. 15. Peserta yang mengalami masalah kesihatan, kecederaan atau kemalangan mestilah melaporkan segera kepada mana-mana pegawai kem. 16. Mana-mana peserta yang tidak dapat menghadiri aktiviti ujian khasnya pada hari Sabtu tidak layak untuk memperolehi sijil kecuali bagi kes istimewa. 17. Peserta yang bermasalah disiplin boleh dikenakan dendaan termasuk digagalkan dan dihantar pulang. 18. Jangan bergurau secara berbahaya dengan rakan-rakan. 19. Setiap peserta dilarang membasuh pinggan atau membuang sisa makanan ke dalam mana-mana sinki sebaliknya menggunakan tempat basuhan yang telah disediakan. 20. Jangan membuang sebarang kertas / tisu / kain / baju / seluar dalam atau tuala wanita ke dalam lubang tandas. 21. Kawasan larangan bagi peserta kem ialah kawasan kantin, dapur, kawasan

CONTOH

penginapan pemimpin, pegawai, bilik urusetia dan kecuali hal mustahak. 22. Peserta tidak boleh meninggalkan tempat sesi pengujian masing-masing selagi sesi ujian belum selesai kecuali ke tandas sahaja.. 23. Sebarang masalah, hendaklah merujuk kepada mana-mana pegawai kem.

Saya mengakui telah membaca dan memahami semua isi kandungan peraturan ini dan berjanji akan mematuhinya. Nama : . Sekolah : Tahun : ....

. Tandatangan Peserta

Arahan Pesuruhjaya Pengakap Daerah.

19

PERATURAN & PERINGATAN

E CONTOH

PEMBANTU AKTIVITI & PEMBANTU KUARTER MASTER


1. Setiap Pembantu Sekolah Menengah atau ahli-ahli pengakap lepasan sekolah yang dijemput hadir sebagai Penolong Pegawai Kem mestilah merupakan seorang ahli pengakap yang telah berdaftar bagi tahun ini termasuk kumpulan pengakap sekolahnya. 2. Setiap Pembantu hendaklah menepati masa menurut tentatif program. Sila bersedia dan berada lebih awal daripada waktu yang tercatat dalam tentatif tersebut. 3. Semua Pembantu mestilah berpakaian kemas dan bersekaf sama ada bertugas di bahagian aktiviti atau di dapur. Menurut tradisi dalam kem pengakap, hanya seluar biru pengakap sahaja dibenarkan. 4. Di Kem Pengakap Daerah, Pembantu Aktiviti akan menerima arahan & tugasan daripada Ketua Kem melalui Timbalan Ketua Kem II dan Pen. Ketua Kem II yang akan berurusan dengan peserta sekolah rendah. 5. Di Kem Pengakap Daerah, Ahli Kelana Kerian akan menerima arahan & tugasan daripada Ketua Kem melalui Timbalan Ketua Kem I dan Pen. Ketua Kem I yang akan berurusan dengan peserta sekolah menengah. 6. Semua pemimpin, pegawai kem, ahli pengakap Kelana ( Aktiviti ) dan pembantu ( Aktiviti ) hendaklah berkumpul di bilik urusetia atau lokasi tertentu apabila diminta berbuat demikian oleh Ketua Kem atau Timbalannya. 7. Semua pembantu dinasihatkan tidur awal supaya cergas dan cerdas pada keesokan harinya. Pastikan anda membuat persiapan tugasan hari esok lebih awal supaya tidak menimbulkan kekalutan. 8. Larangan merokok di tempat awam mestilah dipatuhi. 9. Mana-mana pembantu yang didapati bermasalah disiplin dan sukar mematuhi peraturan di kem ini akan diminta pulang dan disenaraihitamkan. Kehadiran anda tidak diperlukan lagi dan anda digalakkan bertukar ke unit berunifom yang lain. 10. Anda tidak dibenarkan menjemput orang luar untuk bermalam di kem. 11. Semua pergerakan keluar masuk anda dalam kawasan kem hendaklah dicatatkan dalam buku rekod keluar-masuk ( Bahagian Pengurusan Risiko ).

20

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KERIAN PERAK DARUL RIDZUAN


D/A: IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, P. PINANG TEL: 045215227 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj.Kami: PLD/KRN/PD.Jld 001(33) Tarikh Pegawai Pelajaran Daerah Kerian Kompleks Sekolah Wawasan, Pekan Baru, 34200 Parit Buntar. Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KERIAN. _____________________________________________________________________ Dimaklumkan bahawa Pengakap Daerah Kerian berhasrat untuk menjalankan program perkhemahan ujian lencana yang melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah seperti butiran berikut : Program Tarikh Hari Lokasi : : : : Perkhemahan Ujian Lencana Keris Gangsa / Lencana Usaha dan Lencana Tertinggi. 01 03 April 2011 ( 3H 2M ) Jumaat (4.00 Ptg ) - Ahad (11.30 pagi ) Sekolah Kebangsaan Kuala Gula 34350 Kuala Kurau :

CONTOH

2. Bersama ini disertakan Kertas Kerja program dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk makluman pihak tuan. Sebarang pertanyaan, tuan / puan boleh menghubungi En. Syamsuri bin Arshad, Setiausaha Pasukan Latihan Pengakap Daerah di talian 019-5596968. 3. Pertimbangan tuan/puan berhubung dengan perkara ini didahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. PENDIDIKAN MELALUI AKTIVITI PENGAKAP Saya yang menurut perintah,

Fail

Pen.Pes.Pengakap (Latihan ) Fail.

21

CONTOH
PPM DAERAH KERIAN

SURAT PENYERAHAN TUGAS PEGAWAI PEGAWAI YANG MENYERAHKAN TUGAS (OFF DUTY) NAMA PEGAWAI : SEKOLAH : BIDANG TUGAS : MASA :

SAYA SEPERTI NAMA DI ATAS TELAH SELESAI MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN KEPADA SAYA. OLEH ITU SAYA MENYERAHKAN AMANAH INI KEPADA PEGAWAI BERIKUT.

PEGAWAI YANG MENGAMBILALIH TUGAS (ON DUTY) NAMA PEGAWAI : SEKOLAH : BIDANG TUGAS : MASA :

.. TT PEGAWAI YANG BERTUGAS

... TT PEGAWAI YANG SERAH TUGAS

22