Anda di halaman 1dari 2

Semenjak negara kita Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, perpaduan kaum adalah cabaran yang paling

besar yang kita hadapi. Peristiwa berdarah 13 Mei mengingatkan kepada kita bahawa perpaduan kaum adalah cabaran yang harus dan mesti ditangani dengan segera agar kejadian sedemikian tidak berulang semula. Hasil daripada nukilan dan buah pemikiran Tun Abd Razak, maka diperkenalkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia dan Agama Islam adalah agama rasmi. Nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dan adat orang Malaysia haruslah dikekalkan dan diterapkan kepada penyambung generasi kita bermula dari zaman kanak-kanak mereka lagi. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007). Bukan sahaja dari segi bahasa, bahkan semenjak zaman kecil kanak-kanak itu sendiri sudah diterapkan dengan nilai murni agar dapat membina hubungan yang aman bersama orang disekeliling mereka. Begitulah pentingnya perpaduan kita di negara ini dititikberatkan oleh pemimpin kita. Tetapi fenomena yang berlaku sekarang amat membingbangkan. Bukan sahaja kaum Cina dan India tidak pandai bertutur dalam Bahasa Melayu, bahkan ada anak Melayu sendiri yang sudah tidak pandai menuturkan Bahasa Melayu. Semakin ramai anak bangsa kita yang buta huruf, tidak pandai mengeja, membaca dan mengira. Di manakah silapnya? Adakah patut institusi persekolahan yang harus

dipertanggungjawabkan? Itulah persoalan yang sering membelenggu pemikiran cendikiawan Malaysia sekarang. Pokok pangkalnya adalah penguasaan bahasa itu sendiri. Bahasa Melayu mempunyai tiga masalah yang utama yang sering dikaitkan dengan punca pelajar tidak pandai bertutur,menulis dan mengeja dalam bahasa ini. Akan saya kupaskan kesemua masalah ini beserta dengan jalan penyelesaainnya yang telah saya temui ketika saya membuat kajiselidik di sekolah saya. Punca dan masalah yang utama yang harus kita tangani ialah penguasaan murid itu sendiri dalam mengeja. Terdapat banyak rumpun kata yang harus dan mesti dikuasai oleh seseorang pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu. Perkara pertama ialah seseorang pelajar mestilah mengenali setiap huruf sebelum mereka melangkah masuk ke alam persekolahan. Peranan dan tanggungjawab ibubapa serta guru tadika amat ditagih ketika kanak-kanak ini melangkah masuk ke alam tadika. Mereka mestilah dilengkapkan dengan mental dan jasmani

untuk menerima pelajaran. Barulah proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di dalam kelas. Untuk itu, jasmani, emosi dan intelek pelajar itu sendiri haruslah bersedia untuk menerima pelajaran. Untuk memastikan kesemua ini telah bersedia, seorang cikgu mestilah menyediakan

Anda mungkin juga menyukai