Anda di halaman 1dari 1

Gaya Hidup Sihat Setiap individu seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat demi kehidupan yang baik.

Antara perkara penting yang perlu dijadikan amalan termasuklah pemakanan yang seimbang, rajin bersenam dan sentiasa berfikiran positif. Setiap individu harus menjaga cara pemakanan mereka dengan makan makanan yang berkhasiat, iaitu makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin yang diperlukan oleh badan.Bukan itu sahaja, makanan yang berlemak, bergaram harus dielakkan. Selain itu, kita dinasihatikan supaya bersenam setiap hari demi kecergasan badan. Di samping itu, kita perlu berfikiran positif juga supaya dapat menangani dan menghadapi rintangan dalam kehidupan dengan tenang. Kesimpulannya, gaya hidup sihat penting untuk semua orang. Walau bagaimanapun, disiplin diri menentukan sama ada individu tersebut dapat menjalani gaya hidup sihat atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai