Anda di halaman 1dari 2

3.

REFLEKSI TITAS Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya

menyempurnakan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini (TITAS) ini dan menghantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Berdasarkan arahan kerja kursus ini, semua pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah buku skrap tentang cara-cara prinsip Tamadun Islam dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini. Tugasan ini mesti dilakukan secara individu. Dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat muhasabah diri, serta mengenal pasti semula kelemahan dan kekuatan diri. Sejujurnya, saya tidak sempat untuk mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini sebelum saya pulang ke kampung halaman. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri dalam menyempurnakan kerja-kerja kursus lain yang masih tersisa dan perlu dihantar pada hari terakhir kuliah iaitu pada 11 Mac 2011. Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih belum pandai mengagihkan masa sebaik-baiknya. Hal ini merupakan salah satu kelemahan saya yang harus saya perbaiki lagi. Sebagai seorang guru pelatih, malah seorang bakal guru kelak, saya mesti melatih diri supaya mahir membahagikan waktu agar segala kerja dapat disiapkan dengan sempurna. Oleh kerana kekurangan sumber-sumber rujukan, saya berazam untuk mengunjungi perpustakaan awam di sekitar tempat tinggal saya. Saya berusaha untuk mencari sumber-sumber yang pelbagai untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang cemerlang. Insya-Allah, segala-galanya dengan kehendak-Nya. Walaupun sedang bercuti, namun kerana kerja-kerja yang masih belum disiapkan, insya-Allah saya ikhlaskan hati untuk mengorbankan sedikit masa, wang dan tenaga bagi bagi menyempurnakan setiap tugasan yang telah diberi. Sebenarnya, kerja kursus TITAS ini banyak memberi manfaat kepada diri saya. Mana tidaknya, antara arahan tugasan adalah menghuraikan bagaimana prinsip-prinsip Tamadun Islam dapat membendung masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Kalau kita lihat situasi di Malaysia sekarang ini, remaja-remaja Melayu dan Islam yang sedang mendominasi gejala-gejala sosial seperti merokok, lumba haram, menghisap dadah, budaya couple dan sebagainya. Kadang-kadang terdetik di kotak fikiran saya, adakah tanah air tercinta ini merupakan sebuah negara yang bertamadun? Sekiranya para rijal dan syabab tahu akan azabnya neraka dan 13

indahnya syurga, pasti mereka tidak akan melibatkan diri dalam masalah-masalah sosial, malah mereka pasti akan sentiasa mengemis cinta Ilahi dan merindui syahid di jalan-Nya. Maha suci Allah, sesungguhnya sangat aman dan selamat sesebuah negara seandainya para pemimipin dan rakyatnya menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidup mereka. Diriwayatkan oleh Imam Malik, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Aku tinggalkan kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. Saya amat gemar membeli majalah Solusi kerana majalah ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan ilmu-ilmu agama. Hal ini merupakan sedikit bonus buat saya kerana terdapat beberapa artikel yang menyentuh tentang isu-isu sosial di dalam majalah tersebut. Majalah Solusi yang padat dengan rencana-rencana ilmiah ini telah saya jadikan sebagai salah satu rujukan untuk saya menyempurnakan kerja kursus TITAS ini. Secara tuntasnya, saya amat berharap kerja kursus yang telah saya hasilkan ini mencapai matlamat dan bertepatan dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki. Diharap pensyarah dapat menegur sekiranya terdapat apa-apa kesalahan di dalam kerja kursus ini agar saya dapat memperbaiki kelemahan diri dan melakukan yang lebih baik untuk masa hadapan. Sekian, terima kasih. Wassalam.

14

Anda mungkin juga menyukai