Anda di halaman 1dari 4

I-PODS 3 (Edisi ketiga) Muhasabah diri untuk berubah dan optimis menerima kegagalan Gua Hira Ketiga masyarakat

jahiliyyah bergelumang dengan kerosakan dan kemusnahan akal dan jiwa, baginda s.a.w terasa untuk bersendirian bagi mencari ketenangan dan kebenaran. Maka dengan berbekalkan roti dan gandum baginda pergi ke Gua Hira yang terletak di atas Bukit Nur. Ketiga berada di dalam Gua Hira, baginda menghabiskan masa untuk beribadat serta merenung tentang kejadian di sekelilingnya serta memikirkan kuasa yang mengawal keseluruhan sistem perjalanan alam. Baginda s.a.w meragui kepercayaan dan pegangan hidup kaumnya yang menyembah berhala dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Walaupun begitu, pada ketika itu baginda tidak mempunyai panduan yang jelas serta keyakinan tinggi bagi mewujudkan ketenangan dan kepuasan dirinya sehinggalah datangnya Jibril menyampaikan wahyu dari Allah s.w.t. Sebenarnya pemilihan baginda untuk mengasingkan diri di dalam gua ini merupakan satu perancangan dari Allah s.w.t untuk membawa kekasihNya supaya bersiap sedia untuk menerima serta melaksanakan satu misi agung bagi membawa umat manusia dari kegelapan kejahilan ke arah cahaya Islam. Setiap jiwa yang tidak tenang pasti mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya. Oleh itu, berkhulwah (bersendirian) di samping memuhasabah diri merupakan satu langkah yang positif bagi menjauhkan diri dari segala tipu daya dunia dan kerosakan jiwa serta merubah diri ke arah yang lebih gemilang. Intisari Pedoman Dari Sirah Sentiasalah melakukan muhasabah diri ketika mana anda berada di dalam keadaan yang resah dan fikiran sering bercelaru. Mungkin dosa yang kita lakukan menyebabkan hati sentiasa tidak tenang. Perbaikilah diri dengan penuh kesungguhan. Nescaya ketenangan dan kebenaran pasti menjelma. Tahukah anda: Gua Hira terletak dua batu dari Kota Mekah dan merupakan sebuah Peperangan Uhud gua yang kecil, panjangnya empat hasta dan lebarnya 1 hasta mengikut hasta sekarang. (Sumber: Ar-Rahiqul Makhtum karangan Safiyyu Al-Rahman AlMubarakfuri)

Ketika peperangan Uhud pula , sebahagian besar anggota pemanah yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w untuk berada di atas Bukit Uhud telah melakukan kesilapan besar dengan melanggar arahan dari Rasulullah s.a.w supaya terus bertahan di atas bukit walau apa pun yang terjadi samada mereka menang atau kalah. Sebahagian anggota pemanah tersebut bertindak turun dari Bukit Uhud tatkala melihat tentera-tentera Islam yang lain sedang sibuk mengaut harta rampasan pihak musuh. Akibatnya, umat Islam mengalami kekalahan dan ramai di kalangan para sahabat yang tercedera dan gugur syahid mempertahankan ajaran suci. Walaupun umat Islam di ambang kegagalan pada ketika itu, mereka masih lagi terus bersabar dan bertahan bagi melindungi dan mempertahankan Nabi s.a.w yang dikasihi dan dicintai. Antara sahabat yang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w adalah Talhah bin Ubaydullah. AlBukhariy meriwayatkan daripada Qays bin Abi Hazim, katanya: Aku melihat tangan Talhah yang lumpuh kerana mempertahankan Nabi s.a.w pada hari peperangan Uhud. (Sahih al-Bukhari 1/527, 2/581). Dalam kitab al-Iklil, alHakim meriwayatkan bahawa pada hari peperangan Uhud, Talhah mengalami tiga puluh enam atau tiga puluh lima luka dan jarinya putus iaitu jari telunjuk dan yang berikutnya.(Fath al-Bari 7/361). Kekalahan di medan pertempuran Uhud sebenarnya telah menguatkan lagi semangat juang dan keimanan umat Islam kepada Allah serta menerima kekalahan tersebut dengan penuh keinsafan dan kesabaran. Kekalahan dan kegagalan adalah salah satu perjalanan hidup yang pasti dilalui setiap insan. Apa yang penting, tidak kira sama ada kemenangan mahu pun kekalahan, sebagai seorang Islam semestinya kita perlu bersedia untuk terus tabah berjuang menyusuri liku hidup yang penuh onak dan duri. Jangan kita alpa dibuai kemenangan dan jangan berduka atau bersikap pesimis apabila berhadapan dengan kekalahan dan kegagalan. Intisari Pedoman Dari Sirah Kekalahan umat Islam di peperangan Uhud mempunyai pengajaran dan hikmah berikut:
1. Memberi kefahaman kepada seluruh umat Islam bahawa melakukan

perkara yang dilarang oleh Allah dan rasulNya akan mengakibatkan kebinasaan kepada diri sendiri. 2. Sudah menjadi kebiasaan bahawa setiap nabi dan rasul itu sentiasa menerima ujian dari Allah dan mereka sentiasa bersabar dalam menghadapinya. Sebagai umat Islam kita seharusnya mencontohi sifat yang mulia ini. 3. Kekalahan atau kegagalan yang berlaku pada seseorang adalah jalan menuju ke arah kebaikan dan kejayaan. 4. Allah menjanjikan ganjaran yang istimewa bagi hamba-hambaNya yang bersabar di atas ujian kekalahan atau kegagalan yang menimpa dirinya.

Tahukah anda:

Angka korban tentera-tentera Islam ketika peperangan Uhud adalah seramai 70 orang dan kebanyakan mereka terdiri dari kalangan orang Ansar. Dari kalangan orang Ansar yang terbunuh adalah seramai 65 orang (41 dari kabilah Khazraj dan 24 dari kabilah Aws). Di pihak Musyrikin, angka korban mereka adalah seramai 22 orang seperti yang dilaporkan oleh Ibn Ishaq. Namun, berdasarkan penyelidikan tentang seluruh aspek peperangan itu menunjukan bilangan mereka yang terkorban adalah 37 orang dan bukannya 22 orang.

(Sumber: Ar-Rahiqul Makhtum karangan Safiyyu Al-Rahman AlMubarakfuri)

Aktiviti I-PODS Muhasabahlah diri anda Lakukanlah muhasabah terhadap diri anda untuk menilai tahap diri anda. Angka 1 merupakan nilai yang peling rendah sekali, manakala angka 5 merupakan nilai yang tertinggi. PERNYATAAN NILAI

1-Saya selalu berusaha untuk memperbaiki hunbungan saya dengan Tuhan dan orang lain. 2- Saya mempunyai tujuan-tujuan yang jelas sama ada untuk diri saya atau pekerjaan dan pelajaran. 3- Saya selalu bermuhasabah untuk meningkatkan kualiti diri saya 4- Saya sentiasa memandang setiap kegagalan yang dialami dari sudut yang positif. 5- Saya tidak pernah putus asa apabila mengalami kegagalan. 6- Saya sentiasa bersabar dan tidak menggelabah ketika berhadapan dengan kegagalan. 7- Saya berfikir, bekerja, dan hidup secara seimbang 8- Saya berjaya menguasai diri saya daripada sentiasa menurut hawa nafsu.

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

Setelah penilaian telah dibuat maka cubalah untuk perbaiki sudut kelemahan di dalam diri anda dan pada masa yang sama mengekalkan kelebihan atau kekuatan yang ada pada diri anda. Pernyataan di atas adalah cadangan dari penulis. Anda boleh menambah atau mengubah pernyataan di atas mengikut kesesuaian diri anda. SELAMAT MENCUBA!

Anda mungkin juga menyukai