Anda di halaman 1dari 2

PROFIL PERNIAGAAN

i. Nama Perniagaan ii. Nama Pemilik iii. Lokasi/ Alamat Fienas Smiley Sport Nur Afina Bt Shabarudin 28 , Kompleks Dato Abdullah , 13200 Kepala Batas Milikan Tunggal 1 Bulan 1 Ogos 2011-31 Ogos 2011 RM 135 000 2 orang Memulakan Perniagaan

iv. Jenis Perniagaan v. Tempoh perniagaan vi. Tempoh Rekod vii. Modal Perniagaan viii. Jumlah Pekerja ix. Status Perniagaan

PENGENALAN PERNIAGAAN
Saya Nur Afina Bt Shabarudin telah menubuhkan Fienas Smiley Sport pada 1 Ogos 2011 dengan modal sebanyak RM 135 000 dimasukkan ke dalam akaun bank , RM 80 000 untuk menjalankan perniagaan dan RM 55000 dengan membawa masuk kenderaan untuk kegunaan perniagaan. Perniagaan saya adalah perniagaan milikan tunggal yang menjual alatan sukan seperti bola,kasut sukan,kayu hoki dan sebagainya. Perniagaan ini dibantu oleh 2 orang pekerja yang dibayar gaji bulanan sebanyak RM 1 200 setiap pekerja. Saya memilih untuk menubuhkan perniagaan yang menjual alatan sukan kerana : (i) (ii) Tiada perniagaan pemborong yang menjual alatan sukan dilokasi perniagaan saya Permintaan terhadap alatan sukan adalah tinggi dalam kalangan penduduk setempat (iii) Perniagaan ini memepunyai potensi untuk bekembang memandangkan perniagaan saya terletak berdekatan dengan stadium. Saya percaya dengan menjalankan perniagaan milikan tunggal yang menjual alatan sukan, saya dapat memperolehi keuntungan yang tinggi serta dapat memenuhi keperluan penduduk setempat.

Saya faham dengan melibatkan diri dalam persaingan yang menjual alatan sukan yang berdepan dengan risiko-risiko seperti persaingan terutama dari golongan pemborong yang menjual secara terus kepada pembekal alatan sukan dan sanggup menjual pada harga yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, saya sanggup menghadapi risiko dan akan berusaha sedaya upaya mengatasi segala masalah yang akan dihadapi kelak .