Anda di halaman 1dari 10

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

Tajuk : Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) banyak menekankan nilai moral; huraikan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.0. Definisi Nilai Murni Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

2.0 Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah

perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri: a. b. c. d. e. Percaya dan patuh kepada tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara. f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain 3.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui: a. Secara pertuturan b. Secara perlakuan c. Secara teladan d. Secara isyarat e. Secara kefahaman f. Secara interpretasi g. Secara konteksual

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:1.Baik Hati Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi: Aspek belas kasihan Bertimbang rasa Murah hati Saling faham memahami Sedia memaafkan

o o o o o

2. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian: Bertanggungjawab Berupaya bertindak sendiri Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

o o o

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

3.Hemah Tinggi Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciriciri berhemah tinggi adalah: Kesopanan Mengakui kesalahan Ramah mesra

o o o

4.Hormat Menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Ini merangkumi: Hormat dan taat kepada ibubapa Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,

o o

jiran tetangga dan pemimpin


o o o o

Hormat kepada raja dan negara Patuh kepada undang-undang Hormat kepada hak asasi Hormat kepada kepercayaan dan adat resam

pelbagai keturunan
o

Hormat kepada keperibadian individu.

5.Kasih sayang Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

o o o o

Sayang kepada nyawa Sayang kepada alam sekeliling Cinta kepada negara Cinta kepada keamanan dan keharmonian

6.Keadilan Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 7.Kebebasan Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah: Kebebasan di sisi undang-undang Kebebasan dalam sistem demokrasi.

o o

8.Keberanian Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi: Berani dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar Berani mempertahankan pendirian Berani bertanggungjawab.

o o o o

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

9.Kebersihan fizikal dan mental Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah: Kebersihan diri Kebersihan persekitaran Pertuturan dan kelakuan yang bersopan Pemikiran yang sihat dan membina

o o o o

10. Kejujuran Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. 11.Kerajinan Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. 12.Kerjasama Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

13.Kesedaran Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah: Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri

dan kepentingan orang lain.


o

Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah

laku. 14.Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan. 15.Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka. 16.Semangat Bermasyarakat

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.

Penutup Kesemua 16 nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah nilai-nilai yang dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan boleh memainkan peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam masyarakatnya serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat. Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi JERI bagi melaksanakan hasrat FPN bukanlah satu yang mudah. Penggubalan KBSM adalah harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan berakhlak mulia. Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% Ainisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan maupun tuturkatanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian. Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan mulia. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah SWT. Ia menampakkan sifat yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang iaitu kesepaduan

Zulkiffli bin Mahmud 650827025869 PGSR-Sains Nov 08-Dec 12

di antara ilmu, iman dan amal; kesepaduan di antara akal, jasad dan roh; kesepaduan di antara teori dan amali, di antara kemahiran dan akhlak; di antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan akhirat; dan di antara manusia, alam dan Allah, yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran insan soleh . yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik. .

Rujukan: http://sarjana.tripod.com/nilai3.htmlkan

Anda mungkin juga menyukai

  • Ujian Mac Sains Tahun 5 k2
    Ujian Mac Sains Tahun 5 k2
    Dokumen10 halaman
    Ujian Mac Sains Tahun 5 k2
    Toy Nodame
    Belum ada peringkat
  • La Karan
    La Karan
    Dokumen2 halaman
    La Karan
    Zulkiffli Mahmud
    Belum ada peringkat
  • Tugasan Edu 3109
    Tugasan Edu 3109
    Dokumen3 halaman
    Tugasan Edu 3109
    Zulkiffli Mahmud
    Belum ada peringkat
  • Lirik Lagu
    Lirik Lagu
    Dokumen9 halaman
    Lirik Lagu
    Zulkiffli Mahmud
    Belum ada peringkat
  • Moral 3
    Moral 3
    Dokumen1 halaman
    Moral 3
    Zulkiffli Mahmud
    Belum ada peringkat
  • Moral 2
    Moral 2
    Dokumen3 halaman
    Moral 2
    Zulkiffli Mahmud
    Belum ada peringkat
  • Moral 3
    Moral 3
    Dokumen1 halaman
    Moral 3
    Zulkiffli Mahmud
    Belum ada peringkat