Anda di halaman 1dari 4

Yang Berusaha En. Marcus Hugo Matu Lejau, Pengetua Kanan SMK Lutong. Yang Diraikan Pn.Julia Ambang.

Yang Dihormati Cik Anita Yee Foun Mee, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Puan Karen Tang Lai Fan (Fun), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rechard Emang, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Michael Nyagu Sabang, Penyelia Petang, Puan Narimah Zakaria, Penolong Kanan Tingkatan 6, Barisan Guru Kanan, Guru-guru dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Merpati putih dari Lingga, Mencari pasangan sampai ke Melaka, Dirimu tuan laksana zamrud dewangga. Disimpan bertuah dilepas berduka.

Buat makluman warga SMK Lutong, tanggal 15 Ogos iaitu pada hari ini kita akan kehilangan seorang guru SMK Lutong yang berdedikasi yang telah menumpahkan segala jasa dan khidmat baktinya buat putera dan puteri bangsa. Cikgu Julia secara rasminya akan menamatkan perkhidmatannya sebagai guru di Malaysia. Kehilangan ini amatlah dirasai SMK Lutong kerana melalui kudratnya selama berkhidmat di sini, telah lahir ramai putera puteri yang telah mengharumkan nama SMK Lutong dalam segenap lapangan. Insan ini tidak pernah mengenal putus asa menabur bakti buat nusa dan negeri tercinta dengan mengajar para pelajar SMK Lutong tanpa mengenal penat dan jemu. Kehilangannya pasti meninggalkan nostalgia yang sukar dlupakan sehingga badan dikandung tanah. Insan ini telah diputerikan di Kapit telah memulakan langkah menuntut ilmu secara formal di SRK Lepong Balleh, kemudiannya menginjakkan kaki ke SMK Kapit pada 1973 dan SMK Sedaya Kanowit pada 1976 hingga 1977. Dek kerana merasa diri beliau bertanggungjawab untuk membuka minda masyarakat untuk mengejar kemajuan, Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bahru telah dipilih untuk merealisasikan impian ini pada tahun 1978. Setelah menamatkan pengajiannya di MPTI beliau telah ditempatkan di SMK Durin Sibu pada tahun 1980 sehingga 1982. Seterusnya SMK Kwong Hua, Sibu merupakan venue kedua beliau melunaskan tanggungjawab sebagai guru pada tahun 1983 sehingga 1990. Jodoh bonda kepada seorang putera dan seorang puteri ini dengan SMK Lutong bermula pada Disember 1990 sehinggalah sekarang. Hal ini menjadikan SMK Lutong merupakan medan paling lama untuk berjuang dalam mencanai minda anak bangsa.. Kewibawaan beliau dalam dunia pendidikan telah membuka hati puteri kesayangannya untuk turut berkorban kepada negara dalam dunia pendidikan. SMK Lutong menjadi saksi kelibat 2 generasi bergabung tenaga membina modal insan negara.

Sidang hadirin sekalian

Bagi memulakan majlis pada hari ini, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Marcus Hugo Matu Lejau, Pengetua kanan SMK Lutong untuk menitipkan kata buat Cikgu Julia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. .................................... Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tuan Pengetua sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Sherlyvia Inta dari tingkatan 4 Dedikasi sebagai wakil pelajar untuk menitipkan madah bagi melerai kasih buat pendidik tercinta. Dipersilakan.

Terima kasih Sherlyvia Inta atas ucapan sebentar tadi. ............................................ Seterusnya, majlis mempersilakan insan yang diraikan Cikgu Julia Ambang untuk menyampaikan ucapan untuk santapan jiwa kita semua. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ..........................................

Ribuan terima kasih, majlis rakamkan atas ucapan Cikgu Julia sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian

Majlis kini sampai kepada intinya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua untuk menyampaikan kek hari jadi ke-56 dan kad selamat bersara bagi pihak warga sekolah sebagai simbolik penyempurnaan untaian tinta nostalgia kepada Yang Diraikan Cikgu Julia. Majlis mempersilakan. (para guru dan sekalian pelajar dijemput menyanyikan lagu selamat hari jadi)

Terima kasih kepada Tuan Pengetua atas penyampaian kek dan kad itu tadi. .................................

Kini majlis untaian tinta nostalgia kian melebar, majlis dengan ini mempersilakan pelajar .................................................. untuk menyampaikan hadiah buat Cikgu Julia.

Seterusnya dijemput wakil kelas untuk menyampaikan hadiah. Dimulai dengan

Seterusnya, hadiah daripada tingkatan. Dimulai dengan Wakil PELAJAR TINGKATAN 1 (nama) Wakil PELAJAR TINGKATAN 2 (nama) Wakil PELAJAR TINGKATAN 3 (nama) Wakil PELAJAR TINGKATAN 4 (nama) Wakil PELAJAR TINGKATAN 5 (nama) dan PELAJAR TINGKATAN 6 (nama)

Majlis sekali lagi, menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua Kanan untuk menyampaikan CENDERAMATA DARIPADA SEKOLAH, dan SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA JABATAN PELAJARAN NEGERI kepada Cikgu Julia Ambang.

Terima Kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua Kanan. .......................................... Sidang hadirin sekalian, Majlis dengan ini menjemput kumpulan koir yang terdiri daripada Pengawas sesi petang untuk membuat persembahan koir khas buat Cikgu Julia. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Majlis dengan ini memohon Tuan Pengetua, barisan penolong kanan, barisan guru kanan dan guru-guru dan para pelajar bangun untuk bersalaman sebagai tanda meredhakan perpisahan ini.

.......................

Buat pengetahuan semua selepas ini Cikgu Julia akan bersalaman dengan kita semua bagi menandakan SMK Lutong telah meredhai perpisahan ini bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang seorang anggota masyarakat dengan lebih sempurna.

Majlis berharap Cikgu Julia tidak melupakan semua warga SMK Lutong , kerana di sinilah tempat beliau membajak keringat mencanai minda modal insan kelas pertama, mengorek pengalaman, di sinilah tempat menuainya hasil yang sukar didapati di tempat lain dan di sinilah tempat memintal dan menganyam kudrat

bagi menyediakan anak watan yang berguna, di sinilah tempat beliau sebagai jurutera bangsa menggilap permata hitam yang tertanam di dasar lumpur menjadi permata yang didamba sarwajagat alam.

Segala suka duka di sini pahatlah dalam kolam atma dan jadikan ia nostalgia kita bersama kerana setiap yang tersurat adalah yang terbaik dan terindah buat kita semua.

....................................

Dengan simbolik pemulangan tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Semoga kita semua redha dengan perpisahan ini.

Anda mungkin juga menyukai