Anda di halaman 1dari 4

Introduction to Cyberpreneurship

Ameerul Ashraf bin Mohd Razali (DMGWEF08070035) 900408-06-5689 Puan Rafiah

Lim Goh Tong Biodata  Nama  Tarikh Lahir  Tempat Lahir  Warganegara  Kerjaya  Isteri  Anak  Tarikh Mati  Lokasi Kematian  Aset : Tan Sri Lim Goh Tong : 28 Februari 1918 : Anxi County, Fujian, Republic of China : Malaysia : Pengasas Genting Highlands, Genting group dan Starcruise : Lee Kim Hua : 6 (Enam) : 23 Oktober 2007 (pada umur 89 tahun) : Subang Jaya, Selangor, Malaysia : US $ 4.22 billion

Introduction to Cyberpreneurship

Sejarah Hidup Lim Goh Tong merupakan anak kelima dalam keluarganya. Ayahnya Lim Shi Quan dan ibunya Goh Ban. Beliau mempunyai seorang abang, tiga orang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Lim dilahirkan dalam keadaan keluarga yang susah dan dalam suasana kampung. Walaupun, beliau dilahirkan dalam suasana kampung dan susah, beliau dibesarkan dalam keadaan aman dan harmoni tanpa masalah Tambahan pula, beliau . juga berpeluang untuk bersekolah walaupun dalam keadaan daif. Malangnya, Lim kehilangan ayahnya yang tersayang ketika umurnya 16 tahun. Oleh sebab itu, Lim terpaksa berhenti dari persekolahannya. Kemudian, Lim dan abangnya pula mengambil alih menyara keluarga mereka. Berikutan keadaan Ekonomi di China semakin buruk, Lim mengambil keputusan berhijrah ke Malaysia mengikut jejak sepupunya. Di Malaysia, Lim bekerja sebagai Tukang kayu selama 2 tahun. Dalam masa itu, Lim memanfaatkan peluang yang ada dengan mempelajari bahasa melayu. Kemudian Lim menjadi seorang buruh kasar dan berbangga dengan hasil kerjanya yang telah membina sebuah bangunan sekolah 2 tingkat. Selepas itu, Lim membuat keputusan untuk kembali ke tempat asalnya (Anxi) pada tahun 1940 dan kembali ke Malaysia semula pada tahun berikutnya.

Introduction to Cyberpreneurship

Kerjaya Lim Goh Tong seorang yang berani mencuba. Beliau banyak pengalaman dalam pelbagai bidang kerja dari seorang tukang kayu sehinggalah menjadi seorang jutawan. Kisahnya bermula dengan menjadi seorang tukang kayu, buruh kasar dan menjadi seorang pekebun. Kemudian, beliau membuat keputusan untuk mencuba pekerjaan yang lebih menjamin ekonomi hidupnya dengan bekerja sebagai penjual mesin-mesin terpakai. Pekerjaan sebagai penjual mesin-mesin terpakai banyak membuka peluang bagi Lim untuk bekerjasama dengan kilang-kialng dan syarikat-syarikat yang menghasilkan logam-logam dan mesinmesin. Kerjayanya diteruskan dengan idea asalnya ingin membuat pusat peranginan di kawasan tanah tinggi. Ideanya itu telah diperlekehkan oleh orang ramai dan beliau dikatakan gila kerana mencadangkan projek yang tidak mungkin akan berjaya.

Namun, beliau tetap dengan pendiriannya untuk membina pusat peranginan itu (Genting Highlands). Akhirnya dengan sokongan dari beberapa pihak dan individu, Lim berjaya menghasilkan sebuah pusat peranginan yang berada betul-betul di kawasan tanah tinggi (Genting Highlands). Selain itu, dalam bidang kerjayanya, Lim juga merupakan pengasas dan presiden bagi Persatuan Genting Group dan pengasas bagi Starcruises.

Introduction to Cyberpreneurship

Pencapaian Beliau telah banyak memperoleh pencapaian dalam bidang kerjayanya, antara pencapaian-pencapaian beliau :  Malaysian Entrepreneurs Award 1985  Manager of the Year Award 1986  Business Achiever of the Year Award 1994  Number 1 ranking of 10 Malaysian Leading Companies 1996  The Best Employer Award 1996 Selain itu, beliau diberi pangkat kenamaan Tan Sri oleh Kerajaan Malaysia pada 6 Jun 1079 kerana mengharumkan nama Malaysia dalam sektor pelancongan. Pada 1978 pula, Lim menubuhkan Yayasan atas namanya (Yayasan Lim) bertujuan untuk membantu keluarga keluarga yang bermasalah dalam pembiayaan pendidikan dan perubatan. Selain itu, dengan wujudnya yayasan ini, pembiayaan untuk Rumah Warga Emas dan persatuan-persatuan yang berkaitan sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.

Rujukan Internet  www.genting.com.my  www.starcruises.com  http://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Goh_Tong  http://www.genting.com/history/index.htm

Anda mungkin juga menyukai