Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PERASMIAN 1SUKAN 1MURID 1MALAYSIA PERINGKAT IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN BIL 1 PERKARA Vip sampai TEKS

Mengumumkan ketibaan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun Puan hjh Rosenah binti , diiringi oleh, timbalan pengarah, Tn Hj Daud bin Md Saman, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, yang dipertua jawatankuasa perwakilan pelajar dan seterusnya para pensyarah masuk ke dewan. Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dengan iringan muzik. Terpancar berseri kilaun permata, Dipakai dara cantik memikat, Kalimah suci pembuka kata, Moga acara mendapat berkat. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang berbahagia, Cik Hjh Rosenah Binti (Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun) Yang dihormati, Tn Hj Daud Bin Md Saman (timbalan pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun) Yg dihormati, En Fakharudin (ketua unit GERKO) Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, seterusnya hadirin hadirat sekalian. Syukur Alhamdulillah,dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul di padang ini bagi sama-sama berhimpun pepat,menceria suasana,merapat hubungan dan yang pastinya menjayakan lagi majlis perasmian 1MURID 1 SUKAN/ 1 MALAYSIA peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun. Hadirin yang dihormati, Mentari indah sinar sekata, Bercanda si gadis nampak berseri, Tangan ditadah doa dipinta, Mohon majlis diberkati Illahi.

Semua sidang hadirin bersedia

Kata-kata aluan

Pendahuluan

Bacaan doa

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis menjemput saudara ( ) Bagi mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi. Khabar sudah bendang ke langit. Khabar sudah rebak ke bumi. Isik-isik dah berbunyi, iyang-iyang dah mengiang. Yang jauh kami jemput dengan destar,yang dekat kami jemput dengan tepak. Sekarang tibalah acara kemuncak majlis. Untuk menyempurnakan majlis,dengan penuh hormat dan takzim, majlis menjemput dan mempersilakan Puan Hjh Rosenah binti ( pengarah ipg kampus tuanku bainun) untuk menyampaikan bacaan perutusan yang amat berhormat timabalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran malaysia sekaligus merasmikan 1SUKAN 1 MURID 1 MALAYSIA peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun. Majlis menjemput dan mempersilakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan pengarah Puan Hjh Rosenah binti diatas ucapan itu tadi

Perasmian pengarah

10

Dengan berakhirnya acara kemuncak tadi, maka majlis ini akan diteruskan lagi dengan menjemput, tuan pengarah, tuan timbalan pengarah, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit seterusnya para pensyarah untuk sama-sama menyertai sesi regangan dan memanaskan badan di padang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Baiklah, majlis akan diteruskan dengan larian 1MURID, 1 SUKAN 1 MALAYSIA. Para peserta diminta bersedia di trek larian kerana larian akan dimulakan tepat jam 7.45 pagi. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai