Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SM TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHRU TAHUN 2008 01.

PENDAHULUAN Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan. 02. RASIONAL Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru, Panitia Pendidikan Islam SM Teknik Perdagangan Johor Bahru mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan al-Mubarak untuk melancarkan program Ramadhan Dekat Di Hati demi memastikan seluruh warga SMTP dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah. 03. OBJEKTIF 3.1. Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak 3.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain 3.3. Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah dengan mewakafkan al-Quran 3.4. Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan pelajar 3.5. Melengkapkan keperluan surau sekolah seperti al-Quran dan surah Yasin 3.6. Memanfaatkan ICT sebagai metodologi dakwah yang berkesan 04. TARIKH Sepanjang Bulan Ramadhan. 05. KUMPULAN SASARAN 5.1 5.2 Semua pentadbir, guru dan staf sekolah. Pelajar Islam tingkatan 4 dan 5

06. AKTIVITI Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati Risalah Ramadhan Saham Wakaf At-Taqwa Tadarus Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran Pelancaran Buku Bimbingan Rohani Kuiz Ramadhan Ramadhan Ke Udara Sehari Satu Tip Ramadhan Maya Drama Ramadhan

Nur Pagi Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati Program Ramadhan Dekat Di Hati akan dilancarkan secara rasminya oleh Puan Pengetua. Ia bertujuan bagi menerangkan matlamat dan objektif program ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan juga boleh dimaklumkan kepada seluruh warga sekolah. Risalah Ramadhan Ia merupakan edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan Dekat Di Hati . Risalah akan diedarkan sebanyak 2 kali sepanjang Ramadhan dengan pengisian mengikut fasa iaitu di awal Ramadhan dan di akhir Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saham Waqaf at-Taqwa Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar membuat sedekah jariah dengan memberi sumbangan al-Quran untuk keperluan jemaah Surau at-Taqwa. Peserta akan diberikan borang penyertaan dan membayar sebanyak RM 10 untuk sebuah al-Quran. AJK akan membeli sejumlah al-Quran dan meletakkannya di surau. Tadarus Al-Quran Melalui program ini pelajar dan guru akan dibahagikan kepada kumpulan kecil . Pelajar dan guru akan bertadarus membaca al-Quran . Waktu yang ditetapkan untuk pelajar ialah ketika amali solat di surau dan di asrama pada setiap petang ( 4.45 5.15 ). Manakala di kalangan guru ialah pada Majlis Khatam Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada akhir Ramadhan setelah pelajar selesai khatam al-Quran melalui program tadarus harian. Majlis dijalankan di surau pada pukul 5.30 - 6.30 petang dan diikuti majlis berbuka puasa serta diakhiri dengan solat sunat terawih. Pelancaran Buku Bimbingan Rohani Sempena Ramadhan yang mulia , Buku Bimbingan Rohani Pelajar akan dilancarkan dan akan diedarkan kepada pelajar . Buku ini mengandungi pelbagai ilmu dan panduan tentang ibadah wajib dan sunat , adab , ayat hafazan, surah Yasin dan Mathurat , dan sebagainya. Ia bermatlamat untuk membimbing pelajar agar menjadi muslim yang berilmu dan beramal. Kuiz Ramadhan Bagi menggalakkan pelajar membaca pelbagai maklumat tentang Ramadhan, aktiviti kuiz akan diadakan dengan mengemukakan pelbagai soalan berkaitan Ramadhan. Pelajar dikehendaki mencari jawapan kuiz melalui pelbagai sumber seperti risalah bercetak, info di Wakaf al-Ghazali dan internet. Ramadhan Ke Udara Ia merupakan satu program di mana pelbagai maklumat tentang Ramadhan akan disiarkan melalui Radio SMTP. Antara pengisiannya ialah petikan ayat al-Quran dan hadis, petua puasa, sampaikan salam Ramadhan dan sebagainya. Sehari Satu Tip Satu tip atau petua untuk menjadikan ibadah puasa Ramadhan lebih berkesan akan dipaparkan pada setiap pagi iaitu semasa perhimpunan pagi dijalankan. Maklumat tersebut juga akan dijadikan soalan bagi aktiviti kuiz Ramadhan. Ramadhan Maya Seiring dengan perkembangan ICT, maklumat tentang Ramadhan boleh disalurkan melalui internet. Sebuah laman web akan dihasilkan untuk menjadi sumber rujukan pelajar berkaitan ibadah puasa dan sebagainya.

Nur Pagi Bacaan ayat suci al-Quran atau zikir munajat akan dipasang selama 10 minit sebelum perhimpunan pagi dimulakan. Ia sebagai satu kaedah bagi mendidik jiwa agar mencintai al-Quran dan sentiasa mengingati Allah. Drama Ramadhan Bersiri Iaitu sebuah program dimana drama yang berkaitan dengan Ramadhan akan ditayangkan di televisyen ( Zon Lingkaran Ilmu ) selama 15 minit ketika waktu rehat. Ia diharap dapat mendidik pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang puasa melalui rancangan video yang dipaparkan.

7.

URUSETIA / JAWATANKUASA PENGELOLA Sila rujuk Lampiran 1.

08.

ANGGARAN PERBELANJAAN 8.1. 8.2. Sepanduk Hadiah ( RM 200.00 x 2 ) RM 400.00 RM 100.00 _________ RM 500.00 =========

09. SUMBER KEWANGAN

9.1

Dana Aktiviti Pendidikan Islam

RM 500.00

10. PENUTUP Mudah-mudahan usaha sedikit ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun segala usaha ini diharapkan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada seluruh warga sekolah agar matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh

(KHAIRUL ANUAR HJ. RAMLAN)

( HJH. ZALIHAR BT. ABDUL GHANI )

Pengarah Ramadhan Dekat Di Hati SM Teknik Perdagangan Johor Bahru

Pengetua SM Teknik Perdagangan Johor Bahru

Lampiran 1 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI

Pengerusi Hjh. Zalihar bt. Abdul Ghani Naib Pengerusi 1 Puan Lilis bt. Firdaus Naib Pengerusi II Puan Hamidah bt. Mohd. Noor Setiausaha Ustaz Khairul Anuar Hj. Ramlan

Nur Pagi Pelancaran Buku Bimbingan Rohani Drama Bersiri


KHAIRUL ANUAR RAMLAN

Saham Waqaf At-Taqwa Sehari Satu Tip

Tadarus Al-Quran & Majlis Khatam Al-Quran Qiamullail

RIZAL AMIN ABD GHANI

MOHD. FIRDAUS AHMAD

Risalah Ramadhan Ramadhan Maya

Kuiz Ramadhan Ramadhan Ke Udara

ALWEE SHAMRIN

JUHAIDAH HUSNA

Anda mungkin juga menyukai