Anda di halaman 1dari 5

Teori Pembelajaran Gagne

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

(a)Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anakanaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku

melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut. b)Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya. (c)Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. d)Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. (e)Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi

adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. (f)Pembelajaran Konsep Pembentukan dapat konsep bermula dengan pertalian berbahasa persepsi dan dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar membentukkonsepyang baik setelah membuat pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. (g)Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi. h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan

dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne


Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus

bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti

memastikan pelajar telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru

merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai