Anda di halaman 1dari 2

(1)Apabila kita menyentuh sesuatu yang panas, rasa panas itu akan disampaikan ke pada pusat kawalan saraf

melalui sistem saraf. (2)impuls respon akan dihantar melalui saraf motor untuk melakukan tindakan. (3)koordinasi ini diselaraskan oleh sistem saraf. (4)walaubagaimanapun,terdapat satu lagi koordinasi yang mengawal aktiviti metabo lik seperti, membuatkan jantung kita berdegup lebih cepat apabila kita dalam ketakutan supaya kita dapat melakukan tindakan segera. ataupun menyelaraskan paras glukosa normal dalam tubuh badan dimana memerlukan p emerhatian 24 jam setiap hari. (5)koordinasi ini diselaraskan oleh sistem endokrin. (6)sistem endokrin berfungsi untuk mewujudkan tindakbalas homeostasis (7)tindakbalas ini bertujuan untuk memastikan keadaan bahan-bahan kimia yang sei mbang di dalam badan. dan juga mengawal koordinasi pelbagai proses dan organ sistem. (8)sistem endokrin terdiri dari kelenjar, tisu endokrin dalam organ lain seperti pankreas yang merembeskan hormon ke dalam salur darah. (9)hormon merupakan penyampai bahan kimia yang melalui salur darah ke organ tert entu dengan tujuan untuk mengawal dan menyelaraskan proses dalan badan. seperti pertumbuhan, mengawal suhu dan pengekalan air. (10)dalam sesetengah kes, hormon bertindak secara spesifik keatas organ tertentu . (11)sesetengahnya pula mempunyai kesan yang lebih umum. (12)sesetengah hormon bertindak keatas organ lain dan bukannya organ yang meremb eskan hormon itu. (13)hormon tertentu hanya bertindak keatas sel yang tertentu. (14)seperti meja permainan kanak-kanak, bentuk permainan dan lubangnya adalah sp esifik.

(15)sebaik sahaja hormon melekat pada sel, ianya menyampaikan maklumat dan sel i tu akan bertindak mengikut maklumat yang disampaikan. (16)terdapat 3 jenis hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin. asid amino deravatif hormon peptida lipid deravatif (17)aktiviti endokrin juga secara tidak langsung dikawal oleh hypothalamus. bahagian saraf yang terletak di diencephalon atau bahagian dalam otak. (18)di sinilah dimana sistem endokrin dan sistem saraf bekerjasama. (19)hypothalamus terlibat dalam mengawal suhu badan, emosi dan aktiviti seksual. proses ini dikawal oleh hypothalamus berdasarkan tindakbalas negatif. (20)proses ini dilakukan dalam 3 cara, 1.hypothalamus mengawal selia bahagian depan kelenjar pituitari 2.merembeskan hormon melalui bahagian belakang kelenjar pituitari. 3.mengawal sel endokrin pada kelenjar adrenal yang merembeskan hormon yang dipan ggil adrenalin. (21)selain kelenjar pituitari kelenjar lain yang terdapat dalam sistem endokrin adalah kelenjar pineal kelenjar thyroid kelenjar parathyroid kelenjar thymus dan kelenjar adrenal. (22)seperti yang kita lihat, kelenjar dan tisu endokrin bekerja di belakang tabi r menghasilkan tindakbalas kimia yang kompleks untuk merangsangkan dan mengkoordinasikan proses organ daripada metabolisme hinggalah proses pembiakan. (23)proses ini berlaku setiap hari, dari tahun ke tahun, tanpa kawalan yang kita sedari dalam aktiviti seharian kita.

Anda mungkin juga menyukai