Anda di halaman 1dari 15

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 1

UNIT 2

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Mempelajari dan memahami Struktur Asas ,ciri-ciri Sistem Pengoperasian dan Sistem Nukleus.

OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Menerangkan struktur asas Sistem Pengoperasian Menyenaraikan dan menerangkan ciri-ciri utama seperti Serentak, Perkongsian, storan kekal dan kebolehsuaian. Menyenaraikan dan menerangkan ciri-ciri sokongan seperti

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 2

kecekapan,Kebolehpercayaan ,kebolehsenggaraan dan saiz yang kecil.

INPUT

2.0 PENGENALAN
Keupayaan sistem pengoperasian tiada hadnya yang penting ialah apakah pengguna perlu jangkakan daripada sistem pengoperasian yang dikehendakinya. Misalnya Unix, sistemnya mengandungi beberapa keperluan di antaranya :

Sistem pengoperasian Contoh : program loader, arahan penterjemah Bahasa pemproses Contoh : compiler dan linker C Utiliti Contoh : teks editor, terminal emulator

Subrutin library Contoh : lib.c, include fail Sumber bahan-bahan fizikal sistem pengoperasian : pemproses, ingatan utama, storan sekunder, peranti i/o.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 3

Perkhidmatan yang diberi oleh sistem pengoperasian : antaramuka pengguna, keselamatan data. Secara amnya sistem pengoperasian ialah program yang sentiasa dilaksanakan dalam komputer (kernel).

2.1 STRUKTUR SISTEM PENGOPERASIAN


Rajah 2.1 di bawah menunjukkan struktur bagi Sistem Pengoperasian di mana terdapat bahagian-bahagian Program Aplikasi dan juga Sistem Program.

Program Aplikasi

Sistem Program

Antaramuka Pengguna Perisian Pengurusan Proses Pengurusan Ingatan

Panggilan Sistem Kawalan I/O Pengurusan Fail

Perkakasan

CPU

Ingatan Utama

Peranti I/O

Storan Sekunder

Rajah 2.1 : Struktur Sistem Pengoperasian.

2.2 STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN


2.2.1 Perkakasan

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 4

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti inputoutput yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai perkakasan atau mesin komputer.

Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat. 2.2.2 Perisian Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil Perisian Penggunaan Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama Perisian Sistem. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.

Dari perbincangan di atas, kita telah dapati bahawa satu tugas utama Sistem Pengoperasian ialah untuk menyembunyikan perkakasan komputer dari pengguna dan menyelesaikan semua masalah yang bersangkutan dengannya.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 5

AKTIVITI 2a
Sekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersam-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman selepas ini.

2.1

Apakah yang dimaksudkan dengan : i. Perkakasan ii. Perisian Di dalam Sistem Pengoperasian.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 6

MAKLUMBALAS 2a
Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

2.1

i.

Perkakasan Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti inputoutput yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai perkakasan atau mesin komputer.

Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat. ii. Perisian Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil Perisian Penggunaan Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama Perisian Sistem. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 7

INPUT

2.3 CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN


Ciri-ciri Utama Sistem Pengoperasian dibahagikan kepada :2.3.1 Serentak Sistem pengoperasian dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak / selari, (Misalnya operasi-operasi I/O dilaksanakan serentak dengan operasi pengiraan). Dengan ini bermakna beberapa program pengguna dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama. Masalah : 1. Penukaran daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain 2. Perlindungan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.

2.3.2 Perkongsian Oleh kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak maka sumbersumber komputer, data dan maklumat dikongsi bagi tujuan-tujuan berikut : Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem.

Kelebihannya : penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 8

semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna. Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi oleh beberapa pengguna. Kongsi aturcara dan rutin Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin misalnya rutin isihan, penyusunan dikongsi penggunaannya. Kongsi data

Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara berlainan. Dengan ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.

Apabila melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti, fail, aturcara dan rutin) perkara yang perlu dipertimbangkan ialah : Peruntukkan sumber bahan Capaian data Perlaksanaan aturcara dengan serentak Perlindungan data dari kerosakan

2.3.3 Storan Jangka Panjang Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan : Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 9

2.4 CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN


2.4.1 Keberkesanan (cekap dan tepat) Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut : Masa purata di antara kerja-kerja Masa pemproses pusat yang terbuang Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda Penggunaan sumber-sumber sistem komputer

Faktor-faktor di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak. Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer. 2.4.2 Kebolehpercayaan Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna. Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.

2.4.3 Mudah Diselenggarakan

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 10

Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.

2.4.4 Saiz Kecil Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan. Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 11

AKTIVITI 2b
2.2 2.3 Senaraikan tiga ciri-ciri utama Sistem Pengoperasian. Terangkan satu daripada cirri-ciri tersebut.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 12

MAKLUMBALAS 2b

2.2 3 ciri-ciri utama Sistem Pengoperasian i. Serentak ii. iii. Perkongsian Storan Jangka Panjang

2.3

Storan Jangka Panjang Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan : Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 13

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Semoga anda maju jaya.

SOALAN 2-1

a.

Senaraikan 3 ciri-ciri utama Sistem Pengoperasian.

SOALAN 2-2

a.

Nyatakan 4 ciri-ciri sokongan Sistem pengoperasian dan terang maksud kesemua cirri-ciri tersebut.

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 14

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?. Jika SUDAH, sila semak jawapan anda.

Jawapan 2-1 Ciri-ciri Utama :i. ii. iii. Jawapan 2-2 Ciri-ciri sokongan : i. ii. iii. iv.
i.

Serentak Perkongsian Storan Jangka Panjang

Keberkesanan (cekap dan tepat) Kebolehpercayaan Mudah Diselenggarakan Saiz Kecil

Keberkesanan (cekap dan tepat) Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut : Masa purata di antara kerja-kerja ,Masa pemproses pusat yang terbuang, Masa pusingan semula kerja-kerja

RNS/PSP/2001

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS

E4161/UNIT2/ 15

kelompok, Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda, Penggunaan sumber-sumber sistem komputer ii. Kebolehpercayaan Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna. Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai. Mudah Diselenggarakan Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian. Saiz Kecil Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan. Juga biasanya satu sistem yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.

iii.

iv.

RNS/PSP/2001

Anda mungkin juga menyukai