5 Sejarah SMK Ibrahim Fikri 1

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

SMK IBRAHIM FIKRI

SEJARAH:
Pada awalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Seberang Takir yang dibina di atas tanah seluas 11.9 ekar di lot 6860 Mukim Kuala Nerus pada tahun 1965. Pada 23 Jun 1966 sekolah ini telah dibuka dengan rasmi oleh YB Encik Mohd Khir Johari , Menteri Pelajaran pada masa itu. Pada tahun yang sama pengambilan pelajar tingkatan satu telah dimulakan dengan menumpang di Sekolah Menengah Padang Midin. Pembinaan sekolah ini siap pada Januari 1966 dan semua pelajarnya dipindahkan ke bangunannya sendiri di Seberang Takir. Pada hari Ahad 23 jun 1966 bersamaan 27 rabiulawal 1388, sekolah menengah seberang takir telah dibuka dengan rasminya oleh YB Encik Mohd Khir Johari ,menteri pelajaran pada ketika itu. Sebahagian besar pelajar sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman seperti kampung Pelong, Sungai Tong, Bukit Mundok, Kg. Bukit, Merang, Pulau Redang dan lain-lain. Pelajar menghadapi masalah pengangkutan dan penginapan. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah asrama telah dibina iaitu asrama puteri pada tahun 1970 dan asrama puteri tahun 1973. Pada tahun 1978 sekolah ini telah ditukar nama kepada SMK Ibrahim Fikri sempena nama bekas Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri (1961-1970). Sepanjang 44 tahun penubuhan SMKIF telah berkembang dari segi

fizikal, bilangan pelajar dan guru, kecemerlangan di bidang Kurikulum dan Kokurikulum dari semasa ke semasa mengikut arus pendidikan negara. Pada tahun 1977 Kelas Pendidikan Khas Cacat Pendengaran telah ditubuhkan untuk pelajar-pelajar cacat pendengaran di Terengganu. Pada tahun 1978, seramai lapan orang pelajar dan seorang guru telah memulakan program yang berkonsepkan integrasi lokasi dan matapelajaran ini. Pemilihan ini adalah disebabkan sekolah ini mempunyai asrama dan tidak jauh dari pusat bandar. Kelas Tingkatan 6 Sastera telah diperkenalkan pada tahun 1983 manakala kelas Rancangan Khas telah bermula pada tahun 2000. Pada tahun 2001, kelas Tingkatan 6 aliran Sains telah ditawarkan di sekolah ini manakala matapelajaran MPV Grafik Berkomputer telah diperkenalkan sejak tahun 2003. Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri telah dipilih sebagai Sekolah Premier Kerajaan Negeri pada tahun 2005. Pada tahun 2011, sekolah dua sesi ini telah memulakan sebagai sekolah satu sesi dengan pembukaan blok bangunan dan dewan baru.

SENARAI PENGETUA
Encik Hashim bin Ab.Rahman ~ ( Jan 1965 - April 1966 ) Encik Abdul Rashid bin Ngah ~ ( Mei 1966 - April 1967 ) Encik Ali bin Jabar ~ ( Mei 1967 - Jan 1968 ) Encik Wahab bin Mohama ~ ( Feb 1968 - Jan 1969 ) Encik Abdul Rashid bin Ngah ~ ( Mei 1971 - Ogos 1973 ) Encik Ab. Aziz bin Mohamad ~ ( Ogos 1973 - Jun 1983 ) Encik Abu Bakar bin Jusoh ~ ( Jun 1983 - Dis 1987 ) Tuan Haji Abdul Hadi bin Tahir ~ ( Jan 1988 - Sept 1993) Tuan Haji Zahid bin Awang ~ ( Jan 1994 - Mei 1996 ) Tuan Haji Karim @ Kassim bin Hassan ~ (Jun 1996 - 98 ) Puan Hajah Azizah bt. Md. Salleh ~ ( Julai 1998 Feb 2007 ) Tuan Haji Zakaria bin Awang ~( Feb 2007 Julai 2008 ) En.Ruslan bin Awang ~ (Julai 2008 - sekarang )

Anda mungkin juga menyukai