Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENGENALAN

Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagaiparikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagaipaparikan. Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir dengan pola a-b, ab. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis. Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Pantun juga merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni.

2.0 DEFINISI PANTUN TEKA-TEKI

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasabahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.

Definisi pantun dapat kita ketahui dalam pelbagai sumber. Antaranya Kamus Dewan, Kamus Umum Bahasa Indonesia dan Zaaba. Menurut Kamus Dewan (1986:813), definisi pantun ialah "... sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud ...".

manakala menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia (hlm. 710), definisi pantun ialah,

"... sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja ...

dan akhir sekali menurut Zaaba (1965:218), definisi pantun ialah,

"... perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang dengan makna seperti, umpama, laksana ... " Menurut Dr. R. Brandstetter, berbangsa Swiss yang merupakan seorang ahli dalam perbandingan bahasa berkata bahawa pantun berasal dari akar kata tun, yang terdapat dalam berbagai bahasa Nusantara, misalnya dalam bahasa Pampanga, tuntun bermaksud teratur; dalam bahasa Tagalog tonton berarti bercakap menurut aturan tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno, tuntun berarti benang dan atuntun yang berarti teratur dan matuntun yang berarti memimpin; dalam bahasa Toba pantun bermaksud kesopanan atau kehormatan. Dalam bahasa Melayu, pantun bermaksud quatrain, iaitu sajak berbaris empat, dengan rima a-b-a-b. Sedangkan dalam bahasa Sunda, pantun bermaksud cerita panjang yang bersajak dan diiringi oleh musik.

Menurut R. O. Winstedt yang setuju dengan pendapat Brandstetter mengatakan bahawasanya dalam bahasa Nusantara, kata-kata yang mempunyai akar kata yang bermaksud baris, garis, selanjutnya akan mempunyai arti yang baru yaitu kata-kata yang tersusun baik dalam bentuk prosa maupun puisi.

Semua bentuk pantun terdiri atas dua bahagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tidak punya hubungan dengan bahagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.

Pantun dapat digunakan dalam pelbagai cara. Antara contoh adalah pantun teka-teki. Dasar pembinaan pantun teka-teki sama dengan pantun yang lain, yang membezakannya ialah klu bagi teka-teki yang diberikan sama ada hanya pada isi sahaja mahupun sampiran beserta isi.

3.0 SEJARAH PANTUN TEKA-TEKI


3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN PANTUN

Berbagai-bagai istilah yang digunakan untuk betuk empat baris ini dari pantun ke panton, ke pantung, ke pantoong, yang membayangkan kerencaman dan juga pengggunaan dalam berbagai-bagai suku dan bahasa. Dalam sastera Melayu bukti bertulis terawal kewujudannya dapat dilihat pada teks Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulat al-Salatin, yang memuatkan beberapa buah pantun, buku yang pertama ini hanya memuatkan sebait, dan dalam versi Raffles 18nya buku kedua memuatkan hanya beberapa bait. Teks-teks ini berusia sekitar empat ratus tahun. Namun begitu pantun yang dimuatkan sudah cukup canggih dan nampaknya datang dari suatu tradisi yang sudah matang dan halus, dan tradisinya pula berpangkal kepada sastera tradisi lisan yang tidak dapat ditarikhkan. Tetapi, apabila bentuk ini menjadi bentuk antara suku dan bahasa/bangsa di Nusantara pada zaman Sriwijaya dan sebelumnya juga, maka pantun berkembang cepat dan membawa berbagai-bagai unsur dan kelainan sukuan/dialek/bahasa yang terus memperkayakannya.

Pangkal sejarah pantun terlindung oleh kabus waktu. Tambahan pula di peringkat ini bangsa Nusantara tidak menulis atau mencatat tentang bentuk kesayangnanya. Seterusnya pada dasarnya pantun adalah bentuk lisan, yang dicipta secara impromptu dan dijawab juga dalam bentuk yang
4

sama. Dalam tradisi begini sejarah tidak dipentingkan. Apa yang dirasakan dengan ghairah, dan diturunkan dalam citra dan makna yang dalam tapi estetis adalah sebab yang terpenting.

Kita tidak dapat mengesan asal usul bentuk pantun ini. Brandstetter cuba menghubungkannya kepada bahasa bunga/alam yang digunakan oleh anak-anak muda Batak sewaktu menghantar `surat cinta kepada kekasih mereka dengan mengirimkan bungkusan yang berisikan daun, ranting dan akar kayu yang mempunyai nama yang hampir sama dengan perasaan mereka. Tapi Brandstetter tidak menunjukkan bagaimana bentuk ini masuk ke dalam bahasa Melayu, bagaimana bentuk ini telah berkembang. Tetapi, manurut kata Tenas Effendy, bahawa kelompok-kelompok di daerah pergunungan dapat memepengaruhi kelompok di lembah. Pergerakan sejarah selalunya menunjukkan arus yang bertentangan, dan tamadun lembah Melayu pada waktu itu lebih berpengaruh sebagai pusat pentadbiraan dan kerajaan serta perdagangan.

Seperti apa yang disebutkan di atas, manusia Nusantara melihat alam sebagai cermin untuk keadaan dan makna hidup manusia. Pepatah Melayu Riau `Kalau nak tengok perangai manusia/Tengoklah rimbadan `Berguru ke rimba/Bertanya ke yang tua, dan `Kalau hendak mencari teladan/Masuklah ke hutan, dengan jelas sekali membayangkan hakikat bahawa alam adalah cermin kepada kehidupan manusia.

Orang Minangkabau pula terkenal dengan peribahasanya, `Alam terkembang menjadi guru, yang sekali lagi mempertegaskan falsafah alam dan manusia yang sama. Dalam falsafah ini dunia terbagi dua bahagian alamraya dan bahagian manusia. Bahagian alamraya mendahului manusia, jelas lebih kukuh dan luas kehadirannya, dan dilihat sebagai membayangkan nilai, cara, tabiat dan kehidupan manusia. Oleh yang demikian alamraya yang mencerminkan manusia ini dirubah menjadi metafora (bayang/kias/ibarat) dalam peribahasa dan pantun. Inilah suatu hubungan khusus manusia Melayu dengan alam. Dia mengambil alam sebagai pembayang, latar, dan gema hakikatnya.

Sebagai mengkonkeritkan pandangan hidup ini pantun juga mempersembahkan dua buah dunia ini - alamraya didahulukan sebagai bayangan/cermin/kiasan makna - melalui citra kelakuan, keadaan dan juga nasibnya. Kadang-kadang benda-benda alam ini menjadi lambang.
5

Bunga, puspa, kembang menjadi lambang untuk wanita yang suci dan masih dara mungkin; kumbang, pungguk dan rama-rama pula mewakili lelaki, yang menjadi penggoda dan kadangkadang sebagai pemangsa.

Dalam cara berfikir pantun ada semacam skema untuk lambang-lambang atau asosiasi ini. Sekiranya kita meneymak khazanah pantun kita dapat membuat semacam rajah asosiasi seperti berikut:

Jati, padi - hati Aceh, sirih kasih sirih sedih meranti mati sutera dara tasik cantik kayu tahu kain -lain

dan berpuluhan pasangan asosiasi lainnya.

Kita maklum, seperti juga peribahasa awal, pantun awal, kemungkinan besarnya, bermula sebagai kuplet (dua kerat) yang tidak canggih, pendek dan hanya berisikan cebisan mentah dunia. Iramanya kontot, tidak dapat dijadikan lagu, kontrasnya kasar dan patah-patah, serta tidak banyak membenarkan unsur mainan. Begitu juga dalam kuplet begini tiada suspens, tiada kejutan, ejekan terus/atau menyipi yang dapat dimasukkan dengan berkesan.

Oleh kerana bentuk dua baris ini tidak terlalu mencabar jiwa seorang penyair maka pemantun awal telah bereksperimen dan menjadikanya bentuk empat baris, dengan menggandakan baris pembayang dan baris makna. Bentuk ini berkembang pesat, terutama setelah dibawa ke pelabuhan-pelabuhan besar dan kecil di seluruh Nusantara, dan seterusnya dibawa oleh pelayar dan pedagang pulang ke kampung dan negerinya. Seperti kita maklum inilah bentuk pantun yang terpilih dan diperkirakan yang tersempurna, dan hampir semua pantun yang baik, dalam semua
6

bidang, dan yang wujud dalam bahasa Melayu dan dialek-dialeknya, terkarang dalam bentuk ini.

Namun begitu imaginasi dan bakat penyair selalu subur. Maka ada pemantun pula yang berksperimen dengan bentuk enam kerat. Bentuk ini sebenarnya cukup menarik, tapi agak besar dan pergerakan pembayang kepada maksud agak lambam. Tiga citra pembayang mungkin terlalu banyak untuk ingatan manusia yang terbiasa dengan hanya dua. Dan apabila diberikan tiga baris pembayang terasa seperti cuba dimasukan suatu deretan peristiwa di dalamnya, dan akal kita cuba mengikut cerita ini, dan merosakkan tujuan pembayangan, kerana ruang tumpuan kita banyak dikhususkan ke sini. Seterusnya apabila kita menyeberang kepada maksud, maka sebahagian perhatian atau citranya sudah dilupakan dan dengan itu hubungannya menjadi loggar dan tidak terikat rapi lagi.

Hal yang sama berlaku pada pantun 6, 8, 10, 12, 20 kerat. Ternyata bentuk-bentuk ini juga terlalu besar untuk ditangkap ingatan khalayak, dan akalnya terlalu sibuk untuk memproses pembayang, sehinggakan apabila sampai kepada baris-baris maksudnya maka tidak cukup perhatian dan pemusatan dapat diberikan lagi. Namum begitu pantun berkait lebih canggih, kerana kita masih berada dalam bentuk empat baris, tetapi dibenarkan mengulang silang baris-barisnya, dan mengutip dari baris-baris yang telah berlalu dan dengan itu kita menjalinkan baris baru dengan baris lama. Bentuk ini memungkinkan lebih banyak permainan bunyi dan irama ulangan mencipta rentaknya sendiri dengan paralel dan kontras serta penyimpangan sifat-sifat ini nampaknya disukai oleh pengarang pantoum Perancis, Jerman, Inggeris dan Belanda.

Seperti disentuh sebelum ini pantun menawarkan wadah untuk undang-undang kampung dan masyarakat Melayu. Saya percaya undang-undang awal ini pada umumnya agak prosaik. Namun begitu tradisi menyusun undang-undang mematang dan menghalus, dan tradisi ini bertembung dengan kesukaan orang Melayu menggunakan pantun untuk peribahasa, yang juga termasuk pepatah petitih sejenis undang atau penyukat nilai untuk masyarakat. Masyarakat yang sudah sedia tertawan oleh bunyi juga ditemukan dengan hakikat bahawa bentuk yang mudah cepat diingat, maka unsur-unsur puisi pun diserapkan ke dalam pepatah petitih. Setelah pantun menjadi

bentuk terpenting, maka papatah Melayu mendapat manfaat bentuk sukaramai ini. Dan kita juga saksikan bahawa bukan saja peribahasa dan pepatah yang dipantunkan, malah banyak lagi kebijaksanaan, kegiatan dan upacara mereka dirubah supaya dapat dipantunkan. Contoh berikut cuba memperlihatkan pergerakan dari pepatah menjadi pantun:

Dua buah peribahasa `Pagar makan padi dan `Telunjuk merusak mata, digabungkan dan diberikan dua baris pembayang untuk melengkapkannya:

Takar minyak sapi Dibubuh di atas geta, Pagar makan pagi, Telunjuk merusak mata. Atau pun lihat juga bait berikut,

Yang ada berulang-alik, Yang pergi terbayang-bayang, Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang.

Bentuk ini, seperti saya pernah sebutkan, mempunyai unsur pergerakan psikologikal. Pada bahagian pertama beberapa citra yang tidak berhubungan diperkenalkan, dalam bentuk rima abab. Alam dibaca sebagai cermin, dan alam ini diterima sebagai pembayang untuk maksudnya nanti. Di peringkat ini seorang pendengar diangkat ke taraf awang-awangan dia hanya mempunyai pembayang, tapi tidak maknanya. Jadi dia digantung pada peringkat suspens. Dia diejek secara intelektual dan emosi, kerana dia tidak tahu arah gerak pantun itu. Dua rima bertentangan ini malah membantu suspens ini, kerana pada kesannya rima bercanggahan ini menambah keadaan tidak menentunya makna pantun. Dia merasa tidak tenang, misalnya dalam pantun ini:

Meja diatur dengan kerusi,


8

Tempat makan buah-buahan, Laksana bunga menjadi peraksi, Seumpama kain jadi basahan.

Kalau kita diejek oleh dua baris di atas ini, kita akan merasakan suatu kegelisahan sematik, kerana kita tidak dapat membayangkan makna yang dimaksudkan. Tapi syukurlan pantun ini pajangnya hanya empat kerat; dalam dua kerat berikutnya yang mungkin muncul dalam 10 20 saat kita akan diberikan makna itu; tapi makna ini juga sering tidak langsung dan menyidir pula.

Laksana bunga menjadi peraksi, Seumpama kain jadi basahan.

Inilah sihir kiasan, rujukan ibarat, sihir yang dibenarkan oleh lagu, yang diindahkan oleh bentuk yang memula, mengejek, mencipta tegangan dan setelah itu menyelesaiknnya. Bunyi dan makna dua baris terakhir melalui bentuk yang menyimpul dan melonggarkan tegangan. Dunia disempurnakan, yang belum lengkap diimbangkan, dilengkapkan.

3.2 PENYEBARAN

Pantun mungkin dicipta di mana-mana, di kampung terpencil, di tepi sungai Jambi atau Musi, di Merlimau, di Bukit Tinggi, di Tebing Tinggi, di Bima, Menado, Lahad Datu, atau di Ketapang. Yang indah dan menyentuh perasaan akan diingati oleh khalayak dan cuba dibawa pulang dan digunakan. Sekiranya pantun ini sampai ke pasar maka khalayaknya akan lebih besar. Di pasar, terkaan saya ialah, pedagang akan membawanya pulang ke kampung sendiri, atau dibawa ke pelabuhan dan dibawa belayar. Yang indah akan diingat dan dinyanyikan, seperti yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi dalam kapalnya ke Terengganu dan Kelantan.

Jadi yang menyentuh rasa asmara, perjalanan, makna dan keadaan orang berdagang, nilai-nilai agama, hidup bersama akan diingat dan dipanjangkan. Jadi pedagang dan pelayar adalah alat penyebaran yang penting. Kedua, seniman yang bercerita dari kampung ke kampung juga jelas terlibat dalam penyebarannya. Penghibur tukang cerita, penglipur lara, tok selampit, tukang kaba, dalang wayang kulit, kumpulan makyong, gendang Sarawak, dondang sayang, dan dikir barat yang berpindah randah dari sebuah kampung ke sebuah kampung lainnya untuk mengadakan pertunjukan mereka sudah pasti memainkan peranan besar dalam penyebaran bentuk ini. Bait-bait yang baik, yang dikarang seniman berbakat, atau yang dikutip dalam perjalanan, akan diingat oleh khalayak setempat beberapa bulan setelah pertunjukan mereka sudah selesai. Seterusnya bait-bait ini akan dibawa ke kampung lainnya. Di kampung itu baris mungkin dirobah, rujukan tempat akan dipinda, dan tempat sendiri dimasukkan. Kadang-kadang ingatan tidak terlalu sempurna, dan variasi peribadi diwujudkan secara sedar atau tidak sedar.

Mengikut seorang nelayan di utara Maumere, Flores, kaum Bajau laut yang yang tinggal di pantai-pantai Filipina, Malaysia dan Indonesia sering belayar dari sebuah keluarga di sebuah negeri ke kelurga mereka di negeri yang lain. Di antara yang dibawanya, selain ikan, sagu dan barang dagangan ialah pantun-pantun dalam bahasa Melayu dan juga dalam bahasa Bajau.

Di Sintang yang berada di tengah Pulau Kalimantan tengah, sejarah pantun terjalin dalam
10

sejarah penyebaran agama oleh pendakwah Johor dan Banjar. Selain hal-hal agama mereka telah ditanya tentang hal-hal yang menarik di tempat asal-usul mereka dan telah diberitahu tentang pantun. Seperti di tempat-tempat lain juga pantun menawan pendengarnya, dan akhirnya telah dicipta dalam bahasa Iban tempatan dan dalam bahasa Melayu Sintang, yang mengandungi banyak unsur Dayak.

Dalam dunia kontemporer pantun masih popular di radio, tv, iklan, lagu, buku, majalah dan juga internet. Di alaf ini semua cara ini sah dan berkesan dalam penyebarannya.

Pantun adalah alat ucapan terpenting orang Melayu. Di sinilah dia menjadi ahli falsafah, pencipta nilai, pendidik moral, kekasih yang ghairah atau tersiksa, pemerhati dunia, orang tua, anak kecil dan pengail di kuala yang merenung nasibnya. dalam daun ada makna, dalam pantun ada bicara,

Minta daun diberi daun, Dalam daun buah bidara, Minta pantun diberi pantun, Dalam pantun ada bicara.

Tiada bentuk lain, walau pun hikayat dan syair epik, yang dapat membayangkan keluasan daerah, kehalusan cara dan kesempurnaan pemikirannya seperti yang dibuktikan oleh pantun.

Pantun juga memasuki dunia naratif, pertamanya cabang lisannya, dan setelah itu, yang bersifat bertulis. Apabila pantun memasuki dunia bertulis kemungkinan fungsinya juga berganda. Ilmu dikekalkan di dalamnya, begitu juga sejarah emosi sesuatu bangsa. Di pihak lain kita maklum bahawa pantun memainkan peranan penting pada hampir setiap peringkat kehidupannya.

Betapa luas bentuk dan kegunaannya. Pada pendapat saya tiada sebuah bentuk pantun lain pun di dalam sastera dunia yang memainkan peranaan yang begitu total, yang menyentuh bahagian-bahagian penting kehidupan manusia. Sonnet yang popular di Eropah lebih merupakan
11

bentuk kelas menengah atas yang dituliskan untuk mempamerkan kemamapuan berpuisi dan menggunakan metafor indah lihat misalnya sonnet terkenal oleh Shakespeare. Tapi sonnet tidak menyerap masuk ke dalam kehidupan seluruh manusia, pada tahap-tahap penting.

Haiku yang juga sama popular dan digunakan di bnayak negara dunia, adalah bentuk tulisan yang canggih, dan sekali lagi muncul dalam keadaan dan situasi peraduan, pertemuan di antara orang-orang yang canggih puisinya. Walau dituliskan di rumah-rumah bekas penyair penting, di pohon bunga musim gugur, dan ditulis sebagai surat cinta, namun puisi ini masih terpisah dari bentangan hidup yang luas manusia Jepun. Dalam bandingannya kita saksikan pantun telah meresap ke dalam semua kelas raja dan bangsawan, petani dan nelayan, anak-anak dan orang tua, kekasih dan si duda yang sedang merana.

Bukan saja semua kelas diresapi, tetapi juga semua peringkat umur. Seterusnya, di pihak lain lagi semua suku menjadi kawan kongsinyanya. Demikianlah bentuk ini menjadi bentuk bersama di pelabuhan dan kota dan dikongsi di sana oleh berbagai-bagai suku dan bangsa. Apabila digunakan di sekolah pantun terus menjadi hak semua bangsa di seluruh Malaysia dan Nusantara, sebagai sambungan kepada tradisi perkongsian yang sudah lama wujud.

Dan cukup menarik juga perkongsian ini bukan saja perkongsian mendatar, tetapi seperti kita sedar perkongsian ini juga menjadi keterlibatan yang vertikal, mendalam dan penuh ghariah. Orang Ambon amat terkenal kerana pantun mereka, begitu Bidayuh di Sarawak, orang Bima, Pomona, Serawai, Bali, Jawa, Sangihe-Talaud, Makasar, Iranun, Kelantan, Perlis, Minangkabau, Deli dan Minangkabau.

Inilah satu-satunya bentuk bersama di Nusantara yang digunakan sebahagian besar suku-sukunya, dalam sebahagian besar bahasanya. Dewasa ini pantun diciptakan, selain dalam bahasa dan dialek sukuan, juga dalam bahasa Melayu-Indonesia moden.

Oleh itu, seperti sebuah bahasa kebangsaan pantun juga menyatukan. Dan yang disatukan bukan saja suku dan bangsa-bangsa dalam satu negeri Malaysia dan Indonesia, tetapi oleh
12

kerana pantun mempunyai pemakai di Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan mengikut sumbernya, juga di Filipina (tanaga) maka kita disatukan oleh suatu alat penyatu yang tiada tolok bandingnya.

Saya tidak terlalu risau bahawa sebuah pantun terkenal dirubah menjadi,

Pulau Pandan jauh ke tengah, Nampak dari Si Angsa Dua Hancur badan dikandung tanah `Body yang baik dikenang juga,

seperti dikutip oleh Pak Wan Khazim. Atau oleh pantun berikut yang popular di antara anak-anak sekolah sudah lebih sepuluh tahun,

Pen merah, pen biru Mak marah, I love you.

Pantun tidak mengikat, dan kita tidak harus mengikat pemantun baru kita. Peluang luar biasa yang ditawarkan oleh bentuk ini sudah wujud beberapa ribu tahun, dan telah mencipta bunga-bunga ajaibnya.

Pantun akan terus hidup sekiranya orang Nusantara atau Eropah merasakan bahawa bentuknya bukan hak kumpulan tertentu sahaja, tetapi adalah hak bersama boleh digunakan oleh anak-anak kecil, dewasa dan juga oleh ahli politik di Parlimen. Sekiraya kita hadkannya kepada orang-orang yang canggih pengetahuan bahasa dan kiasannya maka pantun akan menjadi hak beberapa kumpulan hanya. Sekarang, syukurlah, kita sedang saksikan hakikat bahawa pantun melimpah ruah dalam suatu kesuburan Nusantara yang mengagumkan.

4.0 FUNGSI DAN JENIS PANTUN


13

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran.

Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.

Antara fungsi pantun dalam masyarakat adalah untuk mendidik. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk;


14

Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan; Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan.

Antara lain adalah untuk meluahkan kasih saying dan rindu. Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.

15

Selain itu, fungsi pantun juga adalah untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih. Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.

Fungsi pantun yang lain juga adalah untuk adat-istiadat. Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;

16

Tok Sami ke Teluk Lipat, Kain sekodi dibawa sama; Datang kami membawa hajat, Kalau sudi minta terima.

Selain itu, pantun juga digunakan untuk sindiran dan tempelak. Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun juga digunakan untuk menguji minda dan mencabar ketangkasan fikiran. Pantunpantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati ialah;

Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya buah keranji; Kalau tuan bijak pandai, Apakah binatang keris di kaki?

17

Fungsi pantun yang lain ialah untuktujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.

Tuan Puteri memasang panjut, Dayang tolong menghalau lalat; Kucing tidur bangkit terkejut, Melihat tikus pandai bersilat.

Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.

18

5.0 PANTUN TEKA-TEKI


5.1 DEFINISI PANTUN TEKA-TEKI

Pantun teka-teki merupakan serangkap pantun yang direka khas untuk menguji tahap keupayaan minda dan daya imaginative kanak-kanak. Pantun teka-teki ini boleh merangkumi dua kerat, empat kerat, enam kerat dan seterusnya. Setiap rangkap ataupun dua rangkap yang terakhir bagi pantun empat kerap terselit soalan ataupun klu bagi sesuatu teka-teki. Antara contoh pantun teka-teki ialah:

Minah ketawa terjerit-jerit, Melihat koyak pada seluar, Orang putih duduk sederet, Pagar di dalam tebing di luar?

Melalui pantun teka-teki ini, kita dapat lihat bahawa klu bagi jawapan bagi soalan teka-teki ini yang terletak di rangkap dua yang terakhir. Jawapan bagi pantun teka-teki ini ialah gigi.

5.2 PERANAN PANTUN TEKA-TEKI DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

19

Pantun teka-teki dapat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanakkanak sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Pantun teka-teki boleh digunakan sebagai modul atau bahan dalam proses pembelajaran sekiranya guru mengambil inisiatif dan bersikap kreatif. Pantun teka-teki dapat merangsang dan membantu perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, social serta intelek.

5.2.1 PERKEMBANGAN EMOSI

Emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan tingkahlaku kanak-kanak. Ini kerana menerusi emosi yang dilahirkan mereka dapat menonjolkan segala bentuk perkara yang dirasai serta yang difikirkan. Dengan itu, segala situasi yang berlaku di sekeliling baik dari aspek perubahan biologi akan mendorong pembentukan emosi dalam sesuatu masa sama ada sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi

20

yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau diperlajari.

Perkembangan emosi kanak-kanak meningkat seiring dengan umur mereka. Terdapat pelbagai modul atau bahan yang telah direka untuk membantu kanak-kanak mengeksprasikan emosi mereka. Buku pantun teki-teki ini merupakan salah satu modul atau bahan yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan emosi mereka.

Hampir semua pantun teka-teki direka dan digubah agar berbunyi lucu. Rangkap setiap pantun mempunyai nada dan ayat ataupun perkataan yang digunakan menggambarkan kegembiraan. Pada zaman dahulu, pantun teka-teki bukan sahaja digunakan untuk menguji minda, ia juga digunakan sebagai satu hiburan pada masyarakat. Ini kerana pantun teka-teki dapat menggembangkan perasaan kegembiraan jika didengari dan dihayati.

Perkembangan emosi kanak-kanak terdiri daripada perasaan sedih, gembira, cemburu, dengki dan banyak lagi. Melalui pantun teka-teki ini, kanak-kanak akan merasai perasaan gembira. Ini kerana, bentuk susunan ayat dan perkataan yang digunakan melucukan itu dapat membangkitkan perasaan gembira kepada kanak-kanak. Dengan ini, kanak-kanak akan dapat mengenal erti kegembiraan dengan meluahkannya melalui ketawa.

Kanak-kanak masih lagi tidak mahir dalam mengawal emosi mereka. Mereka mungkin akan menyimpan emosi mereka di dalam hati sehingga semuanya terkumpul dan membantut perkembangan emosi mereka atupun meluahkan emosi mereka secara tidak terkawal. Pantun teka-teki dapat membantu mereka sebagai alat kepada guru untuk mengajar kepada kanak-kanak bagaimana menghandali emosi mereka iaitu gembira dengan cara selamat.

21

5.2.2 PERKEMBANGAN SOSIAL

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Pantun teka-teki memberikan perasaan seronok dan akhirnya kepuasan kepada seseorang sekiranya berjaya menyelesaikan teka-teki tersebut. Walaupun aktiviti menjawab pantun tekateki dapat diselesaikan seorang diri, tetapi ia akan menjadi lebih memuaskan sekiranya diselesaikan bersama rakan ataupun rakan dapat menyoal pantun teka-teki tersebut manakala
22

yang lain menjawabnya. Ini dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan antara kanak-kanak dengan rakan kerana cara bagi kanak-kanak dalam mencari kawan adalah bermain.

Perkembangan social kanak-kanak penting untuk memastikan kanak-kanak berkembang menjadi seorang yang well-rounded. Dengan buku pantun teka-teki ini, kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan kanak-kanak yang lain. Perkembangan social kanak-kanak bergantung dengan cara kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain kerana dengan ini barulah kanak-kanak dapat berlatih untuk menyediakan dan melatih diri agar mereka dapat menyesuaikan diri untuk bergaul dan mencipta tempat untuk diri mereka dalam masyarakat.

23

5.2.3 PERKEMBANGAN INTELEK

Perkembangan intelek boleh juga dipanggil perkembangan kognitif. Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisa, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya pendekatan kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi.

Pantun teka-teki dapat membantu dalam perkembangan intelek kanak-kanak adalah melalui menguji keupayaan kanak-kanak menyelesaikan teka-teki yang diberikan. Perkara yang perlu diperhati ketika hendak menyelesaikan pantun teka-teki ialah klu yang diberikan kerana klu ini selalunya direka untuk tujuan mengelirukan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membuka minda dan menjadi kreatif kerana jawapan bagi pantun teka-teki selalunya terselit di dalam ayat itu sendiri. Dengan ini, kanak-kanak mengalami proses berfikir dalam menyelesaikan pantun teka-teki yang diberikan.

Perkembangan intelek kanak-kanak dapat berkembang dengan baik melalui pantun tekateki ini kerana ia dapat mencabar kanak-kanak untuk berfikir dan menggunakan kuasa otak. Proses berfikir ini penting kerana bukan sahaja dapat meningkan intelek kanak-kanak malah mengajar kanak-kanak untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Ini dapat mengajar kanak-kanak supaya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang membahayakan kesihatan dan keselamatan mereka.
24

6.0 PENUTUP

25

Pantun teka-teki telah dibuktikan dapat membantu perkembangan kanak-kanak dalam setiap bidang iaitu emosi, social dan juga intelek. Buku pantun teka-teki ini dapat dijadikan modul atau bahan kepada para guru untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak.

Walaupun telah diberikan modul atau bahan, ianya terpulang kepada guru untuk menggunakannya sepenuhnya modul atau bahan yang telah disediakan ataupun hanya menjadi sebagai bahan pameran sahaja. Ini kerana, sebagus manapun modul atau bahan tersebut jika tidak digunakan mengikut potensi yang ada, ia akan menjadi bahan perhiasan semata-mata. Guru seharusnya kreatif dan bijak menggunakan modul atau bahan yang disediakan dalam pelbagai cara dan situasi.

Buku mengenai pantun teka-teki ini hanya dapat membantu kanak-kanak dalam proses perkembangan mereka secara terhad. Semuanya terpulang kepada guru kerana mereka adalah pengajar dan sepatutnya mahir dalam menggunakan segala bahan atau modul yang sedia ada.

LAMPIRAN

26

Modul buku teka-teki

27

Kertas berwarna

Gam gajah

28

Gunting

Gam

29

Bahan yang digunakan

30

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim R,1968,pantun serbanika,Dewan Bahasa dan Pustaka Kementeriaan Pelajaran,Kuala Lumpur.

Adnan Abd.Majid,2003,mutiara sastera melayu tradisional,Dewama Sdn.Bhd.Kompleks Dawana,Selangor Darul Ehsan. Omardin Haji Ashaari,1961,kajian pantun melayu,Malaya Publishing House Limited.

http://www.scribd.com/doc/5364483/-Pantun-Budi

http://pantun.usm.my/makalah3-7.asp

http://mediasauna.multiply.com/journal/item/5/Pantun_dan_Syair_dalam_Kesusastraan_Melayu _Klasik

31