Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA KEJOHANAN PERSAHABATAN FUTSAL GERKO FUTSAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

ANJURAN:

GERKO FUTSAL PISMP SEM 2


TARIKH:

1 OKTOBER 2011
MASA:

8.00 PAGI-6.00 PETANG


TEMPAT:

GELANGGANG FUTSAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

1.0 PENDAHULUAN Kejohanan ini merupakan satu aktiviti yang dapat melatih para guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis untuk menguruskan sesuatu kejohanan sukan. Secara tidak langsung, kejohanan ini juga mampu mempertingkatkan lagi kemahiran guru-guru pelatih dalam sukan futsal khususnya sekaligus mendalami lagi teknik-teknik sukan ini. Ianya juga dapat membantu guru pelatih menghayati profesion perguruan di bidang sukan. 2.0 RASIONAL Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran ke arah mencapai identiti dan kualiti yang cemerlang dalam kalangan guru pelatih. Di samping itu, kejohanan ini juga dapat membantu pihak institut mencungkil bakat-bakat untuk diketengahkan bagi mewakili institut dalam pertandingan atau kejohanan yang lebih besar. Secara tidak langsung para guru pelatih akan mendapat lebih pendedahan tentang cara dan pengalaman dalam menguruskan kejohanan sukan. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur dan kepimpinan dalam kalangan guru pelatih. Di samping itu ia turut menjamin gaya hidup sihat guru-guru pelatih. 3.0 MATLAMAT 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Memenuhi syarat Pengurusan Gerko Permainan. Mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru pelatih dengan guru pelatih dan di antara pensyarah institut dengan guru pelatih. Menguji daya ketahanan jasmani, rohani, intelek dan emosi. Menguji daya kecerdasan fizikal dan mental dalam melaksanakan kejohanan ini. Memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur dan setiakawan antara ahli-ahli kumpulan. Menggalakkan dan menanam sifat-sifat positif yang diingini. Membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran dan tanggungjawab terhadap tugas dan daya kepimpinan.

4.0 PELAKSANAAN 4.1 4.2 4.3 4.4 Perkara Tarikh Peserta Tempat : Kejohanan Persahabatan Futsal Gerko Futsal IPG Kampus Perlis, Perlis : 1 Oktober 2011 : Pelajar-pelajar PPISMP Semester 1 dan PPISMP Semester 3 IPG Kampus Perlis, Perlis : Gelanggang Futsal IPG Kampus Perlis, Perlis

5.0 JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA BENDAHARI : : : : : : EN ZAINUDIN BIN RAMLI MOHAMAD HAFIZ BIN ADUKA NARERMON QETKEAW FARAH HANI BINTI CHE RANI FARHANIM BINTI RODUWAN FATEEN AMIRAH BINTI RAMLI

6.0 JAWATAN KUASA PENGANJURAN PROGRAM AJK PERALATAN AJK PENDAFTARAN AJK KEPENGADILAN KETUA PENGADIL AJK PERTANDINGAN & SIARAYA AJK PROTOKOL AJK MAKANAN : : : : : : : MOHD FARIS BIN ISMAIL FATIMATUZAHRAH BINTI ZAUDI MOHD HAZIEM BIN MD BASERI NUR ANITA BINTI HASNAN MOHD KHAIRI BIN MOHD ZAIN HAFIZATI HUSNA BINTI IBRAHIM AMIR FARID BIN KHAIRUDIN AMIR BIN RAZAK ASHAARI BIN SELAMAT PARIMALA A/P KUMARAN ZALIKHA ASYRAN BINTI AKILUL NAZAR FATIMAH BINTI ZAINAL ABIDIN

AJK HADIAH

MOHAMAD UBAIDILLAH BINTI MOHAMAD KHARI SHERIL MIEZA YUSHIMA BINTI MD YUSOFF

AJK DOKUMENTASI & KESELAMATAN

ABU MANSUR BIN MOD HANAPIAH

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA UNIT Johan Naib johan Tempat ke-3 Saguhati (Tempat ke-4 & ke-5) 1 2 tong 184 biji HARGA (RM) RM 40 RM 30 RM20 RM10+RM10 JUMLAH (RM)

Hamper

RM 110

2 3 4 5

Cenderahati Minuman Makanan(roti) Perbelanjaan runcit JUMLAH

RM 10 RM 10 RM0.50x184 RM 20

RM 10 RM 20 RM92 RM 20 RM 252

Peruntukan : Kutipan daripada setiap pasukan PPISMP SEMESTER 1 & SEMESTER 3 : 23 x RM 10 = RM 230 Cenderahati-sumbangan daripada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampu Perlis

8.0 SYARAT PENYERTAAN 1. Setiap kelas wajib menghantar satu pasukan, untuk penyertaan yang selebihnya adalah digalakkan. 2. Setiap pasukan diwajibkan membayar RM10.

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Peserta haruslah melaporkan diri 10 minit lebih awal dari jadual pertandingan di meja urusetia pendaftaran. 2. Peserta yang tidak dapat menepati masa akan dianggap kalah. 3. Sistem permainan adalah mengikut sistem liga. 4. Peralatan futsal ketika pertandingan disediakan oleh Jawatankuasa pertandingan. 5. Keputusan pengadil adalah muktamad. 10.0 PENUTUP Kejohanan Futsal ini dianjurkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dan amat diharapkan dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan futsal khasnya supaya dapat menjadi ahli sukan yang berwibawa. Kejohanan ini juga diharap dapat memberi satu pengalaman baru kepada guru pelatih untuk menjadi penganjur dan seterusnya mereka dapat menganjurkan sesuatu pertandingan itu kelak dengan lebih berkesan. Segala pengajaran dan pengalaman yang mereka perolehi semasa sukan ini diadakan diharap akan memberi tunjuk ajar yang berguna dan dapat dipraktikkan dengan sepenuhnya kepada semua guru pelatih semasa bertugas di sesebuah sekolah itu nanti.

Disediakan oleh,

____________________ (FARAH HANI BINTI CHE RANI) SETIAUSAHA KEJOHANAN PERSAHABATAN FUTSAL KUMPULAN PISMP PENGAJIAN SOSIAL

Dibantu oleh,

_____________________ (FARHANIM BINTI RODUWAN) PENOLONG SETIAUSAHA KEJOHANAN PERSAHABATAN FUTSAL KUMPULAN PISMP PENGAJIAN SOSIAL

Disokong oleh,

_____________________ (EN. ZAINUDIN BIN RAMLI) PENSYARAH PENASIHAT KEJOHANAN PERSAHABATAN FUTSAL KUMPULAN PISMP PENGAJIAN SOSIAL

Disahkan oleh,

______________________ (EN HANAFI BIN GHAZALI) KETUA UNIT GERKO

Diluluskan oleh,

______________________ (TAN YING KEE) PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

Anda mungkin juga menyukai