Anda di halaman 1dari 18

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Kertas kerja adalah antara penulisan lazim ditulis oleh eksekutif.

Penulisan kertas kerja dibuat bagi mencadangkan program ataupun projek yang ingin dijalankan sekali gus memeberikan maklumat perniagaan sebagai memenuhi arahan ataupun permintaan daripada pelbagai pihak. Contohnya, kertas kerja yang disediakan bagi memohon peruntukan daripada pihaka atasan dan sebagai prasyarat memohon pinjajaman daripada bank serta dana usahawan. Oleh hal yang demikian, penulisan kertas kerja tidak boleh dilakukan tanpa sebarang perancangan apatah lagi sambil lewa. Justeru itu, draf kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk disemak ddengan teliti bagi memastikan cadangan-

cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya. Ini bermakna kertas kerja hendaklah disediakan dengan baik dan teliti khususnya untuk projekprojek yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

1.1

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1.1.1 Pelajar dapat memahami panduan penyediaan kertas kerja dengan baik dan sempurna. 1.1.2 Pelajar dapat menghasilkan kertas kerja mengikut format yang betul dan tepat. 1.1.3 Dapat mengaplkasikan pengetahuan tentang penulisan kertas kerja.

1.2

KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk buku dan internet.

1.3

BATASAN KAJIIAN Kajian ini hanya terbatas kepada penulisan kertas kerja projek sahaja. Iaitu penghasilan format dan panduan penulisan kertas kerja serta megaplikasikannya Bahasa Melayu yang harus dijalankan di sekolah rendah sahaja.

1.4

DEFINISI OPERASIONAL Kertas kerja ialah bahan yang mencatatkan atau menulis mengenai sesuatu perkara. Kertas kerja harus dibentangkan kepada orang ramai untuk urusanurusan seperti projek, kajian dan sebagainya oleh sesuatu jabatan atau pihakpihak tertentu.

BAB 2 PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROJEK 2.0 KONSEP KERTAS KERJA PROJEK Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid dalam bukunya yang berjudul Bahasa melayu Komunikasi 3 Komunikasi Bertulis mengatakan kertas kerja lebih merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramaidalam sesuatu bengkel atau seminar. Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Justeru itu, draf kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk disemak dengan teliti bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya. Ini bermakna kertas kerja hendaklah disediakan dengan baik dan teliti khususnya untuk projek-projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Penyediaan kertas kerja juga bergantung kepada jenis audiens yang menjadi sasaran. Contohnya, kertas kerja untuk dibentangkan dalam sesuatu seminar dengan kertas kerja untuk membentangkan cadangan bagi sesuatu projek atau kajian perlu diberi penekanan yang berbeza. Selain itu, Nuraini Yusoff dalam penulisannya yang bertajuk penulisan berformat juga mengatakan kertas ialah bahan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara. Manakala kerja bermaksud kegiatan yang bertujuan menghasilkan atau menyediakan sesuatu. Oleh itu, kertas kerja bermaksud hasil usaha mengenal sesuatu yang ditulis atau dicatatkan di dalam kertas untuk dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel. Kertas kerja bukan sahaja disediakan untuk dibentangkan dalam sesuatu majlis seminar atau bengkel, tetapi juga dalam urusan-urusan lain. Ini termasuklah dalam perancangan sesuatu projek, kajian dan sebagainya oleh sesuatu jabatan, syarikat dan lain-lainnya. Kertas kerja perlulah diserahkan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti bagi menentukan cadangan-cadangan yang disebutkan di dalamnya boleh
3

diluluskan atau sebaliknya. Oleh itu, kertas kerja haruslah disediakan dengan baik dan rapi, terutamanya bagi projek-projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Penyediaan kertas kerja adalah bergantung kepada siapa kertas kerja itu mahu ditujukan. Misalnya, kertas kerja untuk dibentangkan dalam sesuatu ceramah dengan kertas kerja untuk membentangkan sesuatu projek atau kajian, perlu diberi penekanan yang berlainan.

2.1

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROJEK Kertas kerja projek merupakan hasil usaha sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada pihak atasan seperti guru besar, pengetua atau majikan untuk mendapatkan kelulusan untuk dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja perlulah dilakukan dengan cermat. Hal ini, penting agar dapat menarik minat pembaca untuk meneliti isi kandungan kertas kerja tersebut. Berikut adalah cara-cara penulisan kertas kerja projek umumnya : 2.1.1 Tajuk Tajuk sesuatu kertas kerja bergantung kepada tujuan kertas kerja dibuat dan hendaklah meliputi segala idea utama yang hendak disampaikan. Tajuk kertas kerja perlu ringkas, sebaik-baiknya tidak melebihi 15 patah perkataan. 2.1.2 Rasional (kenapa) Rasional atau abstrak ialah ringkasan tujuan dan kandungan kertas kerja yang ditulis tidak melebihi 200 patah perkataan. 2.1.3 Objektif ,Objektif ialah matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja. Objektif lebih merupakan idea penulis dan menentukan daya menarik kepada audien untuk mendengar atau menilai isi kandungan kertas kerja tersebut.
4

Objektif ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3 dan seterusnya. 2.1.4 Jangka Masa Jangka masa yang diperlukan dalam melaksanakan projek tersebut, contohnya satu jam sehari ataupun seminggu. 2.1.5 Kumpulan Sasaran Audien adalah khalayak langsung dan serta merta. Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu. Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap kedua-dua kumpulan sasaran sebelum menulis kertas kerja berkenaan. 2.1.6 Andaian-Andaian Halangan yang Mungkin Timbul Sewaktu menghasilkan kertas kerja penulis juga perlu memikirkan halangan-halangan yang mungkin timbul semasa menghasilkan kertas kerja atau penerimaan audien terhadap hasil kertas kerja. Penulis perlulah fleksibel dalam menghasilkan kertas kerja, hal ini kerana jika hasil kertas kerja yang tidak memuaskan hati audien maka kertas kerja tersebut perlulah dibaiki agar dapat diterima oleh semua. 2.1.7 Sumber Kewangan/Perbelanjaan Kewangan merupakan titik tolak penerimaan atau penolakan sesuatu kertas kerja. Hal ini, sesuatu kertas kerja yang dihasilkan perlulah relevan dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan perlulah dilakukan mengikut piawaian yang diperuntukan. Jika mendapat sumbangan perlulah dinyatakan dengan tepat serta terperinci agar tiada hal-hal yang dibangkitkan kemudian hari. Fahami dengan jelas implikasi kewangan yang terlibat dalam kertas kerja anda. melibatkan kos yang efektif dan efisien. Cadangkan perkara yang

2.1.8

Penubuhan Jawatankuasa Kertas kerja yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan yang bekerjasama. Oleh itu, ahli jawatankuasa perlulah ditubuhkan untuk melancarkan penghasilan keberkesanan sesuatu kertas kerja tersebut. Perlantikan ahli jawatankuasa perlulah dilaksanakan daripada hierarki tertinggi hingga jawatan yang terkecil. Hal ini, kerana setiap jawatan dapat memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ia mesti dimulakan dengan jawatan tertinggi seperti penaung, penasihat, pengerusi, naib pengerusi,

setiausaha dan seterusnya. 2.1.9 Menentukan Jadual Tugas Setiap pembentangan kertas kerja akan ada senarai atau jadual tugas yang dirangka untuk memudahkan perlaksanaan projek yang dirancang. Oleh itu jadual yang hendak disusun perlulah dilakukan dengan sisitematik agar perlaksanaan berjalan dengan lancar. Disamping itu, penentuan kertas kerja juga dapat mengagihkan tugasan kertas kerja dan semua pihak bertanggungjawab dalam tugas masing-masing. 2.1.10 Perlaksanaan Kertas kerja yang baik perlu menyatakan cara-cara perlaksanaan (modus operandi) yang efisien dapat memaksimumkan pencapaian objektif yang hendak dicapai. Perlaksanaan yang cekap perlulah dilakukan dengan sistematik dengan itu tercapailah matlamat yang hendak dilaksanakan.

2.2

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA Sebelum kertas kerja ditulis, penulis perlu melakukan tindakan-tindakan berikut : 2.2.1 Mengenal Pasti Audien Sasaran Audien ialah khalayak langsung dan serta-merta. Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu. Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap keduadua kumpulan sasaran sebelum menulis kertas kerja berkaitan. 2.2.2 Mengenal Pasti Bentuk Penulisan Pastikan kertas kerja itu untuk tujuan memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang pengetahuan baru. Kertas kerja begini adalah berbentuk tinjauan. Tentukan kertas kerja itu untuk tujuan memberi penerangan terperinci tentang sesuatu. Kertas kerja begini adalah berbentuk diskriptif. Pastikan kertas kerja itu untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Kertas kerja begini adalah berbentuk penjelasan. Jika kertas kerja untuk mencadangkan tindakan-tindakan tertentu maka kertas kerja begini adalah berbentuk perumusan. 2.2.3 Mengenal Pasti Bahasa yang Digunakan Penulis perlu mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan gaya penulisan sesuatu bahasa yang digunakan. Selain itu, penulis juga perlu mengikut gaya penulisan yang baik. Antaranya ialah keseragaman dari segi ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan yang seragam serta selalu merujuk kamus. Di samping itu kebolehbacaan juga penting. Iaitu memilih perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan pendidkan audien serta memenuhi kehendak pembaca iaitu menggunakan gaya bersahaja tetapi jelas.

2.2.4 Mengenal Pasti Teknik Penulisan Kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris. Petikan-petikan yang melabihi dua baris hendaklah diketengahkan dan ditaip dengan langkau satu baris. Panjang setiap kertas kerja seelokeloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan.

BAB 3 KERTAS KERJA PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SEK. KEB. SUNGAI SAMAK 36400 HUTAN MELINTANG PERAK DARUL RIDZUAN

1.0

PENGENALAN Dinihari, program-program bahasa yang dijalankan di setiap sekolah sudah menjadi satu kemestian yang wajib dilaksanakan bagi

mengukuhkan lagi penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid terntamanya murid-murid yang berada di sekolah rendah. Oleh itu, menjadi satu kewajipan bagi pihak sekolah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. 2.0 OBJEKTIF PROGRAM 2.1 Dapat mempertingkatkan penggunaan bahasa seseorang murid dalam bercerita. 2.2 2.3 2.4 Dapat mencungkil bakat terpendam seseorang murid. Dapat memupuk nilai-nilai estetika di dalam diri murid. Membantu seseorang murid itu agar berani untuk tampil di hadapan khalayak ramai. 3.0 NAMA PROGRAM PERTANDINGAN BERCERITA KISAH-KISAH TELADAN
9

4.0

TEMA PROGRAM Ke Arah Memartabatkan Bahasa Melayu

5.0

MODUS OPERANDI Murid-murid tahap 2 merupakan kumpulan sasaran yang untuk bertanding di dalam pertandingan ini. Setiap kelas harus menghantar seorang wakil untuk menyertai pertandingan bercerita ini. Peserta bebas untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan kisah teladan. Tempoh masa yang di peruntukkan untuk setiap pelajar dalam pertandingan ini adalah sebanyak sepuluh minit. Pertandingan ini akan dilakukan hanya satu pusingan bagi menentukan johan, naib johan dan tempat ketiga. Pertandingan ini akan dinilai dari aspek sebutan dan intonasi, gaya persembahan dan penggunaan bahasa yang menarik. Oleh itu, terdapat tiga orang hakim yang akan mengadili pertandingan tersebut. Segala keputusan hakim adalah muktamad. Di sini saya lampirkan sekali kedudukan sewaktu pertandingan ini berlangsung.

Pengerusi majlis

Peserta

Pentas Hakim Penonton

Rajah 1 : Lakaran kedudukan sewaktu pertandingan.

10

6.0

ANJURAN Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Unit Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Samak.

7.0

TARIKH CADANGAN Pertandingan ini dicadangkan berlangsung pada tarikh 30 september 2009.

8.0

CADANGAN PROGRAM 8.1 Dewan Sek. Keb. Sungai Samak, Kampung Sungai Samak, 36400 Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan. Majlis jamuan Di kantin sekolah

8.2

9.0

AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT EKSEKUTIF : Yang Berusaha Tuan Guru Besar Tuan Mohd Nazri Bin Hanafiah PENASIHAT GURU PENGIRING : En. Malek Bin Nor : Pn. Sharifah Aini Binti Abdul Rahman En. Arif Bin Jaafar

JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Setiausaha Bendahari : Nazirul Imran Bin Mustafa : Nor Aziera Binti Wahid : Khairunnisa Binti Soleh

11

AJK

: Adli Shafiq Bin Khairul Amin

AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN Hakim Sebutan dan Intonasi Hakim Gaya Persembahan Hakim Bahasa Pengerusi Majlis : En. Abdul Nasser Bin Abdul Majid : En. Muhammad Fizal Bin Abu Hassan : En. Sapuan Bin Sanusi : En. Nahar Bin Nordin

10.0

PELAKSANAAN Tarikh Tempat Masa : 30 September 2009 : Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai S amak : 8.30 pagi

11.0

TENTATIF PROGRAM 8.30 pg : Kehadiran para peserta. Kehadiran para jemputan 9.00 pg : Majlis bermula i. Ucapan pengerusi majlis En. Nahar Bin Nordin ii. Ucapan penolong kanan 1 En. Malek Bin Nor iii. Ucapan perasmian
12

Guru besar Tuan Mohd Nazri Bin Hanafiah 9.30 pg 10.15 pg 10.40 pg 11.30 pg : Pertandingan bercerita bermula : Rehat : Sambungan pertandingan : Tamat pertandingan / rehat

12.30 t/hari : Majlis penyampaian hadiah 1.30 ptg y : Jamuan/bersurai

(Tertakluk kepada pindaan)

12.0

PENDAPATAN PERBELANJAAN PENDAPATAN Peruntukan Sekolah Jumlah PERBELANJAAN Air kotak (10 x RM 1.00) Nasi Ayam (10 x RM 3.00) Sijil Penyertaan (6 X RM 1.50) Hamper (3 x RM 20.00) RM 10.00 RM 30.00 RM 9.00 RM 60.00 RM 200.00 RM 200.00

Jumlah

RM 109.00

13

13.0

PENUTUP Segala kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan dalam meluluskan perlaksanaan program ini kami dahulukan dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih. Sekian.

Disediakan oleh :

. (NAZRI FAHMY BIN BAHARIN) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Sungai Samak, 36400 Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan.

14

4.0

BAB 4 KESIMPULAN Kesimpulannya apa yang dapat disimpulkan di sini adalah golongan pendidik terutamanya haruslah memahami serta dapat mengaplikasikan penggunaan bahasa penulisan kertas kerja projek bagi keperluan mereka akan datang. Oleh hal yang demikian, penulisan berformat ini haruslah dikaji secermat mungkin sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Penulisan kertas kerja tidak seharusnya dilakukan dengan sambil lewa berikutan pemahaman saya terhadap definisi kertas kerja itu sendiri. Kertas kerja projek adalah merupakan penulisan lazim yang ditulis oleh eksekutif. Tujuan kertas kerja ini adalah bagi mencadangkan program atau projek yang ingin dijalankan sekaligus memberikan maklumat perniagaan bagi memenuhi permintaan daripada pelbagai pihak. Hal ini, draf kertas kerja hendaklah diserahkan kepada pihak yang tertentu untuk memastikan ianya dapat diterima atau diluluskan. Ini bermaksud penulisan kertas kerja hendaklah dibuat dengan serius khususnya bagi projek-projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Melalui apa yang saya fahami di sini kertas kerja hendaklah mengikut garis panduan yang sebenarnya bagi menghasilkan kertas kerja yang baik.

15

REFLEKSI

Pada Julai 2009, Encik Azman Bin Aris telah memberikan satu kerja kursus yang perlu disiapkan oleh setiap pelajar PPISMP bahasa Melayu/ pendidikan seni visual/ pendidikan jasmani ambilan Ogos 2008. Kami juga diminta untuk mengaji dan menganalisis penanda wacana yang terdapat dalam sesebuah artikel yang dicari, selain menklasifikasikan jenis wacana tersebut. Kerja kursus ini perlu disiapkan sebelum 13.09.2009.

Selepas selesai beliau memberi penerangan, beliau memberi peluang kepada kami untuk menanyakan soalan tentang kemusyukilan dalam menyelesaikan kerja ini. Selepas itu, saya telah pergi ke perpustakaan bagi mendapatkan lebih banyak bahan rujukan tentang tajuk yang diberikan. Saya juga bertanyakan kawan-kawan di dalam kelas bagi berkongsi idea tentang informasi dan kefahaman mereka. Kemudian saya menyediakan segala informasi dan butiran penting yang diperlukan seterusnya memulakan kerja kursus ini. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak masalah yang saya hadapi diantaranya adalah jadual masa yang padat dengan aktiviti-aktiviti di maktab menghalang saya untuk menghabiskan kerja kursus saya dengan cepat selain tiada kemudahan internet di asrama untuk mendapatkan lebih informasi tentang kertas kerja. Dengan iniasiatif sendiri saya dan rakan-rakan pergi ke pusat komputer berdekatan untuk mencari maklumat di internet dan Alhamdulillah saya dapat menyiapkan kerja kursus dalam tempoh yang diberikan. Pengalaman sewaktu saya menyiapkan kerja kursus ini akan saya gunakan ilmunya untuk dimanfaatkan pada waktu akan datang sebagai warga pendidik.

16

RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Rashid, et. al. , 2002 . Siri Pendidikan Longman pengajian Melayu 1. Selangor : Longman. Abdul Sukor Shaari, et. al. 2003 . Bahasa Melayu Komunikasi . Kuala Lumpur : Longman. Kertas Kerja Kejohanan Futsal Terbuka UUM Anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UUM. Nuraini Yusoff, 1999 . Penulisan Berformat. Kuala Lumpur : Pustaka Pertiwi Sdn. Bhd. Samsudin Wahab, 2006 . Mengurus Majlis & Acara Rasmi . Selangor : PTS Profesional. http://www.kertaskerja.mht.my/

17

18

Anda mungkin juga menyukai