Anda di halaman 1dari 2

PEMANTAUAN TAHAP PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Nur Adila Binti Hussin (SPS) En.

Syahrul Ridhwan Bin Morazuki ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk memantau tahap prestasi kecergasan fizikal atlet ping pong, skuasy dan sepak takraw Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada dua fasa kem pemantapan atlet yang berbeza. Seramai 32 orang atlet, masing-masing ping pong (lelaki, n=7; wanita, n=6), skuasy (lelaki, n=3; wanita n=3) dan atlet sepak takraw (lelaki, n=13) terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, enam komponen kecergasan fizikal dikaji iaitu fleksibiliti (ujian jangkauan melunjur), daya tahan otot (ujian bangkit tubi), kekuatan otot (uiian tekan tubi), ketangkasan (ujian ketangkasan Illinois), kekuatan kaki (ujian lompat jauh berdiri) dan daya tahan kardiovaskular (ujian bleep). Dapatan kajian mendapati terdapat empat komponen pengujian yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi atlet ping pong iaitu ujian bangkit tubi (wanita, p<0.01), ujian lompat jauh berdiri (wanita, p<0.05), ujian ketangkasan Illinois (lelaki p<0.05; wanita p<0.05) dan ujian bleep (lelaki, p< 0.05; wanita, p< 0.05). Atlet skuasy turut menunjukkan peningkatan signifikan bagi empat komponen iaitu ujian bangkit tubi (lelaki, p< 0.05), ujian tekan tubi (wanita, p< 0.05), ujian lompat jauh berdiri (wanita, p< 0.05) dan ujian bleep (wanita, p<0.05). Manakala bagi atlet sepak takraw, hanya satu komponen kecergasan yang didapati tiada perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kem pemantapan atlet tersebut iaitu bagi ujian jangkauan melunjur. Walaupun skor purata kebanyakan komponen kecergasan menunjukkan peningkatan tahap kecergasan fizikal, namun prestasi keseluruhan atlet ping pong, skuasy dan sepak takraw masih belum berada di tahap kecergasan yang baik dan masih boleh diperbaiki.

MAKLUMAT COVER CD TAJUK PSM: PEMANTAUAN TAHAP PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NAMA PELAJAR : NUR ADILA BINTI HUSSIN NAMA PROGRAM: (SPS) NAMA PENYELIA: EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI NO KAD PENGENALAN: 850423065764 KAD MATRIK: AP063010

Anda mungkin juga menyukai