Anda di halaman 1dari 6

ITEM SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 Bahagian C [ 20 markah]

NILAI-NILAI MURNI 1. BAIK HATI


Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan. Murah hati Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya. Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing. Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

2. BERDIKARI
Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain. Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.

3. HEMAH TINGGI
Kesopanan Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain. Mengakui kesalahan sendiri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4.

HORMAT
Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik. Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. Patuh kepada undang-undang negara Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada. Patuh kepada ketetapan masa - Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.

5.

KASIH SAYANG
Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang lain. Sayang alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup. Cintakan negara Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme).

6.

KEADILAN
Adil Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian. Saksama Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.

7. -

KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG


Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.

8.

KEBERANIAN
Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi. Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9.

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL


Kebersihan diri Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat. Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.

10.

KEJUJURAN
Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Bercakap benar Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11.

KERAJINAN
Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela. Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan. Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa. 13. KESEDERHANAAN Pertuturan dan perlakuan yang sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain - Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain. 14. KESYUKURAN
Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15. RASIONAL
Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT


Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTISME
Menghormati pemimpin Berusaha untuk memajukan negara Semangat untuk kejayaan negara Rela berkorban demi kemakmuran negara

Anda mungkin juga menyukai