Anda di halaman 1dari 2

APA ITU KOMUNIKASI?

Proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada pihak yang lain (penerima) DEFINISI Pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain. -Howard H. Dean SIAPA mengatakan APA kepada SIAPA melalui SALURAN dengan KESAN apa? -Harold D. Lasswell

Satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang ramai. -Everett M. Roger Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat -Sillars

Bentuk-betuk Komunikasi
Dalam ilmu, komunikasi pada umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

Komunikasi Lisan Komunikasi lisan satu proses komunikasi yang melibatkan suara. Berkomunikasi secara lisan lebihmenitikberatkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yanng digunakan. Apabila berkomunikasi secara lisan, bagaimana

sesuatu itu sdisampaikan atau diucapkan samalah pentingnya dengan apa yangdiucapkan. Maksudnya setiap perkataan yang diucapkan hendaklah sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. Contoh komunikasi lisan yang sering dilakukan oleh pegawai-pegawai awam ialah layanan urusan melalui telefon, perkhidmatan kaunter, berceramah, taklimat hadiri mesyuarat, bengkel dan ersidangan.

Komunikasi Bukan Lisan Komunikasi jenis ini tidakmelibatkan suara. Prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggta badan. Banyak penulis berpendapat bahawa komunikasi bukan lisan terutamanya yang menggunakan gerakan anggota badan (tangan, badan, ontak mata, dan memek atau air muka) lebih memberi mesej yang bermakna dari perkataan-perkataan yang diucapkan. Sehubungan dengan ini komunikasi jarak, komunikasi melalui pakaian, melalui bau dan lain-lain lagi juga memberi kesan di dalam perhubungan harian indvidu engan masyarakat sekeliling terutamnya di dalam organisasi.

"Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang di kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi."

pantun

Anda mungkin juga menyukai