Anda di halaman 1dari 6

Cendawan Beracun

Johari Jalinas School of Environmental and Natural Resource Sciences, Faculty of Science and Technology, 43650 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan E-mail: johari_j@ukm.my

Spesies cendawan Amanita liar ini sangat cantik dilihat dan dipegang, tetapi apabila dimakan walaupun dalam kuantiti sedikit, racun amatoxinnya mampu membawa maut.

Cendawan yang beracun dan cendawan yang boleh dimakan seringkali mengelirukan kepada peminat atau pemakan cendawan liar. Walaubagaimanapun, sebelum mengutip dan memakan apa-apa jenis cendawan, pengenalan terhadap cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan sangat penting. Sekiranya, cendawan liar itu dikenalpasti boleh dimakan pun, seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk makan pertama kali. Jika terdapat tanda-tanda elergik terhadap cendawan yang dimakan, seseorang harus berjumpa dengan doctor dengan kadar segera. Kaeadah dan Pendidikan untuk mengenalpasti dan mengecam spesies cendawan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan sangat penting sebelum

mengambil keputusan untuk memakan cendawan liar bagi tujuan untuk mengelakkan keracunan disebabkan cendawan.

Kepercayaan/Tanggapan Kebanyakkan Orang yang salah 1. Cendawan yang boleh dipetik/dipatahkan boleh dimakan 2. Cendawan yang hidup diatas pokok yang hidup boleh dimakan, manakala yang tumbuh daripada pokok yang mati tidak boleh dimakan 3. Cendawan yang dimakan oleh siput, serangga dan haiwan-haiwan lain boleh dimakan 4. Cendawan yang mengeluarkan cecair tidak boleh dimakan 5. Cendawan yang berbau seperti tepung boleh dimakan 6. Cendawan yang mempunyai lamela gill yang berwarna coklat boleh dimakan dan manakala cendawan yang mempunyai lamella yang berwarna putih beracun.

# Cendawan liar perlu dikenalpasti sehingga spesies, barulah boleh dipercayai boleh dimakan disebabkan rupa tidak menjelaskan keadaan cendawan tersebut adalah beracun atau pun boleh dimakan.
Racun Cendawan:

amatoxins terkandung didalam Amanita species, Conocybe species, Galerina species, and Lepiota. Racun yang tergolong dalam amatoxin adalah amanitin dan amain (terbentuk daripada lapan asid amino (cylopeptida).

Simptom

Simptom akan terjadi selepas 6 hingga 24 jam selepas termakan cendawan tersebut. Antara symptom tersebut adalah muntah-muntah, cirit birit, sakit perut, disusuli dengan tekanan darah yang rendah, dehidrasi. Racun tersebut boleh menyerapkan kedalam usus kemudiannya boleh merosakkan hati.

Rawatan

Dialisi darah yang sempurna atau pemindahan hati perlu dijalankan kepada mereka yang mengalami keracunan tersebut. Amatoxin tidak boleh dimusnahkan dengan air panas dan dengan itu, walaupun cendawan tersebut dimasak dengan suhu yang tinggi sekalipun, racunnya masih berfungsi.

Nama-Nama Cendawan yang beracun dan mempunyai racun jenis amatoxins Amanita bisporigera Amanita phalloides Amanita verna Amanita virosa Conocybe filaris Conocybe rugosa Galerina autumnalis Galerina fasciculata Galerina marginata Galerina sulciceps Galerina venenata Hypholoma fasciculare Lepiota brunneoincarnata Lepiota castanea Lepiota citrophylla Lepiota helveola Lepiota josserandii Lepiota subincarnata

Racun jenis lain Neurotoxin- Muscarine sindrom Masalah kelenjar air liur, masalah air kencing, penghadaman, tekanan darah rendah, berpeluh dan mati disebabkan kegagalan pernafasan. Jenis Cendawan yang mempunyai neurotoxin Boletus pulcherrimus Clitocybe aurantiacum Clitocybe candicans Clitocybe dealbata

Contoh-contoh cendawan yang tidak boleh dimakan di Malaysia

Amanita sp. terdapat selalu dijumpai didalam hutan tropika, Malaysia juga dikenali sebagai destroying angels- mempunyai racun jenis alkaloid amanitine

Amanita sp. Dijumpai diatas padang rumput

Lepiota sp.-mempunyai racun jenis alkaloid amanitine

Cendawan liar diatas padang rumput perlu dielakkan daripada makan/dikutip jika tidak tahu tahap status keracunan cendawan berkenaan.

Macrolepiota sp.

Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, 43650 UKM Bangi, Malaysia, Selangor. http://malaysianfungi.webs.com joharijalinaszakaria@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai