Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1432 H MASA PERISTIWA Ucapan aluan pengerusi UCAPAN DIUMUMKAN

KETIBAAN YANG BERUSAHA EN.____________________, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU 2 KE DALAM DEWAN. MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI. (kemudian hadirin duduk selepas pengetua duduk) ALU-ALUAN Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum WBT.. Dimulakan majlis dengan menyebut nama Allah yang Maha Mulia, dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,Diucapkan segala puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI dan diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda Yang berusaha, En. _________________________ Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2. Yang Dihormati En. _________________________ Penolong Kanan Pentadbiran En. __________________________ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. __________________________ Penolong Kanan Kokurikulum CATATAN

Dan seterusnya guru-guru,staf-staf serta semua anak didik Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2. Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah rahmat-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dan mengimarahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pd hari ini, 12 Rabiulawal 1432 hijrah bersamaan 15 Februari 2011, yang dianjurkan dengan berbesar hatinya oleh Panitia Pendidikan Islam.

DI TANAH ARAB GURUN MELATA, MAHSYURNYA MAKKAH BERBAGAI KABILAHNYA, 12 RABIULAWAL LAHIRNYA PUTERA, MENJADI SANJUNGAN SERATA DUNIA.

Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orangorang Yahudi danKristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan nabi akhir. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun kelahirannya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw. bersabda, Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau? Baginda menjawab, Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad. (Riwayat Tirmidzi) Baginda juga bersabda, Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Baginda saw. juga bersabda, Aku telah ditetapkan disisi Allah

sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.Dan di belakang tubuh Baginda juga terdapat tanda kelahiran seperti cop yang tertulis Khatamun-Nabiyyin. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Bacaan ayat Al-Quran Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci alquran yang akan disampaikan oleh adik _________________ dan diterjemahkan oleh adik_______________. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. (Bacaan Quran) Sodaqallah hul azim. Demikian tadi alunan ayat-ayat suci al-Quran yang telah disampaikan oleh______________________. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bacaan doa

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan al-Fadhil Ustaz Muhammad Kamarul Nizam Bin Adam untuk membacakan doa. Dengan penuh takzim majlis mempersilakan. (bacaan doa) Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.

Nyanyi lagu Negaraku dan Lagu Sabah

Hadirin dan hadirat sekalian Dengan semangat cintakan negara dan negeri kita, marilah samasama kita nyanyikan lagu Negaraku dan kemudiaan diikuti lagu negeri Sabah. Diminta para hadiri berdiri. (menyanyi) Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan pengetua.

MAULIDUR RASUL KITA MENYAMBUT NABI MUHAMMAD INSAN DIRAI BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT BESAR NIAT DI DALAM HATI Tibalah masa yang dinantikan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En.______________________ untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul pada pagi ini, dipersilakan TN pengetua diiringi oleh penolongpenolong kanan bagi acara ____________________________ satu tepukan untuk kita semua. Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengetua atas perasmian itu tadi. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Ceramah

AHMAD DI SANA MUHAMMAD DI SINI KEMBALI BAGINDA KE ALAM ABADI HARUM NAMANYA MEKAR DI HATI PERJUANGAN BAGINDA TETAP DIIKUTI Muslimin dan muslimat sekalian, Bagi menambahkan lagi kecintaan kita semua kepada Nabi Muhammad SAW, marilah kt sama-sama mendengarkan ceramah yang mengisahkan Nabi Muhammad SAW. Ceramah ini akan disampaikan oleh Al Fadhil ustaz _______________________ Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. (ceramah berlangsung) Alhamdulillah,moga-moga setiap kata-kata, pesanan dan nasihat yang disampaikan akan menjadi pengajaran dan panduan buat kita semua. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih buat al fadhil ustaz.

Nasyid pelajar

Muslimin muslimat sekalian, Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, dengan ini dipersilakan kumpulan pelajar naik ke pentas bagi mendendangkan nasyid yang bertajuk ___________________ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (nyanyian nasyid) Majlis merakamkan ucapan terima kasih buat adik-adik pelajar sekalian.

Tayangan video

LAHIRNYA KE DUNIA MENJADI PIATU MENUMPANG KASIH SANAK SAUDARA WAFATNYA BAGINDA SANGATLAH PILU NAMUN KASIH SAYANGNYA TETAP MEMBARA Hadirin hadirat sekalian Bagi menyempurnakan lg majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, majlis telah menyediakan satu tayangan video yang bertajuk Muhammad Utusan Terakhir. Diminta semua hadiri memberi perhatian yang baik sepanjang tayangan video ini. Mogamoga kita semua akan mendapat hikmah dan pengajaran daripadanya. (tayangan) Alhamdulillah, moga-moga segala apa yang dipertontonkan, dapat kita ambil iktibar dan panduan dalam menjalani hidup kita semua. Sesungguhnya cinta dan sayangnya Nabi kepada kita tidak pernah pudar dan hilang sehingga wafatnya Baginda. Semoga kita semua dapat mengamalkan hidup berlandaskan harta peninggalan paling berharga buat kita iaitu Al-quran dan sunnah sebagai tanda cintanya kita kepada Allah dan Rasul.

Selawat

Muslimin dan muslimat sekalian, Sebagai memperingati Nabi Muhammad SAW, marilah kt bersama-sama berselawat ke atas Baginda. Semoga kita semua akan mendapat syafaatnya kelak. Hadirin diminta berdiri.

Jamuan

Muslimin muslimat, hadirin hadirat, Majlis yang diadakan pada kali ini diharap dapat memupuk ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama kita dan mendapat rahmat dari-Nya. Dan marilah kita bersama-sama dalam membuktikan bahawa sememangnya kita benar-benar cintakan Allah dan Rasulullah SAW. Wallahualam. Bagi mengakhiri majlis pada hari ini, dijemput para tetamu untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. Akhir kata, wabillahi taufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai