Anda di halaman 1dari 6

Dusta dan Fitnah: Racun Perosak Keharmonian Ummah

Written by admin Wednesday, 04 February 2009

Abdul Razak Muthalib Ahmad Islam adalah agama wahyu yang benar dan diakui oleh Allah swt . Allah melantik Nabi Muhammad saw sebagai rasul untuk menjadi utusan menyampaikan arahan dan laranganNya. Maka Rasulullah saw dibimbing dengan panduan wahyu Ilahi. Justeru, peranan pengutusan rasul ini tidak akan dapat dihayati jika kita tidak menjadikan Baginda sebagai ikutan dan teladan sepanjang zaman. Di antara misi pengutusan Baginda ialah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Hal ini diakui sendiri oleh Baginda melalui sabdanya (bermaksud): ((Sesungguhnya aku diutuskan untuk meyempurnakan akhlak yang mulia)) (Riwayat Imam Malik, al-Muwatta). Dalam hadis lain, Rasulullah saw mengisyaratkan bahawa akhlak yang baik ini menjadi tanda kesempurnaan iman. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: ((Seorang mukmin yang sempurna imannya ialah yang baik akhlaknya)). (Riwayat Abu Daud (4683), alTirmizi-hadis hasan sahih). Akhlak mulia lagi terpuji ini yang menjadi pakaian Rasulullah saw perlu dicontohi oleh umat manusia. Arahan ini terkandung di dalam pernyataan Allah (bermaksud): ((Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik)) (al-Ahzab:21). Rasulullah saw dengan sifat amanah dan tabligh, tidak membiarkan para sahabat terumbang ambing tanpa panduan. Baginda saw mendidik para sahabat dengan wahyu Allah; menyampaikan suruhan serta menyatakan larangan-Nya. Perlu difahami bahawa suruhan dan larangan tersebut bukan ditujukan untuk para sahabat sahaja, malah untuk seluruh umat Baginda. Di antara larangan dan tegahan yang dinyatakan oleh Rasulullah saw ialah larangan memfitnah dan berkata dusta. Fitnah dan dusta ini merupakan dua elemen yang menjadi racun perosak dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, Islam yang senantiasa menyeru ke arah perpaduan dan keamanan, telah menetapkan dua perkara ini sebagai larangan yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya dua unsur perosak ini dibiarkan berlegar di

kalangan asyarakat secara erlel asa, apatah lagi jika ijadikan amalan dan suatu kemestian, maka nantikanlah kehancuran dan kepincangan masyarakat. itnah ialah mengatakan sesuatu atau menyebarkan sesuatu fakta yang tidak benar dan tidak disukai tentang pihak lain. Secara umumnya, fitnah dan berdusta ini, jika dilihat dari satu sudut merupakan dua sifat yang mempunyai persamaan; iaitu menyatakan sesuatu yang tidak benar. i dalam hadis daripada Abu urairah r.a, asulullah saw ditanya tentang al ghibah mengumpat . aka asulullah saw menjawab: engumpat itu ialah kamu menyebut tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya)). Sahabat bertanya: Bagaimana jika perkara itu adalah sesuatu yang benar ika perkara tersebut tentang saudaraku?. asulullah saw menjawab: yang tidak disukai) ada pada saudaramu, maka kamu telah mengumpatnya, dan jika perkara tersebut tidak ada pada saudaramu, maka kamu telah memfitnahnya melakukan dusta ke atasnya)). adis hasan sahih, riwayat al irmi i). Imam al awawi meninggal 7 ) di dalam iyadh al Salihin, bab Larangan Berdusta, menyatakan bahawa: usta itu ialah seseorang mengatakan sesuatu atau menyebarkan berita yang tidak berlaku. Seperti berkata: elah berlaku begini atau ia berkata begini atau yang seumpamanya, padahal perkara tersebut tidak benar. aka dia telah melakukan dusta. Syaikh uhammad ibn Solah al Uthaimin di dalam Syarh telah membahagikan dusta ini kepada dua bahagian: iyadh al Salihin

Pertama: usta terhadap Allah dan asul ya. Inilah jenayah yang paling besar dan suatu kezaliman. irman Allah swt bermaksud): Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim )) al Anam: ).

usta terhadap Allah dan asul ini berlaku dalam dua keadaan iaitu: ) enyandarkan kepada Allah atau kepada asulullah saw sesuatu yang bukan daripada firmanNya atau pun sabda Baginda saw. Pencipta hadis palsu termasuk dalam golongan ini . ) enafsirkan sesuatu ayat al Quran atau hadis Nabi dengan tafsiran yang salah lagi menyimpang daripada apa yang dikehendaki oleh Allah dan asulNya. Sebagai contoh, suatu pihak yang menggunakan firman Allah di dalam

surah Quraish, ayat bermaksud): Yang memberi makan kepada mereka daripada kelaparan, dan yang mengamankan mereka daripada ketakutan)) dengan mendakwa merekalah yang menjamin rezeki dan keamanan orang ramai. aka dakwaan ini dengan menggunakan ayat tersebut ternyata salah. Ini kerana ayat tersebut perlu dibaca bersama ayat sebelumnya bermaksud): Maka sembahlah Tuhan rumah ini (Kaabah). (Iaitu Tuhan) yang memberi makan kepada mereka daripada kelaparan, dan yang mengamankan mereka daripada ketakutan )). alang sekali, perkara sebegini pernah berlaku. Sehinggakan ada pihak demi kepentingan sendiri menjadikan ayat ini sebagai salah satu modal dalam kempen mereka. asulullah s.a.w. memberikan suatu peringatan dan ancaman yang berat terhadap sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasnya dengan sabda yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan dusta keatasku siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka )). uttafaqunalaihi). Cukuplah asul Nya ini sebagai peringatan kepada kita. amaran Allah dan Waspadalah dalam berbicara tantang agama.Suasana hari ini mempamerkan kepada kita bahawa ramai umat Islam yang tidak memahami secara jelas tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan Islam tetapi berminat untuk mengambil bahagian dalam mengulas dan menyampaikan pendapat mereka. Natijahnya, maka muncullah pendapat pendapat pelik yang lari jauh dari landasan yang sebenar. Bahkan sebahagian daripada kalam-kalam mereka itu jika diamati boleh menjejaskan kesahihan akidah mereka. amai juga yang menjadikan hadis-hadis Nabi s.a.w. sebagai hujah untuk membenarkan kata mereka. Perkara ini jika dilihat secara kasar adalah amat baik malahan sangat dituntut. etapi, malangnya mereka mengambil sikap cuai dan lewa dalam menyampaikan hadis-hadis tersebut dengan tidak mempastikan terlebih dahulu tahap kesahihannya. aka digunakan hadis-hadis dhaif dan palsu sebagai hujah dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang dipentingkan adalah pendapat mereka diterima, barangan mereka laris, sokongan terhadap mereka bertambah, kedudukan mereka tidak tergugat, periuk nasi mereka selamat. alah yang lebih malang lagi, perkara ini dilakukan oleh mereka yang berpendidikan khusus dalam bidang agama. ereka mengerti hakikat sebenar, tetapi sengaja menyembunyikan kebenaran. ereka mengetahui hukum-hakam yang tepat, tetapi sengaja memutar belitkan kenyataan. ereka memahami hakikat sesuatu ilmu, tetapi sengaja mengkhianati ilmu yang mereka pelajari. Asalkan mereka mendapat restu dan sokongan, dari rakyat jelata dan pimpinan atasan.

Dr. Nur al-Din al-Itr di dalam kitabnya Manhaj al-Naqd fi Ilmi alHadith telah menggariskan lima sebab dan golongan yang menyebabkan muncul dan tersebarnya hadis-hadis palsu ini dikalangan masyarakat. Dua daripada sebab-sebab dan golongan tersebut ialah: . Untuk menggalakkan manusia kearah kebaikan dan memberi amaran daripada melakukan kemungkaran al-taghrib wa al-tarhib). ermasuk di dalam golongan ini adalah mereka yang jahil yang beranggapan zuhud dan ingin melakukan tazkiyat al-nafs. etapi amalan mereka ini dilakukan dalam keadaan mereka jahil dengan asas agama yang sebenar. aka mereka mencipta hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat zikir dan solat-solat sunat yang melampaui prinsip-prinsip agama, lalu disebarkan untuk menggalakkan masyarakat ke arah kebaikkan. ereka pula mencipta dan menyebarkan hadis-hadis tentang azab dan balasan dosa terhadap kesalahan-kesalahan tertentu yang keterlaluan dan menyimpang jauh daripada asas agama dengan tujuan menjauhkan manusia daripada melakukan kemungkaran. etapi tanpa disedari mereka telah melakukan pendustaan ke atas asulullah s.a.w. . Untuk mendapat habuan keduniaan. ermasuk di dalam golongan ini adalah golongan yang ingin menghampiri diri kepada pemerintah dan juga para penyampai dan pencerita yang bertujuan mendapat habuan masingmasing. Al-Itr, Nur al-Din, anhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith Beirut; Dar al-Fikr al-Muasir,cet. , 997), hal. 0 ).
Kedua: Dusta terhadap manusia. Dusta terhadap manusia ini juga boleh belaku dalam dua keadaan. Pertama; seseorang yang berpura-pura menzahirkan dirinya sebagai seorang yang beriman, beramal soleh dan melakukan kebaikan, sedangkan hakikatnya dia adalah kafir yang tidak bersikap sedemikian. Golongan inilah yang digelar sebagai munafik. Allah s.w.t. menyifatkan golongan ini melalui firman-Nya: Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman )). Al-Baqarah: ) Kedua, pendustaan terhadap manusia boleh berlaku apabila seseorang itu mengatakan sesuatu yang tidak benar atau menyebarkan sesuatu berita palsu di kalangan masyarakat.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Amru bin al-As, asulullah s.a.w. menerangkan tentang empat perkara jika terdapat pada seseorang, maka dia tergolong dalam golongan munafik munafik amalan). Diantara empat sifat tersebut adalah apabila dia bercakap ia berbohong. Sesungguhnya perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu ini merupakan suatu sifat yang terkeji lagi terkutuk. Perbuatan ini merupakan

punca berlakunya perselisihan pendapat, pertelingkahan, terputusnya hubungan silaturrahim, malahan boleh membawa kepada pembunuhan. Sedangkan orang mukmin ini keseluruhannya disifatkan oleh Allah sebagai bersaudara. Allah s.w.t. berfirman: Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara )). Al-Hujurat: 0) etapi fenomena yang berlaku hari ini, seolah-olah menghalalkan sikap berdusta dan menabur fitnah ini. Sama ada ia dilakukan oleh individu tertentu demi kepentingan peribadi atau oleh kumpulan-kumpulan tertentu demi meraih sokongan dan mendapat kemenangan. Maka disebarkanlah berita-berita palsu dan fitnah-fitnah yang memburukkan pihak lain. Harapannya supaya kepercayaan terhadap pihak tersebut ak an terhakis. Kedudukannya akan tergugat. Dakwahnya tersekat. Perjuangannya akan singkat. Selain itu, sikap menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu ini merupakan sikap yang boleh menyakiti hati sesama Muslim dan menyebabkan hubungan ukhuwah Islamiyah akan menjadi retak. Sebab itulah Islam amat melarang perbuatan menyakiti hati seorang Muslim yang lain dan menjanjikan balasan dosa terhadap mereka yang melakukan sedemikian. Firman Allah s.w.t. bermaksud): Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orangorang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata)). Al-Ahzab: 5 ) Al-Imam Ibn Kathir w 77 H), ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: Mereka telah menyandarkan kepada orang beriman ini sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh mereka orang beriman), maka inilah fitnah dan dusta yang besar iaitu menyatakan sesuatu perkara tentang orang yang beriman apa yang tidak dilakukan oleh mereka dengan tujuan untuk memalukan dan menjatuhkan martabat mereka. Ibn Kathir, afsir Al-Quran al- Azim Beirut: Dar al-Turath al-Arabi, Ctk. , 000), m/s 5 ). leh itu, wahai seluruh kaum Muslimin, berhati -hatilah dalam berbicara, berwaspadalah dalam bertindak. Ini kerana segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan di dunia, sedikit pun tidak akan terlepas daripada pandangan dan perhitungan-Nya. Allah s.w.t. berfirman bermaksud): Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan atau pebuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya)). Qaaf: ) Ingatlah, setiap lafaz yang diucapkan oleh lidah dan sebarang tindakan yang dilakukan oleh anggota, maka kita akan dipersoal dan

dipertanggungjawabkan. Akhirnya, renungilah sabda asulullah s.a.w. ini: daripada Ibn Masud r.a. berkata, telah bersabda asulullah s.a.w.: Sesungguhnya bercakap benar membawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa kepada syurga, dan tidaklah seseorang yang bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah dia di kalangan orang yang benar; dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan membawa kepada neraka, dan tidaklah seseorang yang berdusta sehingga ditulis di sisi Allah bahawa dia dikalangan pendusta. Muttafaqun alaih). Semoga kita semua digolongkan Allah dari kalangan hamba -hamba-Nya yang benar dan selamat dari sebarang fitnah.