P. 1
TEKS PENGACARA MAJLIS

TEKS PENGACARA MAJLIS

|Views: 401|Likes:
Dipublikasikan oleh Datuk Seri Izzul Syahmi
Teks pengacaraan majlis
Teks pengacaraan majlis

More info:

Categories:Types, Speeches
Published by: Datuk Seri Izzul Syahmi on Aug 25, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/14/2013

pdf

text

original

TEKS PENGACARA MAJLIS (PERHIMPUNAN BULANAN

)

Bil.

Perkara

Catatan

Mengumumkan ketibaan

1. **Yang berbahagia Ayahnda En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Diiringi oleh,

2. **Yang berusaha Tn Hj Zainuddin bin Mohamad Timb. Peng. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. **Yang berusaha Tn Hj Che Rahim bin Che Din 1. Ketua Jab. Hal Ehwal Pendidikan

4. **Yang berusaha Dr Mohd Sidek bin Said Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

5. Ketua-ketua jabatan 6. Ketua-Ketua unit 7. Pensyarah-Pensyarah kanan 8. Para pensyarah

Masuk ke Dewan Bendahara.

Para hadirin dijemput duduk.

1. **Yang berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

2. **Yang berusaha Tn Hj Zainuddin bin Mohamad Timb. Peng. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. **Yang berusaha Tn Hj Che Rahim bin Che Din Ketua Jab. Hal Ehwal Pendidikan

4. **Yang berusaha Dr Mohd Sidek bin Said Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

5. Ketua-ketua jabatan 6. Ketua-Ketua unit 7. Pensyarah-Pensyarah kanan 8. Para pensyarah 9. Barisan kepimpinan jawatankuasa perwakilan pelajar 10. Guru-guru pelatih serta 11. Hadirin hadirat sekalian

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Kita buka majlis kita pada hari ini dengan Ummul Furqan Al Fatihah. Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya kerana diberikan peluang dan ruang, dapat sama-sama kita berkumpul didalam dewan yang serba indah ini untuk perhimpunan bulanan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan ini menjemput Saudara ……………………………………………… Untuk mengetuai pembacaan doa. Dipersilakan.

**bacaan doa**

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Bagi slot Minda Bestari pada hari ini, majlis dengan ini menjemput Yang berusaha Dr Mohd Sidek bin Said, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan sesi motivasi beliau. Dipersilakan.

**minda bestari**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohd Sidek bin Said atas sesi motivasi yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Saudara Mohd Raba’en bin Halid, Exco Kediaman, Makanan Dan Kesihatan. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**ucapan** Terima kasih kepada Saudara Mohd Raba’en bin Halid atas ucapan sebentar tadi.

Kini tibalah kita ke kemuncak majlis. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormat dipersilakan.

**ucapan**

Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin atas ucapan beliau sebentar tadi. Diharap kepada semua warga institut dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada ucapan yang disampaikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Pada Julai yang lalu, institute kita ini telah menghantar wakil bagi menyertai Kejohanan Tae Kwon Do Terbuka Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kemaman Terengganu. Pasukan ini telah dibimbing oleh En Mohd Sabri bin Awang Hitam.

Dengan ini majlis menjemput Tn Hj Zainuddin bin Mohamad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

**bagi hadiah** Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin dan Tn Hj Zainuddin bin Mohamad atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Kini, marilah sama-sama kita nyanyikan 4 buah lagu 1. Lagu Guru Malaysia 2. Lagu IPG 3. Lagu Selamat Sultan Dan 4. Negaraku.

Nyanyian ini akan diketuai oleh Pasukan Koir Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dibawah bimbingan En Khir Anuar bin Jaafar. Dipersilakan.

Dengan berakhirnya nyanyian 4 buah lagu sebentar tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada hari ini. Buat seluruh warga institut selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Sempena musim perayaan ini, berhati-hatilah dijalan raya kerana kepulangan anda adalah untuk dirai bukan untuk ditangisi.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah namun berlaku atas kelemah diri kami yang kurang ilmu, iman dan amal.

Kita tangguhkan majlis kita pada hari ini dengan surah Al Asr dan Tasbih Kafarah Assalamualaikum W.B.T dan salam Sejahtera.

Mengumumkan perarakan keluar

1. **Yang berbahagia Ayahnda En Zakaria bin Husin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Diiringi oleh,

2. **Yang berusaha Tn Hj Zainuddin bin Mohamad Timb. Peng. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. **Yang berusaha Tn Hj Che Rahim bin Che Din Ketua Jab. Hal Ehwal Pendidikan

4. **Yang berusaha Dr Mohd Sidek bin Said Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

5. Ketua-ketua jabatan 6. Ketua-Ketua unit 7. Pensyarah-Pensyarah kanan 8. Para pensyarah

Dari Dewan Bendahara.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->