Anda di halaman 1dari 20

Jika diimbas kembali, Tun Abdullah Ahmad Badawi disanjung pada peringkat awal mengambilalih jawatan perdana menteri

dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Beliau memimpin dengan cara tersendiri mahu membawa Malaysia ke satu era yang baru meninggalkan kepimpinan kontroversi Dr Mahathir. Bagaimanapun, selepas dua tahun lepas menjadi perdana menteri, beberapa polisi Abdullah dipertikai dan ditentang termasuk oler Dr Mahathir sendiri. Antaranya isu pembinaan jambatan bengkok menggantikan tambak Johor di Selat Teberau. Akhirnya beliau meninggalkan kerusi nombor satu negara itu pada April 2009 untuk diambil alih oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Abdullah mengemudi kejayaan besar BN dalam pilihan raya umum 2004 tetapi banyak keputusan dan tindakannya selepas itu menjadikan prestasi pentadbirannya merudum secara mendadak hingga tidak mampu dipulihkan. Antaranya, dakwaan kronisme dan pembabitan menantunya, Khairy Jamaluddin dalam pentadbirannya sehingga ada yang menuduh ketua pemuda Umno itu mempengaruhi beberapa keputusan penting Abdullah. Kekalahan teruk parti pemerintah dalam pilihan raya 2008 mePerkasa, NGO Melayu yang mendakwa membela dan mempertahankan orang Melayu dengan pantas menyokong saranan akhbar tersebut. Walaupun idea itu ditolak perdana menteri sendiri, Perkasa akan meneruskan agenda tersebut dengan perhimpunan di Kedah, pada 30 April menjadi kesinambungan perjuangannya. Rakan utama Umno dalam BN iaitu MCA sama sekali menolak Utusan Malaysia dan Perkasa. Menteri kanan, Datuk Seri Nazri Aziz juga meminta ahli Umno menjauhi Perkasa tetapi NGO Melayu itu tetap mempertankan agenda Melayu. Isu email 1Malaysia pula telah mendedahkan bahawa Najib juga tidak terlepas dari pandangan ramai beliau juga terbabit dengan kroni. Perdana menteri mengumumkan projek negara itu di Putrajaya baru-baru ini.

Tetapi ia lantas mencipta kontroversi dan bantahan. Walaupun, beliau menegaskan ia projek swasta pelbagai pihak terus mempertikaikannya. Mereka mendakwa adik perdana menteri, usahawan kewangan Datuk Nazir terbabit sama. Ketika artikel ini ditulis, dua kontroversi itu belum tamat. Mahu atau tidak, Najib harus bertindak segera segala rintangan politik jika mahu melihat 1Malaysia yang diperkenalkannya pada 2009 berjaya. Tidak wajar wawasan untuk kemakmuran bersama rakyat pelbagai kaum Malaysia ini terbakar begitu sahaja. Kini selepas dua tahun, rakyat mula mengukur dan membuat penilaian sejauh mana kesungguhan Najib untuk memastikan program berjaya.

Konsep ilham PM pastikan prinsip Perlembagaan, matlamat Rukun Negara ke arah perpaduan terlaksana SELAIN kerajaan, semua strata masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam merealisasikan transformasi 1Malaysia, dengan merapatkan jurang sedia ada. Dalam titah Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda pada 6 Jun lalu, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru semua rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka. Pada istiadat sama, dalam ucapan tahniah bagi pihak kerajaan, penjawat awam dan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendukung konsep itu menegaskan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan negara, konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Dalam 1Malaysia sememangnya ada beberapa idea sosiopolitik dalam Perlembagaan yang akan mencorak perjalanan ke arah perpaduan negara yang mempunyai kepelbagaian masyarakat. Satu daripadanya ialah idea kepelbagaian etnik di Malaysia hari ini berasaskan kepada prinsip kerakyatan yang sama sudah berkembang daripada Kesultanan Melayu dan entiti penduduk Bumiputera lain, menunjukkan bahawa Perlembagaan mengintegrasikan keadaan yang lalu dengan sekarang. Justeru, ada usaha untuk menyeimbangkan hak dan kepentingan bagi pelbagai komuniti. Oleh itu, ketika Bahasa Melayu menjadi bahasa tunggal kebangsaan, penggunaan dan kajian dalam bahasa lain masih terus dilindungi dalam Perlembagaan walaupun Islam menjadi agama Persekutuan, kebebasan untuk mengamalkan agama lain terus dipertahankan. Ketika hak istimewa orang Melayu dan penduduk Bumiputera lain disemadikan dalam Perlembagaan, masih ada jaminan kepentingan hak kaum lain. Keseimbangan ini adalah dimensi penting dalam falsafah dan pendekatan kepada perpaduan kebangsaan. Ia juga diperkuatkan dengan idea ketiga. Perlembagaan mengiktiraf kepentingan prinsip, proses dan institusi yang menjangkaui kepentingan etnik dalam menyatukan negara.

Kesinambungan 1Malaysia tidak terbatas kepada Perlembagaan Malaysia. Rukun Negara dengan komitmen kepada perpaduan kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum selain menstruktur semula masyarakat. Begitu juga Wawasan 2020 yang mengungkap Negara Malaysia yang bersatu dengan hala tuju yang sama sebagai cabaran strategik utama daripada sembilan cabaran yang dikemukakan. 1Malaysia adalah siri idea dan visi terkini yang mempromosi perpaduan di kalangan masyarakat yang pelbagai. Ia penting kerana konsep ini pernah muncul beberapa kali dalam sejarah Malaysia ? Rukun Negara dan DEB, 13 tahun selepas Perlembagaan 1957; Wawasan 2020, 21 tahun selepas Rukun Negara serta DEB dan sekarang 1Malaysia, 18 tahun selepas Wawasan 2020. Satu daripada sebab mengapa kita masih tidak menghampiri objektif dalam membina sebuah bangsa bersatu adalah kerana masih tiada percubaan di kalangan kita untuk mendalami pemahaman serta penghargaan Perlembagaan atau Rukun Negara atau Wawasan 2020. Oleh sebab itu, hampir 51 tahun negara mencapai kemerdekaan, kelompok besar bukan Melayu menolak untuk mengakui rumpun Melayu sebagai akar kepada identiti negara, walaupun ia menjadi sebahagian daripada landskap politik dan budaya kita. Memang tidak dinafikan, perlu ada usaha berterusan untuk menghubungkan prinsip Perlembagaan dan matlamat Rukun Negara, ke arah mencapai perpaduan negara di samping kerajaan dan pelbagai pihak juga harus menekankan perkara ini supaya matlamat nasional dapat dicapai. Rakyat Malaysia sentiasa berharap konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri itu menjurus ke arah membina serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini ke tahap lebih konkrit serta dapat memperbaiki segala kekurangan yang timbul ke arah mencapai perpaduan. Pertama, ada jurang besar yang memisahkan komuniti serta budaya Sabah dan Sarawak dan penduduk dari Semenanjung. Menyatupadukan budaya mereka kepada aliran utama adalah sesuatu yang perlu tetapi bukan menjadi satu syarat yang mencukupi untuk perpaduan negara.

Masyarakat di Sabah dan Sarawak perlu juga ditempatkan dalam aliran utama politik serta pentadbiran dengan cepat. Kedua, wujud juga jurang perbezaan etnik membabitkan segmen penting di antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu di mana kita dapat melihat, menjelaskan sendiri identiti bangsa serta hak sesuatu kaum. Satu pendekatan yang kukuh diperlukan bagi merapatkan lagi jurang yang timbul membabitkan pelbagai etnik. Ketiga, wujudnya juga peningkatan jurang sosial antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim terutama di Semenanjung. Isu yang menyebabkan perkara ini perlu ditangani secara efektif dan berkesan ke arah memahami agama dalam dunia kontemporari. Keempat, ada satu jurang memuncak dalam masyarakat kita membabitkan pendapatan dan kekayaan di antara mereka yang mempunyai banyak dan mereka yang mempunyai sedikit. Kelima, ada satu jurang generasi yang muncul bagi membezakan mereka berumur di antara lingkungan 50-an daripada mereka dalam usia 20-an atau 30-an apabila wujud keperluan untuk berkompromi membabitkan pelbagai komuniti dan kepentingan kestabilan dan perubahan dalam politik Malaysia. Perbezaan sikap ini akan menghakis ke arah usaha untuk memupuk perpaduan negara. Kerajaan Pusat perlu memainkan peranan utama untuk mengurangkan perbezaan itu. Semua sektor dan strata masyarakat Malaysia juga perlu bersedia dengan sepenuh hati untuk menempuhi cabaran bagi merealisasikan konsep 1Malaysia menjadi realiti. Adakah kita semua sudah bersedia untuk cabaran ini?

Penulis percaya sudah banyak pihak yang telah memperkatakan tentang konsep 1Malaysia. Penulis serndiri turut teruja untuk membincangkannya dalam tulisan ini.

Mungkin disebabkan untuk turut serta memeriahkan perbincangan mengenainya atau mungkin juga disebabkan masih belum berpuas hati dengan wacana yang berlaku tentangnya sebelum ini. Konsep 1Malaysia yang baru diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak sepatutnya masih berpusing di peringkat idea dan pemantapan bukan lagi di peringkat penetapan. Tiada Pandangan Yang Benar, Tiada Yang Salah

Di peringkat ini rakyat sepatutnya dibiarkan membahaskan konsep ini secara terbuka, termasuk lapan nilai yang digariskan yang sebenarnya masih diletakkan harapan agar ianya tertakluk kepada pindaan dan penambahbaikan.

Sepatutnya di peringkat ini tidak ada jawapan yang betul dan tidak juga ada jawapan yang salah. Atau jawapan ini lebih baik daripada jawapan itu. Semua jawapan mesti dianggap betul selagi saringan dan sintesis belum dibuat ke atasnya.

Situasi seperti yang saya gambarkan di atas mesti dibenarkan berlaku untuk suatu tempoh waktu yang dikira mencukupi agar dapatan terakhir tentang konsep 1Malaysia yang akan menjadi pegangan rakyat seluruh Malaysia hanyalah gagasan yang paling tepat, benar-benar bermakna serta dapat dikongsi dalam satu semangat oleh rakyat 1Malaysia. Yang kita terima di akhirnya ialah sebuah formula atau rumus tentang penyelesaian masalah atau krisis kesefahaman dan kesatuan rakyat pelbagai kaum yang berlaku sebelumnya ke arah penyatuan tulen 1Malaysia.

Mula-mula ia merupakan satu cetusan idea Perdana Menteri, selepas itu konsep itu dibawa kepada umum untuk dibincangkan secara meluas, dan akhirnya ia dipersetujui bersama untuk dikongsi oleh seluruh rakyat satu Malaysia.

Keadaan ini sama sahaja modus operandinya dalam pembinaan suatu visi dan misi di peringkat institusi, badan korporat dan sekolah.

Kaedah sumbang saran dengan mendengar dan mengambil kira dahulu apa jua pandangan perlu dilakukan sebelum masyarakat benar-benar terarah kepada satu titik kefahaman yang tepat tentang apa sebenarnya yang dikehendaki daripada konsep 1Malaysia ini. Jika rakyat dapat memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada konsep 1Malaysia, tentulah itu yang terbaik. Tetapi jika rakyat sekadar memahami apa yang tersurat daripadanya itu pun sudah dikira memadai.

Di peringkat perbincangan ini pemimpin negara seolah-olah diberi ruang yang luas dan selesa untuk melihat reaksi orang ramai ke atas konsep ini dan bagaimana mereka ingin membawa negara ini dalam konteks kemajmukan masyarakatnya.

Dari situ kerajaan sudah dapat melihat secara jelas siapa sebenarnya yang sedang memutarkan cerita lama dengan niat untuk mengambil kesempatan membina matlamat sendiri bagi kepentingan kelompok mereka dan siapa pula yang benar-benar serius mahu memahami konsep dan matlamat 1Malaysia sebagaimana yang sepatutnya.

Di peringkat yang dianggap paling kritikal ini pemimpin patut bersikap lebih terbuka dan mesra pandangan.

Antara yang diperlukan termasuklah sikap suka bertanya, selesa untuk mendengar, sedia untuk memahami, menilai dan seterusnya mengumpul semua reaksi dan maklum balas tentang konsep ini agar konsep 1Malaysia yang hendak dilaksanakan benar-benar menepati aspirasi dan hala tuju 1Malaysia yang dikehendaki.

Di peringkat ini tidak ada suatu dapatan pun yang boleh dianggap lebih utama daripada suatu

dapatan yang lain. Tetapi semua dapatan adalah sama penting untuk diperhatikan dan diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Hendaklah difahami betul-betul bahawa ketika ini adalah fasa perbahasan di mana konsep 1Malaysia perlu didedahkan kepada perbincangan awam. Lebih ramai rakyat yang terlibat menyertai forum 1Malaysia ini maka lebih jitulah hasil yang bakal diperolehi nanti. Lain orang lain sudut pandangannya. Dan setiap sudut pandangan itu tentunya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti latar belakang pendidikan seseorang, pengalaman yang ditempuh dan bagaimana seseorang melihat Malaysia Wawasan pada masa akan datang. 2020

Mengimbau

Inilah juga yang pernah berlaku kepada gagasan Wawasan 2020 semasa mula-mula dicetuskan oleh Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Ketika Wawasan 2020 digagaskan oleh mantan Perdana Menteri keempat itu beliau membiarkan sahaja orang ramai membahaskannya daripada pelbagai sudut.

Orang ramai yang sebelum ini hanya berminat bercakap tentang subjek dalam lingkungan mereka sahaja dan tidak lebih jauh dari situ, tidak pernah terlintas sama sekali di fikiran mereka tentang bagaimana negara mereka harus diolah dan dibawa, rupa-rupanya cukup berminat untuk turut serta memberikan pandangan mereka dalam subjek yang satu ini. Rakyat yang tiba-tiba sahaja teruja memberikan reaksi yang cukup positif dan meriah dalam hal ini. Ada di antara mereka yang membahaskannya dari sudut politik, sesetengahnya membahaskannya dari sudut ekonomi dan tidak kurang juga yang membahaskannya dari sudut agama, pendidikan dan sosial.

Tentunya dalam kemeriahan orang ramai memperkatakan tentahg Wawasan 2020 itu tidak akan dapat dielakkan ada yang akan membawa perbahasan mengenai hal ini kepada suatu sudut yang lebih sempit dengan mempertikaikan sama ada Wawasan 2020 itu islamik atau

tidak.

Malahan ada yang melahirkan rasa bimbang sama ada wawasan itu bakal memberi keuntungan kepada bangsa Melayu dan agama Islam atau sebaliknya.

Maka begitulah meriahnya keadaan pada waktu itu apabila orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat membincangkan menurut sudut kefahaman masing-masing sama ada secara formal atau tidak formal tentang Wawasan 2020 itu.

Ini belum lagi diambil kira kemeriahan sembang-sembang di kantin, kedai-kedai kopi, di pasar-pasar hinggalah ke lobi-lobi hotel.

Nampaknya apabila ada suatu subjek yang begitu menarik dan unik seperti Wawasan 2020 yang belum pernah ditemui sebelumnya semua orang akan memberi perhatian yang lebih daripada biasa serta boleh pula berkongsi buah fikiran tentang subjek yang sama. Ekoran dari itu kita dapat lihat bagaimana rakyat tiba-tiba sahaja menjadi serius dan ilmiah serta berupaya disatukan kepada suatu bentuk perbincangan yang lebih terarah dan berfaedah demi masa depan mereka sendiri.

Begitu takjub sekali apabila rakyat dapat direhatkan untuk seketika daripada membincangkan hal-hal politik (politiking) dan isu remeh temeh yang tidak berkesudahan kepada suatu topik perbincangan yang lebih serius.

Begitulah juga yang kita harapkan akan berlaku kepada Konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri Cabaran Malaysia keenam ini. 1Malaysia

Walaupun perbincangan mengenainya mungkin tidak semeriah ketika rakyat membahaskan Wawasan 2020 didorong oleh faktor situasi politik semasa yang masih belum benar-benar

stabil dan ketidakketentuan ekonomi dunia yang turut dirasai kesannya di Malaysia, penulis percaya tanda-tanda untuk orang ramai memberi perhatian kepada perkara ini semakin meningkat. Jangkaan ini dibuat atas perkiraan yang kerajaan di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat lebih serius, jujur, proaktif , merakyat, dinamik dan futuristik dalam melakukan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan dengan meletakkan rakyat dan negara sebagai keutamaan berpaksikan perlembagaan.

Ini ditambah dengan tindakan demi tindakan politiking pembangkang seperti yang berlaku di Perak yang tidak berkesudahan sehingga rakyat melihat sudah tidak ada lagi ketulenan dalam pakatan pembangkang dalam mendokong perjuangan mereka yang asal hingga membuatkan rakyat semakin meluat dengan apa yang berlaku.

Kalau tidak menyamai kemeriahan semasa perbincangan Wawasan 2020, setidak-tidaknya perbincangan mengenai 1Malaysia akan menjadi lebih baik daripada minat orang ramai membincangkan Islam Hadhari suatu ketika dahulu.

Dari sudut pandangan peribadi penulis sendiri konsep 1Malaysia tidak boleh dibincangkan dengan menjurus kepada perspektif etnik, ideologi dan parti masing-masing.

Jika kita masih berdegil untuk terus menggunakan pendekatan secara piece meal atau terpisah-pisah dalam memahami konsep 1Malaysia ini, kita tidak akan berjaya menyatupadukan kepelbagaian dan kerencaman yang sedia ada dalam acuan 1Malaysia seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri.

Dalam kita membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk membahaskan konsep 1Malaysia ini, kita harus ingat bahawa tentu akan ada cabaran yang bakal dihadapi. Kita tidak boleh mengelakkan cabaran itu dengan mengunci rapat pintu perbincangan atau lari daripadanya, tetapi pilihan yang ada ialah kesanggupan kita mendepaninya tetapi tentulah dengan keberanian dan dengan persiapan rapi.

Tidak ada sesuatu yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan sejak dahulu sehingga sekarang

sama ada ianya berbentuk konsep, gagasan mahupun dasar yang tidak diterjah, ditala dan dijurus kepada kefahaman yang sangat sempit dan sensasi.

Sebagai contoh apabila Rukun Negara diperkenalkan segelintir orang Islam yang didalangi sebuah parti pembangkang mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja Kepercayaan Kepada Allah bagi menggantikan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan.

Begitu juga apabila Wawasan 2020 diperkenalkan golongan yang hampir serupa mempertikaikan mengapa tidak diwujudkan satu wawasan yang berkaitan dengan orang Islam atau satu Wawasan Akhirat?

Begitulah juga keadaannya apabila Perdana Menteri waktu itu, Tun Abd Razak bin Husin menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan tidak ada yang memandangnya dengan penuh kecurigaan seolah-olah Perdana Menteri ketika itu memberi keutamaan kepada orang Melayu sahaja berbanding kaum-kaum lain.

Dengan mengetepikan pertikaian yang berlaku sejak akhir-akhir ini tentang DEB, ternyata dasar ekonomi itu boleh diterima dengan baik untuk suatu tempoh yang agak panjang oleh semua kaum atas semangat Parti Perikatan yang kemudiannya bertukar menjadi Barisan Nasional. Maka begitulah juga halnya apabila Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia, ada orang yang mempertikaikan di mana kedudukan orang Melayu dalam konsep 1Malaysia itu.

Mereka ini bereaksi kerana kebimbangan mereka tentang sejauh manakah kedudukan ekonomi mereka dapat dipertahankan di bawah konsep ini serta sebanyak manakah ruang dan peluang yang mampu diberikan kepada mereka melalui konsep ini.

Hal ini tentu lebih dibimbangi apabila Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi dimansukhkan dan banyak dasar liberalisasi diperkenalkan. Semua ini membuatkan orang Melayu lebih bimbang daripada bangsa-bangsa lain. Semuanya ini memerlukan penjelasan yang meyakinkan dari semasa ke semasa.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas tidak ada suatu masalah yang tidak dapat ditangani, Usaha cuma bezanya sama ada masalah itu lambat atau cepat diatasi. Berterusan

Penerangan

Titik masalahnya terletak pada tahap kefahaman dan kejelasan rakyat tentang sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Jika mereka sudah faham di situ tidak ada masalah lagi.

Sebenarnya rahsia penerimaan rakyat selama ini kepada dasar-dasar kerajaan sebelum ini seperti Rukun Negara, DEB dan Wawasan 2020 terletak pada usaha berterusan tanpa mengenal jemu dalam memberikan penerangan yang jelas dan kerap yang oleh para pemimpin di segenap peringkat terutama oleh jentera penerangan parti tentang dasardasar itu selain kesikhlasan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan.

Inilah juga yang patut dilakukan oleh jentera penerangan parti ke atas konsep 1Malaysia ini. Kita jangan begitu mudah mengandaikan bahawa semua orang patut memahami sebagaimana yang pemimpin fahami tentang konsep 1Malaysia. Kalau mereka faham pun belum tentu kefahaman mereka betul seperti yang sepatutnya.

Lalu dengan andaian itu kita pun membiarkan rakyat membuat keputusan sendiri tanpa kefahaman sebenar tentangnya. Ini tentu memudharatkan dalam jangka sederhana dan panjang. Suatu usaha yang tersusun dan terancang mesti dibuat mulai sekarang bukan sahaja melalui ceramah bulanan, forum, diskusi tetapi juga melalui dokumen-dokumen bercetak, Disebabkan konsep ini berkaitan 1Malaysia yang melibatkan 27 juta rakyat di negara ini, bukannya mengenai satu bangsa atau satu kumpulan tertentu sahaja, maka seluruh jentera penerangan parti dalam komponen parti BN harus bertanggungjawab dengan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang konsep 1Malaysia dan yang berkaitan dengannya kepada ahli parti masing-masing.

Turut berperanan ialah kerajaan persekutuan bermula daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri sehingga kepada menteri-menteri kabinet, timbalan menteri, setiausaha kementeran dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

Di peringkat negeri pula usaha ini patut bermula dari Menteri Besar/ Ketua Menteri, barisan exco sehinggalah wakil-wakil rakyatnya.

Mereka bertanggungjawab menjadikan konsep 1Malaysia ini sebagai agenda yang perlu ditonjolkan dalam setiap program yang dihadiri dan lewat ucapan-ucapan mereka. Kalau tidak semuanya pun memadai jika konsep 1Malaysia diselit di mana-mana kesempatan mengikut Cadangan kesesuaian. Masa Hadapan

Perkara yang dibangkitkan di atas memang telah pun dilakukan oleh pihak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib apabila kerajaan memulakannya dengan pertandingan Foto 1Malaysia. Tentunya tidak menjadi suatu keberatan kepada kerajaan selepas ini untuk menganjurkan pertandingan penulisan esei, sajak dan apa jua yang bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Tentunya hadiah-hadiah yang ditawarkan juga lebih lumayan sejajar dengan keutamaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib kepada prestasi dan merit.

Jika pihak media swasta boleh menawarkan hadiah lumayan untuk pertandingan berbentuk hiburan, mengapa kerajaan tidak memulakannya dalam era Datuk Seri Najib dengan mengangkat darjat pertandingan bersifat akademik dan ko-akademik ke tahap yang lebih tinggi. Kerajaan pernah melakukannya semasa Pertandingan Formula Malaysia dalam era pemerintahan Dr Mahathir, mengapa kita tidak teruskannya kepada siri Sayembara Formula Malaysia kedua? Kalau tidak silap penulis hadiah-hadiah yang ditawarkan ketika itu juga sangat lumayan.

Penulis juga mencadangkan agar setiap pemimpin di segenap peringkat perlu mengaitkan apa

jua program dan ucapan mereka dengan konsep 1Malaysia sebagai bukti mereka lebih dahulu menghadami konsep 1Malaysia serta berupaya menunjukkan kepada rakyat betapa luasnya skop 1Malaysia dalam amalan dan tindakan-tindakan kita sebagai rakyat Malaysia. Penulis turut mencadangkan agar pegawai-pegawai kerajaan di semua kementerian, jabatan dan pejabat baik kakitangan kerajaan persekutuan mahu pun negeri agar menjadikan perbincangan mengenai konsep 1Malaysia ini sebagai satu kegiatan tetap. Tentunya usaha ini meliputi Antara semua sekolah dan Nilai institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Cabaran

Dan

Seterusnya izinkan penulis memberikan pandangan tentang 8 nilai yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dalam konsep 1Malaysia yang penulis kira sudah cukup baik. Tetapi persoalan penulis ialah adakah kelapan-lapan nilai yang dipilih itu benar-benar dapat dikelompokkan sebagai nilai baik dari segi lughawi mahupun falsafah? Dan kalau semuanya menjadi nilai adakah kelapan-lapannya merupakan nilai universal yang boleh dikongsi bersama. Penulis mempersoalkan perkara ini kerana hanya nilai-nilai yang dikongsi bersama sahaja yang sepatutnya dibenarkan dalam konsep 1Malaysia jika kepelbagaian bangsa, bahasa, budaya dan cara hidup mahu disatukan di bawah semangat 1Malaysia.

Jika tidak ia hanya kekal sebagai nilai yang terpisah di mana setiap masyarakat dan bangsa memahami setiap nilai itu menurut cara masing-masing. Jika itu yang berlaku konsep 1Malaysia tidak akan mencapai matlamatnya.

Sebab itu izinkan penulis mencadangkan di sini agar Perdana Menteri menggantikan 8 nilai itu kepada 8 cabaran sahaja.

Jika 8 nilai yang sedia ada itu longgar, dan tidak nampak adanya kesatuan antara nilai itu serta bukan menjadi nilai universal utama yang berupaya dikongsi bersama oleh pelbagai etnik di negara ini, maka kesemua nilai itu patut ditukarkan kepada 8 cabaran sahaja.

Tetapi jika kerajaan pimpinan Perdana Menteri mahu mengekalkan juga nilai dalam konsep 1Malaysia, maka penulis mencadangkan kepada kerajaan agar hanya 5 hingga 8 nilai yang lebih bernilai sahaja serta universal sifatnya patut diletakkan.

Sebabnya hanya nilai yang mempunyai ciri-ciri yang sebegitu sahaja yang boleh dikongsi bersama dengan penuh kerelaan tanpa paksaan. Dan selepas itu terpulanglah kepada kerajaan sama ada mahu menyediakan beberapa cabaran untuk mengukuhkan perkongsian nilai itu ke arah pencapaian matlamat 1Malaysia atau memadai dengan nilai universal yang dikongsi bersama Respon sahaja. Segera

Ketika rakyat sibuk membahaskan konsep 1Malaysia ini apa pula peranan kerajaan di peringkat ini. Jawapannya ialah kerajaan menjadi pencelah dan memberi respon segera kepada apa yang dibincangkan. Yang baik diberikan pengukuhan dan yang kurang tepat perlu diberikan pembetulan segera.

Dalam hal ini kerajaan seolah-olahnya memainkan peranan sebagai fasilitator yang sebenarnya bukan menolak tetapi memandu dan membantu agar perbincangan berada dalam trek yang betul dan tidak lari daripada matlamat asal 1Malaysia.

Penulis kira apa yang telah dilakukan Perdana Menteri tentang hal ini adalah suatu tindakan yang betul dan terpuji.

Contohnya baru-baru ini apabila ada kumpulan yang cuba memahami konsep 1Malaysia mengikut ideologi kepartian dan politik sempit mereka Datuk Seri Najib cepat-cepat memberitahu rakyat bahawa konsep 1Malaysia tidak akan lari daripada perlembagaan negara.

Celahan bersahaja Perdana Menteri yang dbuatnya dalam pertemuan di Pekan, Pahang itu bukan sahaja berupaya menjawab tindakan parti pembangkang yang memanipulasi dan mensensasikan konsep 1Malaysia untuk kepentingan mereka, tetapi juga dapat memuaskan hati orang Melayu yang sebelum ini berasa was-was tentang nasib mereka dalam konsep 1Malaysia.

Walaupun ia tidak dijelaskan secara terperinci kepada orang Melayu tentang hal ini sebagaimana juga halnya dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang tidak menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan orang Melayu dalam Wawasan 2020, namun celahan beliau itu sudah dikira mencukupi bagi orang Melayu memahami bahawa nasib mereka akan tetap terbela sebab kedudukan mereka telah termaktub dalam perlembagaan. Maknanya selagi perlembagaan khusunya perkara yang berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu tidak dipinda maka orang Melayu tidak perlu berasa risau tentang hal itu sekalipun ada suara-suara tegas mahukan DEB dihapuskan.

Penulis percaya jika selepas ini suatu dasar ekonomi yang baru digubal untuk disesuaikan dengan konsep 1Malaysia, ciri-ciri khas yang berkaitan dengan orang Melayu tetap akan dipelihara malahan diberi lebih penekanan memandangkan nasib mereka lebih ramai lagi yang belum terbela.

Malahan dalam keadaan kegawatan ekonomi ini pun kita lihat betapa kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat termasuk kakitangan kerajaan dan swasta. Kita dapat melihat bantuan demi bantuan, kenaikan demi kenaikan dan insentif-insentif tertentu terus diberikan. Kesimpulan Rakyat di negara ini mesti memahami bahawa bukan semua perkara yang kerajaan lakukan akan digendang bertalu-talu sebagaimana layaknya pembangkang kerana kadang-kadang dengan melakukannya secara senyap akan lebih mudah dan lebih banyak bantuan dan sokongan dapat dihulurkan.

Cuma apa pun yang dbuat oleh kerajaan, kerajaan harus melakukannya dengan penuh hatihati dan bijaksana supaya jangan ada yang rugi kerananya. Tindakan inilah yang kerajaan Barisan Nasional lakukan sejak sekian lama seumpama menarik rambut dari tepung, rambut tak putus tepung tak tumpah.

Yang akan menimbulkan sedikit masalah kepada kerajaan ialah mereka yang sudah menolak awal-awal lagi konsep 1Malaysia ini sebelum cuba memahaminya atau memahaminya dengan cara yang salah.

Jumlah mereka sungguh pun tidak ramai namun mengambil kira situasi politik semasa mereka boleh sahaja mempengaruhi orang lain kepada cara-cara mereka. Mereka seolah-olah sudah menyediakan jawapan untuk semua perkara termasuk untuk konsep 1Malaysia ini. Minoriti seperti itu memang wujud dalam setiap masa dan tempat. Kehadiran mereka dan pendekatan yang mereka ambil selama ini tidak pernah dijadikan alasan oleh kerajaan untuk tidak melakukan sesuatu demi kesejahteraan rakyatnya.

Kita harus ingat majoriti rakyat masih mengharapkan kerajaan yang akan membela nasib mereka serta mengekalkan dan memlihara keamanan dan kestabilan negara seperti yang kita nikmati selama ini.

Hanya kerajaan yang kuat dan yang mengutamakan perpaduan daripada segala kepentingan dan agenda lain yang berupaya membantu mereka.

Kadang-kadang kita lupa. Kerangkanya adalah Malaysia. Cuma ada satu sahaja. Di dalam kerangka itu berbagai-bagai corak berbagai-bagai budaya berbagai-bagai agama fahaman dan budaya. Semua berbeza-beza tetapi terikat dalam satu kerangka 1 Malaysia. Namun baru-baru ini 1 Malaysia di kejutkan dengan realiti perbezaan antara agama antara budaya dan antara adat dan kepercayaan. Perbezaan secara realitinya wujud dan makna 1 Malaysia lebih di perjelaskan lebih disedarkan. Adakah insiden panggilan bantahan penggunaan nama ALLAH pembakaran gereja serangan terhadap rumah ibadat bukan Islam ini mencalarkan dan melukakan makna 1 Malaysia atau sebenarnya memberi makna tepat mengenai 1 Malaysia bahawa ia masih berbeza dan asas 1 Malaysia adalah konsep berteraskan toleransi dan bukan persamaan tetapi permuafakatan. Ini mungkin perlu kita tanamkan, kita terangkan dan kita terapkan kepada rakyat Malaysia khususnya yang meletakkan 1 Malaysia pada asas persamaan kesamarataan dalam semua aspek termasuk politik. Pengukuran 1 Malaysia bukan buat atas konteks asimilasi yang mana dominasi sesuatu kaum di cairkan dan minoriti sesuatu kaum di tingkatkan untuk mengadakan equilibrium yang dapat di terima oleh semua kaum. Ini tidak akan dapat di capai malah ini akan lebih menyulitkan dan menyentuh sensitiviti khususnya kaum yang selama ini dominan dan mempunyai majoriti besar. Apa yang berlaku hari ini adalah susulan ujian pertama apa yang dikatakan 1 Malaysia menunjukkan teras 1 Malaysia adalah pada toleransi ada perbezaan tetapi ada perpaduan. Kerangka besar dalam ukuran 1 Malaysia seharusnya mengambil semua faktor termasuk perundingan awal kehadiran kaum lain partisipasi ekonomi kedudukan sosiopolitik kaum adat dan budaya. Kerangka besar ini mengungkit sejarah kontrak sosial dan kefahaman kenapa keutamaan diperuntukkan kepada satu-satu kaum tetapi tidak mendiskriminasikan kaum-kaum lain. Keutamaan ini bukan percuma tetapi adalah atas toleransi dan pengorbanan yang telah dilakukan. Ini meniti nilai keadilan dalam kerangka besar 1 Malaysia. Penjelasan ini perlu dilakukan bukan untuk tidak mengelirukan. Kekeliruan akan berlaku sekiranya kesempatan membentuk kerangka 1 Malaysia atas dasar kefahaman keadilan toleransi di manipulasi untuk tujuan tertentu. Ini tidak akan membantu dalam membentuk keharmonian dan perpaduan. Kita mesti sedar bahawa penghujung 1 Malaysia adalah untuk perpaduan semangat kekitaan dalam konteks Malaysia namun isolasi kekitaan dalam konteks kaum tetap wujud atas perbezaan yang ada khususnya melibatkan soal-soal kebudayaan adat dan agama.

Adakah ini semua difahami oleh masyarakat kita dalam mengertikan 1 Malaysia? Adakah kefahaman ini sudah diterapkan dalam minda kita 1 Malaysia bukan satu formula menyamakan yang berbeza tetapi lebih kepada mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam perbezaan yang sedia ada. Adakah persoalan kesamarataan dan keadilan difahami makna hak keistimewaan di definisi sebagai satu bentuk toleransi antara semua kaum yang ada? Ini penting kerana kekeliruan akan hanya menyebabkan kekusutan dan ini akan memberi impak yang buruk terhadap apa yang mahu di usahakan oleh kerajaan apa yang dimahukan oleh rakyat serta makna keharmonian dan perpaduan. Usaha ini bukan usaha mudah. 1 Malaysia adalah kekuatan yang perlu ada menyokong dan menjadi tulang belakang kepada keutuhan Malaysia tetapi mampu menjadikan rapuh dan memberi impak negatif sekiranya penerimaan adalah berbeza antara kaum-kaum di negara kita ini. Malaysia hari ini bukan berdepan dengan cabaran baru dalam membicarakan mengenai isu perkauman. Malaysia masih berdepan dengan perbezaan kehendak perbezaan definisi khususnya makna hak keistimewaan dan nilai sebenarnya keadilan. Langkah awal penerangan dan penerapan 1 Malaysia harus diperjelaskan bukan dengan slogan pengiklanan nyanyian tetapi ketetapan penerapan asas kefahaman mengenai kerangka besar sejarah keadilan sosial kontrak sosial dan penjelasan konkrit. Langkah baru kefahaman ini bukan sahaja perlu menyentuh sensitiviti perasaan tetapi logik pelaksanaan memberi kefahaman kepada asas pembentukan masyarakat berbagai-bagai kaum. Setidaktidak kita kena menanam benih-benih kefahaman penjelasan toleransi yang perlu ada berdasar fakta yang wujud dan tidak mengambil sesuatu berdasar pandangan singkat kita. Usaha perlu diadakan untuk membesarkan ruangan untuk semua kaum dalam masa yang sama memberi tumpuan dan memperkasakan hak yang telah dinikmati oleh kaum Melayu sesuai dengan pengorbanan yang telah dilakukan. Asas mengingatkan semula nilai kompromi orang Melayu berserta pembesaran ruangan untuk kaum lain ada perlu ada agar perasaan diskriminasi itu tidak wujud. Justeru itu, 1 Malaysia yang mahu dilaksanakan hari ini perlu penilaian segera dari segi pelaksanaan penerapan. Ini adalah kerana 1 Malaysia bukan satu konsep fizikal tetapi lebih kepada penetapan nilai dalam masyarakat yang ada hari ini. Ini melibatkan kefahaman dan toleransi menyeluruh oleh semua kaum dan toleransi ini akan wujud apabila kefahaman menyeluruh ada dan dapat digerakkan dengan teratur. Namun satu musuh besar yang perlu kerajaan berdepan adalah sentimen yang sentiasa di terbitkan bertujuan tidak lain tidak

bukan mendapat loncatan politik. Ini adalah satu permainan yang perlu dielakkan baik kerajaan mahupun pihak lawan dalam struktur politik negara kita ini. SATU Malaysia adalah SATU matlamat dan SATU cita-cita bersama. Ia adalah satu kerangka besar yang mengikat mengabung semua perbezaan dalam perpaduan untuk satu cita-cita bersama. Ia ada satu pandangan bersama satu jalan seiringan bukan mengakis perbezaan dan menginjak dan memaksa menjadi SATU

Anda mungkin juga menyukai